Sahabat sejati sukar dicari..
Wednesday, November 18, 2009
Sisa kehidupan sebelum berposting..
ku sedar dari kesilapan lalu..
Tuhan, beratnya dosa-dosa ku...
Masihkah ada ampunan buatku..
Tuhan, dalam menempuh hidup ini
banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan, ada yang dapatku gagahi
dan ada yang gagal ku hindari...
Tuhan, dosaku menggunung tinggi
tapi taubatku tak ku tepati
Tuhan, rahmat Mu melangit luas
terlalu sedikit ku bersyukur
kini ku kembali pada Mu
mengharap maghfirah dari Mu
mogakan terampunlah dosa-dosaku
Walaupun ujian melanda
ku tetap berkasih pada Mu
Kernaku yakin kasihMu kekal tiada sudahnya..."
Saat menerawang fikiran di meja tulis, telinga musafir menangkap lirik nasyid yang sering bertukar-tukar lagu di laptop musafir.. Hampir menitis air mata mengenangkan dosa-dosa lalu.. Ditambah lagi dengan ujian-ujian yang melanda.. Teringat kata seorang sahabat, berbaik sangkalah dengan Allah taala.. Hati musafir berkata-kata untuk menyedapkan fikiran tuannya bahawa Allah rindu nak bertemu dengan musafir.. Allah rindu nak mendengar rintihan musafir... Allah sayangkan musafir dengan memberikan hikmah-hikmah yang terkandung di sebalik dugaan.. Biasanya kita akan mengingati Allah lebih daripada biasa apabila dugaan yang menimpa biarpun mengingati Allah dan beribadat kepadaNya adalah pada masa senang dan susah.. Mungkin ini satu peringatan buat musafir bahawa hidup ini memang penuh dengan onak, duri dan ribut yang datang menghalang perjalanan.. Akan tetapi orang yang selamat ialah apabila dia berpegang dengan tali Allah kerana ia adalah sekukuh-kukuh tali.. Bila mana kita sudah berpegang pada taliNya maka teruskanlah perjalanan kita tanpa melepaskan atau melonggarkan tali tersebut hingga ke akhir perjalanan iaitu kematian..
Mengenang kembali saat baru mula masuk ke maktab.. Saban waktu di penghujung tahun kedengaran berita tentang kakak-kakak serta abang-abang senior hendak dipostingkan.. Paling kecoh ialah apabila penempatan yang terpilih ialah ke Sabah dan Sarawak.. Mulalah pelbagai cerita yang timbul iaitu tentang dahsyatnya kehidupan sebagai guru di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.. Saat berada sebagai budak hingusan lepasan SPM, musafir pada masa itu hanya mendengar tanpa merasai apa-apa bahangnya.. Sedar tak sedar setelah lima tahun setengah di sini, musafir pula yang mengulangi peristiwa duduk di tempat mereka.. Ketika berada di rumah makcik yang mengadakan kenduri doa selamat pada 15 november yang lalu, musafir dikejutkan dengan telefon yang menyatakan musafir akan dihantar ke negeri di bawah Bayu.. Agak terkejut walaupun di sudut kecil hati musafir ada keinginan yang telah lama dipendam untuk mengaplikasikan segala ilmu di sana.. Entah mengapa badan musafir yang cergas menjadi lemah longlai.. Selepas telefon diletakkan musafir menelan air liur kerana merasa lain macam.. Lalu tanpa berfikir panjang musafir terus ke bilik air sehinggakan makanan yang belum sempat hadam telah terkeluar kesemuanya.. Air mata berjujuran tanpa bersisa.. Hati musafir berbolak balik tak dapat dimengertikan... nak kata sedih tak juga.. nak kata gembira pun tak juga... mungkin terkejut agaknya.. Alhamdulillah mungkin Tuhan nak letakkan sesuatu yang mampu dipikul oleh diri musafir.. Sebagai manusia biasa musafir redho dengan ketentuannya dan akan cuba bersedia menghadapi segala rintangan yang dihadapi.. Semoga Allah mempermudahkan urusan musafir dan melindungi diri ini daripada segala bala bencana.. Amin...
Tunggu kehadiranku anak-anak Sabah.. Musafir akan cuba buat sebaik mungkin selagi diberi kudrat untuk melaksanakannya.. Insya Allah...
Tuesday, November 10, 2009
Celoteh musafir...
Friday, November 6, 2009
Tahniah Buat Sahabatku...
Mujahidah Sejati...
Mujahidah sejati
Bukan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indah yg permai
Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketakwaan
Mujahidah sejati
Akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan takwa
Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan bisa menggegarkan isi dunia
Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi
Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah Aisyah Fatimah
Menjadi muqarrabin bermujahadah
Menuju cinta dan kasih Allah
Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya jangan dibiarkan ia bertakhta dalam diri
Dengan dosa-dosa