Assalamualaikum ebelibadi. Alhamdulillah, sekarang dah masuk Ramadhan ke-16 kan? Semua puasa penuh tak? Yang kaum Hawa takpelah, Allah dah bagi lesen percuma kat depa. Tapi, nak makan tu sorok2 la sikit, hormat orang yang berpuasa tu.
Oke la, lama ana tak hapdet belog ni kan? Terasa kosong je, tak terisi apa-apa memori. And now, ana dah cuti sem. Taknak lah buang masa dengan aktiviti lagha je, nak juga ajak akhi ukhti ke arah kebaikan. Jangan duduk di tampuk lama lagi. Dunia semakin moden dengan alat canggih, takkan kita masih nak duduk tampuk Neolitik lagi. Ngeh3!! Hayya berubah! Dulu dan sekarang dah lain. Must Remember!
Ana nak bicara ni. Ades, macam dah dalam mahkamah nak bicara bagai. Oke la, antum tahu tak apa tu DAKWAH?
DAKWAH
DAKWAH
DAKWAH
Semua tahu kan? Dakwah tu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Tapi sekarang masyarakat di luar sana pandang DAKWAH tu satu benda yang beban. Pandang dakwah hanya mereka yang bersekolah agama, tahfiz, tabligh, berkopiah, berjilbab labuh, berjubah and so on. Kemon la, jangan jumud sangat.
Bagi ana, semua orang boleh berdakwah. Bukan mereka2 yang nampak baik bagi kalian. Contoh, seorang doktor boleh berdakwah juga. Bukan hanya mengubati pesakit sahaja, dalam pada itu juga doktor boleh sampaikan dakwah dengan caranya sendiri samada mengubati dengan cara yang telah digariskan oleh Islam. Boleh sampaikan dalam dalil atau hadis serta ubat2 yang Rasulullah anjurkan (madu). Madu adalah ubat untuk segala penyakit kecuali mati.
Dakwah tu tak semestinya kita pergi rumah ke rumah ajak orang lakukan kebaikan. BUKAN! Tidak sama sekali. Dalam dunia serba canggih ni, pelbagai cara boleh digunakan. Video, ceramah, pesbuk, twit twit and so on. Ana tengok ramai pemuda sekarang yang buat video nak sampaikan dakwah melalui media massa. Satu inisiatif yang bagus. Ana salute depa! Walaupun ana tak gheti nak dakwah cenggitu. Tapi ana cuba sampaikan dakwah tu melalui pesbuk or twit twit hajo. Pabila menggunakan lisan, ana cuba sehabis mungkin.
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Surah Ali-Imran:104)
Dalam Al-Quran pun ada tau, Allah suruh tau. Jangan memain! Allah suruh ajak yang makruf dan cegah kepada yang mungkar. Jangan hanya tahu ajak yang baik saja tapi taknak cegah yang mungkar. Tak kena lah pada jalan dakwah kita tu.
Nak dakwah ni, bukan semua orang suka kan? Sama lah seperti perjuangan Rasulullah dan para sahabat dulu, mereka sanggup berjuang bermati-matian nak Islam tu merebak ke negara lain. Kita? Nak berjuang dalam negara kita je pun, tu pun susah. Memang lah jalan dakwah tu penuh liku, onak duri tapi hasilnya sangat manis. MANIS sangaaaaattt!! Taknak ke masuk syurga Allah? Taknak ke mati syahid di jalan Allah? Taknak ke syafaat Nabi akhirat nanti? Allahurabbi!!
Nabi selalu dicaci, dimaki sebab orang Arab zaman tu taknak terima ajaran Baginda. Tapi Baginda sabar sampai dilempar batu sehingga berdarah pun Baginda sabar. Wahai pemuda, sanggup ke kita sabar seperti sabarnya Nabi SAW? Sanggup ke kita dicaci dihina seperti dahsyatnya Baginda dicaci dihina? Kita ni maki hamun balik apabila dicaci dihina kan? Mana sifat sabar seperti Baginda? Kata umat Nabi, tapi mana sifat sabar?
Benarlah, perjuangan Nabi belum berakhir lagi. Kita generasi sekarang ni, kena teruskan perjuangan Nabi tu. Jangan goyang kaki je, teruskan berdakwah di jalan Allah. Biarlah mati syahid, janji Islam akan berakhir dengan kemenangan atas usaha kita.
Akhirat nanti, Allah tak tanya hasilnya pada usia muda kamu tapi Allah akan tanya mana perginya usaha pada usia muda kamu? Allah jadikan kita ni supaya kita beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah. Di Palestin, Syria tu mereka bermati-matian perjuangkan agama Allah, mati syahid di medan pertempuran. Kita? Kita tak mampu kan nak berjuang macam mereka tu, Allah tahu kita tak kuat lagi. Kita tak sanggup lagi nak mati syahid, cita-cita nak syahid tu takda lagi. AllahuAkbar!
Ya Allah! Ana pun masih tak kuat lagi nak berjuang macam Palestin Syria tu. Tapi ana mahu mati syahid di jalan Allah sebab ana sebarkan dakwah. Sebarkan dakwah kepada masyarakat Malaysia ni. Ana taknak masyarakat Malaysia tandus dan kehilangan cahaya sebab takda yang sebarkan dakwah ni. Alhamdulillah, Malaysia masih aman kan? Tapi jika seseorang buat Allah murka, bukan dia seorang je kena. Allah timpakan bala atas semua orang, tak kira yang beriman ataupun tak.
Pemuda, mari sama-sama sebarkan dakwah kepada masyarakat kita. Bermula dari diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Barulah timbulnya masyarakat yang mengamalkan cara Islam bukan Barat.
Allah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah, cita-cita kami tertinggi
Ana sedar selepas mereka di luar sana sedarkan ana, pentingnya dakwah ni. Dulu ana pandang dakwah ni satu benda yang remeh temeh tapi sekarang ana sedar. Kita sebagai pemuda kena jalankan dakwah, perjuangan Nabi. Now, Hayya Dakwah! Satu medan perjuangan bakal bermula. AllahuAkbar!
Yakin pada diri wahai pemudaku :) Jangan lemah, teruskan perjuanganmu.
Istiqamah dalam jalan dakwahmu.
Dakwah is not about preaching hard, but it’s about reaching the heart