Sahabat sejati sukar dicari..
Friday, August 21, 2009
Wednesday, August 12, 2009
Sleeping beuty...
Sleepyy.. sleepyyyy... sleepppyyyyy.... Gara-gara lecturer nak observe hari ni, musafir tidur pukul 4.30 pagi.. Habis ayat musafir gunakan malam tadi untuk menyiapkan laporan-laporan kokurikulum dan aktiviti luar darjah di sekolah... Bila dah nak masuk kelas pagi tadi, musafir suspend.. Mana lecturer ni??? tak nampak batang hidung pun.. lantas laju tangan musafir menari di keypad handpon usang musafir.. "Assalamualaikum.. Ustazah kat mana ye?? Jadi datang??..." "Hmm.. ustazah tak jadi datang la.. esok ye.. Dua masa jadikan satu masa ye.." Frustnyeee musafir.. Petang ni kena balik petang sebab ada koko.. Malam ni tak boleh tidur lagi la nampak gayanya.. Minggu ni kena stay la sampai kerja siap.. Bila fikir-fikir balik, kalau buat kerja 2, bleh je stay up sampai 1 per 3 malam.. Tapi kalau suruh tahaajjud..... ntah la........ Esok musafir kena ajar hafazan.. Ustazah plak minta setengah jam.. cuba je lah.. takyah pakai lcd.. cuba yang manual... Hari ni kena tahan le mengantuk sampai petang kat sekolah... ni la tribulasi dan perjuangan sebagai seorang cikgu praktikum....
Laptop pun da ngantuk gakkkk..... ZZZzzzzzzzz.......
Wednesday, August 5, 2009
Pengubat hati musafir...
Tepuk2 semangat... "5R Bolehhhh!!!"
Are you ready??? "Yes.. yes.. yessss... "
Kumpulan 1 yang baik-baik belaka.....
Kumpulan 2... Apa yang penting???? Kerjasamaaaa!!!!
Kumpulan 3... Yang pakai baju kuning 2 ketua????
Kumpulan 4... Amik gambar kitorang la ustzh.. kitorg da ready dari td ni...
Kumpulan 5... Aik 3 orang je??? Mana yang lain????
Kumpulan 6... Pegang apa tu nabil??? "Ustazah pikir la sendiri..."
Kumpulan 7.. Posing2... sambil pegang replika ustazah...
Kumpulan 8.... Rafiq sorang je lelaki?? Xpe rafiq memang bestttt...
Tuesday, August 4, 2009
Knockout Mazmumah!!
"Seluruh keluarga awak orang yang bengong!!!!"
"Haziq!!! Afiq!!! Apa yang kamu berdua buat ni!!??"
Haziq : Dia yang mula dulu ustazah…
Afiq : Dia yang ejek2 dulu nama ayah saya ustazah..
Saya : Haziq.. Afiq.. Kata-kata tu doa.. Tak baik awak cakap yang bukan-bukan macam 2.. Afiq, awak sedih tak kalau keluarga awak dikatakan bengong sebagaimana awak ejek keluarga Haziq??
Afiq : (Diam sambil menggeleng-gelengkan kepala)
Saya : Haziq, awak nak ke nama ayah awak diejek-ejek sebagaimana awak ejek nama ayah Afiq??
Haziq : Tak nak (menjawab dengan lemah)
Saya : Kalau kita tak suka orang buat macam tu kat kita, kita jangan buat pada orang lain ye.. Sebaliknya kita banyakkan perkataan yang baik supaya seluruh makhluk Allah macam rumput, kucing, bunga, semut dll pun doakan keluarga kita.. Itukan lebih baik.. Awak tau tak afiq, haziq, syaitan bertepuk tangan bila tengok awak berdua bergaduh tau.. Sekarang ustazah nak kamu minta maaf.. Boleh??
Afiq : Minta maaf…
Haziq : (Diam tanpa sebarang respon)
Saya : Haziq……
Haziq : (Mengangkat tangan dan bersalam-salaman..)
Saya : Ok.. bagus.. masuk kelas sekarang ye.. Jangan buat lagi tau..
Tersenyum musafir memandang kelibat mereka.. Budak-budak.. x matang lagi.. Musafir yang dah besar ni pun tak sunyi dengan masalah bersama rakan-rakan.. Walaupun di sekolah kita mengajar orang lain untuk tidak bersikap yang buruk tapi bila muhasabah diri kita sendiri, banyaknya kesilapan yang kita buat.. Seandainya anak murid kita tahu ustaz dan ustazah di luar sekolah pun ada kekurangan, malunye kitaaaaaaaaa….. So, cubalah kita utk knockout mazmumah walaupun kita tak sempurna mana…