بسم الله الرحمن الرحيم
لا إله إلا الله محمد رسول الله فى كل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله
Assalamualaikum sahabat-sahabat My yang dilindungi Allah sekalian.. InsyaAllah... dah sarapan? My baru je sampai di pejabat, kejap lagi baru pergi pantry makan bekalan yang dibawa dari rumah tadi hehe. Semalam berpuasa makanya seharian lemau tah macam hape... Bila balik dapat je makanan memang tak toleh kiri kanan dah… bedal sampai licin hehe.. dugaan dugaan… camne lah nak berpuasa di bulan Ramadhan kang ni… heee takpe nanti bulan Ramadhan tu lama-lama kita biasalah kan. Biasalah awal-awal puasa perut tu ibarat culture shock yela selalu penuh terisi tapi time puasa kena tahan hingga berbuka… macam perut My yang manja ni la…-.-’
Ok seperti biasa di pagi Jumaat ni haruslah berperanan seperti seorang pendakwah menyebarkan ilmu untuk jadi tatapan korang semua hehe. Tapi belum sampai nak jadi seperti Ustazah Bahiyah dari Semanis Kurma ye hehe… tak layak… Ok straight to the point di mana hari ini My nak kongsikan mengenai Hukum Mempelajari Ilmu Al-Quran beserta tajuidnya. Bila masuk je bab-bab agama macam ni bab-bab Al-Quran macam ni tolong jangan ambil ringan ye kawan-kawan… dunia dunia gak… Akhirat jangan dilupakan… Apa yang My sampaikan ni bukan untuk korang je malah untuk diri My juga hamba Allah yang naif ni…
Nowadays kan pada pandangan koranglah berapa ramai di kalangan masyarakat Islam kita yang pandai membaca Al-Quran? Kalau pandai, berapa ramai pulak yang membaca mengikut tajwid yang betul sebutannya? Nowadays… agak-agak korang berapa ramai yang menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan setiap hari? Paling tidak pun seminggu sekali? Kalau anak-anak kecil yang bersekolah mungkin ibu ayah hantar ke kelas mengaji tetapi kita-kita yang remaja dan dewasa ni?? Masih belajar dan mengamalkannya tak? Atau Al-Quran dibiarkan sebagai perhiasan tidak terusik di rak-rak, di atas almari… macam tu? Cuba fikirkan…
Mempelajari Al-Quran hukumnya wajib berdasarkan hadis di bawah:
Sabda Rasulullah SAW: “Menuntut ilmu adalah satu kewajipan ke atas setiap muslim dan muslimah”
Ok sekarang cuba fikirkan ini, kita umat Islam semua tahu bahawa menunaikan Solat itu wajib kan? Tetapi adakah Solat kita itu sempurna jika kita tidak pandai membaca Al-Quran? Maka belajar membaca Al-Quran hukumnya wajib. Dalam masyarakat kita masih menganggap remeh tentang belajar Al Quran ini.Tetapi ketahuilah apabila membaca surah yang wajib dibaca dalam solat iaitu Al Fatihah dalam keadaan tajwid yang tidak betul adakah solat kita sah? Cuba fikirkan…
Hukum mempelajari ilmu Tajwid ialah fardhu Kifayah dan mengamalkan ilmu tajwid ketika membaca al-Quran adalah fardhu 'Ain ke atas setiap orang yang ingin membaca al-Quran.
Maksud Fardu Kifayah adalah suatu kewajipan apabila sebahagian orang melaksanakannya, maka kewajipan itu gugur bagi yang lainnya seperti solat berjemaah, pakar dalam sesuatu bidang, menghadiri majlis kenduri dan sebagainya.
Maksud Fardu ‘Ain adalah seseorang itu wajib melakukan sesuatu pada waktu wajib dia melakukannya. Sesuatu yang diwajibkan oleh Allah kepada setiap hamba-Nya seperti keimanan, solat, puasa, menuntut ilmu, berjihad dan seumpamanya.
Firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Muzzammil (4):
“Dan bacalah akan Al-Quran secara tartil”
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala menyukai hamba-Nya yang membaca Al-Quran bertepatan sebagaimana ia diturunkan.” – Riwayat Ibnu Khuzaimah
Saidina ‘Aliy r.a berkata:
“Tartil ialah memperelokkan bacaan (mengeluarkan huruf dari makhraj dan menunaikan sifat huruf dengan betul) dan mengetahui kaedah waqaf dan ibtida’ yang sebenar”
So sekarang korang faham tak apa hukumnya kita mempelajari Al-Quran dengan tajuid yang betul? Cuba rujuk pada ahli keluarga atau mana-mana yang ustaz/ustazah adakah betul pembacaan tajuid korang? Cukup baca Al-Fatihah je mesti dah boleh dengar pembacaan itu betul atau salah.
Kalau kita solat tapi tajuid kita salah, sia-sia je kan? Bukan kita tak tahu pun bahawa membaca dengan tajwid yang salah itu dilarang? Kita tahu tapi kita buat buat tak tahu.. Yela pada pandangan kita, alaaa bukan orang dengar pun aku baca so takdelah malu betul ke salah… Am I right?? Tapi jangan lupa, Malaikat kiri kanan kita boleh dengar… Allah apatah lagi...
Kata al-Imam Ibnu al-Jazariy:
“Dan beramal dengan tajwid itu satu kewajipan, siapa yang tidak mentajwidkan al-Quran maka ia berdosa”
Kalau korang rasa korang masih perlu belajar ilmu Al-Quran dan Tajwid ni, belajarlah… Menuntut ilmu ni sampai ke liang lahad… Tak perlu malu… Ada orang dewasa atau warga emas yang menyedari pembacaannya tidak betul tapi tak mahu belajar, tak mahu mengikuti pengajian Al-Quran yang biasa diadakan di masjid, surau malah ada institusi yang ditubuhkan untuk mempelajari Al-Quran. Bagi mereka kalau orang dah tua-tua ni pergi belajar Al-Quran buat malu je, bagi mereka ia hanya layak untuk kanak-kanak sahaja. Itu semua bisikan syaitan je korang…
My bukannya kongsikan semua ini untuk menunjuk-nunjuk yang My ni pandai sangat. Tapi My bersyukur sebab Mak Abah didik My dengan ilmu agama yang mencukupi… Kami adik beradik diasuh dari kecil untuk solat 5 waktu, belajar tajwid dengan betul. Selagi tak betul abah akan marah dan ajar dengan tegas dan Alhamdulillah My mampu tuturkan dengan sebutan yang betul InsyaAllah. Malah korang percaya tak masa My darjah 5 sampai tingkatan 2 My selalu mewakili sekolah bagi Tilawah Al-Quran, masa kat kampung pun pernah join pertandingan Tilawah… hehe… Tapi setakat sampai tingkatan 2 je lah lepas tu My tak aktif dah… My kan pelajar nakal haha… Masa duduk asrama dulu pun bila solat berjemaah and sampai turn dorm My jadi wakil imam My selalu jugak imamkan sampai wirid. Wirid tu rujuk buku hehe tapi seronok lah selalu jugak volunteer nak jadi imam sebab My suka dengar suara diri sendiri jadi imam…sedap… hahaha… sorry pasan sikit…-.-’
Jadi korang, kalau rasa dah lama tak mengaji tu apakata lepas ni jadikan amalan seharian. Macam sekarang ni My selalu mengaji setiap kali lepas Maghrib. My rasa lepas ni kalau berkesempatan My nak join jugaklah kelas Al-Quran ni nak asah lagi ilmu yang tak seberapa ni. So mana-mana yang My tak tahu hukum tajwid tu bolehlah My tanyakan pada ustaz/ustazah yang ajar tu kan? Bagi korang yang pandai membaca Al-Quran dan tajwid yang betul Alhamdulillah… selalu-selalu lah amalkan oke…;)
Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:
“Bacalah Al-Quran (dengan betul) kerana ia akan datang pada hari Qiamat untuk membantu orang yang membacanya” – Hadis Riwayat Muslim
Moga kita mendapat Rahmat daripada Allah Ta’ala… InsyaAllah… Yang baik itu datangnya dari Allah yang buruk itu datang dari diri My sendiri… Wallahu’alam…
Footnote: Korang nak join tadarus tak Ramadhan ni?? Meh klik SINI!!!