Friday, 29 April 2011

My First Baby Budgie

           Petang semalam, Alhamdulillah bila cek nest box first baby budgie sdh menetas... nk dijadikan ceritanya, aku cek nest box bkn bertujuan utk melihat baby tetapi untuk membuang semua telur tersebut... kerana ingatkan telur tersebut tidak menjadi.. 2 hari sebelum tu aku sudah cek tp belum menetas lg dan aku beranggapan 2 hari lg kalau x menetas aku akan buang telur tu... ini kerana aku x yakin telur tersebut akan menetas kerana seminggu dua ni si ibu kerap keluar nest box.. jarang2 skali ia mengeram... dan ni adalah fisrt time ia bertelur... telur pertama pada 5/4/2011 dan menetas pada 28/4/2011.. 23 hari lamanye... sebab tu aku ingatkan telur tersebut tidak menjadi kerana ramai otai mengatakan kebiasaannya dalam 18 hari dah menetas.... dan panantian selama 5 bulan berhasil... dan hari ini sekor lg dh menetas... harap2 si ibu dapat menjaga baby nya dengan baik walau pun first time dapat baby...

 Si Ibu & Si Bapa

Telur Pertama, habuk kayu yang di letak habis di keluarkan blk..

6 Biji Semuanya, ltk balik habuk kayu...

First Day For Baby Budgie

Second Baby For Second Day

Monday, 25 April 2011

Akta lesen LOVE BIRDS terbaru ( info dr Blog My Parrot Gallery )

Bagi sesiapa ingin memelihara Love Bird sila rujuk pada gambar ini.. saya telah buat pengesahan dengan Bahagian perlesenan Wildlife (headquaters) roseicollis memang tidak kena lesen . Ada 17 mutation sebenarnya bagi roseicollis. jadi biar kita tahu mutation terlebih dahulu sebelum pegawai perhilitan cakap lovebird kita mesti dirampas sebab takder lesen. Bukan 1 jenis mutation tapi 17 yer... Pegawai di perhilitan sendiri tidak tahu roseicollis tu ada 17 jenis mutation.

Saturday, 23 April 2011

Cockatiels

Baru2 ni pergi rmh member.. berkenan dgn Cockatiels ni....bila berkenan dgn harga terus angkat.. dia ckp sepasang jantan betina.. tp aku tengok mcm dua2 jantan je.. teka je lh, sbb tak ada pengalaman lg dengan tiel ni.. ingat bela dulu sebab tiel ni pun muda lg..


Yang albino ni kurang sihat sikit.. harap2 tak ada masalah...


Love Birds

Love birds ni adalah pair pertama yg sy beli...setelah bela lebih kurang sebulan, dapati kedua2 nya jantan... seekor jenis opal, seekor jenis peach face...


Kebetulan ada kawan yg pair dia dua2 betina...  dua2nya peach face..




Bila letak satu cage, yang opal sudah dapat pasangan.. lg dua ekor member pun jual... selang 3 minggu pair ni bertelur.. 3 biji je.. tp ketiga2nya x jd.. tak ada benih.. bila tanya otai dia ckp mgkn yg peach face ni dh kacuk dengan fisher sebelum ni sebab hujung muncung dia kemerah merahan.. ada yang ckp belum kacuk lg sebab body dia masih original.. jd setakat ni tawakal dulu tgk cam ne... hrp2 ok je...


Budgie

Ini adalah koleksi Budgie yang saya ada..baru 2 pasang. insyaallah ada rezeki siap cage baru, saya akan tambah lagi..









Penantian selama 5 bln akhirnya terubat...Pair ni sekarang tengah mengeram.. ada 6 biji telur... harap2 menjadi lh... x sabar nk tengok baby..heee

Wednesday, 20 April 2011

Langkah Pertama

Assalamualaikum..nak cite sket pada bulan 1 lps minat nk bela burung berkobar2 kerana melihat jiran br beli burung serindit..lps tu apa lg.. terus je buat cage sebab dh lama duk pendam minat dr kecil2 dulu...

Cage ni saya buat sendiri...maklum la semangat nak bela burung..



Ambil masa 2 hari gak nak siap kan cage ni...buat pun sorang2 aje...Minat ni pun memang dari kecil lagi..Ayah kat kampung pun ada bela burung..tapi jenis burung yang duk dalam sangkar yang gantung2 kat rumah tu..Ada lh jugak dlm 4-5 buah sangkar ..


Ini lh hasil selama 2 hari bertungkus lumus menyiapkan cage pertama utk burung2 ku... tp burung tak beli lg.. br survil je...

Saturday, 9 April 2011

Permulaan Perjalanan

Assalamualaikum.. Saya adalah seorang peminat burung yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini. Bermula pada Januari lalu saya baru saja dapat mengumpul 3 jenis burung iaitu Budgie, Love Bird, dan Cockatiel. Diharap kita dapat berkongsi maklumat dan pendapat bg pendatang baru seperti saya ni....