Followers

Sunday, May 30, 2010

Terkini, Konvoi Freedom Flotilla Di Serang, 2 Aktivis Meninggal Dunia, Lebih 30 cedera

31 Mei – Mavi Marmara, Laut Tengah(10.30pg waktu Malaysia) – Konvoi Freedom Flotilla di serang, menurut laporan televisyen di Turki, 2 orang aktivis meninggal dunia, hampir dari 30 orang cedera.

Laporan dari live streaming IHH bahawa 2 orang yang telah meninggal dunia dan hampir 30 orang tercedera kerana serangan helikopter dari Israel. Belum ada keterangan mengenai siapa yang terkorban dan yang tercederaa tersebut.

Penyerangan yang dilakukan Israel ini dilakukan saat kapal Mavi Marmara sedang berada di perairan antarabangsa.

Konvoi Freedom Flotilla Mula DiKepung Tentera Laut Israel

31 Mei – Mavi Marmara, Laut Tengah(7.30pg waktu Malaysia) —Konvoi Freedom Flotilla dalam keadaan bersedia tatkala menghampiri perairan Gaza setelah dimaklumkan bahawa ada beberapa buah kapal yang dikenalpasti dari armada Angkatan Laut Israel mendekati ke arah Mavi Marmara. Menurut sumber, konvoi Freedom Flotilla kini diekori oleh kapal Israel antaranya sebuah kapal selam, 3 kapal perang dan sebuah helikopter. Namun Mavi Marmara tetap bergerak dengan berhati-hati.

Presiden IHH, menyeru agar semua negara yang prihatin untuk mendesak dan memberi tekanan kepada Israel agar membuka jalan bagi konvoi bantuan kemanusiaan memasuki Gaza. Terdapat lebih dari 50 buah negara menyertai konvoi terbesar ini. Menurut sumber, di Turki telah diadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Israel mendesak Israel membatalkan hasrat mereka menyekat perjalanan konvoi.

Beberapa saat menjelang Maghrib, staff IHH mengumumkan kepada seluruh peserta konvoi Freedom Flotilla untuk memastikan diri mereka dalam keadaan siapsedia sebelum pukul 7 pagi ini waktu Antalya, Turki atau sekitar pukul 11 WIB.

Semua peserta diarahkan untuk menyimpan passport dan dokumen berharga masing-masing seperti dompet dalam plastik dan membawanya di badan – untuk berjaga-jaga kemungkinan terpaksa berenang.

Konvoi Freedom Flotilla mengharungi laut sepanjang malam menuju Gaza. Dijangkakan bahawa keenam kapal konvoi armada kemanusiaan ini, termasuk Mavi Marmara yang terbesar, akan berhenti sekitar 40 batu dari Pantai Gaza untuk menanti hari siang kembali sebelum berusaha menembus sekatan kapal-kapal Angkatan Laut Israel.

Namun, sebagaimana dilaporkan sebelum ini, Israel telah memperluas zon ketenteraan mereka dari 20 batu kepada 68 batu diperairan laut.

Tindakan Israel menyekat bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh konvoi Freedom Flotilla adalah melanggar perundangan antarabangsa kerana yang dihadapi Israel saat ini bukanlah situasi perang melainkan sekelompok aktivis kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan yang dikenakan.

Dalam beberapa kesempatan sebelumnya, Presiden Insani Yardim Vakfi (IHH) Fahmi Bulent Yildirim menegaskan bahawa tidak ada satu pun persenjataan yang dibawa dalam kafilah Freedom Flotilla. “Bahkan sebatang paku pun tidak.”

Semalam para peserta menghabiskan waktu mereka dengan berzikir dan memohon pertolongan Allah. Gaza dan seluruh muka bumi ini milik Allah Subhanahu wa Ta’ala – hanya izin Allah saja yang kita minta untuk berjaya memasuki ke Gaza. (saqsa/ihh)

Israel Lancar “Operasi Angin Laut” Halang Armada Kemanusiaan Gaza “Freedom Flotilla “


30 Mei – Pasukan ketenteraan Israel kini di bawah pengawasan dan arahan terus dari kerajaan Israel, telah bersedia untuk misi yang mereka namakan “Operation Sky Wind” / Operasi Angin Laut” bagi menyerang dan menangkap aktivis armada bantuan kemanusiaan Gaza atau Freedom Frotilla yang akan bergerak menuju ke Gaza dalam masa terdekat.

Sumber Israel melaporkan bahawa angkatan laut telah bersiapsedia dengan semua persiapan untuk pengambilalihan kapal-kapal tersebut, samada secara paksa jika perlu, dalam usaha untuk mengelakkan daripada konvoi tersebut berlabuh di pantai Gaza. Operasi ini dipimpin langsung oleh Komando Angkatan Laut Israel Mayor Jenderal Elizer Marom

Serangan yang dirancang meliputi empat tahap;

1. Tahap Amaran; Tentera Laut akan sentiasa berusaha untuk menghentikan kapal dari menghampiri garis sempadan yang ditentukan yang dikategori sebagai garis merah, apabila kapal menceroboh garis yang ditentukan, mereka akan diberi amaran bahawa mereka telah “melanggar undang-undang”.

2. Hentikan dan mengawal kapal-kapal tersebut; sekiranya kapal-kapal gagal mematuhi arahan Tentera Laut Israel, tentera laut Israel akan menyerang dan seterusnya mengambilalih lapan buah kapal yang mengangkut hampir 800 aktivis. Kapal-kapal akan dibawa ke Asdod Port dan aktivis akan ditahan di sebuah khemah besar yang telah dipasang untuk tujuan ini.

3. Diasingkan dan dihantar balik; tentera dan polis Israel memerintahkan para aktivis ditahan untuk menandatangani kenyataan menerima untuk dihantarbalik ke negara asal mereka, dan akan dihantar pulang melalui udara di Lapangan Terbang Ben Gurion.

4. Penangkapan sebelum dihantarbalik; sekiranya aktivis enggan dan menolak untuk menandatangani kenyataan untuk dihantar balik ke negara asal, mereka akan ditangkap, dihantar untuk pemeriksaan perubatan, kemudian dipindahkan ke Brigade Nahason milik Pentadbiran Penjara Israel sebelum dihantar ke Penjara Be’er Sheva Penjara dan kemungkinan penjara yang lain.

Mereka akan diadili dan dihantar pulang pada tahap seterusnya.

Sekitar 600 aktivis hak asasi manusia yang menaiki 8 buah kapal misi bantuan kemanusiaan menuju Gaza mengatakan bahawa mereka bertekad untuk sampai ke Gaza tanpa menghiraukan ancaman Israel.
Greta Berlin, juru bicara dari Gerakan Pembebasan Gaza, menyatakan bahawa “tidak ada yang akan menghentikan kapal ini, para aktivis hak asasi manusia tekad untuk mematahkan pengepungan dan sekatan Israel ke atas lebih 1.5 juta penduduk Palestin di Gaza, dan kami akan tetap menghantar bantuan kemanusiaan ini.” (imemc/alqudsol)

Kenyataan Presiden IHH: Kami Tetap Akan Belayar Menuju Gaza Pada Waktunya

30 Mei – Presiden IHH, Bulent Yıldırım telah mengadakan sidang akhbarnya di kapal Marmara Mavi, yang sedang berlabuh berhampiran Cyprus saat menunggu baki kapal-kapal yang lain tiba.

Yıldırım berkata, “Kami akan belayar menuju Gaza pada waktunya. Tidak perlu terburu-buru, kita sedang menunggu waktu yang tepat. Mungkin, sementara itu, diharapkan Israel akan mula berfikir lebih rasional. ”

Membalas laporan yang mengatakan Israel akan mengancam dan menyerang kapal-kapal “Freedom Flotilla”, Yıldırım menegaskan “Para penumpang yang termuda di atas kapal ini hanya berumur satu tahun. Ada yang berumur lebih dari 80tahun juga bersama kami. Jika Israel mahu mengambil risiko menyerang kapal ini, mereka boleh melakukannya. Dalam kes serangan, kita akan melakukan perlawanan semula tanpa kekerasan. Kami bahkan tidak mempunyai pisau lipat di sini, tetapi kami tidak akan membiarkan tentera Israel menceroboh kapal ini. ”

Menyatakan bahawa kerajaan Israel tidak upaya menguruskan krisis ini dengan baik, Yıldırım berkata “Jika Israel adalah negara demokrasi, mereka akan membenarkan armada ini berlabuh di Gaza dan membiarkan kemanusiaan memenangi usaha murni ini. Sebaliknya, mereka menghadapi kempen ini sebagai satu penghinaan untuk menghormati mereka kerana mereka adalah negara tentera. Menteri Israel memilih cara yang di luar kemanusiaan. Seharusnya, armada ini tidak akan menerima banyak publisiti seperti yan diperoleh sehingga hari ini. Saya tidak tahu berapa banyak alasan mereka (Israel) untuk terlibat menghalang misi kemanusiaan ini. Biasanya, kita yang seharusnya menunjukkan sikap agresif. Namun, Israel bertindak lebih agresif. Setiap hari kenyataan demi kenyataan baru mereka keluarkan. Israel tidak melayan kita seperti NGO. ”

Bulent Yıldırım juga menyebut bahawa sokongan terus datang dari seluruh dunia terhadap armada bantuan, termasuk dari negara-negara Muslim, Perancis, Belgium, Chile, Brazil, Turki dan Kesatuan Eropah. Beliau berharap agar sokongan ini terus meningkat menyokong armada bantuan kemanusiaan ini.

Yıldırım sekali lagi menyatakan bahawa mereka bertekad untuk mencapai matlamat mereka dan mereka tidak akan kembali. Dia juga menyebut bahawa sekiranya Israel bertindak melulu menahan rombongan kemanusiaan ini, protes terhadap Israel akan diadakan di banyak negara, termasuk Turki. Yıldırım berkata “Saya tidak berfikir bahawa Israel mahu menanggung risiko itu dan menghadapi reaksi seperti itu.”

Yıldırım, dalam menjawab pertanyaan “bilakah mereka bercadang untuk belayar ke Gaza”, katanya “Kita akan berlayar menuju Gaza pada waktunya. Tidak perlu terburu-buru, kita sedang menunggu waktu yang tepat. Biarlah pada saat ini jawapan pada persoalan tersebut hanya ada pada kami sahaja, saya yakin bahawa Israel terlalu ingin tahu jawapannya juga.” (ihh)

Tentera Laut Israel Mahu Merampas Kapal Armada Bantuan Kemanusiaan


29 Mei – Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, pada Jumaat (28/5) menyatakan bahawa Israel akan menghentikan semua usaha untuk memecah pengepungan, dan menambah bahawa Israel tidak akan toleransi dan menganggap misi Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza seperti “pelanggaran kedaulatan Israel”.

Lieberman dengan angkuh mendakwa bahawa tidak ada krisis kemanusiaan di Jalur Gaza, dan menyatakan kononnya sebelum ini Israel “membolehkan bekalan makanan dan peralatan memasuki Gaza”.


“Tidak ada krisis kemanusiaan di Gaza,” kata Lieberman di radio kebangsaan Israel.

Hakikatnya Gaza telah dikepung oleh Regim Yahudi Israel sejak Jun 2007 dan menyebabkan 1.5 juta warga Gaza kekurangan makanan, bahan api, ubat-ubatan dan peralatan untuk membina kediaman dan bangunan mereka yang runtuh akibat serangan Yahudi Israel.

Sementara itu, tentera Israel dan Tentera Laut sedang bersiapsedia untuk kemungkinan pengambilalihan kapal selepas kapal bantuan kemanusiaan setelah mereka mendekati pantai.

Menurut Israel, tentera angkatan laut akan memerintahkan untuk merampas kapal dan membawa mereka ke pelabuhan Asdod Israel berhampiran Gaza di mana kawasan penahanan khas telah dibentuk untuk aktivis Palestin dan antarabangsa.

Freedom Flotilla atau Armada Bantuan Kemanusiaan saat ini semakin menghampiri perairan Gaza. Para aktivis yang datang dari lebih 40 negara termasuk ahli parlimen dari Eropah, ahli Parlimen Israel, para ulama, jurnalis, wartawan, dan aktivis kemanusiaan dari pelbagai latarbelakang agama tetap bersemangat untuk meneruskan misi walaupun Israel berkali-kali mengeluarkan kenyataan ugutan untuk menghalang dan menangkap aktivis yang terlibat.

Terdapat hampir 700 penumpang menyertai armada bantuan kemanusiaan tersebut termasuk dari Malaysia dan Indonesia. (immec / pnn/ haarez / aljazeera )

Kesatuan Eropah Seru Israel Hentikan Kepungan dan Benarkan Bantuan Memasuki Gaza

Catherine Ashton

29 Mei – Catherine Ashton, Naib Presiden Bagi Polisi Luar Kesatuan Eropah, mengeluarkan kenyataan pada hari Jumaat (28/5), menyeru agar kepungan Israel ke atas Gaza dihentikan segera.

“Kami ingin menegaskan bahawa seruan Kesatuan Eropah agar segera dihentikan sekatan dan tanpa dikenakan sebarang syarat penyeberangan bagi aliran bantuan kemanusiaan, barang komersial dan warga awam masuk dan keluar dari Gaza,” katanya.
“Polisi pengepungan ini tidak boleh diterima dan secara politik juga tidak konstruktif. Kesatuan Eropah tetap prihatin dengan situasi kemanusiaan di Gaza.” kata beliau lagi.

Dukungan dari negara-negara Kesatuan Eropha ini mengisyaratkan semakin besarnya tekanan antarabangsa terhadap Israel agar dihentikan sekatan atas Gaza dan membiarkan masuknya bantuan kemanusiaan yang dibawa oleh lima kapal dalam armada yang digelar Freedom Flotilla.

Kenyataan Kesatuan Eropah ini telah menempelak kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, pada hari yang sama, Jumaat (28/5) yang menyatakan bahawa armada bantuan kemanusiaan yang disertai lebih dari 40 buah negara adalah propaganda “kekerasan terhadap Israel”, malahan Liebermen dengan angkuh berjanji tidak akan membenarkan kapal-kapal tersebut memasuki Gaza. (aljazeera / imemc)

Imam Masjid Al Aqsa Mengutuk Usaha Israel Menghalang Armada Bantuan Kemanusiaan Memasuki Gaza

Imam Masjid Al Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sneinah dalam khutbah Jumaatnya (29/5) mengutuk sikap Zionis Israel yang mengancam sekatan terhadap usaha armada Bantuan Kemanusiaan terbesar yang saat ini sedang berada di tengah Lautan Mediterranean berhampiran perairan Cyprus.Seterusnya beliau menyeru untuk agar ditamatkan pengepungan yang tidak adil terhadap Jaluran Gaza yang telah dilakukan oleh regim Yahudi Israel.

Syeikh Yusuf Abu Sneinah mengatakan bahawa: “Kami bangsa Arab dan umat Islam seharusnya menyatukan usaha untuk menghentikan pengepungan yang telah dikenakan pada saudara-saudara kita di Jalur Gaza, malahan pengepungan tersebut tidak boleh diterima secara rasional oleh mana-mana pegangan agama atau undang-undang dunia.”

Dengan tegas Imam Masjid Al Aqsa ini juga mendesak Israel menghentikan sikap sombong dan bongkak atas apa yang telah mereka lakukan terhadap Gaza kerana tindakan kejam mereka telah membunuh orang awam, menyebabkan lebih ramai warga Gaza menjadi pelarian dan menderita kelaparan

Israel mula tertekan dengan kehadiran konvoi Gaza

Tindakan Zionis Israel mengeluarkan kenyataan berbentuk ancaman ke atas konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza jelas menunjukkan mereka kini berada dalam keadaaan tertekan.

Presiden Insani Yardim Vakfi (IHH), Bülent Yildirim, dalam sidang media yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin NGO lain menyebut bahawa mereka tidak akan sekali-kali berundur walaupun satu langkah meskipun harus berhadapan dengan tindakan ganas tentera Israel sebagaimana yang disebut oleh media-media Israel.


“Setelah bertungkus-lumus selama 2 bulan bagi membuat persediaan konvoi ini, kini tibalah masanya untuk kita belayar ke Gaza. Semua peserta konvoi menunggu saat kini, dan kini kita sudah bersiap sedia,” kata Bülent yang bertutur dalam bahasa Turki.

Konvoi kemanusiaan antarabangsa ke Gaza ini akan membawa aspirasi kemanusiaan masyarakat dunia yang prihatin terhadap kesengsaraan rakyat Gaza. Berbagai dakwaan dibuat oleh media dan pemimpin Zionis bagi menghalang pergerakan konvoi ini.

“Ini hanyalah satu konvoi bantuan kemanusiaan, tidak ada tujuan lain. Semua mereka yang menyertai konvoi ini adalah mewakili NGO masing-masing. Kami tidak ada apa-apa hubungan, kecuali keikhlasan kami untuk sama-sama membantu rakyat Gaza. Itulah yang menyatukan kami,” tegas Bülent.

Wakil-wakil NGO daripada lebih 50 buah negara akan menyertai konvoi ini.

Israel turut mengumumkan “perang psikologi” terhadap konvoi ini dengan ugutan bahawa mereka telah menyiapkan sebuah pusat tahanan di Sderot khusus untuk menangkap peserta-peserta konvoi.

“Bayangkanlah, semua pihak di Israel, sama ada Presiden mahupun Perdana Menteri, memberi perhatian yang serius terhadap misi kemanusiaan ini. Apakah mereka fikir kami takut kepada ugutan mereka? Kapal-kapal kami membawa 15,000 tan bantuan kemanusiaan, dan kami tidak faham kenapa Israel ingin menghalang,” tambah Bülent lagi.

Bülent turut menjelaskan bahawa tindakan menghantar konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza ini bukanlah suatu perkara yang dibuat secara tergesa-gesa, sebagaimana yang didakwa oleh setengah pihak.

Dalam sidang media tersebut, Bülent telah menunjukkan beberapa pucuk surat yang menjadi bukti kenyataan beliau itu. Menurut beliau, IHH telah menghantar surat permohonan kepada Kedutaan Israel di Turki untuk menghantar bantuan ke Gaza pada 11 hb Februari 2009, iaitu 3 hari selepas tamatnya serangan brutal Operation Cast Lead. IHH juga telah menghantar permohonan yang sama kepada Kedutaan Mesir di Turki.

“Kami telah melakukan usaha terbaik untuk menyelesaikan permasalahan di Gaza secara diplomasi. Tapi sehingga hari ini kami tidak mendapat apa-apa reaksi daripada mereka. Kami bukanlah secara tiba-tiba ingin ke Gaza. Kami telah membuat peracangan yang begitu lama,” jelas Bülent.

Seramai 35 orang ahli parlimen daripada Eropah dan Asia Tengah akan turut menyertai konvoi ini. “Tapi kami tidak akan membawa mana-mana ahli parlimen daripada Turki, tidak seorang pun,” kata Bülent.

Malahan beliau telah menolak permintaan mana-mana ahli parlimen Turki untuk turut menyertai konvoi ini.

“Jika kita membawa ahli-ahli parlimen Turki, mereka (Israel) akan mendakwa bahawa konvoi ini ditaja oleh kerajaan Turki. Konvoi ini tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan Turki,” jelas Bülent lagi.

Ada juga pihak yang mendakwa bantuan ini ditujukan kepada pihak Hamas. Bülent menjawab, “Pihak Berkuasa Palestin (PA), golongan berhaluan kiri, Hamas dan lain-lain mempunyai urusan mereka sendiri. Urusan kami pula hanyalah untuk menghantar bantuan kepada rakyat Gaza yang sangat memerlukan. Jika mereka cuba mengaitkan kami dengan mana-mana organisasi tersebut, mereka telah melakukan satu kesilapan,” tegas Bülent lagi.

Beliau turut memberi amaran kepada Israel bahawa jika mana-mana peserta konvoi ditangkap atau dicederakan, demonstrasi secara besar-besaran akan diadakan di lebih 100 buah negara.

“Kepada rakyat Israel, kalau kerajaan anda terus dengan polisi mereka (menghalang bantuan kemanusiaan), negara kamu akan ditinggalkan bersendirian kerana kamu bermusuh dengan semua negara. Akhirnya akan berlaku embargo pula ke atas kamu, kerana kamu menentang kemanusiaan. Sekiranya kami masih hidup ketika kamu dikenakan embargo itu, kami berjanji bahawa kami akan bertindak ke atas kerajaan kamu dan berjuang membantu kamu,” jelas Bülent disambut dengan tepukan gemuruh.

“Saya percaya dunia ini cukup luas untuk setiap kita hidup dengan aman,” sambung beliau.

Sidang media tersebut turut disertai oleh seorang ahli parlimen Israel, Hanin Zo’bi dan Ketua Bishop Vatican, Ilariona Kapuci. Dalam ucapannya, Kapuci menegaskan bahawa mereka akan terus menghantar bantuan ke Palestin sehinggalah al Quds dibebaskan menjadi ibukota Palestin merdeka.

“Kami tidak peduli apa yang akan berlaku ke atas kami, hinggalah Palestin dibebaskan,” hujah beliau penuh bersemangat.

Tekanan ke atas Zionis semakin ketara apabila media-media Israel cuba menghubungi Bülent untuk membuat wawancara dan liputan berita.

Israel Mengesahkan Akan Menghalang Armada Bantuan Kemanusiaan Memasuki Gaza


Kabinet politik Kerajaan Haram Israel memutuskan untuk mengarahkan tentera dan angkatan laut tidak membenarkan armada bantuan kemanusiaan terbesar atau “Freedom Flotilla” memasuki pantai Gaza dan mereka akan memastikan tidak ada sesiapa yang akan memasuki Gaza.

Sebaliknya Israel mengarahkan kumpulan hak asasi manusia dan aktivis yang mahu menghantar bekalan ke Gaza, mereka harus menghantar kargo mereka ke Israel untuk diperiksa dan “diluluskan.”

Setelah mengosongkan kargo di Israel, kapal harus belayar kembali ke tempat mereka berasal, begitulah arahan dari pemerintah zalim Israel.

Tentera Israel dan tentera laut berkata bahawa mereka tidak akan membenarkan kumpulan bantuan kemanusiaan tersebut memasuki Gaza. Malahan jika perlu, kapal-kapal akan diambil alih oleh tentera Israel sekiranya kumpulan bantuan tersebut masih mahu memutuskan untuk meneruskan perjalanan mereka.

Kerajaan Israel menggambarkan perjalanan kapal-kapal menuju Gaza sebagai provokasi “yang tidak perlu.”

Israel mengatakan bahawa armada bantuan kemanusiaan tersebut adalah provokasi sementara pegawai tentera Israel yang bertanggung jawab atas Jaluran Gaza, Kolonel Moshe Levy, menyatakan bahawa tidak ada krisis di Gaza dan situasi di sana adalah “baik dan stabil.”

Israel mengatakan bahawa armada bantuan kemanusiaan tersebut akan dibawa ke pelabuhan di Esdod “Asdod” dan semua penumpang akan ditangkap. Gerombolan kapal tersebut yang terdiri daripada sembilan kapal sarat dengan 10,000 ton bantuan kemanusiaan dan bahan bangunan di jangka akan tiba di perairan Gaza pada Hari Sabtu minggu ini.(immec / haaretz)

Thursday, May 27, 2010

Peter Veana, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza Memeluk Islam


Istanbul- Ahad 23 mei 2010. Jam 10 malam waktu Istanbul, di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh, bersempena dengan keberangkatan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah diadakan acara kesyukuran sempena kemasukan Peter Veana, 63 tahun, ke dalam agama Islam. Peter yang merupakan seorang berasal daripada Isle of Wights di Selatan England, kemudiannya menukar nama beliau kepada Muhammad Fatih.

Acara tersebut berlangsung sederhana dan sangat mengharukan, di antara anggota rombongan ada yang memberikan hadiah spontan berupa kopiah, baju jubah dan tasbih. Turut hadir memberikan ucapan tahniah dan doa selamat kepada Peter termasuklah Dr. Nawaf Takruri Ketua Persatuan Ulama Palestina di Syria, Syekh Abdul Ghani Atamimi Ketua Persatuan Ulama Palestina di Luar Negeri, dan juga hadir Ust Ferry Nur, ketua KISPA Indonesia.

Laungan takbir bergema di depan pejabat IHH pada malam itu sebagai ungkapan haru atas hidayah dan anugerah yang telah diberikan Allah kepada Muhammad Fatih. Beliau pernah menyertai rombongan Viva Palestina ke-3 pada bulan Januari tahun 2010 yang lalu, sekarang dengan penuh kesedaran yang tinggi masuk ke dalam agama Islam.

Monday, April 26, 2010

Miracle of Muhammad:Seventh


Wahai Orang-orang yang beriman,Jika kamu menolong Agama Allah,Allah akan Menolongmu,Dan akan meneguhkan kedudukan kamu (Muhammad:Seventh)

Monday, April 12, 2010

Delegasi Trg ke Konvensyen Aqsa Syarif

oleh : Abg We

Bismillahirrahmanir rahim
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah syukur sebanyak banyaknya kepada Allah yang telah mempermudahkan urusan kita semua di muka bumi dan Allah jualah sebaik2 perancang dan penentu kepada kehidupan hambaNya…selawat kepada nabi junjungan kita Rasulullah SAW kerna dengan dakwah Baginda..kita merasai nikmat IMAN dan ISLAM…alhamdulillah…

Alhamdulillah, bersempena dengan Konvensyen AQSA SYARIF seMalaysia yang dianjurkan pertama tamanya sejak penubuhannya, perwakilan Terengganu tidak melepaskan peluang untuk terus bersama mengorak langkah dan mendokong gagasan ini lantas mengutus Syabab “hamasussyabab” ke medan ini…

(Gambar ketika sesi lawatan ke Pejabat JIM Pusat Taman Melawati, KL)

Setelah disyurakan, Terengganu akhirnya menghantar 5 orang pemuda mewakili daerah masing-masing ke ke Konvensyen AqsaSyarif iaitu akh Masrul Arifin sebagai ketua kabilah (Kuala Terengganu), Akh Mus‟ab Muzahar (Kemaman), Akh fahzan (Dungun) dan 2 perwakilan IPT, Akh Abdillah dan Akh Redhuan (kedua-duanya dari UMT).

Bertolak pada malam 9hb/04/2010 dan alhamdulillah sampai ke Taman Melawati, KL pada pukul 2pagi dan menginap di rumah akhuna Dr. Ahmad (ana tak ingat nama penuh akh)..alhamdulillah , kami disambut dengan penuh ceria walaupun sudah larut malam kami sampai dan bertaaruf pada paginya.

Pada pagi 10/04/2010, bertempat di Auditorium A, Kuliyyah Engineering, UIAM. Alhamdulillah program dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh akhuna Azizi Mohd Kamil, bacaan dari surah Al-Isra’: 1-5. Seterusnya dilonjakkn lagi dengan ucaptama oleh pengerusi AQSA SYARIF (akh wa ustaz Hasanudin Mohd Yunus). Ucaptama ustaz sangat-sangat menekankan kepada semua ikwan/akhwat yang datang dan yang menanti di negeri@daerah masing-masing untuk sama-sama merancang dan mengerakkn aktivisme ini di lokaliti masing-masing. Ustaz juga dia awal, pertengahan dan akhir ucapan beliau berulangkali mengulang tafsiran surah Al-Fatihah yang mana didalamnya tersirat 1001 maksud yang perlu kita hayati, fahami dan perjuangkannya supaya memilih JALAN YANG LURUS..iaitu jalan yang penuh dengan „kenikmatan‟ dan jalan inilah yang dipilih oleh para Nabi, para sahabat, para tabi‟i, para syuhada di PALESTIN dan juga pastikan KITA juga memilih jalan ini..Takbir! !! Allahu Akbar!!!

(Para peserta tekun mendengar ucaptama dari akhi Presiden AQSA SYARIF)

Ustaz juga mengulas tentang surah al-isra‟: 1-5 yang dibaca oleh akhuna Azizi yang mana ayat ini selalu kita dengar tapi sememangnya ia benar-benar mukjizat Allah,(subhanallah) bl mana tafsiran ayat ini bukan saja menceritakan ttg isra‟ mikraj sahaja tetapi lebih utama ialah nak menceritakan tentang sifat YAHUDI itu sendiri yang senantiasa akan merosakkn Al-Aqsa tercinta. Insya-Allah, bersama AQSA SYARIF, kita semua sahut untuk turun ke medan ini dan bersama-sama berjihad dengan ikhwan seantero dunia turut sama membela agama Allah kerana disana lah lubuk orang-orang soleh dan lubuk untuk kita meraih SYAHID dijalanNya. Dengan MOTO Memperkasa ummah-membebaskan al-Aqsa, ikhwan/akhwat sangat-sangat berperanan untuk membebaskan watan ISLAMi ini namun ia bukan untuk membangkitah roh jihad di dalam masyarakat kita, kita mesti memperkasakan ummah dan Al-Aqsa takkn dapat dibebaskan selagi mana UMMAH dalam belenggu maksiat dan kejahilan..Di sinilah tugas kita dalam menyedarkan UMMAH dan membimbing mereka untuk bersama kita. Bersama kita memaksimumkan bantuan tak kira bantuan kewangan mahupun kepakaran yang kita miliki dan kita adalah penjaga penjuru-penjuru ISLAM, jangan disebabkan penjuru kamu, ISLAM dirobek..Jangan. .sesekali jangan ikhwan sekalian!!!

Seterusnya, konvensyen yang sangat-sangat membangkitakan semangat ini diteruskan dengan pembentangan Siapa Pemilik Sebenar Bumi PALESTIN: Fakta Dari Al-Quran, Bible dan Sejaraholeh akh Hj Shahool Hamed (Felo kanan PACE). Pelbagai dimensi yang disentuh oleh akhi Shahool dalam merungkai misteri ini dan akhi letah mengupas dengan cukup berkesan siapakan Yahudi sekarang dan peranan mereka dalam menguasai Al-Aqsa. Bermula dengan isu heritage yang cuba diapikan oleh Perdana menteri Israel; Netanhayu, akhi telah mendedahkan kepada kita hakikat sebenar segala persoalan ini bermula darii penceritan seerah iaitu Nabi Ibrahim AS hinnag kepada zaman Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang mana sebelum ini kita mendapat tahu yang nabi Ibrahim AS berasal dari Palestin tetapi hakikatnya tidak dan segala misteri ini dibongkar satu persatu kepada kita hingga jelas segala kebenaran yang dibawa..

Alhamdulillah, cara pengolahan akhi yang sangat baik membolehkan fakta sejarah ISLAM ini difahami sebaiknya untuk kami semua membawa kefahaman ini kepada masyarakat kita agar kita semua mengetahui pendedahan sebenar siapakan Yahudi Zionist sekarang, adakah mereka ini YAHUDI yang difirmankan oleh Allah SWT atau siapakah mereka?? Faktanya, Inilah golongan Zionist (92%, 8% shj pure yahudi) dan firman Allah SWT dlm surah Al anbiya: 95 – 96 – perkaitan ya‟juj & ma‟juj dan hadis sohih yang mana ketika Rasulillah SAW tidur di rumah zainab binti jahsy, ketika terbangun dari tidur disebabkan oleh mimpi, Rasulullah SAW dalam keadaan merah padam mukanya berkata: „malanglah untuk orang arab, pada hari ini, dinding yang dibina oleh zulkarnain, sudah ada lubang sebesar ini‟ – link raja bulan masuk agama yahudi....!? Bersama kita renungkan sedalam dalamnya. (insya-Allah, nantikan perkongsian bersama yuk!!).

(Ikhwah delegasi Terengganu tekun mendengar amanat dari penceramah)

Perkongsian diteruskan lagi dengan pendedahan oleh pengarah PACE; akhuna Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor tentang memahami kedudukan isu Masjid Al-Aqsa, baitulmaqdis dan Palestin. Akhi Hafidzi menceritakan kepada kita perkaitan isu yang berlaku di Palestin berdasarkan latar belakang sejarahnya yang sangat halus dan memahamkan kita dimanakan sebenarnya masjid Al-Aqsa: yang berkubah hitamkan? Yang kubah emaskah?? Atau yg mana..jwpnnya. .keseluruhannya adalah Al-Aqsa yang dilingkungi oleh pagar. Beliau juga mengajak kita semua memahami kedudukan isu Palestin di hati umat islam yang mana palestin dari sudut geografinya adalah terletak di tengah-tengah peta dunia dan menjadi pusat kepada peta dunia dan ianya sesuatu yang bukan disengajakan bila mana kita mengetahui hikmah Allah menyusun surah Al-Isra‟ di tengah-tengah Al-Quran iaitu di Juz yang ke 15. (renungkan dan fikirkan).

Seterusnya akhi memgingatkan kita kembali bila mana kisah Saidini Umar r.a bl mana setelah dibuka kota Baitulmaqdis, beliau mencurahkan air mata melihat masjid Al-Aqsa dinodai dgn dijadikan pusat pembuangan sampah, namun bila mana ia akan dirobohkan.. kita sekadar menonton..dimana kita berbanding sahabat Nabi tercinta ini ikhwan?? Dan akhir sekali akhi menjelaskan tentang pendirian HAMAS terhadap musuh Allah; yahudi laknatullah dan seharusnya umat islam mengetahui hakikat ini kerana sememangnya jalan penyelesaian kepada semua ini tidak lain tidak bukan JIHAD dgn HARTA dan JIWA. Mereka yang terdahulu sudahpun syahid dan semamangnya syahid itu telalu indah..tidak mahukah kita ikhwan?? Ayuh kita menempah untuk sama-sama SYAHID. Bersama kita membina pemuda-pemuda ISLAM untuk kita persiapkan diri berjihad “barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang umat islam, maka bukanlah dia daripada kalangan mereka”

Diakhir slot, Pak Utih memberikan kata semangat buat ikhwan/akhwat yang hadir dengan pembentangan bertajuk “Tips Ceramah Berkesan” yang mana kunci kepada penyampaian yang berkesan perlulah diperhatikan dari sudut sasaran peserta dan berinteraksi sehinggakan timbulnya kesedaran diri dalam ceramah dan maklumat yang sohih disebarkan untuk masyarakat faham dan paling penting kesudian untuk masyarakat MENDERMA..

(Perwakilan Terengganu (akh Mus'ab mengutarakan persoalan kepada alhi lembaga pengarah AqsaSyarif)

Di akhrir sesi penutupan, ikhwan/akhwat tidak ketinggalan untuk terus mengajukan pertanyaan dan kemusyikan daripada Ahli Lembaga Pengarah dan perwakilan Terengganu; akhi Mus‟ab menutup sesi pertanyaan dengan mengemukan persoalan “hamasusyabab wa hikmatuhsyuyukh” dan perkaitan “APCO Wordwide dengan ISRAEL” serta stand Aqsa Syarif dalam mendepani Umat dalam isu-isu ini..Insya-Allah dengan penerangan yang diberikan tentang struktur serta peranan Aqsa Syarif diharapkan ikhwan/akhwah membekali segala pemahaman ini untuk turun ke MEDAN amal dan berjuang bersama AQSA SYARIF.


(Antara Ahli lembaga pengarah bagi AQSASYARIF)

Teriakan Takbir bergema dengan lantang usai penutupan dan disudahi dengan bacaan doa rabithatoleh akhi Pengarah.

Sekian laporan, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. .

Disediakan oleh;
Wan Mohd Redhuan bin Wan Azmi,
Bendahari@S/ U kabilah Konvensyen Aqsa Syarif Terengganu.

Konvensyen Aqsa Syarif seMalaysia 2010


Kenyataan Media sempena Konvensyen Aqsa Syarif seMalaysia 2010

Dengan Nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Aqsa Syarif merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Taufik dan InayahNya dapat menjayakan program Konvensyen Aqsa Syarif seMalaysia 2010 yang merupakan program sulung di peringkat kebangsaan untuk melonjakkan perjuangan Aqsa Syarif di persada Tanah Air.

Konvensyen ini meletakkan satu sasaran dan pengharapan yang besar untuk mencetuskan motivasi dan kesedaran yang tinggi dalam menggerakkan pendukung-pendukung Aqsa Syarif di seluruh Malaysia menggarap perjuangan pembebasan Masjid al-Aqsa yang bumi Palestin yang terjajah.

Aqsa Syarif bergerak di atas satu keyakinan bahawa perjuangan untuk membebaskan tanah suci umat islam dan Masjid yang ketiga paling mulia dalam Islam wajib digerakkan di seluruh dunia oleh umat Islam di mana juga mereka berada.

Ini bermakna Malaysia juga sebagai sebuah negara umat Islam tidak boleh ketinggalan bahkan wajib berada di barisan utama di dalam berganding bahu bersama rakyat Palestin di dalam perjuangan ini. Meskipun dari sudut geografinya bumi Malaysia dan umat Islam di nusantara berada sangat jauh dari Palestin, tetapi tanggungjawab yang dipikul oleh umat Islam di sini tidak jauh bezanya dengan mereka yang berada di Timur Tengah dan Asia Barat.

Maka dengan itu semua usaha dan tenaga perlu dijana bersama umat Islam sejagat dalam barisan yang jitu untuk melaksanakan tugas suci ini. Dengan premis yang diletakkan ini maka Aqsa Sharif menggariskan beberapa objektif yang akan dicapai di dalam Konvensyen Aqsa Sharif seMalaysia 2010.

Mengumpulkan semua penggerak-penggerak Aqsa Syarif di seluruh Malaysia di dalam satu konvensyen demi menjana dan menyelaraskan penghayatan yang optimum terhadap gerak kerja di peringkat Negeri dan Daerah. Aqsa Sharif yakin kesedaran untuk bersama memperjuangkan isu pembebasan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin yang terjajah perlu digerakkan di peringkat akar umbi.

Aqsa Syarif berharap penggerak-penggerak akan dibekalkan dengan bahan-bahan, maklumat dan sumber-sumber yang membantu mereka meluaskan capaian kepada setiap individu, kampung, mukim, daerah, negeri sehingga ke peringkat Nasional.

Aqsa Syarif juga meletakkan sasaran untuk menjana kesedaran dan membina kefahaman seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam tidak terkecuali semua golongan tanpa mengira fahaman agama, bangsa dan keturunan terhadap tuntutan perjuangan pembebasan Masjid al-Aqsa (termasuk semua masjid dan tempat-tempat ibadat penganut agama Kristian yang kini diancam oleh rejim Zionis Israel) dan bumi Palestin yang diduduki secara haram (yang merupakan pelanggaran kepada Resolusi PBB, piagam PBB, undang-undang antarabangsa, Deklarasi Hak Asasi Manusia dan Konvensyen Geneva).

Aqsa Sharif juga yakin bahawa usaha ini menuntut kepada penyediaan generasi masa depan untuk meneruskan perjuangan yang panjang dan menuntut kepada perancangan yang tersusun. Kerana itu Aqsa Syarif memperuntukkan sejumlah tempat yang besar kepada generasi muda terutama mereka yang berada di IPT di dalam konvensyen ini bagi memperkasakan mereka dalam perjuangan yang suci ini.

Aqsa Sharif akan menggariskan strategi gerak kerja untuk Memperkasa Umat Membebaskan Masjid al-Aqsa yang menjadi semboyan kewujudan Aqsa Syarif di Malaysia. Aqsa Sharif mahu merealisasikan satu visi agar seluruh umat Islam khususnya melihat perjuangan ini sebagai tanggungjawab peribadi yang digarap dengan penuh rasa keinsafan dan kesedaran. Apabila setiap umat Islam diperkasakan dalam isu ini, mereka sendiri akan bangkit mengerah tenaga, pemikiran dan sumber sekuat mungkin ke arah mencapai matlamat perjuangan suci ini.

Daripada Ucaptama dan pembentangan-pembentangan kertas kerja yang disusun di dalam konvensyen ini, Aqsa Syarif meletakkan satu piawaian yang perlu dicapai oleh semua wakil-wakil dan penggerak-penggerak Aqsa Syarif di seluruh negara baik dari segi gerak kerja, pengoperasian di lapangan, kempen perkaderan, kempen kesedaran dan penguasaan maklumat dan isu-isu semasa dan terkini di sekitar perjuangan pembebasan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin.

Aqsa Syarif merakamkan rasa syukur sekali lagi di atas sokongan semua pihak di dalam mendukong visi dan misi Aqsa Syarif serta bertungkus lumus untuk menjayakan Konvensyen Aqsa Syarif seMalaysia dengan objektif-objektif yang digariskan.

Aqsa Syarif juga memberi penghargaan yang besar kepada pihak media yang sentiasa menyokong perjuangan Aqsa Syarif termasuklah di dalam memberi liputan kepada aktiviti dan perkembangan Aqsa Syarif dari masa kesemasa. Kami mempunyai keyakinan terhadap media di dalam memanjangkan lagi capaian Aqsa Syarif kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya untuk menghayati aspirasi Aqsa Syarif terhadap pembebasan Masjid al-Aqsa dan Bumi Palestin yang terjajah.

Ust. Hasanuddin Mohd Yunus

Pengerusi

Aqsa Syarif

25 Rabi’ul Akhir 1431H/10 April 2010

Thursday, February 11, 2010

Jerat 'V' Day



Assalamualaikum..

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen, iklan dan filem yang bertemakan perayaan ini. Perayaan ini biasanya diraikan dengan setiap pasangan memberikan hadiah kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.


Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam.


Tidak dapat dinafikan bahawa statistik ini menunjukkan kejadian zina semakin berleluasa dan tidak dapat tidak, Hari Kekasih dilihat sebagai salah satu hari daripada hari yang digelar ‘Musim Mengawan’ kepada muda-mudi kita. Lebih-lebih lagi, apabila laporan akhbar menyatakan wujudnya kempen ‘Bare Your Loves, No Panties During Valentine’ yang menular ke IPT-IPT dan sekolah-sekolah. Walaupun pihak atau individu yang memulakan kempen ini tidak kami ketahui, kempen ini jelas mencabar ajaran Islam yang malarang umatnya mendekati zina. Maka, harus diingat, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Sunday, January 3, 2010

Habib Bourguiba


“Kenapa dia berkata begitu? Dia tak faham al-Quran dan Sunnah ke?” seorang hadirin ceramah mengkritik.

“Apa dia tidak baca sirah? Buta sejarah?” tambah seorang lagi.

Semua naik angin.

Marah dengan Habib Bourguiba.

Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987. Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Ataturk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan.


Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia, berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi menegaskan arahan itu, beliau dan anggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari bulan Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai.

Alasan Habib Bourguiba senang sahaja, berpuasa mengurangkan produktiviti negara!

SINIS AGAMA

Pandangan Habib Bourguiba itu, jika mahu dikategorikan, ia termasuk di dalam apa yang dinamakan sebagai Religious Skepticism.

Pemikiran skeptik atau sinis terhadap agama ini berperingkat.

Ada sinis yang merujuk kepada beberapa aspek di dalam ajaran agama. Seseorang itu mungkin sinis dengan hukum membasuh jilatan anjing dengan tanah. Atau hukum menutup aurat. Mungkin juga soal harta pusaka yang dibahagikan dua bahagian kepada pewaris yang lelaki dan satu bahagian kepada pewaris yang perempuan.

Ada juga pemikiran skeptik, ditujukan kepada institusi agama. Misalnya, anti ‘orang masjid’, mungkin juga kepada pihak berkuasa agama seperti JAWI, JAIS, JAKIM dan lain-lain. Tidak lupa dengan alergi mereka kepada parti politik Islam, atau badan-badan yang menjadikan Islam sebagai identiti organisasi mereka.

Peringkat ketiga pula, ialah pemikiran skeptik terhadap keseluruhan ajaran agama. Mereka tidak semestinya anti Tuhan atau atheist namun mereka sinis terhadap semua agama yang dianggap sebagai doktrin yang penuh kecurigaan.

Walau apa pun bentuk Religious Skepticism yang muncul, kesemuanya adalah tindak balas (response). Apabila diertikan sebagai tindak balas, tentu ada sesuatu yang berlaku sebagai reaksi kepada kejadian tersebut. Ia bukan asal, tetapi ia adalah tindak balas kepada sesuatu yang telah mengambil tempat terlebih dahulu.

YASMIN AHMAD DALAM KENANGAN





Terkini, ASTRO mendedikasikan saluran 110 sebagai tribute kepada Allahyarham Yasmin Ahmad dengan menyiarkan koleksi filem terbitan atau arahan beliau seperti Sepet dan Gubra.

Jika kita menonton dengan teliti sebarisan filemnya bermula daripada Rabun, kepada Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan terkini Talentime, ada sesuatu yang konsisten di dalam semua sentuhan karya Yasmin Ahmad. Selain sentuhan kreatif yang unik, filem-filem Yasmin Ahmad konsisten dengan tema atau elemen Religious Skepticism. Penonjolan babak imam yang mesra dengan jiran-jirannya yang pelacur di dalam filem Gubra, hubungan cinta antara seorang gadis Melayu dengan anak muda Cina, malah anjing yang dibelai mesra oleh bilal masjid, semua itu adalah simbol dalam menterjemahkan apa yang dinamakan sebagai pemikiran skeptik terhadap agama.

Oleh kerana Religious Skepticism semakin berleluasa mendominasi pemikiran masyarakat khususnya di dalam kelompok urban, maka hasil karya Yasmin Ahmad semacam menjadi jurucakap untuk meluahkan pandangan ini yang sejak sekian lama tidak mudah untuk diketengahkan ke perhatian massa. Yasmin Ahmad menerima penghormatan dan pengiktirafan yang sungguh luar biasa.

Jika kita bersetuju bahawa Religious Skepticism itu ialah satu bentuk tindak balas, maka datang soalan kedua; pemikiran Religious Skepticism yang ada pada Yasmin Ahmad datangnya sebagai tindak balas kepada apa? Apakah pengalaman yang telah ditempuh oleh graduan Ijazah Psikologi daripada England ini?

Saya tidak mempunyai sebarang penjelasan kerana saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Namun mungkin beliau menempuh episod hidup yang penuh dengan peristiwa berbentuk penilaian, hukuman, malah mungkin sindiran dan cemuhan yang menggalakkanskepticism itu semakin meruncing.

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Yasmin Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

SISTERS IN ISLAM

Zainah Anwar, teraju utama Sisters in Islam

Satu lagi topik yang berkait rapat dengan Religious Skepticism ialah sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sisters in Islam SIS). Pertubuhan ini mempunyai peranan yang signifikan dalam memperjuangan beberapa aspek bersangkutan hal kebajikan kaum wanita Muslim dan ia tidak boleh dinafikan. Kelancaran proses mahkamah yang mesti diperkemaskan agar wanita Muslim tidak menderita digantung tidak bertali, adalah di antara subjek yang banyak disentuh oleh sukarelawan SIS yang amat komited.

Namun, ada sesuatu yang juga konsisten dalam pemikiran dan ucapan tokoh-tokoh utamanya. Elemen yang saya maksudkan itu ialah Religious Skepticism. Keketaraannya lebih terasa dalam aspek sinis mereka kepada institusi agama yang dilihat tidak bertindak wajar dalam hal kesamarataan, keadilan, kebebasan dan kemuliaan kaum wanita Muslim di negara kita.

Mendesak agar al-Quran ditafsir semula, bukanlah suatu isu baru. Tetapi mendesaknya dengan alasan ahli-ahli Tafsir dahulu semuanya lelaki, lalu hukum yang keluar bersifat male chauvanist, adalah suatu manifestasi kepada Religious Skepticism. Rramai sukarelawan yang terbabit di dalam gerakan-gerakan pembelaan wanita seperti Sisters in Islam, membawa mesej yang boleh digunapakai untuk memperbaiki banyak aspek perlaksanaan Islam, tetapi mencetus banyak kontroversi kerana ia diperjuangkan secara sinis atau skeptik.

Sedikit sebanyak pemikiran yang bersarang dengan prejudis kepada lelaki dan institusi agama ini mungkin berpunca daripada pengalaman diri sukarelawan tersebut berkaitan dengan lelaki.

Menyaksikan bapa mendera ibu yang diperhambakan dalam sebuah perkahwinan.

Melihat penindasan yang berlaku ke atas janda yang tergantung hidup oleh suami yang enggan mentalakkannya, tetapi terus menerus mendera emosi dan mungkin fizikal isteri.

Menjadi mangsa kejahatan lelaki.

Atau terus menerus dihentam golongan yang tidak bersetuju, kebetulannya mereka itu adalah ustaz, mufti, ulama, yang semuanya adalah lelaki.

Religious Skepticism adalah reaksi.

Ada sesuatu yang berlaku sebelum pemikiran skeptik itu menguasai.

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Sisters in Islam, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat dibebankan ke atas mereka, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

Sesuatu yang perlu difikirkan.

BENJAMIN STEPHEN



Anak muda ini adalah bekas pelajar sebuah sekolah agama terkemuka di negeri Perak.

Bukan sedikit ilmu agamanya.

Tetapi hari ini, anak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Badrul Hisyam, telah murtad dan menjadi pendakyah Kristian.

Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang beliau sampaikan di gereja dan di khalayak Kristian, saya mengesan sesuatu yang amat konsisten di dalam ceramah beliau. Ceramahnya tidak ilmiah dan tidak membantu Kristian memahami Bible. Sebaliknya, hampir keseluruhan ceramah beliau berbahasa skeptik dan sentiasa sinis serta menyindir serba serbi yang berkaitan dengan Islam dan Muslim. Malah ibu bapanya sendiri turut disindir dan diejek.

Tatkala bertanyakan kepada pelajar-pelajar sekolah beliau yang mengenalinya, anak muda ini yang berpewatakan lembut di sekolah sering diejek, dikutuk atau dalam bahasa rasminya dibuli, di sepanjang pengalamannya di sekolah. Pengalaman seperti ini sangat berpotensi untuk membentuk satu pola pemikiran memberontak yang luar biasa.

Akhirnya Badrul Hisyam dengan sinis dan skeptik beliau terhadap semua yang dialaminya tentang Islam dan Muslim, beliau murtad. Sesuatu yang mungkin tidak disangka oleh senior yang pernah membulinya!

Semasa mendengar ceramah beliau, saya terfikir, adakah Benjamin Stephen ini mengkritik Islam, atau mengkritik Sekolah Menengah Agamanya?

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Benjamin Stephen, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism yang luar biasa itu ditujukan segala-galanya ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

KASSIM AHMAD





Tidak dilupakan, tatkala saya membaca buku mutakhir Kassim Ahmad bertajuk MENCARI JALAN PULANG, saya melihat adanya unsur yang sama di sebalik pemikiran beliau. Sama ada ia berkaitan dengan Parti Sosialis pimpinannya, atau pun pemikiran yang dilabel sebagai anti Hadith.

Kassim Ahmad tidak sama sekali menafikan kenabian Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tetapi beliau mengkritik sistem ilmu Hadith khususnya berkaitan dengan kredibiliti perawinya.

Di manakah kritikan itu bermula?

Berasal daripada kekecewaan Kassim Ahmad terhadap pemikiran dan sikap orang-orang agama yang ditemui di usia mudanya, ia berkembang kepada mempertikaikan institusi Ulama’ dan seterusnya hingga kepada pada perawi yang kesahihan Hadith banyak bergantung kepada kredibiliti perawi-perawi ini.

Ya.

Religious Skepticism yang ringan-ringan boleh berkembang menjadi satu pola pemikiran yang amat rumit dan membingungkan.

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Kassim Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

PUNCA PEMIKIRAN SKEPTIK TERHADAP AGAMA

Tidak dinafikan, manusia akan membentuk set of values mereka hasil pengalaman hidup dan pendedahan yang dialami. Kesan daripada pelbagai kejadian yang ditempuh oleh setiap kita dalam kehidupan, banyak mempengaruhi pertimbangan kita dalam menilai apa yang baik dan apa yang buruk.

Oleh kerana itu, Islam datang untuk meluruskan nilai ini agar manusia tidak terhoyong hayang di sepanjang tempat dan zaman dalam menentukan apa yang baik serta apa yang buruk tentang hidup ini semata-mata berbekalkan pengalaman diri. Jalan yang lurus (Sirat Mustaqim), diungkapkan berkali-kali dalam sehari semasa kita bersolat kerana jalan yang lurus itulah penentu kepada kedudukan masing-masing. Sejauh mana kita selari dengannya, atau sudah sejauh manakah kita terpesong dari landasan asal.

Namun, manusia akan mengalami krisis terhadap agama apabila mereka berdepan dengan suasana realiti yang terlalu jauh daripada apa yang dilakarkan oleh idea dan nas. Penghormatan adalah sesuatu yang terhasil daripada kualiti. Tatkala pendukung agama yang mewakili suara agama mengalami kemerosotan kualiti, rasa hormat itu mula terhakis. Tatkala hakisan itu berlaku, agamawan dan institusi agama terus kekal dengan grandiose attitudeyang menambahkan rasa meluat serta benci kelompok yang tidak gentar dengan mereka.

Sebagaimana gereja hilang tempat daripada masyarakat akibat grandiose attitude itu, ia juga sedikit demi sedikit menimpa umat Islam. Rasa jelek dan meluat sekelompok masyarakat melihat sesetengah agamawan yang sombong dalam mempertahankan hujah-hujah ‘tidak masuk akal’ mereka, menambahkan kerumitan kepada berleluasanya pemikiran skeptik terhadap agama ini.


Misalnya, temuramah Gala TV di Astro 110 bersama Yasmin Ahmad, mendatangkan contoh yang boleh diberi perhatian.

Ketika filem Gubra dikritik kerana adegan bilal masjid menyentuh anjing, Yasmin Ahmad menegaskan bahawa sesuatu yang amat menghairankan apabila orang-orang agama ini yang kelihatannya berpelajaran tinggi di satu sudut, hakikatnya mereka tidak arif tentang ilmu Biologi (yang sepatutnya dikuasai oleh umat Islam atas galakan agama kita sendiri, kata beliau).

“Anjing itu kalau najis pun, menyentuhnya tidak haram!” kata Yasmin.

“Orang agama tidak faham Biologi. Jika mereka faham Biologi, mereka akan tahu bahawa anjing merembeskan peluhnya melalui lidah dan hidung…” tegas beliau lagi.

Saya tidak dapat mengesan apakah yang cuba dimaksudkan oleh Yasmin dengan kenyataan itu.

Tetapi beliau mungkin terkesan dengan hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas dirinya oleh ustaz-ustaz atau tokoh agama yang ‘tidak faham Biologi’. Sifat menghukum, dan kejahilan terhadap ilmu sokongan seperti Biologi, menjadikan manusia semakin skeptik terhadap agama. Suatu kemalangan.

Namun, andaikata Yasmin Ahmad mengkaji lagi, beliau mungkin akan memperbaiki pandangannya tentang hal ini. Soal anjing merembeskan peluh daripada lidah itulah sebenarnya asas hukuman samak jilatan anjing yang terdapat di dalam Mazhab Syafie. Oleh kerana anjing sentiasa merembeskan peluh dari lidah, maka kebarangkalian najis untuk berada di lidahnya amat kecil. Justeru, jika lidah yang ‘bersih’ itu pun bekas jilatannya perlu disamak, maka lebih utamalah untuk sentuhan bahagian-bahagian lain pada seekor anjing disamak. Malah, anjing yang tidak disebut sebagai najis di dalam al-Quran itu pun, persentuhannya perlu disamak, maka babi yang diisytiharkan najis oleh al-Quran itu, lebih utamalah untuk ia disamak.

Dalam kes ini, Religious Skepticism mungkin terhasil daripada kombinasi agamawan yang tidak faham Biologi dan pengarah filem yang tidak habis mengkaji agama.

Pandangan skeptik terhadap agama banyak didorong oleh kegagalan agamawan mempertahankan hujah agama dalam bentuk yang seiring dengan pemikiran massa yang berubah dari satu ketika ke satu ketika.. Hujah yang tidak berhasil menimbulkan keyakinan, atau menolak terus proses hujah menghujah dan menggunakan kuasa untuk menundukkan soalan atau kritikan (budaya membunuh soalan), menyuburkan lagi pemikiran skeptik orang ramai terhadap agama. Gereja sudah berpengalaman dalam krisis ini, mudah-mudahan kita Umat Islam mempelajari sesuatu mengenainya.

Apatah lagi, ada agamawan terbabit dalam salah laku yang bertentangan dengan imej yang sepatutnya dipertahankan. Perbuatan mendera isteri oleh ustaz atau oleh bukan ustaz tetapi atas nama agama, memutarbelikan hujah untuk memenangkan diri (misalnya berkata, Allah melaknat isteri yang menolak kehendak suami, tetapi tiada hadith yang menyebut Allah melaknat suami yang menolak kehendak isteri!), pecah amanah, pengotor pada pakaian dan penampilan diri, menerukkan lagi penyebaran gejala Religious Skepticism ini..

Dalam masa yang sama, pendekatan menghukum dan menghukum terus menerus digunakan semasa kredibiliti agamawan atau institusi agamawan berada di dalam krisis.

Sesungguhnya gejala ini boleh diperbaiki jika pendakwah dan agamawan mampu untuk mengusahakan beberapa perubahan. Sikap menyindir, menghukum, menyerang, tanpa kesimbangan dialog, diskusi dan lain-lain bentuk engagement, tidak banyak membantu.

PENDAKWAH MAMPU MENGUSAHAKAN PERUBAHAN

Jika perubahan itu mesti bermula daripada diri, maka usahakanlah perubahan pada diri kita, selaku pendakwah untuk lebih bertenang dan teliti dalam menghalusi dakyah-dakyah pemikiran skeptik terhadap agama ini. Andai mereka tidak mahu berubah, lancang mengkritik tetapi kurang mahu mengkaji dan mendalami secara adil, itu terserah kepada mereka.Religious Skepticism ialah penyakit. Lalu penganutnya harus dilihat sebagai orang sakit.

Bagi pendakwah yang yakin akan kesihatan pemikiran dan kepercayaannya, merekalah yang selayaknya untuk mengusahakan perubahan. Kita ubah cara kita memberikan penyelesaian, cara kita menguruskan cabaran, kerana kita mampu berbuat demikian.. Jangan terlalu gelojoh menyerang, menentang, menghukum, ketika kita sendiri bukanlah saingan yang dihormati lawan (jika boleh disebut demikian).

Pendakwah yang hebat mampu mengakui kelemahan dan memperbaikinya. Andai golongan yang skeptik terhadap agama mahu terus ego dalam mempertahankan pandangan mereka, itu urusan mereka. Namun Islam yang dijulang pendakwah, menjadikan kita bersedia untuk mengambil sebahagian tanggungjawab memperbaiki keadaan. Memperbaiki cara kita berdakwah, mempunyai banyak faedah yang boleh meredakan penyakit minda ini.

SISI LAIN PANDANGAN HABIB BOURGUIBA

Berbalik kepada persoalan Habib Bourguiba, harus kita perhatikan sedikit.

Memang al-Quran berkata sebaliknya, Sunnah juga menegaskan sebaliknya. Malah Sejarah juga membuktikan sebaliknya. Namun Habib Bourguiba mungkin tidak memandang itu semua. Apa yang dijadikan asas pandangannya ialah pada apa yang ada di depan mata.

Benarkah umat Islam lebih produktif di bulan Ramadhan?

Tinggalkan Tunisia dan mari lihat keadaan kita di Malaysia.

Pada bulan Ramadhan, kita tidak boleh bermesyuarat dengan baik. Semua orang kebingungan dan lesu tanpa mampu memberikan idea yang bernas. Jika ada projek besar yang mahu dibuat, semua meminta agar ia dibincangkan selepas Raya! Malah jika di bulan-bulan lain kita habis kerja jam 5 petang, di bulan Ramadhan kita tinggalkan pejabat jam 4 petang. Semuanya gara-gara Bazar Ramadhan!

Maka, tidakkah itu semua bukti bahawa kita tidak produktif di bulan Ramadhan?

Silapnya pada Habib Bourghuiba ialah kerana beliau menyalahkan puasa sebagai puncanya, dan bukan manusia.

PELIK

Jika anda ternampak sebuah kereta Mercedez ‘mata belalang’ tersadai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu, apakah anda akan menyalahkan Mercedez?

“Bodoh betullah syarikat Mercedez ini. Bagaimana mereka boleh buat kereta yang langgar tiang lampu!” kritik seorang yang bermazhab Habib Bourguiba.

Mustahil.

Tiada siapa yang akan menyalahkan Mercedez.

Semua orang akan menyalahkan pemandu Mercedez itu.

“Macam manalah dia memandu. Sudah diberi Mercedez pun, masih terbabas melanggar tiang lampu!” kata-kata yang lebih lurus dengan kebenaran.

Silapnya Habib Bourguiba ialah, dia itu menyalahkan puasa dan Ramadhan sebagai punca rakyatnya tidak produktif. Suatu peringkat Religious Skepticism yang kritikal.

Justeru, jika kita tidak bersetuju dengan polisi Habib Bourguiba, maka buktikanlah dengan perbuatan. Buktikan Ramadhan ini, anda produktif, dinamik, aktif bekerja, dan tidak terjejas untuk buat apa sahaja, termasuk mungkin turun berkempen di Permatang Pasir!

Tetapi, jika kita bermati-matian memaki hamun Habib Bourguiba kerana tidak bersetuju dengannya, tetapi kita tidak bermaya, tidak produktif atau gagal untuk kekal normal di bulan Ramadhan, maka segala ayat al-Quran dan al-Hadith yang digunakan, serta fakta Sejarah yang dibentang, menjadi retorik serta menyuburkan lagi Religious Skepticism!

Anda mampu mengubahnya!




ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Tahun Baru? adakah sambutan ini diredhai?


Menjelang detik 12 tengah malam 31 Disember saban tahun, seluruh dunia gegak gempita dengan sorakan, jeritan, permainan dan pertunjukan yang rata-ratanya bernafaskan hiburan. Rakyat Malaysia juga, tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Bajau, Iban, Islam dan bukan Islam, semuanya tidak terkecuali. Seronok bukan kepalang! Yang lebih seronok adalah disebabkan acara-acara yang dijalankan bagaikan mendapat restu pemerintah. Berhiburlah sejak bermula malam 31 Disember hingga awal pagi 1 Januari. Jelajahilah bandar-bandar besar mahupun kecil di Malaysia ini. Melalaklah dalam kumpulan khemah unggun api di tepi pantai berpasir gebu. Berpeleseranlah di kompleks-kompleks membeli-belah dan taman-taman tasik. Bercampur gaullah lelaki dan perempuan dalam keasyikan tahun baharu bagaikan saranan-saranan agama tidak pernah diperdengarkan ke telinga.

Kita baru sahaja menyambut tahun baharu hijrah dua minggu lalu. Ya, tidak sampai sebulan pun lagi. Sambutannya serba sederhana. Yang menyambutnya juga kelompok tertentu, yang gemar ke masjid, gemarkan majlis-majlis ilmu. Kini, 2009 akan pergi dan 2010 bakal bertamu. Poses pertukarannya memang lumrah, sunnatullah. Tetapi kenapa sambutan ke atasnya juga mahu dilumrahkan?

Perkara serupa berlaku setiap tahun. Dan setiap kali itu ada sahaja budaya baharu yang diperkenalkan. Tidak usah disebut konsert itu dan ini, joget sana dan sini. Rasa malu sudah semakin terhakis daripada jiwa umat Islam. Tahun-tahun kebelakangan ini, dibudayakan pula acara mandi buih lelaki dan perempuan. Yang ini juga dicedok dari barat. Lihatlah pula apa yang dibawa tahun ini.

Aduh, sedihnya! Lebih menyedihkan apabila ibu segala maksiat iaitu meminum arak selain perzinaan menjadi perkara biasa. Tunggulah pagi 1 Januari ketika pekerja-pekerja pihak berkuasa tempatan melakukan pembersihan. Tin-tin minuman keras bersepahan. Di Dataran Merdeka dan KLCC, dilaporkan petugas-petugas Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur sering terjumpa kondom yang sudah digunakan, tin serta botol-botol minuman keras di merata-rata tempat. Bahkan turut dilaporkan pada sebelah paginya ramai yang tidur seperti golongan yang tiada tempat tinggal atau 'homeless' sementara menunggu bas untuk pulang ke destinasi masing-masing selepas penat berpesta pada sebelah malamnya. Tidakkah ini menggambarkan kebejatan akhlak umat?

Pihak-pihak yang prihatin tentang masalah gejala sosial sudah 'berbuih mulut' meminta dihentikan pesta-pestaan yang melampau ini. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pernah menyarankan, sambutan tahun baru yang berorientasikan hiburan seperti menunggu detik 12 malam sepatutnya dibatalkan kerana mencetuskan permasalahan sosial, membuang masa dan wang.

Selain itu, kekerapan musibah seperti bencana alam, pertambahan dan peningkatan masalah sosial dan jenayah adalah rentetan tindakan sebilangan rakyat yang sering melakukan pelanggaran agama dan nilai-nilai moral, katanya.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan urusetia Latihan Dakwah Lapangan (LANDAS) giat melaksanakan usaha dakwah ala 'taskforce' yang disasarkan kepada golongan remaja di sekitar bandar-bandar tertentu. Para petugas menemui dan menyantuni remaja-remaja ini dengan cara santai sambil menuturkan nasihat dan mengedarkan risalah. Tujuannya adalah supaya anak-anak muda ini sedar bahawa hidup ini punya matlamat agama dan berpeleseran tidak tentu fasal itu salah. Mereka mungkin terpengaruh, bahkan mungkin juga jahil dan tidak pernah diajar batas-batas pergaulan menurut Islam.

Kita yakin banyak lagi golongan yang melakukan kerja murni ini sebagai menyahut seruan Allah yang bermaksud, "Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya."

Mudah-mudahan bantuan Allah sentiasa hampir kepada pendakwah-pendakwah yang tabah ini. Bukan sedikit risiko yang terpaksa mereka hadapi sewaktu berdakwah di alam realiti. Mereka mungkin sahaja diejek, di'boo', diusik bahkan diugut oleh kumpulan gangster, tapi kita berdoa mudah-mudahan tiada perkara buruk yang berlaku kerana Allah bersama orang-orang yang benar.

Akhirnya kita berdoa semoga acara-acara tidak berfaedah dan penuh maksiat cepat-cepat dijauhkan daripada kamus hidup rakyat Malaysia menjelang tahun baharu Masihi bagi tahun-tahun mendatang. Sebenarnya kalau ia tidak disambut langsung pun, tahun baharu itu tetap juga datang dengan izin Allah.

Penggunaan nama Allah

Pendirian MAIM berkenaan Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Agama Lain

MAIM menyedari:

1. Akhbar The Herald Catholic Weekly versi Bahasa Malaysia telah menggunakan perkataan “Allah” sebagai terjemahan kepada perkataan “God”;

2. Wujud Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam, suatu undang-undang yang digubal di bawah Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan di sepuluh (10) buah negeri, yang terkandung larangan menggunakan kalimah “Allah” oleh agama lain;

3. Enakmen ini belum digubal bagi Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak;

4. Wujud arahan eksekutif melarang The Herald Catholic Weekly menggunakan kalimah “Allah”;


5. Isu ini telah dirujuk kepada mahkamah; dan

6. Perkataan “Allah” digunakan di dalam kitab orang Sikh, Granth Sahib.

MAIM juga menyedari:

1. Wujud usaha di pihak kerajaan untuk menggubal satu undang-undang persekutuan mengenai perkara-perkara seperti yang disentuh di dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam;

2. Wujud usaha untuk meminta campur tangan Majlis Raja-Raja; dan

3. Wujud usaha oleh pihak lain untuk mengemukakan lebih banyak isu-isu seperti ini ke mahkamah.

MAIM juga menyedari:

1. Wujud perbezaan pandangan di kalangan umat Islam sama ada penggunaan kalimah “Allah” oleh agama lain dilarang oleh Islam;

2. Penggunaan perkataan “Allah” yang diusahakan oleh pihak agama Catholic hanya dalam keadaan terpilih dan bukan secara menyeluruh menterjemahkan “God” kepada “Allah”; dan

3. Kerajaan Malaysia sebagai pemerintah berkuasa menggubal apa jua undang-undang untuk menjaga kepentingan negara dan rakyatnya.

Oleh itu MAIM berpandangan:

1. Penggunaan perkataan “Allah” oleh agama-agama lain akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam, terutamanya para remaja dan belia;

2. Ia juga akan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam dan boleh menimbulkan sensitiviti jika Allah dikaitkan dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan sifatNya serta bertentangan dengan konsep Tauhid dan aqidah Islam;

3. Adalah wajar bagi kerajaan mengambil sebarang langkah untuk mengelakkan kekeliruan dan keresahan di kalangan umat Islam; dan

4. Umat Islam dan badan-badan Islam perlu mengetepikan perbezaan pandangan tentang sama ada penggunaan kalimah “Allah” dilarang oleh Islam dan bersatu diatas dasar menjaga kepentingan umat (maslahah) serta menjauhi keburukan (mafsadah).

Dengan itu MAIM berpendirian:

1. Menyokong usaha melarang kalimah “Allah” digunakan oleh agama-agama lain.

2. Isu-isu berkaitan dengan Agama Islam dirujuk hanya kepada Mahkamah Syari’ah.

3. Usaha-usaha perlu dibuat untuk mengukuhkan pemahaman Islam umumnya dan aqidah Islam khususnya di kalangan umat Islam.

Pendirian ini dipersetujui di dalam Mesyuarat Khas JK Pusat MAIM pada 13 Mac 2008.

Mesyuarat juga memutuskan untuk mengeluarkan satu kenyataan media dan menggalakkan ahli-ahli MAIM secara sendirian mengeluarkan kenyataan media masing-masing, menyatakan pendirian yang sama.


Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester
Pengerusi
JK Dakwah JIM Pusat
Lot 300.3 Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +06-03-41089669
Fax: +06-03-4107- 1754

Viva Palestina menghadapi masalah.




Assalamualaikum,

Convoy Viva Palestina ke Gaza kini berhadapan dengan masalah pengangkutan kerana halangan dari Mesir. Convoy yang sepatutnya berlepas dari Aqaba, Jordan dan memasuki pelabuhan Mesir (Semenanjung Sinai) melalui pelabuhan Nuweiba, kini terpaksa berpatah balik melalui Syria. Mesir hanya membenarkan convoy memasuki Mesir dari pelabuhan al-Arish. Oleh kerana pelabuhan ini kecil, convoy terpaksa menggunakan 3 buah ferry di samping terpaksa menggunakan perkhidmatan udara untuk mengangkut sebahagian dari barangan bantuan.

Rakyat Malaysia turut menyumbang kepada convoy ini dengan menyerahkan 9 buah ambulan bersama muatan ubat-ubatan (4 ambulan dari VPM, 2 dari nya dari PACE/JIM dan 5 dari inisiatif Tun Mahathir). Perubahan perjalanan telah menambah beban kos kewangan (kira-kira USD500,000 lagi diperlukan) kepada convoy.

Atas nama persaudaraan Islam dan kemanusiaan sejagat maka PACE menyeru agar ahli-ahli JIM dapat menggerakkan kempen menampung kos tambahan convoy Viva Palestina 3 atas nama persaudaraan Islam dan kemanusiaan sejagat. Penduduk Gaza sedang menderita kekurangan makanan dan ubat-ubatan akibat sekatan ekonomi dan kepungan yang sudah menjangkau 3 tahun. Bantuan yang diusahakan oleh Viva Palestina yang terdiri dari 240 ambulan dan pelbagai kenderaan yang penuh dengan ubat-ubatan dan keperluan asas yang lain sangat penting untuk dijayakan. Jika convoy ini gagal untuk menyampaikan bantuan ini, maka krisis yang dihadapi oleh penduduk Gaza akan semakin mendalam dan mencapai tahap kritikal.

PACE menyarankan agar kempen ini dipacu di peringkat daerah dan negeri. Mohon supaya kempen penerangan berupa sesi ceramah disusun di surau-surau, mesjid, sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat. Mohon koordionasi dilakukan melalui PPE (Peg Perhubungan Negeri perhubungan antarabangsa JIM). PACE akan menyediakan bahan-bahan sokongan yang boleh membantu seperti bahan penyampaian (PP) dan bahan-bahan kempen yang lain.

Mohon seruan ini disambut oleh semua. Sila hubungi Sdr Nasir Tampol (Peg Eksekutif) di no. 03-41089669/ 0143110628

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE

Wednesday, December 30, 2009

Mukhayyam de Penyu IPT Terengganu 2009

MUKHAYYAM de PENYU IPT TERENGGANU 2009 - 2010

Masa : 31 Dis 2009 ( khamis) - 2 Jan 2010 ( sabtu)
Tempat : Taman Pertanian Sekayu , Hulu Terengganu.

Peserta : 45 orang

Pengisian

Hari Pertama
5.00 pm : Pendaftaran
6.00 pm : Makan Malam (Beli)
7.30 pm : Solat Maghrib

: Takruf & ais breaking serta pembahagian kumpulan, pembahagian tajuk persembahan
(Akh Hazrul)
: Solat Isyak
9.00 pm : Pengisian Fikrah (Himaasatusy Syabab ,wa Hikmatusy Syuyuh) – Akh Muzahar
11.00 pm : Tadabur Qur’an
Hari Kedua
4.30 am : Qiam
5.45 am : Solat Subuh
: Al mathurat (Suatu Pengenalan) (Akh Ariffin)
7.00 am : Urus diri
8.00 am : Sarapan pagi (Nasi Lemak)
8.30 am : Jungle Tracking (Kompas Mathcing)
12.00 pm : Makan Tengah Hari
: Persiapan Solat Jumaat
1.00 pm : Solat Jumaat / Ummahatul Mukminat
3.00 pm : Hayatul Sahabah – 8 Orang sahabat_ rujuk modul (aktiviti outdoor)
4.00 pm : Sesi Pembentangan
4.30 pm : Solat Asar
5.00 pm : Slot 1 (Tema: Eksplorasi Alam_Inovasi)

Malam
6.30 pm : Makan Malam
7.15 pm : Solat Maghrib
: Kuliah Maghrib _Akhlak Akh Roslan
8.16 pm : Solat Isyak
9.00 pm : Persembahan (Berdasarkan 10 situasi umat islam dunia) (akh redhuan)
: Sesi penerangan peta Kompas Matching
12.00 am : Hirasah (Setiap 1 jam/kumpulan)

Hari Ketiga
6.00 am : Solat Subuh
: Kuliah Subuh (Akhlak oleh Akh….)
: Al Mathurat
7.00 am : Sarapan pagi
7.30 am : Senamrobik serta kawad
9.00 am : Resolusi
10.00 am : Bertolak Pulang








AJK
Kem KOmanden : Akhi Masrul Arifin
Penolong : Ukhti Nurnazifa
Su : Akhi Wan Mohd Redhuan
Tempat : Akhi Ahmad Sabri
Peralatan/Teknikal : Akhi Mohd Izzul
Pengangkutan : Akhi Hazrul
Makanan : Tukang masak Di Raja Engku Indong
Aktiviti : Che Zainun, Masita, Nazifa
* Sedikit sumbangan Yuran RM 15.00 bagi daerah Kuala Terengganu tambahan RM 5.00 untuk kos pengangkutan.
*Ada tugasan individu.

Hari Raya Aidilfitri adalah isu Aqidah umat Islam.Tiada kompromi

Kenapa Iklan Hari Raya TV3 ditarik semula penerbitannya?

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. 1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu 2.Buku - Bible 3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan 4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur 5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis 6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted). 1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity) 2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan 3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus 4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk. 1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc. 2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian 3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah. 1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light). 2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah. 3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital. Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca. 1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya. 1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut. 1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism 2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan. Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau. 1.Pulau - Singapore lah. Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. 1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin 2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu. 1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) 2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

KuRma (KuRindui Ramadhan)

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated

Muhammad Mus'ab Muzahar - muspalestina - mustrategy - muscomplicated
"Generasi muda ialah rahsia kehidupan umat dan mata air kebangkitannya.Sejarah umat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya,yang memiliki AQIDAH yang kuat dan ROH yang membara.Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan 'rahim' umat itu dapat melahirkan tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya"

Atheis - Ska - Punk yang lebih 'Palestina'

Video menunjukkan sekumpulan Atheis berfahaman sosial SKA Punk mewakili kaum Yahudi anti Zionis.Umum mengetahui bahawa tidak semua orang Yahudi berfikiran kejam seperti Zionis.Malahan,Fenomena yang berlaku pada tahun 2000-an menunjukkan semakin ramai Rabbi Yahudi lantang mengutuk kekejaman Zionis di palestin. p/s Band diatas tidak mewakili Aqidah umat Islam !! Persamaannya hanyalah pada 'kebencian' mereka terhadap Zionis laknatullah.

{ وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلاَهَا } and [by] the moon when it follows her, rising after she has set(91:2)

muspalestina dan ummah

muspalestina dan ummah
"Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA..Kata AsSyahid Hassan Al- Banna"Tanggungjawab melebihi masa yang ada"..Tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat mendewasakanmu..tetapi cukupkah sekadar menerima tarbiyyah?Sampaikanlah kepada Syabab,sedarlah wahai Fatayat,kalian bukan memulakan perjuangan,tetapi kalian adalah PERMATA -PERMATA yang menyambung perjuangan anbiya'