"Alami Keriangan Dunia Imaginasi Dewi Sukma"
PROMO !!! Mari adik-adik, kita tengok apa yang ada di dalam...Hati Emas...Ilham Corner...Ana Konda...Cincin Delima...PROMO !!! Biarlah Ku Sendiri...sebuah kompilasi 7 novel pendek...terbitan KarnaDya Solutions... PROMO!!! Mekar Kelopak Cinta... Aku Punya Cinta...sebuah mini-novella... terbitan Fajar Pakeer...
Kalam Hikmah ~

" Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara" - Saidina Abu Bakar As-Siddiq

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " - Imam Umar bin Abdul Aziz.

27 April 2012

Pesta Buku Antarabangsa 2012 di PWTC, KL.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wr. wb.
Apa khabar semua? Semoga sihat wal afiat dirahmati Allah SWT selalu.

Seronoknya! Nak tahu, apa yang buat Cik DS rasa seronok sangat tu? Tentulah disebabkan hari ini, Jumaat 27 April 2012 bermulanya Pesta Buku Antarabangsa di PWTC, KL. Pesta ini berlangsung sehingga 6 Mei 2012.

Jadi, adik-adik ajaklah mak ayah ke pesta buku ini untuk mendapatkan buku terbaru Cik DS ya di Buku Prima, Grup Buku Karangkraf. Buku-buku yang lama, insya-Allah ada di Fajar Pakeer dan KarnaDya Solutions.

Jika berkesempatan, jengoklah Cik DS di Buku Prima pada 1 Mei 2012 nanti. Ada cenderahati yang comel untuk adik-adik dengan setiap pembelian buku 'Insyirah dan Angan-angan'. Bolehlah kita berkenalan untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Sampai jumpa ya!

Cik DS akhiri dengan salam yang paling manis & sekeping poster untuk tatapan semua...



02 March 2012

Novel Terbaru DS @ Buku Prima

Assalam.

Alhamdulillah... Syukur sangat. Akhirnya, muncul sudah! Inilah dia buah hati penggarang jantung dambaan sukma... Huhuhu!

Jadi, adik-adik boleh buat muka comel, pujuk mak ayah dapatkan buku comel ini di kedai-kedai buku berhampiran.
~.~ Hehehe!




Insyirah dan Angan-angan

RM 9.90
ISBN: 978-967-0342-31-3
~48 hlm
Bahasa Melayu

Buku ini mengisahkan keletah Insyirah dan angan-angannya. Macam-macam yang dia mahu. Terlalu banyak! Tetapi, apa yang ada dalam angan-angannya itu?

Bukan tidak bagus berangan-angan cuma adakalanya akan membuatkan kita leka. Jadi adik-adik, mari ikuti kisah Insyirah di dalam buku comel ini.

Bakal dipasarkan pada 15 Mac 2012.

20 February 2012

2012... 1433 Hijrah

Assalam. Salam sayang, peluk cium buat semua kawan-kawan yang masih ingat DS. Terutama yang masih sudi singgah ke blog ini waima tiada kemaskini. Entah apa mimpi, hari ini boleh 'ter'rajin. Saja cuba-cuba berblog via tab. Payah juga, terkial-kial nak pilih aksara. Kalau ada kesalahan ejaan tu, minta diabaikan.

Tahun ini, DS masih menulis namun taklah aktif. Maklumlah, banyak betul masalah. Ditambah lagi dengan urusan kerja yang tak habis-habis. Anak-anak pula dah masuk ke alam remaja dan perlukan pantauan yang berterusan. Yang sulong nak ambil PMR, jadi dah tentu DS terpaksa korbankan banyak masa.

Cuma, DS rasa nak kongsi satu berita gembira. Ya, tak lama lagi buku kanak-kanak DS akan diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan tersohor. Memang bertuah rasanya. Satu titik tolak yang amat bermakna dan tak mungkin direalisasikan tanpa dorongan kawan-kawan penulis. Alhamdulillah.

Okey, setakat ini aje. Berita selanjutnya akan dikemaskini seminggu-dua lagi. Tarikh sebenar masih belum diumumkan. Nantikan kemunculannya & terima kasih banyak-banyak!

11 September 2011

Salam Syawal 1432H

Assalam. Macam dah basi nak ucap selamat hari raya tapi, baru nak masuk minggu ke-3 kan? Lagipun, hari raya kita sambut sebulan lamanya. Cuma tahun ini DS memang tak buat persiapan yang besar. Ala kadar sahaja memandangkan anak-anak DS nak menghadapi peperiksaan pada bulan September ini. Afifah akan ambil UPSR pada 13-15hb manakala Aiman akan ambil ujian Darjah Khas bermula dengan ujian hafazan pada 17hb nanti.




Tahun ini, alhamdulillah dapat berkumpul dan menyambut lebaran bersama semua adik-beradik DS. Sungguh meriah apatah lagi dengan kehadiran orang baru, Llyana Sofea yang telah pun berusia 6 bulan. Anak saudara DS ini agak keletah dan aktif. Tengoklah aksinya di gambar keluarga DS ini (paling tengah), bukan main lagi... tak padan kecik!

Seperti biasa pagi-pagi raya selepas solat sunat Aidil Fitri, kami bersalaman dan bermaafan. Anak-anak pula sibuk berkunjung ke rumah jiran tetangga, di samping memanjangkan silaturrahim dapat juga mengumpul duit raya.

Raya ke-2, adik-adik dah mula bertolak balik ke rumah keluarga mertua. DS sendiri pulang ke Muar pada hari raya ke-3. Kemudian berkunjung ke rumah ipar duai yang terletak di NSembilan. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar cuma kesesakkan berlaku di PLUS akibat kenderaan yang agak padat.

Okeylah. Cukup sampai di sini dulu. Lain kali DS corat-coret lagi, insya-Allah.

03 August 2011

Novel Baru DS @ FP ~ Jom Kayuh.. Jom Beli!

ISBN: 978-967-365-077-4
Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90


“Berapa harganya, Qimi?” soal Aiman, ingin tahu sambil membelek-belek basikal Qimi yang ternyata lebih baru berbanding basikalnya.

“Kau ada duit ke, Aiman?” Harraz menyoalnya pula.

Aiman mendengus. Namun dia cepat-cepat sedar bahawa pertanyaan Harraz itu memang relevan. Jika tiada duit, tidak usahlah berangan-angan tinggi!

Aiman memang juara kayuh. Sebut saja aksi apa, kayuh tanpa pegang pemegang, berdiri atas basikal, angkat tayar depan, semuanya boleh! Tapi tanpa disangka satu malam berlaku satu musibah yang mampu menyedarkannya.

Daripada kayuh ke sana sini, ada baiknya mereka bekerja sambilan dalam cuti sekolah ini bagi mengumpul tabung kumpulan mereka. Buah fikiran Aiman itu dipersetujui rakannya, Qimi, Nazrul, Irfan dan Harraz. Puas berfikir akhirnya mereka sepakat mahu menjual roti yang dihasilkan oleh Mak Cik Salina, ibu kepada salah seorang rakan Aiman. Tapi daripada duit komisen yang tidak seberapa itu mampukan Aiman merealisasikan impiannya membeli basikal sendiri tanpa menyusahkan ayahnya? Tapi persoalan terbesar, apakah ayahnya akan membenarkan Aiman bekerja dan membeli basikal baru?

17 July 2011

Re-union SMTU '88


Assalam.

Apa khabar? Salam Nisfu Syaaban. Diam tak diam dah tinggal separuh bulan sahaja lagi untuk kita semua yang beragama Islam mengerjakan ibadah puasa. Bagaimana, dah bersediakah? Memang seronok jika kita dapat menunaikan solat sunat Tarawikh pada sebelah malamnya pula.

Sempena ketibaan Ramadan juga, kami geng SMTU '88 telah sepakat untuk bertemu semula setelah 23 tahun berpisah. Kali terakhir, ketika menerima keputusan SPM. Selepas itu, masing-masing mula mengorak langkah ke kolej, universiti dan lain-lain. Ada juga yang terus melangkah ke gerbang perkahwinan dan tidak mustahil jika anak sulungnya dah pun berusia 20 tahun!

Justeru, sejarah baru pun tercipta. Tepat jam 8.30 malam di JB Catering yang terletak bersebelahan Stadium Larkin, geng SMTU '88 telah bertemu di dalam suasana yang cukup syahdu. Rasa teruja apabila dapat menatap kembali wajah rakan-rakan sekelas yang kini berusia awal 40-an.

Terlalu banyak cerita yang hendak dikongsikan hingga makanan yang enak tidak terjamah. Lepas satu, satu. Masing-masing mula mengimbas kembali memori di sekolah dahulu tentang perangai, tabiat, kegemaran dan macam-macam lagi. Juga berita sedih, guru-guru kami yang telah pergi ke rahmatullah.

Ah! Sesi bergambarlah yang paling kecoh. Jika perempuan malu kerana saiz tubuhnya yang kembang, lelaki pula cuba menyembunyikan kebuncitan dan dahi yang makin luas.. Hahaha!

Antara yang hadir;
(P) Linda (Matahariku), Liza Rose (Ros), Siti Maryam, Haslinda, Florence, Kamaliah, Yusniwati, Mazlinda & DS.

(L) Azman Marikin, Azman Hassan, Azmi, Sabtu & Nazri

Sayangnya, ada beberapa orang rakan kami yang tidak dapat hadir lantaran terikat dengan jadual tugas. Ada juga yang kata hendak datang (Radzi & Alex) tapi, sampai kami habis makan pun, tak nampak-nampak batang hidung.

Diharap selepas ini akan ada lagi pertemuan serupa untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Jika panjang umur pasti DS menyertainya, insya-Allah.

22 May 2011

Panas & Hujan

Assalam.

.
Hari tu panas terik, sungguh tak selesa. Bahangnya bawa ke malam sampai tak lena tidur dibuatnya. Kipas pun tak cukup satu! Untunglah kalau rumah dah siap dilengkapi air-con tapi siaplah bil letrik tentu naik berlipat kali ganda!
.
Yang paling tak sanggup, badan berpeluh-peluh. Rasa macam nak tidur sambil duduk di bawah pancuran... pergh!
.
Sekarang ni, musim hujan. Hari-hari hujan dengan lebatnya. Kadang-kadang, ada matahari pun boleh hujan! Yang bagusnya, hujan buat kita rasa sejuk. Fikiran pun tenang, emosi stabil maklumlah darah tak naik. Syukur alhamdulillah..
.
Namun, hujan juga mengundang tragedi. Semalam, lebih 20 orang anak-anak yatim jadi mangsa tanah runtuh. Mereka pergi begitu aje.. dengan sekelip mata!
.
Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi dan kepada pihak yang berkenaan, sentiasalah berwaspada dengan bencana yang datang tak kira masa, tempat dan siapa mangsanya.. terutama pemilik/penghuni bangunan yang dibina di lereng-lereng bukit.
.
Negara kita ni dah selalu sangat gempar dengan berita tanah runtuh tapi macam tak serik-serik kan?!

11 April 2011

Suku Pertama 2011

Assalam. Apa kbr semua? Cuba lihat semula tajuk N3 ini... 'Suku Pertama 2011'. Bunyinya macam teruk sangat kan? Kalah PM!

Pun begitu, Alhamdulillah... syukur kita dapat bertemu kembali di ruangan ini. Memang lama DS tak kemaskini tapi bukan sebab malas cuma... pc & laptop DS ada masalah, serentak pulak tu! Gara-gara serangan virus di alam maya... Salah sendiri jugak sebab tak install anti-virus yang sah. Program pun banyak yang klon. Maklum aje, nak pasang yang original tersangatlah mahalnya... natijahnya, tanggunglah sendiri!

PC kiok, dah hantar servis beberapa kali tapi masih tiada tanda-tanda dia akan pulih semula. Laptop DS ni pula tinggal nyawa-nyawa ikan.. tunggu masa aje.. memory totally out! Setiap kali nak save document, kena sumbat pendrive. Memang agak berisiko sebab banyak fail manuskrip kat dalam ni.

Asalnya, DS download fail dari Youtube. Cuma fail videomusic.. gara-gara terlalu fanatik dengan siri Kdrama, makin menjadi-jadi semenjak 'You're Beautiful'. Selepas tu, ikuti pula siri 'Mary Stayed Out All Night' dan 'Beethoven Virus'. Mungkin ramai yang dah tahu siapa heronya, Jang Geun Suk lah.

Tak cukup drama, DS tonton pula filemnya, Baby & Me. Entah kenapa, JGS memang ada aura yang tersendiri. Setiap watak yang dilakonkan agak berlainan dan kita seperti tidak kenal dia di dalam setiap drama atau filem tersebut. Yang pasti, karakternya boleh jadi berkarisma seperti lelaki macho ataupun lembut seperti gadis.. haha!

Hmm.. nampaknya DS dah susah nak lekang dari Kdrama. Di dalam masa sebulan, boleh habiskan 3-4 tajuk. Ada yang diulang-ulang tonton termasuklah My Princess & Personal Taste. Tak cukup dengan itu, siap ikuti 'fanfic' yang direka-tulis oleh para penggemarnya.

Dalam pada itu, DS sempat juga siapkan sebuah manuskrip ringan. Sekitar 90 m/s aje. Temanya lebih up-to-date, sesuai dengan aktiviti para remaja di luar sana termasuklah DS sendiri... hehe!

Okey, off dulu. Lain kali, kita share lagi!

p/s: Astaghfirullah, kadang-kadang terfikir juga... usia dah begini pun masih seronok dengan aktiviti dunia sedangkan amalan untuk akhirat amatlah sedikit...

10 February 2011

Salam Maulidurrasul 1432h


Salam semua. Masih ada ke yang sudi singgah kat sini? Terima kasih diucapkan buat para pengunjung dan maaf dipinta jika kunjungan tak bersambut dengan n3 yang segar. Asyik-asyik cerita yang sama aje, tentu bosan!


Selalu juga DS berada di dalam talian namun, sekadar dapat menjengok blog ini sekali-sekala aje. Dan, lazimnya DS akan lebih banyak melayan FB. Dekat situ, kita boleh baca cerita dan perkembangan semua kawan-kawan. Apa yang DS sedar, lebih ramai yang suka melayan FB.


Selasa depan, insya-Allah umat Islam akan menyambut ulang tahun hari kelahiran dan kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.. Tentu ada banyak program agama dan syarahan yang akan diaturkan di sana-sini. Jika ada masa, hadirilah kerana terlalu banyak ganjaran yang akan kita perolehi dan ilmu tersebut boleh dimanfaatkan untuk kehidupan kita di masa hadapan.


Sekian dahulu. Salam dan selawat buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W..