Pages

Showing posts with label Makluman Untuk Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Makluman Untuk Pelajar. Show all posts

Tuesday, February 9, 2016

MAKLUMAN


Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga MOZAC. Berikut adalah beberapa perkara utk makluman ibu bapa/ penjaga

  1.Koperasi telah menyerahkan nametag kepada semua pelajar pada hari ini. Diharap pelajar boleh menjahit nametag pada baju masing2 semasa cuti TBC.


2. Panitia Bahasa Inggeris dengan kerjasama Scholastic telah mengedarkan 3 katalog buku kepada semua pelajar. Para ibubapa diminta menggalakkan anak anak membeli buku buku Bahasa Inggeris tersebut. Buku buku ...tersebut adalah "graded reading materials" dengan diskaun yg amat menarik. Sila isi borang tempahan jika berminat utk membeli dan sertakan bayaran tunai. Tempahan dan wang boleh diberikan kepada guru guru B. Inggeris selepas TBC


3. Ujian 1 akan bermula pada 29 Februari 2016. Diharapkan ibubapa dapat memantau pembelajaran /kerjarumah anak anak sepanjang cuti
Terimakasih







Wednesday, January 13, 2010

Kaedah Pengiraan Marit ke IPTA


Semua pelajar berikut adalah kaedah pengiraan merit terbaru sejak terlaksananya sistem A+.Diharap para pelajar mengambil perhatian serius terhadap perubahan ini demi masa hadapan anda. Jika ada keraguan, sila rujuk Kaunselor anda atau Pn Hjh Saripah Ahmad.
klik untuk maklumat lanjut.

Sunday, September 2, 2007

Soalan SPM Trial SBP 2007

Ingin mendapatkan koleksi soalan SPM SBP tahun 2007?... sila click pautan ini .Boleh buat ulangkaji atau pertukaran maklumat sebagai persediaan SPM yang akan menjelang

Thursday, August 9, 2007

Persekolahan Ganti Deepavali

Pada Sabtu 11 Ogos 2007 adalah hari persekolahan ganti 9 Nov 2007 bagi perayaan Deepavali yang akan jatuh pada 6 Nov mengikut jadual waktu hari Jumaat .
Pagi ini seramai 4 orang wakil nazir bagi pemilihan calon Sekolah Cemerlang Kebangsaan mengunjungi Moz@c. Diharapkan lawatan penilaian pegawai-pegawai ini akan menempatkan sekolah kita sebaris dengan nama-nama besar dalam aspek kecemerlangan sekolah-sekolah di Malaysia.

Wednesday, July 25, 2007

ujian 2 tahun 2007

Ujian 2 tahun 2007 untuk pelajar tingkatan 1,2 dan 4 bermula pada hari ini 25,26 dan 27 hb Julai 2007 . Sila rujuk jadual edaran di setiap kelas . Peperiksaan akan diadakan di kelas masing-masing dan mengikut jadual waktu persendirian guru .Pelajar-pelajar SPM akan menduduki trial exam SBP bermula 6 ogos dan trial PMR SBP pada 2 ogos.Adalah diharapkan semua pelajar mengambil sirius pembelajaran mereka dan semoga lulus dengan cemerlang.

Friday, June 1, 2007

Markah bonus bantu masuk IPTA

BAHAGIAN Sekolah, Kementerian Pelajaran, memperkenalkan markah bonus dalam penilaian kokurikulum untuk pengiraan 10 peratus markah merit kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai sesi pengambilan 2007/2008.
Pengarahnya, Noor Rezan Bapoo Hashim, berkata markah bonus berkenaan diberi sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang diusahakan sendiri.
Katanya, bonus memperuntukkan maksimum 10 markah itu merangkumi sebarang kegiatan yang memberi perkhidmatan kepada sekolah seperti jawatan kepimpinan seperti ketua murid dan pengawas perpustakaan.
Selain itu, beliau berkata, ia juga meliputi anugerah atau pengiktirafan diterima daripada kementerian dan agensi kerajaan yang diiktiraf Bahagian Sekolah atau Kementerian Pelajaran hasil sumbangan, penyertaan dan perkhidmatan pelajar.

“Namun berdasarkan Memorandum Kabinet 23 November 2005, Perkara 5: Pemantapan Hala Tuju - Aspek Ganjaran dan Dendaan, mulai tahun lalu Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan penilaian markah kokurikulum yang lebih sistematik bertujuan memberi pemberatan nilai markah 10 peratus kepada aktiviti kokurikulum diceburi.
“Pengiraan ini bagi calon yang memohon kemasukan program diploma dan ijazah sarjana muda di IPTA mulai sesi akademik Jun 2007/2008. Oleh itu mulai tahun ini, pencapaian akademik pelajar hanya membawa pemberatan markah 90 peratus, manakala baki markah 10 peratus lagi dikira daripada aktiviti kokurikulum.
Noor Rezan berkata, penilaian aktiviti itu adalah berasaskan sekolah meliputi aspek kehadiran yang membawa 50 peratus markah, pembabitan (20 peratus), pencapaian (20 peratus) dan jawatan disandang (10 peratus).
Bagi aspek kehadiran, katanya, peratusan tertinggi diperuntuk bertujuan menggalakkan pelajar hadir dan mengikuti kegiatan dirancangkan pihak sekolah.
Katanya, bilangan kehadiran itu dikira berdasarkan penetapan kedatangan minimum 42 kali setahun dengan pecahan 18 kali untuk pasukan badan beruniform, kelab/persatuan (12 kali) dan sukan/permainan (12 kali).

Monday, May 28, 2007

Anda calon SPM Mozac 2007 ?

Sila beri pandangan , harapan atau cadangan kamu mengenai SPM 2007 melalui post comment .