Follower kesayangan

Showing posts with label happy~~. Show all posts
Showing posts with label happy~~. Show all posts

Tuesday, April 7, 2015

Umi

Assalammualaikum,

Dah lama kan tak update blog.. nak menerjah blog lain pon x berkesempatan. bz memanjang.. Pak Jib pon x bz mcm ni.. huhuuhuhu. uopss cakap siang pandang-pandang!

CC memang agak bz sekarang ni, sebab kene siapkan thesis yang tak siap2 tu. Target kene hantar draft kat pasca hujung bulan ni.. jadi kene fokus lebih.. no play play! rotan kang!

Harini nak curi masa skit sharing2 story. first CC nak ucap tahniah pada umi sebab baru dapat formal letter kenaikan pangkat. walaupun mungkin tak setinggi pangkat orang-orang lain... tapi CC memang bangga sangat dengan umi. Benda pertama CC fikir... semoga dengan rezki lebih skit ni umi boleh shopping-shopping, sebagai reward untuk diri sendiri.

Selama ni umi terlalu banyak berkorban untuk keluarga, menyara 9 orang anak yang semuanya masih belajar. Umi jarang shopping untuk diri sendiri... kalau shopping pon ala kadar, tak seperti orang lain yang sama gaji dengan dia. Duit banyak habis untuk belanja poket kami, bayar rumah, kereta, duit dapur dan macam-macam lagi.... Jarang sekali umi mengungkit walaupun hakikatnya tanggungjawab itu patut digalas oleh seorang ayah.

Umi teringin sangat pergi haji.... tapi kesian.. sampai sekarang masih belum berpeluang ke sana.. CC nak bantu pon gaji sendiri pon tak cukup. Setiap bulan umi peruntukkan sedikit untuk tabung haji, tapi bila nak buka sekolah, duit itu juga yang akan dikorek untuk bayaran yuran sekolah dan universiti, bila kereta rosak pon begitu juga....kesian umi.

Tapi umi tenang je cakap:
"Pergi haji adalah dengan jemputan Allah, mungkin masih belum diizinkan lagi untuk ke sana"

Tabahnya umi.. sabarnya umi.... Alhamdulillah umi dah register giliran ke tanah suci .. (tapi lama lagi..).. semoga dipermudahkan segala urusan umi. 

Umi, terima kasih atas pengorbanan selama ini... walaupun sehingga kini umi masih lagi menggalas tanggungjawab-tanggungjawab itu.. tapi bebannya alhamdulillah semakin berkurangan kerana 6 dari kami dah habis belajar. Semoga umi terus dirahmati Allah dan diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah, isteri, ibu, guru, pekerja, kakak, ......


* * * * * *
Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..semoga CC diberi peluang menjadi ibu dan menjadi ibu seperti dia

Tahniah kepada ibu-ibu yang banyak berkorban untuk keluarganya... Tiada ganjaran yang setimpal didunia ini yang layak untuk dianugerahkan... semoga syurga firdausi tempat kalian....

* * * * * *
Seseorang pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata:"Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti?". Nabi s.a.w. menjawab: "Ibumu!". Dan orang tersebut kembali bertanya: "Kemudian? siapa lagi?". Nabi s.a.w. menjawab: "Ibumu!". Dan orang tersebut bertanya kembali: " Kemudian siapa lagi?". Beliau menjawab : "Ibumu". Orang tersebut kembali bertanya: " Kemudian siapa lagi?". Nabi s.a.w. menjawab "Kemudian ayahmu". (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

from love, 
Ct Cucubi

Monday, October 21, 2013

Wajik ubi

Assalammualaikum

Wajik ubi in d house~

Tq fana
First time mkn ni
Sabah mariiiii
Ubi kayu + ala2 gula merah
Dibalut dgn daun mcm daun lengkuas / lempoyang
Fana ckp daun nirik.. lirik? 
x ingt dah nma daun
Suke dgn rasanya
Yummilicious!
Tp ada bau herba skit effect dr daun. 
:-)
Daaaa

Thursday, October 3, 2013

Mlawat sambil cari mkn..


Minggu lepas xbalik Melaka
sbb turn balik Bangi.. Yippie!
Sementara inai masih di jari ni
mmg plan nak habiskan round umah sedara-mara
Adatnya mcm tulah
Mperkenalkn 'org baru' pd sedare mare
fokus kali ni kat org2 Hulu Langat

Checklist umah :
Ateh
Mak Ndak Yana
Pak Long

dah call ateh awal2
dia dah ckp awal nak bw kiteorg mkn Nasi Ambeng
Kiteorg apa lg suke sgt...
last sekali bukan dtg ber2 je
tp 2 kereta.. :P
Semua nk ikut.

Lokasi :  Bahulu Classiq, Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat
kami x mkn bahulu pon
tp bahulu sini mmg sedap
terdpt 3 jenis rasa; klasik pandan dan kapucino
mmg di eksport ke luar negara.... terbaek~

kat sini antara yg special : Nasi ambeng dan mee udang

Mee udang die marveles..
Full recommended!
tp rs skit je yg org punya
sbb sendiri order mee jawa :( 

Nasi lemak

Mee Jawa
bolehla~
Yg nmpk sipi2 tu nasi ambeng dia..

Blueberry crepe  & Durian crepe
not really recommended

Slain tu lg yg lg  special kat sini ialah Teh dangdut
boleh order panas atau sejuk
Sebab teh yang kite terima tu susu die berdangdut kat bhgn bwh.. :)
Goyang2 mcm dangdut..
kat sni ada jg jual pelbgai biskut dan krepek.. 
Kire mcm sesuai la klau nk lepak minum ptg dlm suasana kmpung
Kedai bersih dan btul2 dpan surau.

itu je nk story psl kdai ni...kalau nak tahu lg lbh lanjut psl boleh tgk sendiri kat sini atau kat blog ni.. 

***********
Alhamdulillah gendang gendut tali kecapi
Kenyang prut suke ati
Lagi2 mkn free.. ngeee
misi merayap diteruskan
Rumah mak ndak dan pak long
Rezki pkena lempeng dan roti canai dan akok
Akok bli tepi jln utk bw rmh pak long.. tp kami yg bedal.. 
:-p
semua ceklist berjaya mencapai misi
plus dpt jugak jumpa mak usu yg dah lama x jumpa.
Die share dgn kwn jual sate dkat area situ
Sedap tau~
Klau x caya cer try sate kat simpang depan petronas.. nanding
Gerai sate tu sekali dgn gerai nasi lemak kukus simpang 3
Try k.. full recommended..
:-)

Tuesday, September 17, 2013

Malam pengantin...



Syukur alhamdulillah
dah lebih 2 minggu jadi istri kpd seseorg
walaupun masih x dpt menjalankan tanggungjwb sebagai istri sepenuhnya
bak kata bebudak ni ITJJ
Istri Terbiar jarak jauh
Tapi di kesemptan2 yg ada sempat juga mskkan kuih sardin roll dan buah melaka
kuih yg sonang2 aje..
sbb x reti nak buat kuih.

Again,
alhamdulillah semua berjln lancar..
walaupun ade yg x pueh hati
cth : bj tandang yg dpt tgk last minit
dan mekap yg mcm tepung gomak..
(next post kiter citer2 k)
tp benda dah lepas mls nak kenang

Terharu dgn bantuan kwn2
lebih2 lagi Syaz, Nini, Shu dan Fifa
TQ sbb salu je kene buli teman pg jln tar
pas tu pd pak cik makcik yg sporting hbs nak pakai bj sedondong ms kenduri 
walaupon kene beli sendiri.. love uoalls
dan pd Fifa dan ecah tq jadi bridesmaid..
sian korang tido lmbat sbb tolong pakaikan inai.. :)

tq gak kitakesitu sbb sponsor crown ms majlis.. 
ngeee suke suke

K dah jauh merepek...
Tadi sebenarnya nak citer psl malam pengantin sy
Mcm org lain
mestilah sesi buka membuka

hepp jgn pkiaq bukan2

nak buka hadiah-hadiah yg terima la..

tapi sebelum buka hadiah kitaorg kene main game dulu

Gem tu memula
salah seorg dr family akan pilih hadiah
pastu org tu akan tanya soalan pada perantin
(dlm kes ni suami jadi mangsa sbb die ahli baru)
cth: apa yg kite menyebabkan kite jatuh cinta pada pasangan
apa feveret mknan pasangan kite?~~~~

kalau dpt jwb pengantin boleh buka hadiah.. 
kalau perantin x dpt jwb perantin kene denda
aritu kene denda buat gwiyomi..
kcg je sbb sy mmg suke gedik2 :P haha
tp since suami x suke gedik
puas pujuk x nak gak buat gwiyomi
demi menjaga ke coolan dan kemachoan suami
jd dilonggarkan baca pantun 3 pantun

tp yg ni paling sweet~

"dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
dua tiga boleh ku cari
mana nak sama bariyyah seorg"
ihik ihik~~~
rs mcm berbunga2 jiwa.. hahaha

Selain dr 2 soalan ni mcm2 korang boleh tanya dan uji perantin
Mcm adik ipar yg dah kene dua thun lepas mmg sedaplah die pekena balik..
o. mentang2 dh jd senior..
huhuu
nak kne babab ni!

Gem ni mmg best  dan seronok...
tp kene sporting 
bukan niat nak ragging sesiapa pon
cuma nak merapatkan hubungan dgn ahli baru dgn keluarga
dan test sejauh mn pasangan kenal satu sama lain...
Sesi soalan dan mendenda akan berterusan sampai lah hadiah terakhir..
walaupun penat seharian x hilang lg
tapi terhibur bila main game ni
korang boleh try game ni  utk  adik kakak yg bakal mendirikan rumahtangga
tp x boleh lebey2.. 
kang xpsl2 ada yg pack brg balik umah mak.. :)
selamat mencuba
Daa....





Wednesday, September 4, 2013

Pn. Siti


Finally
Alhamdulillah
dah jd PUAN..

Happy sgt bile kwn2 dtg kenduri
TQ byk2 sbb sudi dtg dan mendoakan kami.
AND tq gak utk adiah2 yg best2
Memang BEST!
happy sampai mkn makin berselera
ni risau gak kalau x muat dah bj kat Melaka...
:P

*******
Mode: jadi istri yg solehah..



Monday, December 24, 2012

Majlis kenduri dan shopping hujung tahun~

Minggu ini destinasi ke Pekan Taiping
memeriahkan majlis Pn Syaz dan Man
TAHNIAH SYAZ & MAN!

Suke tgk majlis Syaz
Sgt sweet~
suke tgk DIY2 yg syaz buat...
kalau lah sy pon serajin syaz~
Seronok sgt sekali sekala dpt hang out dgn kawan2 sb dah lama rsnya x mcm ni

Semalam balik dari Perak
terus direct ke Pudu raya 
menjemput En tunang
Dtg sempena cuti X-Mas sbb nak shopping brg hantaran
Penat sgt..
walaupun cuma meround mid valey dan Sogo
Sori En Tunang x sempat nak bawa jalan2 times square dan KLCC
sesungguh nya ms sgt mencemburui kita :P
Apapun banyak jugak brg yg dapat beli
Syukur~

At least selesai beberapa perkara.
 :)

Thursday, November 22, 2012

BOOKED



Alhamdulillah
Saya telah selamat dibooked pada
20 Oktober 2012
Pasni kene control2  mata.. 
Then dah entitle geng2 B2B.. ihiks!
BLUR
x tahu nak buat apa..
yg pasti cuma nak kawen aje..
Senior2 sila bagi tunjuk ajar yek..

Nak story2 skit psl majlis tunang.
Nak baca boleh teruskan,
tak nak baca boleh pejam mata :P
Untuk pengetahuan semua, ekceli plan awal cuma nak buat merisik aje..
Kebetulan hari pergi beli cincin tu, kiteorg terdetik nak beli terus cincin tunang.
Pas shopping2, si mokmok [En tunang] hantar ke rumah nak discuss psl majlis risik..
Tetiba abah suggest tuk buat tunang terus..
Terkezut den tau
Tapi shukurlah dengan persiapan yang simple menjadi juga tunang org.. auwww  :)

Mcm dah ckp td, persiapan buat simple2 je..
Kebetulan masa tu mmg tgh sangat sengkek, pastu duit sangkut kat bank RM500.. rs sedih sgt masa tu sbb terpaksa buat preparation terkezut dlm keadaan sgt pokai.. huhuhu
Tapi Alhamdulillah again, sbb seminggu sebelum tunang gaji masok & duit yg sangkut dpt semula.

Jadi first thing yg sy buat survey bj tunang [survey jelah sbb x de duit nak kene tunggu gaji ms tu :( ]
Bila dah dpt gaji, beli kain baju tunang online je siap beading 
pastu kelam kabut cr tailor... 
Alhamdulillah berjaya dptkan tailor yang boleh buat dlm tempoh seminggu lebih. 
Fuuuhhh..

Tempah kat Maju Junction

Untuk dulang hantaran, Jajan dengan baik hati meminjamkan dulang kahwin die yg masih berhias itu.. Walaupun dulang tu bertema hijau yg mmg kontra giler dgn dulang yg kiteorg beli untuk risik - kaler pepel
[1 dulang jek pon nak kepoh.. haha],
TQ Jajan, sebab dulangmu itu, aku dpt save budget!
Untuk nak bg match2 dgn tema dulang cincin  tu saya add on bunga2 pepel dan lekat2kan kat dulang Jajan.

Dulang Jajan yg sedia cun


After make over

Untuk hiasan 'pelamin simple sy', sy cuma gunakan:

Kerusi jati
Sedia ada

Tirai belakang
Sedia ada jugak. Ingat nak pergi beli kat Nilai  3 sebab kain yg Jajan bg pinjam tu x sama panjang.. tapi sebabumi suruh pakai je kain langsir ni tuk cover blkng almari.. Ingatkan nak beili kat NIlai 3, tp  ms tu dah lewat. RedhO ajelah. 

Pasu
Pon Jajan yg punya. Cuma add on sikit  dengan bunga2 kat Maidin Kotaraya

Benda alah kat atas tu tu tu. DAis yek?
Bunga pepel tu, saya cuma ikut tutorial kat Bunga dan Langit.. TQ awak.. 
pastu saya guna kan eva foam sebagai alas..
lekatkan dgn kertas crepe yg direnyukkan. 
Kemudian lekat guna gam tembak byk2 utk memastikan betol2 lekat dan x berguguran timpa korang time tgh kene sarung cincin.  

Akhirnya jd lah pelamin simple saya : 

Can u see the hand bouquet? 
sbb nak  match, guna bunga yg sepesen dgn hiasan kat hantaran dan dlm pasu.. :P

Saya sempat jugak buat TQ tag,
tp malangnya termissplacese hari sebelum peristiwa.. 
Penat je design & print.
x dpt guna pon. huhuu 

-The missing tag-

Some doorgifts;

Potpouri + Homemade Chocholate

K itu saje
Oh ya.. 
sy dah kene booked..
Oh LA LA!!

Sunday, August 5, 2012

Akhirnya~



Akhirnya
berjaya menregisterkan diri sebagai pengundi
Sebelum ni mls nak pikir
Sebab sgt2 x suke politik
Tapi sebab nak interview x lama lagi
cuak takut dorang cek
cecepat register..
BIla dah register
tetiba rasa mcm menjadi rakyat yg lebih berfungsi =P
muahahaha

Kalau sesiapa yg nak register tu boleh pergi ke pejabat2 pendaftaran (cek website SPR)
tapi yg ni kene pergi opis hour je.
Nak senang boleh register je kan pos office.
Jgn pergi yg kecik2 punya pos opis. pergi yg de komputer tu tau
K, daa.. selamat berbuka!

Friday, July 20, 2012

Keputusan Assesment Peg. Anti Dadah

Utk pengetahuan semua yg terpilih untuk assesment pegawai antidadah, 
keputusan Assesment dah keluar
Boleh lah cek laman portal  SPA
masukkan Ic untuk semakan keputusan.

Bergetar2 rasa hati nak check result..
Alhamdulillah lulus.  
Walaupon baru diperingkat ASSESMENT
Bersyukur sangat-sangat.
Ya ALLAH terima kasih.


Brita gembira menjelang bulan yang penuh barakah.
Selamat berpuasa semua! :)

Wednesday, July 18, 2012

My first expedition.. [Part 1]

AWSOME!!!
seriesly..
sy x sangka mcm mn sy yg lembek ni boleh survive hidup dlm hutan selama 9 hari!!!!
NO phone!
NO internet!
NO shopping!
impress x?
hahaha
Actually pd 30 June hingga 9 Julai hari tu
saya sgt beruntung sbb dpt join satu XPDC
XPDC Saintifik Selai~Peta
XPDC ni sbnrnya MOU antara Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ)
dan
Universiti Tun Hussein Onn.
Tapi byk jugak pihak yg dijemput turut sama dlm XPDC ni mcm
LKIM, FRIM, UPM....
Kiranya XPDC ni as a student lah..
hehe...
Lebih kurang pkl 2 kami berkumpul di UTHM,
mendgr sedikit taklimat dari Dekan FCAS
dan bacaan doa memohon kepada ALLAH melindungi kami sepanjang XPDC.
6 buah 4WD bergerak konvoi menuju destinasi.
Leka berborak sampai  x perasan kami dah sampai ke pekan Bekok,
bahagian timur di daerah Segamat
Sementara menungggu pendaftaran di PTNJ,
sempat lagi membeli lada hitam, bawang putih sebagai langkah perlindungan dr 'bende2' pelik. hahaha...
so lah penakut!
Maklumlah nak masok utan..
lalalala.

Sampai di Kem Merekek (Kompleks Pelawat)
kami disajikan minum petang
ahhh rasa lega tekak..

Buat org yg first time mcm sy mg giler rasa xcited + takut2...
Jadi sebagai persediaan utk hadapi kemungkinan2 dlm jangkaan atau yg luar
Korang kenalah membuat persediaan secukupnya
Kene pastikan :

1. Bersedia fizikal dan mental!
2. Peralatan lengkap
3. Kenderaan ada dan dlm keadaan baik
4. Pre survey kawasan sebelum nak masuk betol2
5. Peta kawasan
6. GPS (berguna bila sesat atau bila nak amil sample)
7. No tel kecemasan (no telephone police etc)
8. Sudha melaporkan diri pada pihak2 yg berkenaan (PERHILITAN/JAB. PERHUTANAN)
9. Pastikan kakitangan perhilitan / JPSM turut sama. 
10. Menjaga etika dan tingkah laku
11. Bekerja dlm kumpulan.
12. Dilarang merosakkan kawasan persekitaran (cth: ukir nama kat btg pokok)
13. Tidak minum minuman keras
Checklist ni dapat dari cik presenter dr FRIM. TQVM.

Since dis is my first time masuk utan..
memang blur.
kalau ikutkan nak bawa baju 9 helai bersamaan 9 hari
tapi bile try angkat mcm semput2 jek.. terpaksalah membuat pertimbangan dgn wajar
Kdg2 walapun kite rs sesuatu tu kecil je tp brg tu sbnrnya x berapa penting
(cth miniture parfume)
tapi bila setiap bende kecik tu bergabung..
trylah korang mengangkat nya! ;-)

mak oiii memang xlarat..
daripada pengalaman dah pergi
rasa2nya senarai kat bawah ni dah ok kot untuk korang bawa
cuma x boleh bawa dlm kuantiti yg byk je.
Checklist pakaian: 
1. Bj lengan panjang (seeloknya bwarna cerah supaya boleh nampak dr jauh), supaya x kene gigit nyamuk etc. jgn pakai yg tebal sgt sbb susah nak kering kalau erkena hujan atau nak cuci.
2. Seluar panjang, seeloknya jenis kain tebal - cotton (saya bw tracksuit je sbb ringan tp kene hati2 sbb mudah koyak)
3. Stokin (stokin bola yg jenis kalau tarik tu lubang die kecik je.. supaya elak pacat)
4. stokin tido?
5. stokin pacat atau bhs ompituh Leech socks. This is the first thing yg sy fikir.. mn nak cari.. tp alhamdulillah ada jual kat Taman Negara sebanyak RM12 / sepasang. Tapi The Malaysian Nature Society pon de jual jugak dengan harga RM20. [kedai kat area Bukit Persekutan, KL]

Stokin pacat RM12


stokin pacat RM20
sumber: The MNS


6. Kasut getah. x yah beli mahal2... beli yg kasut org gi toreh getah tu.. atau org panggil Adidas kampung. Paling elok yg tapaknya mcm kasut bola ada benjol2. harga murah aje x sampai pon RM10, tapi kalau nak pakai but pon boleh.. cuma kalu dah termasuk kat paya tu susah sikitlah nak tarik kaki. 
7. Slipar. untuk kegunaan harian cth : pergi mandi
8. Skaf dan tudung bw 2 je cukup kot (bagi muslimah)
9. kain telkung (jenis yg boleh renyuk2 tu sbb ringan.. x tahu pe nama kain tu)
10. Undergarment (mmm kalau de disposable, I think better yg disposable punya.. tp pasti kan buang di tempat yg sepatutnya)
11. Towel mandi yg nipis
12. kain batik (boleh guna utk bersalin pakaian atau pakai ms dah xde suar.. huhuhuhu)
13. Disposable rain coat (mcm plastik beli brg kat kedai sbb ringan).

ok, tu je.
Semoga ape yg saya share ni dpt memberi manfaat pd org lain. 
Daaa...

Sunday, April 29, 2012

When a shopaholic went to book fare...

Sgt cuak sbb tinggal 2 hari je tarikh tamat kupon 1 Malaysia
Sedangkan kupon sy msh tak bersentuh lg...
Nak x nak walaupun x de teman, gagahkan jugak kaki ini ke PWTC
semata2 nak habiskan kupon kat International Book Fare
Dlm hati rs syukur sgt2, sbb umah sewa mmg x jauh dgn PWTC
so kalau ada apa2 event mcm ni, x de lah rs mcm rusa masuk kampung sgt kan jln sorang2
Tapi dlm sorang2 pon.. habis semua kupon tu tanpa baki
PLUS
$$$ sendiri terbang jugak :P

Utk makluman bakal suami sy, 
kalau x nak cepat papa kedana tolong jgn bw sy pg shopping kat
Kedai buku
Farmasi
Kedai jahit
Sebab kompem korang balik dgn $ cukup2 je tambang balik.. :))

Book fare ni akan tamat 6 hb Mei..
Untuk peminat2 buku, jgn lepaskan peluang ni k..
sure x menyesal punyala!!! :)

k,
Hasil shopping therapy hari ni :

 sikit jer tuh.. :P

Buku Study:
1. Pregnancy, Childbirth, Postpartum and Newborn Care: A Guide for Essential Practice. WHO, UNICEF etc : RM84.80
2. Alternative Medicine The definitive Guide. The Burton Goldberg : RM45.90
3. Traditional Malay Medicine Plants. Muhamad Zakaria dan Mustafa Ali Mohd.: RM20
4. Bimbingan, doa2 Ibu mengandung serta Amalan Menjelang Bersalin. Nurwadani S. : RM12.50
5. Tumbuhan Ubatan Liar di Sekeliling Anda. Sii Fuziah Yusof: RM37
6. History Taking and Physical Examination in Obestrics and GYnaecology. Unimas: RM14.40
7. The Practical Labour Suite Management. Adibah Ibrahim: RM18.40

Buku Agama:
8. Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah. Syeikh Abu Malik dan Kamal... : RM45
9. Rahsia Khusyuk Doa. A. Yazid: RM6.50
10. Antara Dosa Paling dibenci ALLAH oleh Wanita. Ahmad Mokhtar: RM15
11. Mari Belajar Solat. Muhamad Ali Imran: RM4.50

Buku Novel etc:
12. Men are from Mars Women are from Venus. John Gray. RM28.90
13. A Long Came a Spider. James Patterson: RM4The Silent Cry. Kenzaburo Oe: RM40 
14. A Time to Kill. John Grisham : RM4
15. Cradle and All. James Patterson : RM4 
16. Diary Hamil : RM rahsie
(nak adiahkan kat adik ipor)


Kupon : RM200
Poket: lu kira la sendri.. huhu

Semoga buku2 yang dibeli dpt memberi manfaat kpd saya..
Amin.. :)
 

Saturday, April 28, 2012

My 30th Birthday... [Part i]

Walaupun dah hampir sebulan berlalu
tp baru ada ms nak update psl besday sy yg ke 30.. hehehe
salunya ada jugak yg parent belikan kek.. tp kali ni x.. 
dorang pon x ingat kot sbb sy x balik rumah.. :P

thank you pd kawan2 yg mengingati.
saja je private kan besday beberapa hari sebelum besday kat fb
nak test sapa yg ingat.. :P
apapun TQ pd yg wish.. doa, bg e kad, buat kad, bg video..kek, banje mkn.. dan bw sy jalan2 kat seremban.. :)

org paling semangat merangkap org pertama yg wish adalah kakak tersyg kat London..

ex classmate uitm Shah Alam, TQ fren..
dari Boon. TQ Boon Teck :)
TQ akak2.. dan frens..

 Dan terima SMS wish dr Angah dan Nada, Cikin, Syaz dan Shu.. TQ all.. :)


A card from a 'fren'
"apa itu cinta?" =..='

Another card
from 'adik tulen' :P

 A cake - from Kak dela
for April's besday

Makan2  Chinese food sponsored by Kak Ct

A cake - Red velvet tempah dr Ina. :)
 

TQ alls :)

Monday, February 27, 2012

Unsangkarable

Disuatu petang yang indah
semasa seorg remaja reput sedang hendak menskodeng blog2 yg di follow..
tetiba!

Mane pg sume link yg aku follow????
Semua link yang saya follow hilang!
Gone with wind..
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sies x tahu mcm mn boleh jd begini..
sedih sebab hari tu x dpt nak baca blog2 yg salu diskodeng.. :(
Tapi syukur
Esoknya tetibe ade balik semua links tu..
hehehe apa2 ntah blogspot ni..
saje buek aku sosak napeh sekejap..

K, ptg ni x de citer best sgt nak share
Cuma kalau korang semua masih ingat
saya pernah join giveaway Teha Desert
Korang boleh baca semula kat sini
Masa join tu mmg dah beratus org join
dan saya dah yg ke seratus lebih.. 
masa tu mmg dah x tahu nak tag sape..
sebab member2 yg rajin join contest semua dah join
Tapi tetap join jugak sbb nakkan kek red velvet yg yummy2!


Tapi really2 unsangkarable
Bile keluar result
Blog ni disenaraikan no 2..

source : Teha Desert
Nampak x yg no. 162 tu?
http://www.emoticonizer.com
walaupun x menang..
tp mcm sonok pulak sbb termasuk dlm senarai akhir..
hoye hoye!

Sunday, February 12, 2012

Sama taste

Semlm pergi Kenduri Kerry & Mirza kat Subang Bestari.
Kerry ni dulu pernah praktikal kat tempat keje skrg..
pastu die keje pulak sama2 dgn kiteorg, benti keje sbb nak buat master.
Utk pg ke sana sy tumpang Cik jajan dan tunang kesayangannya
TQ ye sbb menjemput dan menghantar sy dgn selamat :)

Ucapan buat
Kerry + Mirza,
Tahniah!
Semoga hubungan yg terjalin akan berkekalan hingga ke Syurga!
Lagu ni untuk korang :

Seronok sgt sbb dpt jumpa kwn2 lama
k fzu, Eza, Kina, dan Fida
Lagi2 dpt gendong si gebu baby Sheera..
rasa mcm nak gigit2 je lengan die yg dah mcm drumstick KFC
hahahaha
 imaginasi yg terlampau telan air liur
 
eeee x sbrnya nak ada baby sendiri
woit cari suami dulu yek

Masa nak pg kenduri ni mmg xcited sgt
pakai baju mencari chenta
tp hampeh x de sape yg usha sy pon
masa nak beli baju ni dulu
kene kutuk giler dgn bebudak opis..
:P
tp yg lawaknya
Masa kenduri baru perasan
tersama dgn kasut anak bos saya..
hehehe..
 budget retis..

Sofieyah pilih sendiri kasut ni kat kedai.. :))

yesz!
sy [30thn]
dan
Sofieyah [2 tahun]
sama taste B-)

Wednesday, February 1, 2012

New family member

last 2 week masa minggu cuti Chinese New Year tu
Dari opis terus balik ke Bangi
sampai2 je dah waktu maghrib,
fhm2 jelah naik komuter dgn jln tersengguk tu belum kira dia punye delay lg.
terus bergegas masuk bilik
solat maghrib.
baring2..
mandi..
buka laptop..
main fb
tgk KDrama Samurai High School.
punyalah leka dr satu episod ke satu episod
sampai dorang ajak turun mkn pon x kene layan
penangan ceriter jepun lah ni.
[citer ni boleh thn best. citer psl budak sekolah yg lurus bendol tp baek hati kene rasuk dgn roh atok nenek moyang die yg dulunya samurai. Kalau korang nak tgk online blh tgk kat sini. Lagu die pon best, boleh layan kat ujung pos ni k]

sedar x sedar dah pkl 12.30
semua dah naik atas dah siap2 tutup lampu.
Saya pon dah ready nak pejam mata dgn sellimut dah paras dada
tiba2
dgr baby nangis..
xde lah seram pon sbb rumah deret blkg tu mmg ada baby
bunyi nangis lagi
mmm
"Bunyi apa tu?" saja je tanya kat adik
"bunyi baby lah!"
"Bunyi baby?" terus keluar bilik
kebetulan bertembung dgn cipak
"Bunyi anak kucing lah! ada 3 ekor, Browny beranak..."
"kat ner2?" xcited ada anak ahli keluarga baru!
"Dlm bilik umi" dgn rs curiousity pg ketuk bilik
pulas tombol dan jengah kepala
"Mi, ada anak kucing ke?"
Umi cuma senyum...
BABY!
umi tgh dodoikan baby!
Bila ms lak mak aku ngandung ni!
[confuse]

 - - - - - - - - - - - - - - - - 
Pd usia yg membilang hari ke 30, x sangka akan dpt adik lagi!
kalau bebudak opis tahu sure kene kutuk giler2 sbb ada hati nak jd kakak
tp bila sy membhskan diri ibu
kene gelak dgn adik2 
hampeh!

Bersempena hari ni cuti untuk org2 wilayah
[happy holiday!]
pas jogging dan memberus toilet pg td
[x suke housemate pemalas!]
Gi shopping brg baby dgn exhousemate :)

Fitrisya syg, welcome to our family
Ibu happy sgt ada Fitrisya..
ade rs mcm nak muntah x?

n second gud news
My adik ipar dah peknen
Tp umi x bg xcited sgt
takut x jd
so sy pon kontrol2 happy
mmmm x sangka mereka sgt produktif.. ihik!

Sunday, January 1, 2012

Kenduri sempoi

x nak citer panjang2..
Enjoy gmbar2 kenduri ni k

pengantin yg sempoi
alala kesiannya payung diri sendiri

pelamin sempoi
design by abah..
hiiihihi kami guna je apa2 yg tersedia kat umah..
sesuai dgn budget yg ciput
adik yg br keje 8 bln
simple sempoi jimat!
http://www.emoticonizer.com

doorgift yg sempoi
Kopok sira segera beli kat t'ganu
ms kenduri belah pompuan
bekas yg comel di sponsor oleh kwn2 umi
DIY TQ tag n homemade chocolate by me

gadis pencuci pinggan yg sempoi cun

pakcik makcik hyg sempoi
selamba jer mkn kat meja pengantin

Tahlil bersama anak2 yatim
korang nampak budak kecik bj melayu pink pakai kopiah tu?
sian die kecik2 dah kene tinggal kat rumah anak yatim..
sob sob..

tetamusss

k tu jer. daaa

Friday, December 30, 2011

End Year Shopping

Segala otot2 telah bekerja keras rabu lepas memerah keringat kat gym
mmg best dan sakit
Kat sini nak masuk murah sgt
cuma RM4 per entry!
Murahkan?
Equipment pon byk!
Tapi kalau korang nak dtg
jgn dtg pkl 1
sbb ms tu gym time kakak cleaner nak memvacuum dan mengemas k

Gym yg murahbest ini terletak di
Kompleks Belia Dan Sukan 4029
Jalan Kampung Pandan 55100 Kuala Lumpur
Federal Territory of Kuala Lumpur
tapi
kalau nak tanya apa2 boleh contact
03-9200 8870
sygnya kitaorg pergi sini bg penutupan Program Trim n Fit
Tahun ni berjaya kurangkan dlm 4-5 kg..
compare dgn thn lepas yg sgt lah statik beratku
pasni x tahulah bila lg dpt pergi.
maklum jelah x de driver.. huhuhu

peha rs terlalu sakit nak berjln..
mmg seksa..
tp nak nampak seksi kenelah seksa dulu kan.
hehehe
jln pon kengkang2
bak kata kawan opis
"mcm org lepas beranak la kak"
mung ni so hampeh!

tulah blsannya utk org yg mls nak exercise
pastu exercise pon semput2.
:P

So Jumaat yg berkat..
Walapun hati tergedik2 nak pergi shopping
sbb gaji baru masok
lgpon takut tauke sogo bankrupt sbb x pergi shopping lagi kat situ..
tapi
tgh hari td
xde pergi ke mana2 shopping mall..
impress x?
hahahaha
tp jgn ingat x boleh shopping..

Ha amek kaw!again
English cotton
weeeeee
beli kat 'musleemah fashion'
RM85 included postage

bebudak opis ni x bg beli kain ni
dorang kata mcm bebudak
like always...
nak jugak
otai opis lah katakan..
muahahahaha
kunun love2 tu boleh bg impact nampak lebih muda.
kerlast gitu!
jgn jelez k..

Wednesday, December 28, 2011

Hihihahahuhu

Hari ni result exam Peg. Antidadah keluar..
dr pagi nak cek x cek2..
mmg redha apa2 pon result..
org mcm sy yg salu fail exam..
dah biase..
asalkan sy tahu sy dah berusaha..
yg lain tu kerja ALLAH

n ptg td baru sempat cek..
Alhamdulillah
Shukur sgtssss


Walaupun byk soklan x dpt jwb..
dan hentam jer
tp lulus jugak..
happy sbb first time lulus SPA
hihihihi
hahahaha
huhuhuhu..
[mental problem sbb happy]
Nampaknya kenelah tunaikan janji nak bw si jajan @ cikgu math ke Seoul Garden..
sbnrnya xde pun paper math
:P


pasni ape yek?
Ujian fizikal dan kecergasan?
http://www.emoticonizer.com
Interview?
http://www.emoticonizer.com

Sape2 yg tahu bg tau sy ye..
share tips dgn sy k.. hihi

Apapun pasni..
Saya akan cuba yg terbaek..
[kalau ade ujian fizikal terpaksa kontrol mkn utk dptkan BMI yg normal]
boleh caye ke?

Semoga semua berjln dgn lancar..
Amin
GANBATTE!
http://www.emoticonizer.com