Saturday

a week to go~

Alhamdulillah... macam tak percaya, tinggal seminggu je lagi sebelum saya dan chenta hati bakal melangsungkan majlis perkahwinan kami...
semoga dipermudahkan segala urusan dan majlis kami nanti... insyaAllah...
semakin hari kami semakin sibuk dengan persiapan... (bukan sepatutnya semakin relaks ke?? :p)
sangat risau dengan persiapan... 
sampai migrain dibuatnya... huhuhuhu...
apa2 pun dah hampir 80% persiapan telah disempurnakan...
tinggal perkara2 yang memang tak boleh nak dilakukan dengan lebih awal seperti merebus telur, packing door gift, pasang cadar n langsir bilik pengantin (nanti tak surprise!!tapi kalau buat last2 minutes pun, last2 awak sendiri yang surprise tengok.. haaa.. baru tau!!)
sebanyak 4 dulang hantaran telah siap digubah...
lega sikit rasa...
tadi pun baru balik dari beli bunga manggar dan bunga untuk penanggah... hehe..
hopefully semua akan berjalan lancar...
aminn... insyaAllah...


Sunday

p.o.s.t.w.e.d.d.i.n.g.c.h.e.c.k.l.i.s.t

disebabkan after this kami bakal duduk di rumah sewa, banyak perkara yang perlu diambil perhatian...
terutama tentang peralatan rumah... 
tak kan nak duduk rumah kosong kan??
so there are some short-listed item yang perlu kami sediakan di rumah sewa nanti... 
tak perlu banyak, yang penting peralatan asas perlu ada...
1. sofa
2. meja makan ( at first kami decide untuk beli meja makan for 4 persons since ini hanya rumah sewa, dan taknak bersusah payah mengangkut ke rumah sendiri nanti (insyaAllah jika ada rezeki kami) tapi disebabkan Cavenzi  mark down prices gila2, kami dapat dining table for 6 persons for only RM299.. terima kasih untuk macha Abdullah kerana berjaya memujuk kami membeli dining set ni.. hahahaaa.. )
3. rak tv
4. coffee table (sebenarnye tak perlu sangat, tapi alasan kami membeli sama seperti alasan diatas.. ;p)
5. rak kasut (haa.. yang ni sangat penting bagi kami... kami merupakan gabungan pengumpul kasut terbanyak... lepas ni kereta kami akan jadi lebih ringan sebab kasut dah ada rumah sendiri...)
6. katil (THE MOST IMPORTANT!!! hikhik...)
7. fridge ( penting jugak, sebab kalau takde fridge, memang boleh jadi alasan terbaik untuk jadi pelanggan tetap kedai makan berhampiran...)
8. tv

buat masa ni, saya fikir saya hanya perlukan 8 perkara diatas..
sebenarnya banyak lagi yang perlu disenaraikan...
tong sampah, rak pinggan, lap kaki, ampaian baju, periuk, mangkuk, pinggan, sudu, garfu.. hehehe....
lagipun rumah yang bakal kami duduki ni dah lengkap dengan wardrobe, kitchen cabinet, dapur...
peralatan yang lain akan saya fikirkan selepas selesai majlis kami nanti...
sekarang ni dah takde masa nak fikir hal remeh temeh...
badan dah penat, seharian uruskan hal majlis...
sekarang saya nak rest...
jumpa lagi dalam next post...
insyaAllah..

Monday

macaroons on my wedding day... yayyy!!!!

wohoooo!!! serious sedap!!!

thanks to cik liyana yang sudi buatkan macaroons pada majlis saya nanti...
tak sabar nak makan... hahahaaaa.. (sempat ke saya makan nanti??? haihh..)
anyway, macaroons ni akan saya jadikan sebagai hantaran kepada encik tunang bagi menggantikan usual chocolate n candy... ada lah kelainan sikit... ;)

kejap2... macaroons tu apa???

saya google kejap ehh...

The word macaroon is applied to a variety of light, baked confections, described as either small cakes or meringue - like cookies depending on their consistency. The original macaroon was a "small sweet cake consisting largely of ground almonds" similar to Italian or Moroccan ameritti.

Source: Wikipedia


sebenornya, awok ni bukan lah terer sangat bab2 makanan ni, tapi awok suke bebenor nengok macaroons ni... comeyy... macam awok!!! huhuhuuu... (dem! apa yang saya mengarut ni?)

takpe lah, cakap banyak pun tak guna, apa kata kita layan gambar macaroons yang saya google ni... sebarang rasa keinginan yang tinggi, mengidam, meleleh air liur, sila tanggung sendiri... heheheee....



 hohoohoo... siap susun macam menara!!!

 pink colour... i loike! i loike!




yummy2!!!!!




hari minggu yang sangat memenatkan....

semalam adalah hari yang sangat memenatkan...
bukan saje badan, tapi otak saya pun sangat penat...
hmm, nak kahwin punya hal la ni...  (^.^)

pagi2 lagi ayah dah ajak pergi kedai cat...
asyik tangguh je, masa makin suntuk...
kena marah... (T.T)

nak tak nak, terpaksa lah juga ikut ayah ke kedai cat...
sampai kedai cat, baru terhegeh2 nak pilih warna...
nahhh... pilih la kau sampai lebam...  (=.=)
warna ape nak pilih pun taktau...

tokey tu pun dah naik bosan tunggu saya pilih warna...
baik layan customer lain... (kata tokey dalam hati)





selesai pilih warna, 
assistant tokey pun bancuh warna cat yang saya nak...


proses membancuh cat.. 


sekian...






mood: penatlah sangat... macam dia yang bancuh cat tu... cehhh! 






fondant cakes...fondant cupcakes?

lately baru teringat yang kek masih belum ditempah... 
mana yang harus dipilih?
fondant cakes or fondant cupcakes?


saya mengimpikan ade candy buffet pada majlis saya nanti...

macam dalam gambar ni... sangat sweet kan...
yeaaahhh... love so sweet.... :)


lupakan candy buffet ni...

back to topic of the day...


saya rase saya nak both fondant cakes & cupcakes...
rasenya chenta hati saya pun mesti setuju... (ok kan syg?)


google punye google, banyak jugak lah contoh2 yang saya suke...
yang ni sangat best!! chocalates... owh i luv chocolates so much!! ( but i do luv my chenta hati more! :p)


pink theme... i loike!!!

yang ni sangat sweet n simple... suke3.... :)


fondant cakes ni pun not bad....

ohhh... susahnya nak buat decision.... :p


dugaan???

Kata orang alam pertunangan ini banyak dugaannya, dan ini sering membuatkan ramai yang tertanya-tanya.. apakah dan bagaimanakah bentuk dugaan-dugaan yang mungkin terpaksa dilalui itu?

Sewaktu sebelum kita bertunang, kita mesti membayangkan dugaan itu akan datang dari pihak ketiga.. iaitu sama ada, orang lain yang tiba-tiba muncul menganggu perhubungan pertunangan kita. Ataupun dugaan daripada pihak keluarga seperti ibu, bapa, atau saudara-mara yang mungkin tidak berpuas hati dengan ikatan pertunangan.

Namun begitu, sangkaan mungkin sedikit meleset. Sebenarnya ujian & dugaan terbesar yang wujud di alam pertunangan bukanlah berpunca daripada orang @ pihak lain. tetapi, dugaan yang terbesar biasanya adalah berpunca dari dalam diri kita sendiri.

Apa pun percayalah, setiap sesuatu yg berlaku adalah kerana Allah, dan Dia mempunyai alasan yang tak terfikir oleh akal kita pun. jadi, jangan ambil mudah. doa & yakin = pengubat segala penyakit.

1) GADUH? semua orang pun gaduh, cuma jangan over la okay. semua persiapan dah buat, jangan mengada2 nak ingat kekasih lama ker, nak ungkit ker, nak besarkan hal kecik ker. hello? jangan tambah dosa..ingat! perkahwinan akan melengkapkan separuh dari agamamu..siapa yang perfect? takde kan? terima seadanya kekurangan dan kelemahan masing2..

2) PERSELISIHAN dengan ahli keluarga = perkara biasa bila ramai yg nak involve dalam majlis kita. abaikan. iyakan je, tapi lakukan ikut gerak hati anda..

3) SAKIT = ok..this is my case. saya sakit. ye SAKIT. sakit yang memang membataskan banyak perkara. semoga Allah sembuhkan penyakit saya ini. ustazah juga cakap ini dugaan orang nak kahwin, yang penting saya harus kuat. (terima kasih sangat2 kat chenta hati yang selalu bagi semangat dan kekuatan kepada saya... i luv u so much syg!)

Kepada bakal pengantin, jaga diri, jaga kesihatan. ingatlah Allah dalam setiap perkara. moga2 Dia permudahkan perjalanan kita untuk mengikut sunnah Rasulullah ini.... insyaAllah, aminnnn.

Saturday

idea oh idea!

satu persatu perkara telah selesai... syukur Alhamdulillah... but there is still a lot of things to do... now, mase untuk fikirkan hiasan bilik tidur dan rumah...

plan nak cat rumah n bilik... dalam mase yang berbaki 1 bulan lebih je ni, harap2 sempat la buat semua persiapan... 

oh ya, katil, cadar, langsir untuk bilik tidur masih belum dibeli... ingat nak ajak chenta hati pergi survey langsir since saya dah plan untuk gunakan semula langsir tu untuk rumah kami nanti... jimat kan?? so, saya tak boleh la nak buat keputusan sendiri... perlu dapatkan persetujuan dari encik tunang juga... :)

kat bawah ni ada beberapa contoh yang boleh dipinjam sebagai idea untuk hias bilik tidur saya nanti... hmmm... macam mana encik tunang??? which one do you prefer??