Tuesday, July 10, 2012
Kisah hati...
oh ya..kenape kisah kali ni ek..kali ni kisah hati aku..ape aku rase..ape aku through..ape yg aku korbankan...ape yg kesalkan...betul kata org2 tua...selagi kita x jadik ibu-bapa..selagi xde anak sendiri...mmg kita x rase...kasih syg dekat anak tu mmg selautan..mmg seboleh nyer kalau ape-ape yg berlaku kat anak tu, kita memohon pada ALLAH untuk ditukar ganti..mcm tu kasih syg ibu bapa terhadap anaknya.
on 25th June 2012, adalah hari paling menyayat hati aku sepanjang tempoh aku jadik seorg ibu..kenapa aku katakan menyayat hati...sbb aku x sanggup lihat kesengsaraan yg dialami Muhd. Dayyan. tak semena-mena sewaktu jari-jari aku menaip ni pon..air mata bercucuran. Bukan hak aku utk mengeluh pemberian Allah ini..tapi x tertanggung melihatnya..Ku mohon padamu ya Allah,tabahkan hati aku menempuhi keadaan ini..secara jujurnya..aku bukanlah kuat mane..mmg dalam diam, aku sorokkan linangan air mata ni..lagi-lagi aku tak mahu dayyan nampak...seluruh kekuatan serta kemampuan aku...aku ingin berikan pada dia.
Memang betul, ujian ini tak lah berapa hebat buat keluarga aku..ada lagik insan yang menanggung lebih teruk dari ini...cuma sebagai seorang ibu, aku mmg x berdaya melihat keadaan dia sebegitu...
Orang boleh cakap ape-ape sahaja...tapi setiap orang yang diduga sebengini akan tahu betapa pilunya diri lagi-lagi terpaksa melalui keadaan ni dgn seteguh-teguh diri sendiri...kadang kala tertanya...tidakkah mereka mempunyai rase belas kasihan?..sedangkan mereka bukan calang-calang org yg 'rapat'...semoga Allah merahmati kamu semua...*hanya TUHAN yang tahu ape dalam hati*
25/06/2012- Dayyan sekali lagi dimasukkan ke wad pembedahan utk EUA for glaucoma, mmg entah kenapa minggu tu aku terase x sedap hati...sepatut shud not feel that way sbb dayyan examine mata biase...tapi..pagi tu apabila doc check mata dia..haptic for his eyes dah berubah (tempat pegang lens), jadik nak x nak, dia terpakse buat operation, almost 3 hours operation buat aku sesak x bernafas..aku umpama mati jiwa waktu tunggu operation...ni la rupa dayyan sewaktu a few minutes keluar dari operation room, still unconcious & mata nampak bleeds..cant take it...really sad :(
saat paling menyayat hati..bila dia x dapat bukak mata..terlalu pedih..dia meraung sebb kegelapan serta sakit...betapa dlm hati aku dpt rasakan andai tiada nikmat utk dia lagi..begitu lah keadaannya,2 hari jiwa aku terseksa melihat dia x dapat buka mata..bila malam nak pegi toilet,dia kejutkan aku...berdukung aku bwk dia ke toilet..bila makan aku suapkan...dia cuba menggapai tgn aku, aku menangis dalam diam, tapi dia raba pipi aku dan tahu aku menangis,dayyan kata " bu...napa pipi ibu basah?" aku diam aje..dia ckp" bu jgn nangis tau, nanti dayyan ok"...mmg tak ada siapa yang melihat keadaan itu tanpe setitik air mata...
andai ini balasan dosa-dosa ku yang lalu..jangan la uji dia sebegini ya Allah..biar la aku sahaja yang lalui hukuman itu... :(
Tuesday, March 20, 2012
Spotted : A long long long journey to Krabi
aku update pasal travel aku ke krabi cuti sekolah lepas. Ape yg aku bleh rumuskan trip kali ni adelah hasil kerje giler aku..alah selalu pun menggiler jugak kan...tapi kali ni lebih menggiler biler aku travel by ktm train. Journey kl sentral-hatyai-hatyai..kl-hatyai 12 jam manakala mini van dari hatyai ke krabi 3 jam lebih...kire seharian la perjalanan dari kl. waktu aku gerak kl pukul 9pm...aku sampai krabi around pukul 5pm. As usual..aku hanya berbekalkan google maps, hotel aku booked 2 hari sebelum depart, so x susah..semua dah arrange dr kl & aku amik about 2-3 hari google rate teksi, interesting place & hotel.
Travel date : 11-15 March 2012
Travel transportation: train/mini van/tuktuk
Travel budget: overall budget for 5d4n at Krabi & hatyai (family budget) rm1200
SO ape yg menarik Krabi ni?
Happening...itu aje la yang aku boleh ckp..also food's heaven...x susah nak cari makanan halal kat Krabi, mostly halal, bersepah aje makanan halal..pilihan kat tgn uols..makanan murah ade..mahal pon x kurang hebat!
nak merayap sekita Krabi pun x jadik hal sbb tuktuk banyak..also island hopping atau interesting place pon x susah nak pergi..mmg bnyk agen and Krabi adalah pekan hidop..bar banyak..mat saleh ramai...kedai bnyk...shopping pun best!(pelik kenapa Malaysia x buat mcm ni..mesti tourist akan masuk lebih ramai sbb ikot pendapat peribadi aku...pulau2 Malaysia x kurang hebat jika nak banding Thailand)...almost the same dgn Bali...Aktiviti kat sini tertumpu kepada snorkeling/island hopping & diving. Ade jugak kawsan menarik sekitar krabi town mcm gi elephant santuary, waterfall and kolam air panas emerald pool.
mmg x boring kalau gi Krabi, tapi kalau anda dah sampai sini..nak bnyk aktiviti..kos kene pandai2 kurangkan...boleh tahan jugak la..jadik kene pandai cari agen. nak lebih adventure mcm kami..kami redah aje gi town Krabi naik tuktuk...cara ini lebih murah :)...jgn risau...org kat sini x sombong..
so sile la jamu mata..ni antara picture yg dapat aku abadikan...dan..perjalanan aku ke sebelah selatan Thai akan aku sambung padan tahun depan kerana aku bercadang utk menghabiskan 10 hari dgn menjelahi dari koh samui-phuket-koh lanta-trang-koh lipe dan terus ke langkawi. Insyallah..ape-ape pun semuanyer bergantung pada keadaan fizikal serta kemampuan dr segi kesihatan serta bajet. kamu semua doa-doa kan kami ye! amin...
Sunday, January 29, 2012
Spotted : Haru Biru at Phnom Penh, Cambodia
dgn ceria & bersemangat waja...another posting of me..paham2 aje la..aku baru habis final exam...jadik..yariba-yaribaaa tak sedor diri ler...tapi mmg azabnya belajar diwaktu usia tut ini...apebile habis je exam..rase mcm enjoy sakan...kununnnnnnn...
so what's for today?emm..let me see..the last time aku travel adelah sewaktu aku menjahanamkan diri aku kat phnom penh,cambodia 14-17hb Nov 2011, since aku x berape ready nak pergi time tu..sbb aku berlambakan assignment & test..jadik aku habiskan 4 hari aku di Phnom Penh aje..kalau ikotkan mmg la aku nak gi Siem reap or hoh cin minh...nafsu travelling mmg meronta-ronta waktu tu..apekan daya..kepala otak tgh sengal mase tu..badan kat cambodia...kepala otak kat kl...mane tak nyer...
so sepanjang 4 hari tu...most of aktivitinyer adalah shopping & cuci2 mata...bnyk pasar utk shopping, banyak tempat2 sejarah dan..jeng jeng jeng..banyak tempat ngeri utk dilawati...ye la..cambodia kan negara bekas pemerintahan khymer rouge yg ganas lagik ngeri...x bleh nak citer bnyk..sbb sape dah pergi aje tahu betapa ngeri nyer...*sehingga bulu roma meremang2...adeiiiyaii...*
so spot paling mudah kami ialah makan kat kfc kepunyaan Malaysia yg 100% halal & murah...ekon lagik senah oiii
* Psar Thmey (central Market) - di sini la sebahagian besar rakyat Malaysia me'labor'kan wang mereka..termasok la aku...lebih kurang mcm pdg besar la..dari segala tok nek brg ade kat sini..murah & pandai-pandai la tawar...kata org..kalau kita gi tempat org..kalau x kene tipu...x sah la kan..redha ajo la..*syukur rakyat mesia baik2 belaka*
* Toul Sleng-merupakan tempat seksaan sebelum derang dicampakkan ke killing fileds..ni meruapakn tempat gantung...dan pancung..bekas tu tempat kumpol kepala2 yg dah pancong...ngeri sehhhhhh...
Mmg bnyk lagik tempat yg kami pergi lawati..but x dapat la nak story kat sini..kang x habis bace berhari-hari...so..selamat tinggal Cambodia..seperti biase..polisi travelling aku..aku takkan repeat...jadik sehingga berjumpe di lokasi yg lain..buhbyeeeeee dowh! :)
Thursday, January 26, 2012
2012 : Tahun baru...& harapan baru....
how r u guys doin? harap semua ok & in excellent condition la..wahaa....lewat dah nak wish selamat tahun baru 2012 but x kire..nak wish jugakkkkk..seperti mana yg korang tahu..kalau haku x hapdet blog tu makne nyer....I'M super Duper BZ...bz tahap akak nah shopping kat ostolia...wokeyyyy...*tapi duet x banyak mcm dia..angan2 aje bleh arr*
anyway...mcm korang x kenal aku kan...hehehhe..opening tahun 2012 aje dah memberi pelbagai cabaran kat aku...at that time la...aku final exam..delaila pulak start school darjah 1 (haishhh...cepatnyer anak ibu ni besor..dah school da..sob...sob...rase baru aje belajar berjalan..pandai berckp etc...)
oooh yaaa....coming post..is about my past travel time..i will update for time to time...supaya my travel story bleh disimpan as memori kekal...and boleh menjadik rujukan buat yg kaki travel seperti kami...so this for now..adios amigossssss!!!
Tuesday, August 9, 2011
Glaucoma tiada penawar...
bulan-bulan puasa mcm ni, dtg bnyk lak idea nak menaip..nak sharekan dgn kwn2,x kire la..maybe cerita puasa,makanan,resepi,info etc. Ade hikmahnya bulan ramadhan ni biler x banyak kerja & dapat melayari internet & membace info-info berguna yg bersangkut paut dgn kita...
ok la..mmg dah lama nak share bende ni dgn semua org..cuma mase x mengizinkan..bila ramai sgt yg tanye..boleh juga la kita share info yg kita ade ni dgn kawan lain..
Ramai yang tahu, anak aku-Muhd Dayyan Firhan merupakan pesakit Congenital Glaucoma, detect mase dia berumur 3thn dan tahun lepas dia dah menjalani beberapa siri operation nak mengurangkan tekanan mata dia..so..artikel ni aku share dgn semua org yg selalu bertanye..ape la penyakit anak ely tu sbb kerap benar gi hospital...Gud info anyway..
Glaukoma Tiada Penawar
oleh Hafizah Iszahanid
*Pandangan mereka yang mengalami glukoma.
Kebanyakan faktor penyakit sering dikaitkan dengan sejarah kesihatan keluarga. Bagaimanapun, di negara ini dan di kebanyakan negara Asia, sejarah perubatan keluarga ada kalanya tidak lengkap.
Sejarah perubatan mengenai masalah mata misalnya, jarang diberi perhatian apabila ramai yang tidak tahu mereka berisiko diserang glaukoma kerana tiada anggota keluarga sebelum ini mendapat rawatan.
Berbeza dengan katarak, glaukoma adalah penyakit yang diwarisi dan boleh terjadi kepada mereka yang mengalami trauma pada mata. Paling utama, tiada ubat untuk glaukoma dan ia boleh menyebabkan buta.
Glaukoma penyakit yang progresif. Biasanya seseorang itu hanya menyedari mengalaminya selepas penyakit itu pada tahap akhir. Pada waktu itu, tidak banyak yang boleh dibantu kerana saraf matanya sudah rosak dan tidak boleh dipulihkan.
Pencuri Senyap
Jika katarak boleh sembuh dengan pembedahan, tetapi tidak pada glaukoma. Glaukoma hanya boleh dirawat tetapi tidak akan sembuh. Walaupun pembedahan boleh dilakukan tetapi ia tidak banyak membantu.
Ramai orang tidak menyedari mereka berhadapan dengan glukoma. Ia selalu dirujuk sebagai pencuri senyap kerana kerap kalinya tekanan di dalam mata menjejaskan penglihatan tanpa simptom yang jelas. Glaukoma bukan satu entiti penyakit tetapi sekumpulan masalah mata yang secara perlahan-lahan menjejaskan penglihatan.
Akhirnya, tanpa rawatan, glaukoma boleh menyebabkan buta berikutan kerosakan pada saraf optik.
*Mata yang mengalami glaukoma.
Glaukoma menyebabkan saraf optik di belakang mata rosak perlahan-lahan. Bagi kebanyakan orang, peningkatan tekanan dalam mata menjadi punca dan menyebabkan sekatan pada pusingan cecair (aqueous) dalam mata.
Bagi pesakit lain pula, kerosakan itu mungkin berpunca daripada kekurangan bekalan darah kepada saraf fiber optik utama, kelemahan pada struktur saraf atau masalah pada saraf fiber itu sendiri.
Data Seluruh Dunia
Mengikut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 4.5 juta orang di seluruh dunia menjadi buta disebabkan glaukoma dan angka ini dijangka meningkat kepada 11.2 juta pada 2020.
Namun, angka ini disifatkan sebagai tidak tepat kerana di seluruh pelusuk dunia, terutama di negara miskin, tidak ramai yang tahu dan tampil untuk membuat pemeriksaan mata atau menerima rawatan untuk glaukoma.
Dianggarkan 60.5 juta orang akan mengalami glaukoma pada 2010, dengan jumlah warga tua yang meningkat. Glaukoma dijangka menyerang 80 juta orang pada 2020.
Glukoma progres sifatnya, menyebabkan hampir 50% mereka yang didiagnos dengan glukoma tidak pernah menyedari simptom yang dialami. Biasanya, glaukoma dikesan pada usia 50 tahun ke atas.
Di Malaysia, glaukoma yang paling biasa adalah jenis glaukoma terbuka. Glaukoma jenis ini dikaitkan dengan peningkatan tekanan cecair di dalam mata. Ia mungkin menyebabkan kerosakan pada saraf optik dan akhirnya buta.
Tiada Ubat
Setakat ini, tiada ubat untuk glukoma tetapi pemeriksaan awal terutama bagi mereka yang lahir dalam keluarga yang mengalami glaukoma boleh dilakukan pada usia 30 tahun ke atas.
Oleh kerana tiada ubat menyembuhkannya, rawatan yang diberi hanyalah titisan ubat mata yang perlu digunakan sepanjang hayat. Ia bertujuan mengelak kebutaan. Namun, prekripsi ubat-ubatan banyak bergantung pada keadaan pesakit itu.
Jenis-jenis Glaukoma
Glaukoma utama
* Glaukoma sempit (narrow angle glaucoma)
* Glaukoma terbuka (primary open angle glukoma - POAG)
* Glaukoma tekanan normal (normal pressure glaucoma)
Glaukoma sekunder
* Glaukoma pseudoexfoliative (glukoma yang disebabkan sindrom gangguan berkaitan penuaan)
* Glaukoma pigmentary (glukoma yang disebabkan pengumpulan pigmen iris berlebihan)
* Glaukoma yang disebabkan trauma
* Glaukoma neovaskular (berikutan komplikasi masalah diabetes misalnya)
* Glaukoma konjenital (di kalangan bayi dan dikesan sejak lahir)
Siapa Yang Berisiko Mengalami Glaukoma
+ Mereka yang berusia 50 tahun ke atas
+ Sejarah keluarga dengan glukoma
+ Merokok
+ Trauma pada mata
+ Mereka yang menderitai diabetes, tekanan darah tinggi
+ Rabun jauh
Simptom
Glaukoma terbuka
* Lihat penglihatan perlahan-lahan (peripheral) selalunya membabitkan kedua-dua mata
* Penglihatan sehala seakan terowong pada tahap yang teruk (tunnel vision)
Glaukoma sempit
* Sakit mata yang serius
* Muntah dan pening diikuti dengan sakit mata
* Penglihatan kabur
* Mata merah
Kasih Buat mu...Muhammad Dayyan Firhan....
"Adik...sekuat mana ibu mencuba..pasti air mata ibu tetap mengalir...Memang benarlah dugaan-dugaan ni mmg sgt hebat utk kita sekeluarga..entah mampu ..entah tidak kita nak mengharunginya. No matter what happen..ibu tak pernah surut doa-doa dan harapan agar adik cepat sembuh..tak pernah sekali pun ibu mengalah dengan keadaan adik...cumanyer...kadang-kadang kita nampak kuat diluar..dalam hati kita rapuh...ibarat kaca terhempas atas batu..Memang ini yang tertulis..mmg ini perjanjian kita dulu...benarkan hati kita terima qada' & qadar yang tertulis buat kita. Maafkan ibu sekiranya ada waktunya ibu gagal membendung perasaan sedih depan adik...biler air mata ni tetap tertumpah walaupun sedaya upaya ibu sekat...dan biler adik sapu air mata ibu...tak sedikitpun ibu rasa mengeluh atau terbeban dengan keadaan adik...Ibu berusaha buat yang terbaik untuk adik..dan akan pastikan adik dapat yg terbaik...Meskipun Allah memilih adik & kita sekeluarga untuk menerima ujian ini, tak bererti kita bukan hamba yg tidak baik bagiNYa...dia memilih adik kerana dia tahu adik strong dan hambaNya yg paling dia sayang...dia tahu adik ada kekuatan terima semua ini...selagi ade nikmat yg Dia beri...kita terus berusaha dan syukur...selagi ada nikmat ni adik..lihatlah kakak, ibu & abah yg x pernah give up utk adik...we will always love u no matter what happen...Doa dan harapan kami sentiasa bersama adik..be a good boy ok..amin... "
*merajok ketika nak buat operation (2nd major operation-cataract)
*1st operation sekitar Aug 2010-HUKM (wad 4K)
**excited dowhhhh dia...
*after 1st operation
"Kalau la boleh aku tanggung ape yg dia lalui...
aku sanggup berkorban demi dia..walaupun nyawa untuk ditukar ganti..."