9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, May 31, 2011

Kumpul hutang | total hutang loan MARA RM45,706.80, PTPTipu RM3,000++ !!!!

Hee~ aktiviti berhutang memang dah menjadi asas kehidupan masyarakat dewasa ini. Termasuklah yang beragama Islam pun... Berhutang tu dah jadi kaedah dan faedah untuk kita memperolehi sesuatu. Beli kereta? Hutang. Beli rumah? Hutang. Kad Kredit? Hutang. Yuran Pengajian? Pun Hutang! Pendek kata semua hutang.. apply, sign sana sini.. pappp! Lulus! Hamik kauuu sebijik kereta! Sebuah rumah! Pengajian di kampus 3 tahun! Kredit kad bersepah-sepah!
Time dapat.. suke! Senang lenang! Lapang je dada! Kereta dah boleh show off kat kengkawan.. Rumah baru bleh show off kat sedara mara.. Tak cukup dengan hutang kereta, rumah, ada plak kredit kad! Pergh lapang jek dia pergi beli stok LV, Versace segala! Demmm.. tu tak ingat lagi hutang masa dapat belajar kat U. study U tapi banyak main! Cgpa plak down! Tu sedar tak tu dalam pada dia masih belajar dulu sebenarnya dia dah mula mengumpul hutang? Hutang pengajiannnn… paling koman satu semester makan 2/3 ribu der… UiTM je la pun yang murah…hidup UiTM! -.-’

Kalau dah nama hutang tu.. tetap hutang. Bila dah berhutang WAJIB bayar! Haaaa… dah pandai pinjam pandailah pulang kan?? Hutang kereta, rumah, kredit kad konpom bulan-bulan kena bayar.. jangan skip-skip derr… dah skip sekali pergh terasa nanti bila jumlah tertunggak! Nak lari?? Nak lari manaaaa… nama dah ada.. silap haribulan tak bayar lama blacklist lu derrr…. Opsss terlebey sudahh.. ha, blacklist yu ols… nak ke? Ha tanak bayar bulan-bulan kasi cun oke?;)

My ni baru setahun jagung dalam dunia pekerjaan.. Pengalaman pun ciput je. Yela baru je graduated akhir tahun  lepas kan.. Habes je degree tak lapang dada derr… hutang dah melambak tunggu nih.. hutang pengajian! Perghhh masa habes study dlu dok tercongak-congak nih.. berapa lah hutang study den…-.-’

Luckily, My belum ada kereta sendiri.. selama ni dok drift tuh pakai kereta enchek tunang.. yela, kereta dia kereta My jugak..;D Lagipun dia kata toksah beli dulu pakai je mana yang ada. My nak beli kereta sekarang mampu je tapi atas nasihat enchek tunang My bantutkan niat tersebut. Tunggulah nanti lepas-lepas kawen ke bleh lah beli kereta baru..;)  Kredit kad pun My tak ada. Selama ni bayar tu dok pakai enchek tunang punya jugak..-.-’.. ngeh3.. Eh tapi My pakai My bayar oke bukanlah mempergunakan apa yang dia ada..;D Kira sama-sama memberi n menerima gitew… My nak apply dia tak bagi la.. tambah hutang dia kata.. So, pakai je lah dia punya.. hehe **tapi My guna kalau BETUL-BETUL perlu sahaja

So, sekarang ni bulan-bulan My akan bayar sewa rumah, kad kredit, insurans, n bagi mak abah je.. kereta, rumah belum ada komitmen lagi. Jadinya, sementara masih berkemampuan ni My nak kumpulkan segala hutang lain yang masih ada! Dimulakan dengan hutang pengajian ketika belajar!
Sejak diploma My menggunakan khidmat MARA sebagai pelindung ketika susah senang time belajar hehe. Mula masuk belajar tahun 2005 selepas SPM.. amik Diploma. Yang bestnya MARA ni dia bagi duit bulan-bulan. Bukan macam PTPTipu bagi selonggok terus untuk satu sem. So, bila bagi tetiap bulan senang lah sikit manage financial tu kan. Mula-mula dulu dapat bulan-bulan RM300 je beb.. Tapi masa tuh rasanya dah cukup banyak lah tuh. Agak-agak terover belanja mintak FAMA (Father n Mother) la kan..;D Lepas tuh agak-agak taraf hidup kita ni dah tinggi sket 2 sem terakhir tak silap dia naikkan menjadi RM500/sebulan. Terasa lebih lega dan lapang sket hehe.

Bila masuk degree di UiTM, pada awalnya My ingat tak boleh continue pinjam MARA sebab diploma dulu swasta (francais UiTM) so MARA support yang IPTS je. Bila masuk IPTA My ingat dia tamo dahlah support.. jadi untuk selamat My apply PTPTipu.. Masa tu My apply jugak untuk sambung pinjaman MARA. Tak lama tu permohonan PTPTipu diterima.. Dalam pada masa sama My dapat pulak jwpn dari MARA di mana pinjaman masih boleh diteruskan! Wallah! Haruslah memilih MARA rather than PTPTipu kan. So, My sempatlah merasa PTPTipu untuk semester yang pertama. Lepas tu My terminate pinjaman PTPTipu dan terus setia bersama MARA dengan duit belanja RM700/sebulan… Weh masa belajar tu RM700 tu kira dah kaya tu beb.. budak2 PTPTipu putih mata je sebab duit loan diorang habes sebelum tamat sem agagagagaga…;D

Tu pasal la den ado baki pinjaman dengan PTPTipu RM3000++ tuh… grrrr.. dulu pinjam tak banyak tuh yela dah masuk interest makanya…. Lu pikirla sendiri!

Semalam My call MARA tanya procedure bayaran balik. Yela takkan nak tunggu beranak pinak baru nak mula bayar kan.. So ada baiknya My mulakan semasa tengah tak banyak komitmen nih. My mintak staff MARA tu cekkan total pinjaman MARA My..

RM45,706.80?????!!! homaigodddd… banyaknyeee..-.-’

Heee… tapi My tak risau!! Sebab MARA memang sayang My!! Dia suruh My datang bawa Sijil Degree + Transkrip dan dia akan buat pemotongan berdasarkan pointer cgpa..;) itulah untungnya dapat pinjaman MARA…

Dan… tak mustahil jika jumlah bayaran yang My perlu bayar nanti kurang daripada jumlah pinjaman PTPTipu tuh..hehe…;)

Errr.. sape yang dah bayar PTPTipu? macam mana ek nak bayar? bayar sikit-sikit boleh kan? Kalau sape-sape tahu tolong ajarin ya...;)

So, y’ols macam mana plak? Dah mula bayar hutang time belajar dulu??? 0_o

**errr… kat mana ek My simpan transkrip n sijil… demmm..-.-’

Surat dari bapak kepada boipren anaknya

Kepada Boyfriend anak aku, 

Peraturan 1: 
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon-hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa. 

Peraturan 2: 
Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah.. 

Peraturan 3: 
Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa berdating ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang. 

Peraturan 4: 
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks selamat yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham? 

Peraturan 5: 
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: Awal. 

Peraturan 6: 
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis. 

Peraturan 7: 
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni. 

Peraturan 8: 
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan. 

Peraturan 9: 
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku. 


Peraturan 10: 
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas saya datang antar anak pakcik. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku. 

Sekian. 

Yg ditakuti, 
Bapak Kepada Gf ko



**heee... surat ni dah lama bapak ni karang kot.. saje je bagi hilang ngantuk sket petang2 ni...=_='


**Balik rumah harini nak masak kuih melaka resipi Putri Bongsu la.. hehe..


Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip

Tak pernah berkesempatan join Giveaway anjuran Nisa Kay, so dah ternampak ni tak mahu lepaskan peluang!;) haruslah join... nak join jugak? klik banner di atas oke..;)

Giveaway kali ni merupakan yang besar-besaran oleh Nisa Kay sebab ianya disponsor oleh blogger-blogger hebat ini:


Tak juling mate y'ols tengok??? kalau My mintak sponsor nih sebulan buat sticky post sorang pun lom tentu nak sponsor GA oke...-.-'

Dah-dah tamo cakap banyak. Moga-moga My terpilih sebagai salah seorangnya pemenang GA bertuah tuh hehe aminnnnn..;D

ok dah. My tag semua orang yang baca entry ni!!;D

Hadiah untuk pemenang-pemenang GA!


Bagi y'ols yang tak tahu bulan lepas My ada menganjurkan GiveAway pertama sempena follower mencecah 500. Entry boleh dilihat di SINI. Alhamdulillah hari ini follower blog My hampir menjangkau ke angka 1000..;) Hurm.. mungkin bercadang nak menghadiahkan domain kepada blog sebagai penghargaa kepada diri sendiri.. hehe.. amacam oke x?;D

Pemenang-pemenang bertuah telah pun My umumkan sewaktu My bercuti di Vietnam. Malah 5 pemenang bertuah telah pun ditambah selepas kepulangan My ke tanah air.  Entry lihat di SINI dan SINI..;)

Tahniah My ucapkan kepada semua pemenang. Maaf sangat-sangat sebab masih belum pos kan hadiah-hadiah y'ols.. hehe.. Bukan apa, dah seminggu My umumkan pun haritu masih ada yang belum hantar details ke email dan itu menyukarkan My. Yela, takkan nak berulang alik ke post office so better My kumpulkan kesemuanya dulu baru boleh hantar. Tapi jangan risau! kesemua pemenang telah pun lengkap menghantar butir-butir yang diperlukan ke email dan bila-bila masa je My akan pos hadiah-hadiah y'ols oke!;)

My cuma perlu mencari masa yang sesuai untuk ke post office.. Maklumlah post office bukan dekat.. so, perlukan perancangan rapi. ecewah.. poyo..-.-'

Makanya, silalah beri My masa sekurang-kurangnya seminggu oke..;) Plus, My tengah sibuk dengan tugasan di office. Weekend ni pula padat dengan company punya sports carnival di UiTM Shah Alam dan selepas itu pack dengan kenduri kawan dan sepupu... haih~... aktif sungguh cuti hujung minggu ku sejak kebelakangan ini..-.-'

So, diharap anda bersabar dan bersabar lagi ye ngee~

JANGAN MENYAMPUK!!!


Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. 


Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,

"Haa, camna sekarang ?"

Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler".

Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??"

Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"

Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??".

Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!
--
--
Sekian, terima kasih.


AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

KLIK KLIK!!
  • Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya!!
  • Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun!!!
  • Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah!!!              
Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?
  • Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda
  • Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
  • Barah payudara: lebih 11 kali ganda
  • Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
  • Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
  • Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
  • Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
  • Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
  • Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
  • Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda
Apakah kesan-kesan jangka pendek?
Otak -  Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya

Telinga  - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak

Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan

Mulut  -  Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
          -  Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
             -   Gigi menjadi kuning

Hidung - Mengurangkan deria bau

Kulit  -  Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut

Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan


Apakah kesan-kesan jangka panjang?
  • Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
  • Penyakit Jantung
  • Angin Ahmar / Strok
  • Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
  • Penyakit mulut dan gusi
  • Ulser (perut, peptic)
  • Osteoporosis
  • Kemandulan (tidak boleh hamil)
  • Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
  • Mati pucuk

Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain?
  • Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran
  • Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes
  • Menyebabkan pencemaran udara
  • Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak
  • Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran
SAYANGI DIRI ANDA KERANA RAMAI ORANG MENYAYANGI ANDA!!! 
BERHENTI MEROKOK!!!!!

sumber --> SINI 

Pagi yang gelap kini masih gelap

Morning ols.. Dah bangun? My tanya kat y'ols yang bekerja.. yang bersekolah tuh membuto la puas2... yang tengah semester break pun buatlah taik mato puas-puas..

ado aku kisah????grrrr

Harini rasa kurang selesa sikit.. sakit perut.. biasalah hari-hari pertama pms nih... jangan kepala hangin datang sudahhhhlahhh..


Malam tadi My pegi Sports Planet lagi.. gi training futsal laa... hehe.. Last training tu Jumaat ni nak lawan dah ho yehhh... My wakil HQ lawan dengan orang-orang site dari Perak dan Johor..;D Company punya yearly activity, sports carnival..;)  *tak faham buat2 faham je la yee


Sekarang dah pukul 7.20pagi.. patutnya waktu-waktu macam ni hari dah cerah dah... tapi pagi ni suram.. mendung je... 

Nak hujan lettewwwwww..... 

Dahlah basuh baju malam tadi.. dok bersidai kat luar rumah tuh... jangan kena tempias sudah...

Rahmat.... panas selalu pun tak elok jugak kan.. tuhla y'ols.. panas salah hujan pun salah..;D

Bersyukurlah selagi masih ada alam.....

Jom!! semangat ke kerja!!!

**jalan mesti lengang kan cuti-cuti sekolah ni.. i loikkeeeee... y'ols cuti setahun pun My tak kisahhhh...;D


homaigod!!! dah hujannnn.... ni macam kena naik train je nih...-.-' (biasanya naik motor elak jammed...;D)

Monday, May 30, 2011

lagi anak dara hilang... tolong maklumkan kalau terjumpa..!!

Ada orang buat aduan.. kehilangan 2 orang anak daranya yang comel.. Kalai terakhir dilihat bersiar-siar di sekitar ibu kota... tolong maklumkan sekiranya ada berjumpa dengan mereka seperti di dalam gambar ini:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Muahahahahahhahahahhahah!
jangan marahhhhhhhh...;D

Tahniah Salma Mentor 5. jom kembali bekerja!

Assalamualaikum & selamat pagi semuanya.. 

masih bersiaran langsung daripada rumah.. sampai office nanti mungkin tidak akan berkesempatan untuk blog dek kerana padat dengan kerja yang perlu diselesaikan.. ye! memang seharusnya My utamakan perkara yang penting itu..

anda pula bagaimana?? jangan sampai kerja tak jalan dek kerana lalai dengan belog mahupun facebook oke?;) Yang study tu assignment jangan nak dekat due date baru nak cari bahan segala..;)

Malam tadi y'ols tengok Mentor Final? Huuu... Walaupun sebelum ni My tak berapa nak layan rancangan realiti TV tu.. Tapi sebab takde ape nak buat jadinya My tonton je lah Mentor Akhir tuh malam tadi hehe.. My sokong siapa? My neutral. Tapi My paling suka vokal Salma! mantap kan kan? heee.. tapi kenapa semua perempuan yang masuk akhir nih??? erkkk.. semakin ramai wanita yang masuk dunia seni.. hurm... Wallahua'lam...-.-'

Apapun, tahniah Salma.. pandai-pandailah bawa diri di dalam dunia seni tanah air nanti...

Mentor 5 dah tamat. Lepas ni jangan lupa layan Asmara II plak hari selasa jam 9pm oke! Ai tak pernah missed! kalau TERmissed segera tengok di tonton.my hehe... Esok episod terakhir!!! Adakah Zaliya dapat semula cinta Asmara?? jangan lupa saksikan esok!!!;)

ok dah2... jom pergi kerja.. berhati-hati di jalan raya... yang study tuh bersiap-siap ke kuliah oke..;) 

yang bersekolah???? perghhh seronok ye korang tido???? cuti 2 minggu tu...demmmmm!!! -.-'

Sunday, May 29, 2011

Tamat sudah hujung minggu yang aktif

Holla.... walaupun terasa penat tapi Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya hujung minggu dipergunakan sepenuhnya hehe.. Dah balik dari PD.. selamat sampai rumah sebelum maghrib tadi.. 
mandi laut petang semalam
BBQ malam tadi
Niat hati nak balik awal kot la sempat ke kenduri kawan kat Cheras.. Semangat My mandi seawal 9 pagi enchek tunang kata bleh la kuar selepas jam 10pagi. Call enchek tunang suh bersiap bleh plak dia terlelap balik grrr... penat tunggu.. sudahnya siap lambat jugak.. last-last tunggu je lah sampai check out n balik sama kawan-kawan yang lain..
kenduri kawan pergi belah pihak lelaki nanti...-.-'
Lepas check out pukul doplas kami tak kuar dari PD lagi.. pergi makan kat town then sempat plak merayap ke Ostrich Farm!! walaupun panas tapi okelahhh... tengok kambing.. burung unta.. beruk.. enjoy jek! hehe...
gambar die ai amik semart jekkkk
tengok die amik gambar ai?? grrrr
takutttttt.....!
Pukul 3 lebih baru kuar dari PD... singgah Bangi kejap melawat kawasan hahaha... then baru pulang ke KL!;)


Esok keje!!! sila semangat!! -.-'

ok bai

Saturday, May 28, 2011

Dah sampai Port Dickson!!


Fuhhh selamat sampai ke PD sudah.. gerak dah lah lewat beberapa jam tadi..-.-'. Biasalah tu janji melayu.. ;D Sekarang tengah melepak-lepak di bilik tunggu petang sikit.. gi mandi laut!! hehe.. lama dah tak mandi laut nih last tahun lepas masa pergi holiday dengan family My di Mersing..
My duduk sebilik dengan kawan enchek tunang punya awek. usia muda 2 tahun daripada My..-.-'.. belajar lagi kat MASA College.. eceh. saje perkenalkan kawan baru gua..;D


Takde idea dah nak tulih pe. perot lapar giler oke!!! grrrrr


ok bai

button follow kini ada di atas dan konvoi ke PD

Assalamualaikum dan selamat pagi..;) 

Ada yang masih lena dibuai mimpi ke? al maklumlah hujung minggu kan berehat-rehat daripada belajar mahupun bekerja... hehe.. ops! yang bekerja pada hari Sabtu jangan mare aaa...;D

My dah mandi, dah basuh baju segala hehe.. pelik? hehe.. yela biasanya dekat nak zohor baru nak mandi..;D Sebenarnya tengahari ni My nak ke Port Dickson.. ikut enchek tunang berkonvoi bersama-sama temannya.. ada la dalam 10 bijik kereta kot. So, takde buat apa ni follow je la.. hehe.. balik esok..

Oh ye.. recently, selalu sangat widget follower tu hilang kan? Blog My pun mengalami nasib yang sama.. demmm... tah hape la yang dia blogspot sibuk nak buat tuh macam-macam hal jadi.. So, daripada duk diam tak buat hape, readers pun tak boleh nak follow jadinya tadi My mencari tutorial letak button follow kat top blog nih. hehe..

So, pada y'ols yang festime datang tuh.. berbesar hati untuk menjadi follower My.. sila-silalah click button FOLLOW kat atas belah kanan tu ye.. kalau boleh tolong tinggal jejak kat shoutbox sebab kalau widget follower tu takde memang susah nak jejak y'ols balik..-.-'

Oklah.. nak siap-siap pakai tudung dah... selamat berhujung minggu y'ols!!!

Friday, May 27, 2011

Nak post hadiah pemenang-pemenang GiveAway..

Ada lagi ke pemenang yang belum hantar details kat email? Jap nak list kan kesemuanya..


Pemenang Bertuah : No 73
Nama: Rabiatul Adawiyah Bt Abd Rahim
URL Blog: http://rabiatul-adawiyahcute.blogspot.com/



3 Pemenang Utama
Peserta No. 16 
Nama: Gimi Hazel
URL Blog: http://hijauhazel.blogspot.com/

Peserta No. 49

Nama:  mohd azfar b. roslan
URL Blog: http://azfar9897.blogspot.com/


Peserta No. 100
Nama: Nurliyana Bte Mahmud
URL Blog: http://hitamitumisteri.blogspot.com/


5 pemenang tambahan
Peserta No. 1
Nama: Dayana Aqilah binti Zahari

Peserta No. 24
Nama:
URL Blog: http://mottymot.blogspot.com/

Peserta No. 102
Nama: Mohamad Idham Hakim B. Mohamed Asri

Peserta No. 127
Nama: Siti Fadhilah Binti Shuid

Peserta No. 146
Nama:wan khairulhusna wan mokhtar
URL Blog: http://husnalalink.blogspot.com/

Haaa... gotcha! ada sorang lagi belum hantar details kat email.. Peserta No. 24! Rasanya dah inform kat belog dia haritu... -.-'... Sat gi My habaq lagi.. lepas semua dah complete My post hadiah-hadiah tu oke! diharap anda bersabar..;)


**tengahari tadi sempat wash & cut hair kat derrick & Team Salon hehe.. pendek balik rambut ku.. dah la susah nak panjang..-.-'

Bank Islam pun dah ada Visa Debit Card..

Nak dipendekkan cerita, malam tadi masa tengah draw duit kat cimb sebab nak pergi beli barang dapur kat NSK Selayang (24jam).. My tengok kad-kad dalam purse macam tak lengkap. Ada satu tempat tak berkeadaan seperti biasa.. maknanya kad tu tade la. Bank Islam punya ATM Kad… ah sudahhh.. mana plak perginya..

My cek kat tempat duit kertas, tempat syiling, IC bagai… sampah merata dengan slip bank, resit shopping…-.-’… hampeh.. tade pun kad tuh! biasenya kalau My tak sempat nak selit ATM kad tu My selit je kat tempat duit kertas.. tapi kali ni takde plak!

My refresh balik, seingat My pagi semalam memang My ada ke Bank Islam bawah building office ni pergi bank in duit ke account sendiri and bayar hutang kredit kad. Lepas tu I got a phone call dan gerak naik office.. mana ada keluarkan lagi pastu.. Takkan tertinggal kat ATM machine kot? Demmm…

Sudahnya, lepas lunch tadi My ke Bank Islam buat kad baru… lama gaklah nak tunggu…-.-’
Yang bestnya, dia tak bagi macam kad lama tu.. tapi dia bagi visa debit kad!! Wahh.. dah maju sekarang.. dah macam Maybank buat visa debit kad hehe.. Kiranya dia gabungkan ciri penggunaan ATM dan kad Visa! Wallahhh….
So, sekarang My dah ada dua debit kad.. Maybank dan Bank Islam..;) Tahun lepas My pernah buat entry berkenaan Maybank Visa Debit kat kat SINI.. y’ols dah tukar ke kad maybank yang lama tu kepada kad chery? Hehe.. kalau dah baguslah..

Ha.. kalau ada kad bank Islam bolehlah y’ols apply jugak untuk debit kad ni hehe. Tak rugi pun.. Berguna jugak… tak perlu bawa cash banyak-banyak bahaya. Ada visa debit senang swipe jek. Tapi kat kedai-kedai runcit tak boleh lah ye.. hehe.. Visa Debit bagus.. tak menyusahkan macam kredit kad sebab kena bayar balik..;D But make sure dalam account tu ada duit lah ye.. dah nama pun debit kan…;D

Siapa yang layak apply? Individu berusia 15 tahun ke atas yang mempunyai akaun semasa atau akaun simpanan (CASA) Bank Islam dan berkeupayaan penuh untuk menguruskan akaun mereka layak memohon kad berkenaan. Malah, pemegang kad juga bakal menikmati rebat tunai 0.5 peratus bagi belian runcit dengan menggunakan Kad Debit-i Visa Bank Islam.

Menurut Pengurus Besar Perbankan Pengguna Bank Islam, Khairul Kamarudin sewaktu pelancaran Kad Debit-I Visa February lalu, rakyat Malaysia khususnya generasi muda boleh mengakses deposit mereka dengan lebih baik dan menikmati manfaat kad pembayaran yang berfungsi seperti kad kredit dan kad ATM. Ia juga membolehkan pemegang kad mengeluarkan wang tunai di semua mesin ATM MEPS di Malaysia. Bagi pengeluaran wang tunai di luar negara, pengguna boleh melakukannya di mesin ATM yang memaparkan logo VISA Plus
Kata dia lagi, dengan memperkenalkan kad debit berkenaan, pembayaran ditolak secara automatik daripada akaun pengguna dan ia secara tidak langsung memberi kelebihan ke atas portfolio khidmat pembayaran yang ditawarkan kepada pelanggan. Malah, dengan menggunakan kad Debit-i Visa Bank Islam ini, pemegang kad boleh melaksanakan transaksi seperti pembayaran bil, makan di restoran, sumbangan amal, berbelanja secara dalam talian, pembelian petrol, transaksi Tabung Haji atau tempahan tiket dengan menggunakan dana mereka sendiri dan bukan secara kredit.
Haa.. y’ols tunggu apa lagi? Apply lah sekarang!!;)

Tazkirah Jumaat: Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat yang penuh barakah...

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak.Kesimpulannya adalah seperti berikut:

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.



5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.


*********************

Namun dewasa ini, ramai antara kita mengumpat atas sebab yang tidak dibenarkan ataupun berdosa daripada segi syarak... apa maksud mengumpat yang berdosa ni? Menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada seseorang yang lain.

Rasullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras pun tak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan
. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat... Nau'zubillah....T_T...

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Ya Allah... betapa besarnya dosa mengumpat kan y'ols... terasa betul bila My membaca artikel ini.. T_T... Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa oleh orang-orang kita kebanyakannya. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua...

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi....

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.


My besarkan pernyataan di atas untuk kita sama-sama renungkan.. Kalau kita sibuk memperkatakan perihal orang lain.. pahala yang ada pada kita akan dipindahkan kepada individu yang kita umpat. Dahlah pahala tak berapa nak banyak.. sudahnya nanti?? pasti dosa kita akan melebihi pahala-pahala yang telah kita lakukan... Nau'zubillah....T_T

Jadi y'ols, memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Jom! kita berazam untuk tidak memperkatakan mengenai perihal keburukan orang lain.. tiada gunanya... kalau orang lain yang menceritakan keburukan seseorang itu kepada kita.. cuba jauhkan daripada individu tersebut atau jangan mengiyakan kata-kata umpatannya itu.. oke?
renung-renungkan dan selamat beramal...;)


**teringat dosa-dosa mengumpat yang My pernah lakukan. Tanpa sedar, sebenarnya kita dah melakukan dosa...T_T... korang yang My pernah umpat tu.. maafkan My please....T_T

siapa yang pernah mengumpat My? haip!! cepat mintak maaf! ;D

demmm tadi My takleh login blogspot pakai chrome.. ape kes? ni pakai IE..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers