Saturday, November 28, 2009

Bila Gambar Bercerita

Balik Kampung, masa cuti raya adalah saat yang paling indah dalam hidup semua orang kan?? Selagi ada ibu dan ayah yang di kasihi..balik lah kampung.. Biar pun kadang2 mereka penat nak layan kerenah anak dan cucu2..namun masih terserlah kegembiraan pada wajah mereka bila semua anak2 yang di sayangi berada disisi.. Nak cerita panjang pun masih penat lagi, so layan lar pics ini yaa...



Mak & Ayah yang ku cintai



Adik Beradik tersayang



Pilih sendiri yaa suami siapa kah itu...



Keluarga Haji Abd. Rahim Bin Amir



Nur Afiqah Syazana Bte Mohd. Hatta



Bila mereka bersolek..perrgghhh..acik yang solek nie..cute sungguh...

Pe pun untuk semua..hargai lah apa yang kita ada..sesungguhnya belum tahu kita akan milikinya dimasa akan datang.. Untuk keluarga ku yang tercinta..Terima kasih atas semua kebahagiaan yang telah diberikan..Syukur Alhamdulillah..

Wednesday, November 25, 2009

Arggghh...Teruja sendiri...



Video ni bukan Eiba yang buat..tapi hasil dari kerja creative teman sekolah Eiba..Sekali tengok memang teruja..coz pics kat sinun..semuanya ader kat dlm blog Eiba..hehehehe..btw..thanks my frendz..for this very nice clip...Semoga kita akan terus bersahabat yaa...

Tuesday, November 24, 2009

Office Banjir?? ...Lagi????

Pagi- Pagi masuk ofis (kul 8.30 am) terkejut tgk tangga yang dilimpahi air...ohh..dah kenapa..Sesampai dalam opis..waaahhh..memasing tgh sebuk main air..dan kulihat..hikhikhik..bumbung tengah2 office ku pecah disebab kan air..Yer laa..guna asbestos ceiling kan..standard arr...hehheheheeheh... Korang layan lah kesebukan kami mengemas kan perkakasan kami sendiri..Dan tempat ku sendiri....??? sib baik kejadian dulu telah mengajar aku lebih berhati2..dan PC ku selamat..Yesss!!








Dari kul 8.00 am depa dok mengerjakan opis..mana yang mop..maner yang main2..hikhikhik...memang opis tu nak kena basuh..maklum da lama tak cuci kot...ahakss..Tapi memang kagum dengan kerjasama yang diberikan oleh kenkawan se opis Eiba..


Saturday, November 21, 2009

Seronok Jadi Wanita...



Kisah semalam..Boss nak Eiba hantar BQ ke MFM, salah sebuah syarikat yang mengeluarkan tepung kat Malaysia nie..Walaupun letak nya kat Pasir Gudang..Tapi Eiba memang tak pernah sampai kat sinun..Nak di jadikan citer..Eiba antara confident ngan tidak...pi lar tanya kat office mate Eiba jalan mana nak lalu..Dia kata nak ke johor port ader satu simpang pertama..oouucchh..senang nyaaa...setakat Johor Port tu...memang x der hal...

Tapi hati nie berdebar2 gaks..Maklum nak submit document yang penting..namun perjalanan di teruskan..yang penting Eiba mesti sampai sebelum jam 5.00 petang.

Terkejut sampai area Port Johor.. Mak aiikk...sebelah Kiri Kastam..maner nak pergi...Tak nampak pun MFM..Lori kontena besar2..adduuuhhh....maner nak cilok...nak u turn mana laluan u turn??? Pening seketika..dalam hati da maki hamun office mate Eiba tu..Mana Jalan Pukal niee??? Call TB laks..dia suh tunggu kat area Johor Port..???? Waaahhhhh???? Maner leh...Lori kontena besar2..rasa nak nanggiss...huhuhuhu....

Tgh cakap2 ngan TB via phone..tetiba ader mamat ketuk cermin kete...Dia bertanya kenapa pada Eiba..(Agaknya muka Eiba nampak pelik kot hahahahaha..) Eiba pun explain kat dia yang Eiba SESAT dan mamat tu boleh gelak pulak...eeeeiiiii...rasa nak sekeh...tapi disebabkan dia tunjukkan cara cemana nak kuar dr JOhor Port tu...Terima kasih lah yerr...

Sekali lagi terbabas nak keluar dari kawasan tuu..addduuiiii..haru tulll....Sabar jer lah..Kali ini Eiba termasuk lak kat Kastam Import...Ya Allah...boleh lepas ker??? Tengok semua kontena.. Berhenti sekejap..tarik handbrake..call TB sekali lagi..dia bantai gelak sakan...hampeh tull...kita dah berpeluh2 kat dalam kereta yang ber AC dia seronok pulak... Tak pe2..kalau tunggu dia masak Eiba..coz document tu penting..

Sekali lagi Eiba tercari2 kat kastam area tu ader tak org yang boleh ditanya...Alhamdulillah akhirnya bertemu seorang lelaki gaks (Area nie memang susah nak jumpa pompuan yerr harap maklum) Penuh panjang lebar lelaki itu menerangkan pada EIba..walhal soalan Eiba "CEmana nak kuar dari sini" hahahahahaha....

Hampir jam 5..baru Eiba dapat keluar dari area tu...sesak rasa nafas...Pusing sekali lagi mencari MFM mengikut apa yang dikatakan oleh lelaki kat Kastam Import tuu...key word "JALAN KECIL" yessss!!! Yess!!! Jumpa...memang lar terlajak...Itu bukan jalan yerrr...lorong!!! Dan akhirnya jumpa gaks ngan Mr. Chan..sib baik dia lum balik..walau Eiba telah terlewat 7 minit...Peergghhh....

Balik rumah...Story kat TB...dia punya suka...sakan tul...tapi Eiba pun gelak sama...dan dia kata
" Kalau gurl memang lar ramai nak nolong..cuba kalau lelaki..sampai sudah org tak layan"

Memang kenyataan kan??? Untung nya jadi wanita kan...apa pun kesulitan anda pasti ada saja yang akan membantu...Jadi...bersyukurlah kita dengan apa yang kita miliki...Alhamdulillah...


Thursday, November 19, 2009

Hari Penyampaian Sijil & Anugerah - Tadika Pintar Cergas

15th November 2009 (Ahad)
8.00 Malam hingga 11.00 malam
TS HOtel Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor



Acara penyampaian hadiah memang tak akan berseri tanpa persembahan anak2 yang comel berumur 4 hingga 6 tahun dari Tadika Pintar Cergas. Dan tak ketinggalan Eiqa juga mengambil bahagian dalam acara tersebut..(Adik ku pandai menari..menari menghibur hati..)



Antara pelajar yang menunggu giliran untuk membuat persembahan..Teringat masa zaman sekolah Eiba..Eiba pun memang suka masuk acara2 cam nie..Seronok dan rasa bangga gaks larr.. Skang da turun kat anak pulak..eeerrmmpp ....axtvt sehat cam nie..memang patut di teruskan..

Korang layan lah kemeriahan majlis tersebut dengan melihat gambar2 yang Eiba sediakan untuk tatapan umum yer.. Sila buat ayat sendiri yang bersesuaian ok..






Hikhikhik...yang kat depan tu..nampak tak yang pakai baju pink...hahahaha..tu lar Eiqa.sakan kan..(ambil perhatian..gambar kurang memuaskan..)



Yang ini lak Akmal..sebuk nak interframe gaks..hikhikhik...dia lak asik jaga adik nya..bimbang lah sangat adik nya ketempat lain..walhal dalam dewan tu jugak..sikit2 tanya adik mana..tu lar..sayang abang kepada adiknya kan???



Acara penyampaian hadiah..Sungguh tak terduga..dan memang tak sangka..pasal x der sesapa bagitahu..dan tak terfikir pun dihati..bila cikgu buat announcement "Tempat pertama adik Nur Afiqah Syazana" Lintang pukang Eiba ngan TB kedepan nak amik pics adik..Sungguh memang tak jangka..Sebab masa halfyear exam Eiqa dapat no. 6 (Eiqa baru 4 tahun yerrr...)

"Tahniah adik...Ibu dan ayah memang betul2 terharu sesangat... Harap adik akan terus berusaha untuk terus berjaya yaa...Tahniah dari Ibu & ayah untuk adik!!!"




Eiqa & Piala nya

Saturday, November 14, 2009

JOmm..Nanggis ramai-ramai....

Kasih sayang yg tak berpenghujung. .. ..

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

"Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .

"Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,

"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati..

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


** Sapa buat cerita nie hah???? Sedih tawww....berjurai2 airmata ku***

Thursday, November 12, 2009

Cerita Petang itu

Sedang Eiba sebuk menyediakan persiapan untuk makan malam...terdengar suara terjerit2 di depan rumah ku..."ibu...ibu..ibu...!!!" ku amati suara itu...argghhhh..suara anak ku rupanya..memang tidak syak lagi..suara Akmal..."dah kenapa pulak terpekik2 macam tu"
Berlari lah aku kedepan rumah...takut2 dia tercedera lagi..maklum lah..anak ku yang seorang nie ligat sikit...

Setiba kat depan rumah..ku lihat Akmal berlari2, baru balik dari sekolah dengan menyerit bag sekolah nya yang beroda...Dari jauh kelihatan dia gembira semacam...berlari kearah ku...kemudian menerpa ke aku..memeluk..mencium.."dah kenapa anak ku ini"

Ibu : Abang..abang dah kenapa???

Akmal : Ibu nak tahu tak...Cikgu kata Abang naik darjah dua..Syukur Alhamdulillah...

Ibu : Eh..memang lar tahun depan abang naik darjah dua kan???

Akmal : Tak lah ibu, cikgu kata hari khamis nie naik darjah dua..

Ibu : Yer laaa..Alhamdulillah..abang dah naik darjah dua...

Akmal : Tu lar ibu kan abang dah kata..abang mesti naik darjah dua...Ibu tak caya...

Ekekekekekekeke...bila masa pulak Aku tak caya dia naik darjah dua tahun depan??? Akmal oh akmal...Tapi memang dia gembira sangat...terlompat2 dekat aku..memeluk..mencium...aaahhh..layan kan jer..kang kecik ati pulak..tak habis dengan ku..Bila ayahnya balik (TB) di cerita kan lagi..hebatnya naik darjah dua..




Untuk Akmal yang Ibu kasihi, biarpun Ibu marah atau Ibu terpukul abang, bukannya Ibu benci, malah ibu terlalu sayang pada abang..Ibu nak abang berjaya lebih dari Ibu dan ayah..Ibu nak abang hargai hidup abang...Berusaha untuk jadi yang terbaik yer abang...we love u....



Tuesday, November 10, 2009

Rest & Relax - Weekend

Tenangkan fikiran..musim hujan..nak bawak anak jauh2 bimbang terperangkap dalam banjir kilat. Plan yang di rancang ngan LadyD..kami kesini..senang jer nak hepikan anak2..ader swimming pool, then dapat main2 ngan kawan2 sekejap..mereka dah cukup gembira dan penat... Eiba juga gembira dengan kegembiraan mereka yang di sayangi..



Sampai di Resort dalam jam 3pm..maklum lah..Eiba kena keje dulu..so balik terus amik anak..then makan kat "LAN CAFE" terus ke Resort, Check In sementara tunggu Mar sekeluarga datang..Tempat nya di penghujung jalan Seri Alam..amat mudah untuk di temui.



Antara pemandangan sekitar resort yang menarik perhatian ku..Cantik dan mendamaikan..memang sesuai sangat beristerehat dengan family tersayang..Memang Eiba akan pergi lagi tempat ini..untuk seterusnya..



Kami memilih bilik yang betul2 depan pool..senang sikit anak2 ku nak terjun kang..dari bilik leh nampak mereka..kot lar malas nak layan mereka kat pool kan???



Tertarik ngan bunga ini.. Segar sangat..bunga apa yerk??? Serombong kapal kan??? Ntah lar..Zam (suami mar) ader kata..tapi dlm bahasa scientific..x reti arr nak sebut..da lupa lak tu..ekekekekke...



Acara mandi2 nie memang lar bebudak gemar sangat...pantang jumpa air..terus ajer depa nak berenang..sukati lar...asal tak ke tempat yang dalam sudah lah....





Sewa basikal RM3..pilih pnya pilih..macam2 yang nak di pilih...last2 amik gaks lah yang warna biru..akmal nak kaler itu...dapat lar dia round sekejap area resort..penat katanya..Eiba naik ok jer??? Apa2 lar akmal oiii....



Masa nie hujan gerimis..so memasing pakai payung...Sib baik Zam ader Bannnyyaaakkk payung nak supply..ekekekekkee..jual payung musim2 hujan nie..cantik gaks kan???



Sempat berposing anak2 Eiba ngan Anak2 LadyD..



Kuda nie actually Kuda racing tapi dah dijinak kan..Sib baik otak kuda nie tak ingat nak lumba jer..kalau tak masak anak2 ku di bawak...Uncle yang jaga Kuda nie pun sporting...Thanks yaa...






Kenangan bersama.. Eiba tengok kuda tu mengalirkan airmta masa Eiba dalam berani2 takut nak usap kepala dia..berdebar gaks..takut kuda tu terperanjat kan...Per pun...memang Hepi sangat tengok kegembiraan orang2 yang kita sayangi kan???



Pe lagi..jom arr kita plan pi jenjalan lagi..tak payah nak jauh2..dalam Malaysia dah terlalu banyak tempat yang cantik & menarik..sesuai untuk semua generasi...Jumpa di sanaaaaaa......

Saturday, November 7, 2009

Melayan Tekak

Masa mengandung kan Eiqa dulu..tekak nie asik nak makan Pizza jer..tak kira lar Pizza apa..Ader sekali tu..siap suh kakak ku..kak mila ngan Mak buat Pizza...sedap sangat..ahhh..tekak..Eiba makan jer..ngan tolong tengok!!...

Dan sekarang...hikhikhik..bila Eiqa dah semakin besar..dah semakin pandai nak pilih makanan..bila di tanya nak makan apa...jawapan nya "PIZZA" dah banyak kali dia merajuk tak dapat makan Pizza..maner yang pi bawak balik...delivery order..makan kat restoran Pizza.. Perrgghh...pantang jumpa perkataan "PIZZA" mula lah dia merengek2 nak makan Pizza... Demi melayan tekak anak pompuan ku minggu ini...u all layan larr..



Deli wing - 6 pcs (eiba yg habiskan..hikhikhik..)



Udang - Feveret Akmal..layan...



Istemewa utk Eiqa - TB yang perabih..terkulat2 dia nak mengabiskan Pizza nie..Eiqa makan 2 keping jerk...adik tipu arrr....



Untuk pekerja2 Pizza..mesra pelanggan tu ok..tapi tak yah lar bukak kan pintu untuk anak2 kecil..kesian mak bapak depa..kalau anak dah masuk dulu...mak bapak terpaksa masuk gaks taww..hihihihi...btw...Pizza memang sedap!!!