Monday, June 27, 2011

Bangunlah, Marwan..

Hingga waktu ini, saat ini dan tika ini, salah seorang adik saudara aku masih belum sedarkan diri sepenuhnye sejak 5 hari yang lalu lepas terlibat dengan kemalangan di Parit, Perak. Sebak rase bile tengok gambar MMS yang dikirim oleh abangnye. Sekelip mata, tubuhnye kini penuh berselirat dengan wayar-wayar di Wad ICU Hospital Besar Ipoh. Bile tengok MMS tu, rase semacam - deep down, I know he is currently struggling for his life.

Blom lg ambil mse sikit ajam

Sender:
Adek Fairuz
+01258*****
Received:
08:10:37 pm
Today

Tambah sebak bile aku terbaca wall post yang ditinta oleh abangnye tu kat wall facebook adiknye tadi:

mawan 

Ya Allah, Engkau Maha Penyembuh. Engkau lindungilah Marwan Hanis serta kurniakanlah rahmat kesihatan kepadanya supaya Marwan lekas sembuh seperti sedia kala. Engkau berikanlah juga kekuatan dan ketabahan buat semua ahli keluarga dalam menempuh dugaan mu ini

Wednesday, June 22, 2011

Telur masak kari: It’s over.

Tekak tetibe terase nak makan telur masak kari tadi. Arwah Mak memang handal dalam bab masak telur masak kari ni. Kalau dulu, menu ni antara menu wajib yang memang aku tunggu-tunggu selain tom yam Mak. Sanggup aku curi-curi hirup kuah kari telur ni walaupun masih panas lagi dok bertenggek dalam periuk. Sambil hirup kuah, sambil ‘menyelam’ curi makan barang sebiji dua telur rebus yang dah dikarikan tu. Rasenye fuhhh.. memang kaww!. Banyak kali gak la kantoi on the spot dengan arwah Mak mase nak tutup tudung periuk tu. Tambah bile nak diletakkan balik senduk tu atas tudung periuk. Bunyi geselan dua benda alah tu memang membuatkan Mak tak keruan masuk dapur dan tengok ape yang jadi. Paling tidak pun, Mak akan melaung dari depan ruang tamu atau bilik; “Haaa.. Ape yang kamu buat kat dapur tu???!!”. Hehe..

telur

Telur masak kari – Gambar hiasan

Hmmm.. Punya syok bercerita pasal ni, sampai aku lupe yang Mak dah takde. Rase macam Mak masih ade lagi je. Miss her so much.

Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Bapa, Abah!

Hari Sabtu baru ni celebrate Hari Bapa dengan Abah + 2 adik-beradik yang lain kat asrama adik perempuan tu. Al-Hamdulillah, semuanya berjalan lancar. Cadang nak buat surprise, tapi terkantoi lak dengan Abah mase adik laki bawak kek ke dapur. Terus Abah paku soalan tanye kek ape tu? Hehe. Tahun ni kek blueberry ice cream menjadi pilihan. Memang marbelles dan terbuai-buai anak tekak ni membahamnye..

kek hari bapa

Kek khas untuk Abah

 

abah

Sesi potong kek

Semoga Abah terus kuat dan dirahmati Allah selalu.

Al-Fatihah buat Mak.

226 days.

Tuesday, June 14, 2011

Labbaikallah: Penawar Jiwa.

Teruja.

Baru habis bace buku yang bertajuk ‘Labbaikallah’ ni, karya seorang pesara guru Haji Zainal Haji Bujang. Buku ni berjaya disambar oleh tangan ni mase gigih mencari baju uniform bersama rakan cikgu kat Warta, Bangi dua hari lepas. Satu bahan bacaan santai yang cukup menarik dan padat dengan 40 buah kisah corat-coret pengalaman jemaah-jemaah haji dan umrah sepanjang kat sane.

Ade yang lucu, tragis dan sadis.

Ade gak yang same macam cerita-cerita yang telah diceritakan oleh Abah dan Kakyong melalui pengalaman mereka sendiri kat sane – Malaysia bagus, Sadaqah, Sindiket Hajar Aswad, Tariq ya Haaj!. Mase bace kisah penyeluk saku dan sewaktu dengannya, terpikir gak takkan ade jugak orang-orang yang berniat tak baik sedangkan tu kat Tanah Suci. Namun, macam kata Ustaz dalam buku ni ade benarnya: “Di mana ada Muhammad, pasti disitu juga akan ada Abu Dajal dan Abu Lahab, Iblis dan Syaitan”.

Labbaikallah

Tak sabar rasenye nak menjejakkan kaki ke sana satu hari nanti, InshaAllah. Ya Allah, sampaikanlah kami ke Makkah dan Madinah sebagai tetamu istimewaMu. Nak rase sendiri macamana lazatnya beribadah kat sane. Tertarik dengan sebuah cerita dalam buku ni berkenaan merpati-merpati di Mekah yang hanya akan makan makanan yang halal, bersih dan terbaik sahaja. Ditintakan bahawa jika merpati-merpati Sayyidatina Khadijah ni tak makan ape yang diberikan oleh tangan kita, maka faham-fahamlah sendiri. Ade yang tak kena di situ. Refleksi dan muhasabah diri.

Bile bace kisah-kisah macam ni, selain untuk terapi jiwa, ia secara tak langsung dapat mengubat rindu terhadap arwah Mak. Beruntungnya Mak. Dah tenang kat sana. AlHamdulillah. Sebagaimana ade tercatat hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Aisyah r.h.a di muka surat 103 buku ini:

Sesiapa yang berpergian ke arah ini untuk mengerjakan haji dan umrah kemudian mati di dalamnya, maka dia kelak tidak akan diadili dan tidak pula dihisab melainkan dikatakan kepadanya, ‘Masuklah ke dalam syurga!’.”

Allahuakbar.