Salam ..

Blog ini dicipta bertujuan menambahkan sumber ilmu Sains Islam kepada masyarakat umum. Di harap blog ini dapat menyajikan informasi Islam bagi mereka yang dahagakan ilmu untuk pedoman kita bersama.

Tuesday, August 5, 2014

salam syawal..1435H

Sunday, July 29, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Salam Ramadhan al Mubarak bagi tahun 1433H.

Saturday, January 21, 2012

EMPAT



Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0028 Topik adalah Wahyu.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash, r.a katanya Nabi saw. bersabda: "Ada empat perkara, barangsiapa terdapat pada dirinya lengkap keempatnya, itulah dia orang munafik sesungguhnya.

Dan barang siapa terdapat padanya satu perkara saja, maka ia termasuk munafik juga, hingga di tinggalkannya sifat yang satu itu:
1. Apabila dipercaya, dia khianat.
2. Apabila berkata, dia dusta.
3. Apabila berjanji, dia mungkir.
4. Apabila ia bermusuhan, dia sangat jahat."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0858 Topik adalah Solat.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Bahawasanya Nabi saw. solat (gerhana) empat kali rukuk dan empat kali sujud, dalam dua rakaat."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0857 Topik adalah Solat.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw. masih hidup, pernah terjadi gerhana matahari.

Maka Rasulullah saw. menyuruh orang untuk memanggil orang ramai solat berjemaah. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah saw. datang, lalu beliau takbir dan solat empat kali rukuk dan empat kali sujud dalam dua rakaat."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0712 Topik adalah Solat.
Dari Abu Salamah bin 'Abdur Rahman r.a., dia bertanya kepada 'Aisyah r.a., katanya: "Bagaimana caranya Nabi saw. solat dalam (malam) bulan Ramadhan?"

Jawab 'Aisyah, "Beliau solat tidak lebih dari sebelas rakaat, baik dalam bulan Ramadhan maupun lainnya. Mula-mula beliau solat empat rakaat. Jangan tanya, alangkah bagus dan lamanya. Kemudian empat rakaat lagi, jangan tanya pula tentang bagus dan lamanya.

Kemudian solat witir tiga rakaat." Kata 'Aisyah, dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw., apakah beliau tidur lebih dahulu sebelum witir.

Jawab beliau, "Wahai, 'Aisyah! Kedua mata ku memang kelihatan tidur, tetapi hatiku tidak."

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1505 Topik adalah JualBeli.
Dari Rafi' bin Khadij r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw. kami pernah berusaha menyewakan tanah.

Kami sewakan dengan memungut seperti atau seperempat dari hasil tanamannya tertentu. Pada suatu hari datang salah seorang pakcik ku, lalu dia berkata: "Rasulullah saw. melarang kita melakukan usaha yang menguntungkan ini.

Tetapi mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya lebih bermanfaat bagi kita. Beliau melarang kita menyewakan tanah dengan memungut sepertiga atau seperempat hasil tanaman atau makanan tertentu.

Allah memerintahkan kita supaya menanaminya sendiri atau ditanami orang lain tanpa memungut sewa atau yang seumpamanya."


Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1442 Topik adalah Cerai.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Sa'ad bin 'Ubadah bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Jikalau aku mendapati isteri ku berduaan dengan lelaki lain, tidak bolehkah aku memukul laki-laki itu sebelum ada saksi empat orang?"

Jawab Rasulullah saw., "Ya, benar!" Kata Sa'ad, "Demi Allah yang mengutus anda dengan yang hak, jika akulah yang mejumpainya, ku penggal dia lebih dahulu sebelum empat orang saksi datang."

Sabda Rasulullah saw: "Dengarlah kata pemimpin mu! Sa'ad ini sungguh cemburu; tetapi aku lebih cemburu daripadanya; dan Allah Ta'ala lebih cemburu pula daripada ku."

TIGA



Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0553 Topik adalah Solat.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali,

"kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: 'La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir, maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0117 Topik adalah Wuduk.

Humran r.a., maula Usman (bin Affan) mengkhabarkan, bahawa dia melihat Usman bin Affan meminta seember air untuk berwuduk. Dia menuangkan air itu ke tangannya dan membasuh kedua telapak tangannya tiga kali.

Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam air, lalu berkumur-kumur dan membersihkan, hidung dengan menghirup air ke hidung dan menyemburkannya kembali.

Kemudian dia membasuh mukanya tiga kali, membasuh kedua belah tangannya hingga siku tiga kali. Kemudian dia menyapu kepalanya, dan setelah itu dia membasuh kaki hingga dua mata kaki tiga kali.

Kemudian dia berkata, "Bersabda Rasulullah saw. 'Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini, kemudian solat dua rakaat dengan khusyuk, nescaya diampuni (Allah) dosanya yang telah lalu."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0749 Topik adalah Zakat.
Dari Anas r.a., katanya Abu Sakar, memerintahkannya pergi ke Bahrain (untuk mengumpulkan zakat).

Beliau menulis surat untuk menyusul keberangkatan nya itu, sebagai berikut: "Bismillahirrahmanirrahim. Inilah perintah zakat yang diwajibkan Rasulullah kepada seluruh umat Islam sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah kepada Rasul-Nya itu. kerana itu, siapa saja di antara kaum Muslimin yang diminta zakatnya sesuai dengan ketentuannya, hendaklah diberikannya, dan siapa yang diminta lebih dari mestinya, janganlah diberikannya.

Dari lima sampai dua puluh empat ekor unta, zakatnya seekor Syaatun (biri-biri) untuk setiap lima unta. Dua puluh lima sampai dengan tiga puluh lima ekor, zakatnya seekor Bintu Makhadh.

Dari tiga puluh enam sampai dengan empat puluh lima ekor unta, zakatnya seekor Bintu Labun. Dan empat puluh enam sampai dengan enam puluh ekor unta, zakatnya seekor Hiqqah Tharuqatul Jamal.

Dan enam puluh satu sampai dengan tujuh puluh lima ekor unta, zakatnya seekor Jaz'ah. Dari tujuh puluh enam sampai sembilan puluh ekor, zakatnya dua ekor Bintu Labun. Dan sembilan puluh satu sampai dengan seratus dua puluh ekor, zakatnya dua ekor hiqqah tharuqatul jamal. Dan seratus dua puluh sampai seterusnya, tiap-tiap empat puluh ekor, zakatnya seekor Bintu Labun.

Dan tiap-tiap lima puluh ekor, zakatnya seekor Hiqqah. Siapa yang mempunyai empat ekor unta, ia tidak wajib zakat kecuali kalau ia suka mengelurkannya. Tetapi apabila ia mempunyai lima ekor, ia wajib zakat seekor biri-biri. Zakat ghanam (kambing/biri-biri) ialah ghanam yang lepas.

Mulai dari empat puluh sampai dengan seratus dua puluh ekor, zakatnya seekor Syaatun. Dari seratus dua puluh sampai dengan dua ratus, dua ekor Syaatun. Dari dua ratus sampai dengan tiga ratus, zakatnya tiga ekor Syaatun.

Dari tiga ratus sampai seterusnya, tiap-tiap seratus, zakatnya seekor Syaatun. Dan siapa yang mempunyai ghanam kurang dari empat puluh ekor, biarpun hanya kurang seekor, tidak wajib zakat baginya, kecuali kalau ia suka membayarnya.

Zakat perak, ialah seperempat puluh dari nilai harga perak itu. Tetapi kalau harganya cuma seratus sembilan puluh, tidak wajib zakatnya, kecuali kalau yang punya ingin mengeluarkannya.

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0177 Topik adalah Bersuci.
Humran, hamba sahaya 'Usman bin Affan r.a. menceritakan, bahawa 'Usman minta air untuk berwuduk. Mula-mula dicucinya kedua tapak tangannya tiga kali.

Sesudah itu dia berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung. Kemudian dia mencuci muka tiga kali. Sesudah itu mencuci tangan kanan hingga siku tiga kali. Sesudah itu mencuci tangan kiri seperti yang kanan.

Kemudian menyapu kepala. Kemudian mencuci kaki kanan hingga dua mata kaki tiga kali. Kemudian mencuci kaki kiri seperti yang kanan. Sesudah itu dia berkata, "Seperti itulah ku lihat Rasulullah saw. berwuduk.

Sesudah itu Rasulullah saw. bersabda: "Siapa berwuduk seperti wuduk ku ini, dan kemudian dia solat dua rakaat tanpa bercakap dengan dirinya sendiri (tanpa berangan-angan), diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu."

SATU Perjalanan



Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0134 Topik adalah Iman.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Jibril membawakan kepada ku seekor Buraq', iaitu sejenis haiwan berwarna putih, lebih panjang dari keldai dan lebih pendek daripada baghal. Ia dapat melompat sejauh mata memandang.

Haiwan itu lalu ku tunggangi sampai ke Baitul Makdis. Sampai di sana haiwan itu ku tambatkan di tambatan yang biasa digunakan para Nabi. Kemudian aku masuk ke dalam masjid dan solat di situ dua rakaat.

Setelah aku keluar, Jibril datang membawa dua buah bejana, yang satu berisi khamar dan yang satu lagi berisi susu. Aku memilih susu.

Kata Jibril, "Dan Kami naikkan dia (Idris) ke tempat yang tinggi" (Maryam : 57). Kemudian kami naik ke langit kelima.

Jibril a.s. minta dibukakan pintu. Dia ditanya, "Siapa Anda?" Jawab, "Aku Jibril." Tanya: "Siapa bersama Anda?" Jawab: "Muhammad saw." Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus."

Setelah itu pintu dibukakan untuk kami. Sekonyong-konyong aku bertemu dengan Harun a.s. Dia mengucapkan selamat datang kepada ku dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.

Kemudian kami naik ke langit ke enam. Lalu Jibril minta dibukakan pintu. Dia ditanya, "Siapakah Anda?" Jawab: "Aku Jibril." Tanya: "Siapa bersama Anda?" Jawab: "Muhammad." Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus."

Sesudah itu barulah pintu dibukakan untuk kami. Sekonyong-konyong aku bertemu dengan Musa a.s. Dia mengucapkan selamat datang kepada ku dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.

Kemudian kami naik ke langit ketujuh. Jibril minta dibukakan pintu. Dia ditanya, "Siapa Anda?" Jawab: "Aku Jibril." Tanya: "Siapa bersama Anda?" Jawab: "Muhammad saw." Tanya: "Apakah dia sudah diutus?" Jawab: "Ya, dia sudah diutus."

Sesudah itu, lalu pintu dibuka untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Ibrahim a.s. sedang bersandar ke Baitul Ma'mur, di mana 70,000 malaikat setiap hari masuk ke dalamnya dan mereka tidak pernah kembali lagi dari situ.

Kemudian Jibril membawa ku ke Sidratul Muntaha, mendapatkan sebatang pohon yang daunnya seperti telinga gajah, dan buahnya sebesar kendi. Setiap kali ia tertutup dengan kehendak Allah, ia berubah sehingga tidak satu pun makhluk Allah yang sanggup mengungkapkan keindahannya.

Lalu Allah menurunkan wahyu kepada ku, mewajibkan solat 50 kali sehari semalam. Sesudah itu aku turun ke tempat Musa a.s. Musa bertanya, "Apa yang telah diwajibkan Tuhan mu kepada umatmu?" Jawab ku, "Solat 50 kali."

Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhan mu, mintalah keringanan, kerana umatmu tidak akan sanggup melakukannya. Aku sendiri telah mencuba terhadap Bani Israil." Kata Nabi saw., "Aku kembali kepada Tuhan ku, lalu aku memohon, Ya Tuhan! Berilah umat ku keringanan!' Maka Allah menguranginya lima." Sesudah itu aku kembali kepada Musa. Kataku, "Allah menguranginya lima."

Kata Musa, "Umatmu tidak akan sanggup menunaikannya sebanyak itu. Kerana itu kembalilah kepada Tuhan mu dan mintalah keringanan." Kata' Nabi saw. selanjutnya, "Aku jadi berulang-ulang pulang pergi antara Tuhan ku Tabaraka wa Ta'ala dengan Musa, sehingga akhirnya Allah berfirman: "Kesimpulannya ialah solat lima kali sehari semalam.



Bagi tiap-tiap satu kali solat, sama nilainya dengan sepuluh solat; maka jumlah nilainya 50 juga. Dan siapa bermaksud hendak berbuat kebajikan, tetapi tidak dilaksanakannya, dituliskan untuknya (pahala) satu kebajikan.

Apabila dilaksanakannya, ditulis baginya (pahala) sepuluh kebajikan. Dan siapa bermaksud hendak berbuat kejahatan, tetapi tidak jadi dilaksanakannya, tidak akan ditulis apa-apa baginya.

Tetapi jika dilaksanakannya, maka ditulis baginya balasan satu kejahatan. Sesudah itu aku turun kembali ke tempat Musa a.s., lalu ku ceritakan kepadanya apa yang difirmankan Tuhan ku itu.

Kata Musa, "Kembalilah kepada Tuhan mu, dan mintalah keringanan." Jawab Rasulullah saw., "Aku telah berulang kali kembali kepada Tuhan ku meminta keringanan, sehingga aku malu kepadaNya.

Thursday, December 22, 2011

Martabat Ilmu

ILMU begitu penting dalam kehidupan di alam maya pada ini. Setiap perbuatan atau perkara yang dialkukan mestilah dengan ilmu. Ilmu penyuluh kehidupan. Ilmulah yang dapat membezakan antara seorang dengan yang lain. Tanpa ilmu kita tidak pat merasai kelazatan apa yang dilakukan baik ibadah, pekerjaan seharian atau pun apa sahaja yang dilakukan.

Timbalah ilmu sebnayak yang mungkin. Ilmu dunia, juga ilmu akhirat.

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2261 Topik adalah Kebajikan.
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya: "Seorang perempuan datang kepada Nabi saw. lalu dia berkata: Kaum lelaki telah belajar mengaji kepada Anda. Sediakan pulalah waktu bagi kami satu hari, supaya kami dapat mendatangi Anda pada hari itu, mempelajari ilmu yang diajarkan Allah kepada Anda." Jawab Nabi saw., "Berkumpullah pada hari-hari itu dan itu!" Maka berkumpullah mereka pada hari-hari yang ditentukan beliau, lalu beliau datang mengajar mereka ilmu-ilmu yang telah diajarkan Allah kepadanya (ilmu agama). Antara lain beliau bersabda: "Tidak seorang jua pun para wanita di antara kamu sekalian yang anaknya lebih dahulu meninggal sampai tiga orang, melainkan anak-anak itu menjadi dinding baginya dari api neraka." Lalu bertanya seorang wanita, "Bagaimana kalau dua orang, dua orang, dua orang?" Maka jawab Rasulullah saw., "Ya, dua orang, dua orang, dua orang."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1964 Topik adalah Perintah.
Dari Urwah r.a. katanya: Abdullah bin Umar naik haji bersama dengan kami, dan kami dengar dia berkata: Saya mendengar Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengambil (menghilangkan) ilmu sekaligus sesudah diberikanNya, melainkan mengambil itu dengan mengambil (mewafatkan) ahli ilmu (Ulama) bersama ilmunya. Maka tinggallah orang-orang bodoh. Mereka diminta fatwanya, lalu mereka berfatwa menurut kemahuan sendiri. Sebab itu, mereka menyesatkan dan sesat."


Surah AlBaqarah. Ayat 102.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari per kara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Surah AlBaqarah. Ayat 247.

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya dan dia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan? Nabi mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

Surah Yusuf. Ayat 076.

Maka Yusuf pun mulailah memeriksa tempat-tempat barang mereka sebelum memeriksa tempat barang saudara kandungnya (Bunyamin) kemudian ia mengeluarkan benda yang hilang itu dari tempat simpanan barang saudara kandungnya. Demikianlah Kami jayakan rancangan untuk (menyampaikan hajat) Yusuf. Tidaklah ia akan dapat mengambil saudara kandungnya menurut undang-undang raja, kecuali jika dikehendaki oleh Allah. (Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki, dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui,

Surah AlBaqarah. Ayat 255.

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0783 Topik adalah Solat.
Dari 'Amir bin Watsilah r.a., katanya: "Bahwasanya Nafi' bin 'Abdul Harits, pada suatu ketika bertemu dengan Khalifah 'Umar di 'Usfan. Ketika itu Nafi' bertugas sebagai pejabat di kota Mekah. 'Umar bertanya kepada Nafi', "Siapa yang anda angkat menjadi Kepala bagi penduduk Wadi?" Jawab Nafi', "Ibnu Abza." Tanya 'Umar. "Siapa itu Ibnu Abza?" Jawab Nafi', "Salah seorang maula (budak yang telah dimerdekakan) di antara beberapa maula kita." Tanya 'Umar, "Kenapa maula yang diangkat?" Jawab Nafi', "Kerana dia seorang ahli mengenai Kitabullah dan alim tentang Ilmu Faraid (ilmu tentang pembagian pusaka)." Kata 'Umar, "Benar! Nabi saw. pernah bersabda, bahawasanya Allah akan memuliakan suatu kaum dengan Kitab ini (Al Qur'an), dan menghinakan yang lain."

Surah Ali'Imran. Ayat 007.

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang- orang yang berfikiran.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0076 Topik adalah Ilmu.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati sanubari manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan (ulama). Apabila orang berpengetahuan telah punah, maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka itu sesat dan menyesatkan."

Sunday, December 18, 2011

Madu



1
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2073 Topik adalah Salam.
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air." Sabda Rasulullah saw., "Minumkan madu kepadanya." Lalu diminumkanmadu kepadanya. Kemudian dia datang pula kepada Nabi saw. lalu katanya, "Telah ku minumkan madu kepadanya, tetapi sakitnya bertambah." Nabi saw. menyuruhnya pula meminumkan madu sampai berulang tiga kali. Dia datang untuk keempat kalinya, Nabi saw. tetap menyuruhnya supaya meminumkan madu. Kata orang itu, "Aku telah meminumkannya, ya Rasulullah, namun sakitnya bertambah juga." Sabda Rasulullah saw., "Allah Maha Besar! Perut saudara mu itulah yang dusta." Lalu diminumkannya pula madu, maka sembuhlah saudaranya.

2
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1665 Topik adalah Penyakit.
Dari Abu Sa'id r.a.: Ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: "Saudara saya sakit perut." Rasul menjawab: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi untuk kedua kalinya. Rasul berkata lagi: "Beri iamadu!" Kemudian orang itu datang lagi untuk ketiga kalinya. Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi dan berkata: "Telah saya lakukan." Rasul menjawab: "Tuhan benar. Perut saudara mu yang bohong. Beri iamadu'" Setelah itu diberikannya lagi madu kepada saudaranya, dan sembuhlah penyakitnya.

3
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1423 Topik adalah Cerai.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. suka makan manis-manisan dan madu. Bila beliau selesai solat 'Asar, biasanya beliau berkeliling ke rumah para isteri beliau dan mampir sebentar. Pada suatu kali beliau mampir di rumah Hafshah tetapi beliau agak lebih lama tinggal di situ daripada biasa. Lalu kU tanyakan kepada beliau kenapa begitu. Jawab beliau, "Hafshah diberi oleh seorang wanita keluarganya semangkok madu, lalu aku diberinya seteguk." Kata 'Aisyah, "Kami akan memperdayakan beliau. Lalu hal itu ku ceritakan kepada Saudah, dan ku katakan kepadanya, nanti bila Rasulullah saw datang ke rumah mu, maka ketika beliau mendekati mu, katakanlah kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Apakah anda baru habis minum maghafir?" Tentu beliau akan menjawab, "Tidak!" Lalu tanyakan lagi, "Ini bau apa?" Rasulullah saw. sangat benci kalau dia tercium bau minuman terlarang - Nanti beliau akan mengatakan kepada mu, "Aku diberi Hafshah madu seteguk." Lalu jawablah, "Barangkali lebahnya makan bunga 'urfuth," Kata 'Aisyah, "Aku akan mengatakannya begitu kepada beliau. Maka kamu katakan pulalah begitu, hai Saudah! Dan nanti kau suruh pula Shafiyah mengatakannya begitu." Maka tatkala Rasulullah saW. datang ke rumah Saudah, hampir saja, dia mengucapkan kata-kata itu ketika beliau masih berada di ambang pintu, kerana takutnya kepada 'Aisyah. Setelah beliau mendekatinya, barulah Saudah berujar, "Ya, Rasulullah! Apakah anda baru habis minum maghafir?" Jawab Nabi saw. "Tidak!" Tanya Saudah, "Mulut anda bau apa ini?" Jawab beliau, "Hafshah menyuguhi ku setegukmadu." Kata Saudah, "Kalau begitu, mungkin lebahnya makan bunga 'urfuth." Kata 'Aisyah, "Ketika beliau datang ke rumah ku, aku mengatakan pula kepada beliau seperti itu." Kemudian, ketika beliau datang ke rumah Shafiyah, lalu Shafiyah mengatakan pula begitu. Maka tatkala beliau datang ke rumah Hafshah, dia bertanya: "Apakah Anda mahu minum madu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Aku tidak memerlukannya;" Kata 'Aisyah selanjutnya, "Kemudian Saudah mengatakan, -Maha Suci Allah! Akibatnya Allah benar-benar mengharamkannya bagi kita ' (gara-gara perbuatan kita)." Lalu ku jawab, "Tenanglah Saudah!"

4
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1227 Topik adalah Saksi.
Dari Aisyah r.a., Isteri Rifaah al Qurazi datang menghadap Nabi s.a.w. katanya: Saya adalah isteri Rifa'h, kemudian saya ditalaknya, dan telah ditalak bain. Lalu saya kahwin dengan Abdurrahman bin Zubir. Tetapi dengan dia saya hanya sebagai jambu-jambu kain saja (tidak apa-apa). Sabda beliau: "Hendak kembalikah engkau kepada Rifaah? Belum boleh, sebelum engkau rasakan air madunya dan dirasanya air madu engkau (bersenggama).

5
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1367 Topik adalah Kahwin.
Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Pada suatu ketika isteri Rifa'ah datang kepada Nabi saw. lalu dia berujar: "Aku bekas isteri Rifa'ah, yang telah ditalak tiga oleh Rifa'ah. Kini aku kahwin dengan 'Abdur Rahman bin Zabir. Tetapi anunya seperti jumbai kain (impotent). Rasulullah saw. tersenyum mendengarkannya, lalu dia bertanya: "Apakah kamu ingin kembali kepada Rifa'ah? Itu tidak boleh sebelum engkau merasakan madunya Abdur Rahman, dan 'Abdur Rahman merasakan madumu (kamu sanggama dengan 'Abdur Rahman)."

6
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2114 Topik adalah Mimpi.
Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya : "Seorang lelaki mendatangi Rasulullah saw. lalu dia berkata: "Ya, Rasulullah! Semalam aku bermimpi dalam tidurku melihat setumpuk awan menitiskan minyak samin dan madu. Dan ku lihat orang banyak menadahkan tapak tangan mereka. Ada yang mendapat banyak dan ada yang sedikit. Kemudian ku lihat seutas tali terhulur dari langit ke bumi. Ku lihat Anda berpegang dengan tali itu, lalu Anda naik. Kemudian seorang lelaki memegang tali itu lalu dia naik pula mengikuti Anda. Kemudian seorang lelaki lain naik pula. Kemudian seorang lelaki yang lain lagi, tetapi tali itu putus. Setelah tali disambungkannya maka dia terus naik." Kata Abu Bakar, "Ya, Rasulullah! Ku mohon kepada Anda, berilah aku kesempatan mentabirkan mimpi itu." Jawab Rasulullah saw., "Silakan Anda mentabirnya!" Kata Abu Bakar, "Setumpuk awan ertinya agama Islam. Adapun minyak samin dan maduyang menitis ialah kitab Quran, manis dan lembut. Adapun Al Quran yang ditadah orang, ada yang memperoleh banyak dan ada yang sedikit. Sedangkan tali yang terhulur dari langit ke bumi, itulah kebenaran yang Anda bawa, lalu Anda ditinggikan Allah kerananya. Kemudian tali itu dipegang orang yang sesudah Anda, maka dia ditinggikan Allah pula. Kemudian orang yang sesudah itu. Kemudian oleh orang sesudah itu, sayang tali putus, tetapi dapat disambungnya kembali dan dia pun ditinggikan Allah. Maka tunjukkanlah kepada ku, ya Rasulullah, apakah tabirku itu betul atau salah?" Jawab Rasulullah saw., "Sebahagian betul dan sebahagian salah." Tanya Abu Bakar, "Demi Allah! Tunjukkanlah mana yang salah?" Jawab Rasulullah saw. "Jangan bersumpah!"

7
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1407 Topik adalah Perang.
Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Pernah kami mendapat rampasan dalam peperangan berupa madu lebah dan buah anggur, lalu kami makan dan tiada kami bawa.

8
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1663 Topik adalah Penyakit.
Dari Ibnu 'Abbas r.a.. dari Nabi saw.: "Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga hal: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umat ku membakar dengan besi panas itu."

9
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1655 Topik adalah Arak.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: Rasulullah saw. pernah ditanya tentang sebangsa minuman keras yang terbuat dari madu, bernama bit' Beliau berkata: "Setiap minuman yang memabukkan adalah haram (terlarang)."

10
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1664 Topik adalah Penyakit.
Dari 'Aisyah r.a., Nabi saw. amat gemar pada makanan yang manis-manis dan madu.

Sunday, December 11, 2011

Warna

Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #141)

Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).
( سورة يونس , Yunus, Chapter #10, Verse #24)

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
( سورة الحجر , Al-Hijr, Chapter #15, Verse #26)

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
( سورة الحجر , Al-Hijr, Chapter #15, Verse #28)

Iblis menjawab: Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
( سورة الحجر , Al-Hijr, Chapter #15, Verse #33)

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
( سورة النحل , An-Nahl, Chapter #16, Verse #69)

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
( سورة الروم , Ar-Room, Chapter #30, Verse #22)

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;
( سورة فاطر , Fatir, Chapter #35, Verse #27)

Sunday, December 4, 2011

Kepentingan Ilmu


Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. ( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #269)

Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, - khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar. ( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #162)

(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). ( سورة التوبة , At-Taubah, Chapter #9, Verse #112)

Dan orang-orang yang kafir itu berkata: Engkau bukanlah seorang Rasul dari Allah. Katakanlah (kepada mereka): Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu dan juga disaksikan oleh orang-orang yang ada ilmu pengetahuan mengenai Kitab Allah. ( سورة الرعد , Ar-Rad, Chapter #13, Verse #43)

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. ( سورة الإسراء , Al-Isra, Chapter #17, Verse #85)

Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah dengan berilmu). ( سورة الأنبياء , Al-Anbiya, Chapter #21, Verse #106)

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.