Doaku

Posted by MusLiMaHaTiKu | 7:31 AM | 0 comments »





اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان

"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"

Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan")

Ungkapan Bicara Hati

Posted by MusLiMaHaTiKu | 9:25 PM | 0 comments »


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI...
SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW...

Wahai kakakku,
Sudikah kakak mendengar tinta bicara adikmu ini,
Ianya mungkin bicara kosong yang datang dari hari yang berbicara,

Tatkala dirimu hadir dalam babak hidupku,
Di suatu medan,
Daku mula kenal ungkapan perjuangan,
Kemudian ku mula mendalami erti perjuangan itu,
Daku mula sedar apa itu berjihad,
Kemudian ku lalui jalan jihad itu,

Daku mula kenal apa itu dakwah,
Kemudian ku menyedari erti sebenar dakwah itu,
Daku mula kenali erti pengorbanan sebenar,
Daku mula sedar kepentingan amanah dalam islam,
Daku mula mengerti erti sahabat sejati,
Segalanya mengajarku tentang erti keindahan islam sebenar,
Segalanya indah,

Wahai kakakku,
Segalanya indah bila dikaitkan dengan islam,
Engkau telah mengajarku erti kehidupan dalam perjuangan islam,

Sebelum ini,
Daku hanya mendengar dan berbicara mengenainya,
Tanpa mengerti makna dan hakikat sebenar,

Sekarang ini,
Daku sudah memahami, menyedari dan melaluinya sendiri,
Segalanya kearah menuju yang satu,
Jalan menuju kepada Pencipta,

Seandai diizinkan Sang Pencipta,
Ingin sekali daku mengikuti jejak langkahmu,
Menjadi MUJAHIDAH pejuang agama ALLAH...

Wahai kakakku,
Adakah daku layak ketahap itu,
Daku ini lemah tidak setabah yang disangka,
Daku masih memerlukan bimbingan dan doronganmu disisi,
Perjalanan masih jauh kakakku,
Daku tidak kuat untuk meniti jalan ini,
Memang benar ALLAH sentiasa bersama kita,

Kakakku,
Kadangkala kekuatan itu datang dari insan yang dekat dengan hati kita,
Insan yang selalu memberi tunjuk ajar dan nasihat serta bimbingan mendidik jiwa,
Insan yang selalu mengajar kita mengigati ALLAH dalam apa jua keadaan,
Insan yang mengajar diriku mengenal erti segalanya dalam dakwah islam,

Insan yang ku maksudkan adalah dirimu...
Seorang insan yang hanya bergelar kakak,
Tapi itu cumalah gelaran yang disandang,
Kerana dirimu memainkan segala peranan,
sebagai KAKAK, TEMAN, KAWAN, dan juga SAHABAT,
Moga langkah perjuangan ini tiada titik noktahnya,

wahai kakaku,
Janganlah hatimu gusar,
Kerana ini adalah sekadar luahan hati kecil adikmu sahaja,
Moga impian kita akan tercapai suatu hari kelak,
Moga ALLAH meredhai impian menuju jalanNya ini....
AMINN YA ROBBAL ALAMINN





HATI BICARA,MERUNGKAI KATA-KATA

Posted by MusLiMaHaTiKu | 1:26 AM | 0 comments »


DIKALA SEPINYA HARI, KAU DUDUK SEORANG DIRI, TANPA RASA SUNYI, TANPA RASA BERSENDIRI. KERANA DUDUKMU SEORANG DIRI, LEBIH MUDAH BERMUNAJAD PADA ILAHI, BIAR MASA BERGANTI, AQIDAH JANGAN MATI. GUNUNG DIDAKI, LEMBAH SAMA DITURUNI, GELAP DITEMPUHI, CERAH SAMA DISUSURI. WALAUPUN BERSENDIRI, BUKAN BERMAKSUD HIDUPMU SEPI, DENGAN HARAPANMU BEROLEH CINTA ILAHI, ALLAH SENTIASA BERSAMAMU DISISI. BANYAK MANA DIRIMU DIUJI, BANYAK ITULAH KASIH SAYANG-NYA DIBERI, KETIKA SENANG DIA KITA INGATI, SEWAKTU SUSAH DIBANTU-NYA NANTI. INGAT PADA MATI, BUKAN TERUS MENERUS MENGINGATI, JANGAN SAMPAI DIGANGGU DALAM AKTIVITI, SEKADAR UNTUK MENGATASI KESOMBONGAN DIRI.

Followers

Daisypath Anniversary tickers