Sahabat sejati sukar dicari..

Saturday, December 5, 2009

Jom ke Kampung Mesilou, Ranau!!!

Kampung Mesilou Ranau terletak lebih kurang 5 kilometer dari pekan Kundasang.. Berhampiran kampung ini terdapat beberapa tempat menarik seperti National Park, Ladang Teh Sabah, Gunung kinabalu dan macam-macam lagi.. kalau nak ke kampung mesilou caranya mudah saja.. dari KLIA, ambil penerbangan ke Kota Kinabalu.. Dari Lapangan terbang Kota Kinabalu, ambil teksi ke ranau.. Perjalanan ini selama 2-2 1/2 jam ke pekan kundasang sebanyak rm30 seorang.. Dari pekan kundasang, ambil teksi sapu ke kampung mesilou sebanyak rm 3 sahaja.. Apa-apa masalah boleh hubungi musafir ye... Tinggal di rumah musafir pun boleh.. Cuma jangan lupa bawa baju tebal-tebal ye.. Orang kat sini kebanyakannya makan sireh untuk memanaskan badan.. Tapi musafir makan habatussauda' jelah.. hehe.. Cuma yang agak tak seronok ketika perjalanan ialah sejam setengah jalan yang agak bengkang-bengkok seperti di cameron highland serta tanah runtuh yang boleh menyebabkan jalan jem.. Tapi pemandangan di sini lebih cantik dari cameron dan genting.. Kalau tak percaya, datang sini dulu ye..

Pengalaman di Ranau

2 Dis 2009 (7.35 p.m)

“Terima kasih kerana sudi menyambut cabaran meninggalkan keluarga, meninggalkan kampung halaman demi agama dan anak bangsa. Semoga pengorbanan ini membuahkan hasil sepanjang ustaz dan ustazah berada di sini..” Kata-kata pengakhiran taklimat kami pada malam di Airport View Hotel amat memberi kesan di hati musafir.. Masih teringat kesedihan bersama abah dan emak di airport KLIA dengan mutiara-mutiara nasihat dari mereka menyebabkan musafir termenung panjang di dalam filgt.. Kegembiraan bersama rakan-rakan menikmati layanan petugas di dalam filgt terganggu dengan debaran-debaran memikirkan penempatan musafir dan rakan-rakan apabila sampai di sana kelak.. Persoalan pertama mula timbul.. Siapa anak murid aku nanti???? Kemudian disusuli pula dengan persoalan-persoalan yang seterusnya.. Akhirnya sepucuk surat yang mula diedarkan satu persatu kepada kami mula menjawab persoalan yang bermain di benak musafir.. Tulisan tangan di hadapan sampul surat URUSAN SERI PADUKA BAGINDA iaitu SK MASILOU, RANAU mula membayangkan pelbagai perkara untuk menggambarkan keadaan tempat tersebut.. Tepat pukul 11.45 pagi sebuah kereta menunggu musafir dan dua lagi rakan yang akan bersama-sama ditempatkan di Ranau.. Perjalanan yang penuh berliku dilalui oleh musafir selama 2 jam setengah untuk sampai ke Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.. Sepanjang perjalanan kelihatan tanah runtuh yang menyebabkan kenderaan terpaksa beratur untuk menunggu turn mereka melalui jalan tersebut supaya selamat daripada tanah dan batu besar yang sentiasa jatuh di atas jalan raya.. Tidak kurang juga jalan yang curam dan bengkang bengkok seperti di Cameron highland.. Rasa tak sanggup nak balik semula pun ada dek kerana jalan yang jauh dan berliku ini.. Alhamdulillah kepenatan kami diubati dengan pemandangan gunung kinabalu yang cantik dan berkabus.. Angin sejuk mula menepuk pipi kami seolah-olah menyedarkan kami yang bahawasanya KAMI BENAR-BENAR SEORANG GURU YANG AKAN DIPOSTINGKAN DI RANAU.. Bukan lagi sesi praktikum yang hanya beberapa minggu sahaja.. Bukan untuk jalan-jalan makan angin di Sabah.. Tapi ada misi dan visi yang kami bawa dan perlu capai di sini.. Akhirnya sampailah kami di Pejabat Pelajaran Ranau.. Kami disambut baik dengan para pegawai dengan makanan dan minuman untuk mengisi perut setelah menghabiskan tenaga di perjalanan.. Selepas itu kami bertiga berpecah dan beredar ke kampung tempat mengajar masing-masing. Musafir telah diambil oleh seorang guru di sini.. Katanya beliau ialah pemangku sekolah dek kerana belum wujudnya Guru Besar dan Penolong Kanan di situ.. Terdetik hati musafir, “jangan aku yang dilantik jadi GB sudahlah nanti..” Cehh perasan betul.. Tersenyum sendiri musafir.. Sebelum ke sekolah iaitu ke perkampungan Masilou, kami singgah di pekan kecil untuk membeli beberapa keperluan penting. Kemudian perjalanan diteruskan dengan melalui jalan yang bengkang bengkok seperti sebelum sampai ke PPD tadi.. Apa yang lebih menyeronokkan ialah gunung kinabalu semakin menghampiri.. Musafir kesejukan seolah-olah berada di dalam kabus yang menjadi pemandangan tetap musafir ke sana.. Ladang teh seperti di Cameron highland berada di kanan mahu pun di kiri jalan.. Begitu juga dengan ladang sayur-sayuran.. Cikgu yang bersama-sama musafir di dalam kereta menunjukkan sekolah kami tetapi musafir terlepas pandang.. Insya Allah esok musafir akan ke sana.. Sampai di rumah, musafir terpegun dengan keunikan homestay tempat musafir bermalam untuk sementara waktu.. Rumah yang musafir duduk diperbuat daripada buluh.. Bilik air dan dapur di luar.. Musafir duduk seorang sahaja disebabkan ramai guru-guru yang belum datang lagi.. Mungkin mereka sedang bercuti.. Tawakal kepada Allah.. Sempat juga musafir rasa untuk mandi dengan air gunung.. Sejuk macam mandi dengan ais.. Bbuuurrrrr..


3 dis 2009 (8.37 am)

Terbangun musafir pagi ni dikejutkan dengan bunyi kokokan ayam jantan yang saling bersahutan.. Meraba-raba handpon untuk melihat jam terbantut apabila handpon kehabisan bateri.. Maklumlah plug kat luar rumah.. tak berani nak keluar untuk charge handpon.. Alhamdulillah musafir bawa jam.. pkul 4.30 rupa-rupanya.. Sekejap lagi azan subuh.. Musafir kena membiasakan diri dengan waktu di sini yang agak berlainan daripada waktu di semenanjung.. Sejam lebih awal daripada biasa.. Sejuknyaaaa… Malam tadi beberapa kali musafir terbangun.. Rasa duduk dalam salji.. dua helai t-shirt tebal, sehelai sweater, berstoking serta dua helai selimut tebal masih belum boleh menghilangkan sejuk musafir.. Insaf sekejap dengan musafir yang kadang-kadang mengeluh dek kerana kepanasan ketika berada di semenanjung.. pagi-pagi lagi musafir buka tingkap di belakang rumah untuk menikmati pemandangan.. Sangat menakjubkan!!! Sebelah kanan musafir dapat lihat gunung kinabalu yang berkabus.. Macam bersalji pun ada.. Sebelah kiri pula kelihatan kehijauan ladang teh dan sayuran.. Seronoknyaaaaaaa… walaupun rasa berat, musafir gagahkan juga diri untuk mandi dengan air yang seumpama ais.. Macamana la kalau waktu sekolah nanti.. lagilah kena mandi awal.. Tak lama lepas tu musafir terdengar orang memanggil di pintu rumah.. “Ustajah… ustajah.. Assalamualaikum..” Orang di sini biasanya memanggil ustazah dengan perkataan ustajah.. “Waalaikumussalam..” Cepat-cepat musafir mencapai tudung.. “Ni ada kunci rumah sebelah sana.. Ustajah boleh tinggal di sana lepas zohor.. Semuanya lengkap.. 2 bilik dan dua katil queen.. sofa dan meja.. dapur dan peralatan masak.. elektrik lengkap, bilik air 1.. sewanya rm350 sebulan.. tapi buat masa sekarang ni ustajah duduk seorang dulu.. Awal tahun depan kalau ada cikgu yang nak sambung di sini baru dia akan duduk dengan ustajah…” Musafir pun setuju.. Alahamdulillah sekurang-kurangnya tak la musafir takut nak kena keluar rumah bila nak p toilet atau dapur.. sebab rumah yang ini toilet dan dapurnya kat dalam.. Plug pun ada.. Selepas tuan rumah yang berbangsa Dusun pergi, musafir mula rasa lapar.. Teringat pesanan cikgu semalam kalau nak beli makanan kedai ada di atas sana.. jalan kaki 5 minit saja.. Tapiii malunyeee nak p sana.. Mesti orang tau yang kita ni orang baru di sini.. dah la sorang-sorang je.. musafir pun tak fikir panjang terus ambil meggi dan bawa ke dapur.. makan megi pun sodappp.. Satu perkara yang agak memelikkan musafir, sewaktu musafir nak masak meggi, air yang musafir tadah agak kotor.. beberapa kali musafir buang air dan tadah yang baru.. kekotorannya masih sama.. mungkin air di sini tidak ditapis barangkali.. tapi musafir yakin air yang dari gunung ini pastinya bersih.. Musafir pun biarkan sekejap kekotoran itu mendap dan menggunakan air seperti biasa..Errrrkkk Alhamdulillah kenyang…

3 Dis 2009 (7.20 pm)

Allahu akbar.. Allahu akbar.. Terdengar sayup-sayup suara azan.. Tenggelam timbul bunyinya.. Terdetik di hati musafir kat mana ye masjid di sini.. Teringat saat-saat di IPIS.. Peluang untuk ke masjid bila-bila sahaja.. dekat sangat dengan asrama.. Sedih rasanya.. Rindu saat-saat itu.. Saat-saat berusrah dengan rakan-rakan.. Tapi di sini musafir seorang je.. Hanya bermain-main dengan laptop dan beberapa biji buku yang musafir sempat bawa dari semenanjung.. Kat sini musafir kena berdikari.. tak boleh bergantung dengan sesiapa.. Nak bergaul dengan orang kampung pun agak susah.. orang dusun cakapnya agak berbeza dengan orang bandar di Sabah.. Ala-ala bahasa jawa pun ada kot.. hehe.. Petang tadi musafir pergi juga melihat sekolah.. Jalan kaki dalam 5-10 minit musafir sampai di sekolah.. Kena naik bukit sikit.. Alhamdulillah musafir berjumpa dengan dua orang bakal anak murid musafir.. Namanya Bibi dan Arih.. Bibi dan Arih yang tunjukkan jalan nak ke sekolah.. Melihat keadaan di sekolah, hampir menitis air mata musafir.. Sangat dhaif.. Kelas-kelas yang kecil, sempit dan kotor seolah-olah seperti bangunan yang telah lama ditinggalkan jika di semenanjung.. Betul-betul di hadapan kelas kelihatan kandang kambing yang menjadi sumber pendapatan beberapa orang kampung di sini.. Di hadapan sekolah pula terdapat anjing-anjing yang berkeliaran seperti kucing saja lagaknya.. sewaktu berjalan di sebelah anjing, Arih dan Bibi tersenyum-senyum memandang musafir.. Mesti Bibi dan Arih ingat musafir nak lari kot.. Dalam hati takut juga tepi sebab kat sebelah ada anak murid, musafir berlagak cool.. Dengan bacaan Bismillahi Tawakaltu ‘ala Allah musafir lalu di sebelah anjing.. Alhamdulillah anjing tu tak serang… Masuk sahaja di pagar sekolah kelihatan satu pondok yang sangat using.. Pondok jaga agaknya.. Hati musafir terdetik.. Lalu pula di sepanjang kelas, musafir terfikir macamana nak cantikkan kelas anak-anak masilou ni.. Di sebelah kandang kambing pula kelihatan satu bilik yang juga agak usang..Bilik ini besar sedikit dari pondok jaga yang ada kat depan tu… Hmmm ini mesti kantin sekolah.. Bisik hati musafir lagi.. Tiba-tiba bibi naik di pondok jaga dan duduk di situ.. “Bibi, ni apa??” Musafir bertanya dengan loghat Sabah dengan mengarahkan tangan pada pondok jaga tersebut untuk mendapatkan kepastian.. “ini kantin sekolah..” Jawab Bibi dengan senyumannya tidak lekang di bibir.. “yang ini pula apa???” Musafir bertanya lagi sambil mengarahkan tangan ke bilik yang musafir sangkakan kantin sekolah tadi.. “Yang itu ka?? Itu bilik guruk…” Jawab Bibi dengan loghatnya.. Agak terkejut musafir dengan jawapan Bibi.. Salah rupanya tekaan musafir tadi.. Setelah snap beberapa keping gambar, musafir terus ke kedai makan berhadapan dengan pintu pagar sekolah.. Di sini agak berlainan dengan di semenanjung atau di Kota Kinabalu.. Sangkaan musafir akan ada masakan lauk yang sudah tersedia untuk dipilih oleh para pembeli makanan tengahari meleset sama sekali.. Tak ada satu lauk pun yang terhidang.. yang ada Cuma nasi goreng, mee goreng dan bihun goreng yang dibungkus dalam plastik kecil.. Aikkk takkan tak masak tengahari lagi kot.. Dah pukul sebelas lebih ni.. “Ya, nak makan apa??” Ramah je penjual ni bertanya.. Tapi musafir pun tak tau nk jawab apa.. Alamak.. apa yang ada kat sini???? Hmmm nasi kosong, telur dadar dan sayur apa-apa jelah.. Blurrr musafir menempah makanan.. “Ok.. Ustajah tunggu sekejap ya.. saya mau masak dulu..Tapi saya ndak tau la ustajah mau makan ka ndak.. makanan di sini lain dari semenanjung..” kata-kata penjual ini menyebabkan selera musafir hampir hilang.. apalah yang nak di masakkan ni… Tersenyum musafir bila makanan serta nasi semuanya dibungkus dengan plastik.. Hish macam berkat pulak.. bagus juga tak pakai polistrin.. tak membazir.. Bisik musafir nak menyedapkan hati.. “Semuanya RM 5.50 ya ustajah..” Hampir terjojol biji mata musafir memandangkan harga makanan di sini yang melammpau-lampau harganya.. mengalahkan harga café kat maktab je.. Tak boleh jadi ni.. Lepas ni musafir nak beli beras dan makanan kering.. Masak sendiri lagi bagus ba.. sampai je musafir di rumah nasi, sayur dan telur terpaksa di bahagi dua semuanya.. Untuk makan tengahari separuh.. untuk makan malam separuh.. Bertambah kuruslah musafir kat siniiiiiiiii…..


4 Dis 2009

Musafir sibuk menguruskan borang pengesahan lapor diri ke Pejabat Pelajaran Ranau dan ke sekolah..


5 Dis 2009

Bertolak ke Kota Kinabalu pada pukul 7 pagi.. Naik flight di Lapangan Terbang KK pada pukul 12.30 tengahari.. Tiba di LCCT pada pukul 3 petang.. Alhamdulillah sekarang musafir berada di rumah sehingga 29 Disember 2009 ni...


Selamat tinggal KLIA..


Taklimat di Hotel Airport View..


Tempat musafir menginap..


Suasana kabus pada pukul 10 pagi di luar tingkap belakang rumah musafir..

Pemandangan gunung kinabalu pada pukul 12 tengahari dari tepi rumah musafir..



5 minit jalan kaki ke sekolah musafir yang berlatarkan puncak gunung kinabalu..


Bibi di kantin sekolah...


Jumlah murid di sekolah.. 90 orang sahaja..



Kandang kambing berhadapan dengan kelas..



Suasana di dalam kelas..



Bilik guru yang menempatkan 9 orang guru..



Dhaif...



Kelas tahun 5..


Wednesday, November 18, 2009

Sisa kehidupan sebelum berposting..

"Dalam mengenang kisah hidup silam..
ku sedar dari kesilapan lalu..
Tuhan, beratnya dosa-dosa ku...
Masihkah ada ampunan buatku..
Tuhan, dalam menempuh hidup ini
banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan, ada yang dapatku gagahi
dan ada yang gagal ku hindari...
Tuhan, dosaku menggunung tinggi
tapi taubatku tak ku tepati
Tuhan, rahmat Mu melangit luas
terlalu sedikit ku bersyukur
kini ku kembali pada Mu
mengharap maghfirah dari Mu
mogakan terampunlah dosa-dosaku
Walaupun ujian melanda
ku tetap berkasih pada Mu
Kernaku yakin kasihMu kekal tiada sudahnya..."


Saat menerawang fikiran di meja tulis, telinga musafir menangkap lirik nasyid yang sering bertukar-tukar lagu di laptop musafir.. Hampir menitis air mata mengenangkan dosa-dosa lalu.. Ditambah lagi dengan ujian-ujian yang melanda.. Teringat kata seorang sahabat, berbaik sangkalah dengan Allah taala.. Hati musafir berkata-kata untuk menyedapkan fikiran tuannya bahawa Allah rindu nak bertemu dengan musafir.. Allah rindu nak mendengar rintihan musafir... Allah sayangkan musafir dengan memberikan hikmah-hikmah yang terkandung di sebalik dugaan.. Biasanya kita akan mengingati Allah lebih daripada biasa apabila dugaan yang menimpa biarpun mengingati Allah dan beribadat kepadaNya adalah pada masa senang dan susah.. Mungkin ini satu peringatan buat musafir bahawa hidup ini memang penuh dengan onak, duri dan ribut yang datang menghalang perjalanan.. Akan tetapi orang yang selamat ialah apabila dia berpegang dengan tali Allah kerana ia adalah sekukuh-kukuh tali.. Bila mana kita sudah berpegang pada taliNya maka teruskanlah perjalanan kita tanpa melepaskan atau melonggarkan tali tersebut hingga ke akhir perjalanan iaitu kematian..



Mengenang kembali saat baru mula masuk ke maktab.. Saban waktu di penghujung tahun kedengaran berita tentang kakak-kakak serta abang-abang senior hendak dipostingkan.. Paling kecoh ialah apabila penempatan yang terpilih ialah ke Sabah dan Sarawak.. Mulalah pelbagai cerita yang timbul iaitu tentang dahsyatnya kehidupan sebagai guru di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.. Saat berada sebagai budak hingusan lepasan SPM, musafir pada masa itu hanya mendengar tanpa merasai apa-apa bahangnya.. Sedar tak sedar setelah lima tahun setengah di sini, musafir pula yang mengulangi peristiwa duduk di tempat mereka.. Ketika berada di rumah makcik yang mengadakan kenduri doa selamat pada 15 november yang lalu, musafir dikejutkan dengan telefon yang menyatakan musafir akan dihantar ke negeri di bawah Bayu.. Agak terkejut walaupun di sudut kecil hati musafir ada keinginan yang telah lama dipendam untuk mengaplikasikan segala ilmu di sana.. Entah mengapa badan musafir yang cergas menjadi lemah longlai.. Selepas telefon diletakkan musafir menelan air liur kerana merasa lain macam.. Lalu tanpa berfikir panjang musafir terus ke bilik air sehinggakan makanan yang belum sempat hadam telah terkeluar kesemuanya.. Air mata berjujuran tanpa bersisa.. Hati musafir berbolak balik tak dapat dimengertikan... nak kata sedih tak juga.. nak kata gembira pun tak juga... mungkin terkejut agaknya.. Alhamdulillah mungkin Tuhan nak letakkan sesuatu yang mampu dipikul oleh diri musafir.. Sebagai manusia biasa musafir redho dengan ketentuannya dan akan cuba bersedia menghadapi segala rintangan yang dihadapi.. Semoga Allah mempermudahkan urusan musafir dan melindungi diri ini daripada segala bala bencana.. Amin...
Tunggu kehadiranku anak-anak Sabah.. Musafir akan cuba buat sebaik mungkin selagi diberi kudrat untuk melaksanakannya.. Insya Allah...

Tuesday, November 10, 2009

Celoteh musafir...

Alhamdulillah.. Hampir selesai kemelut umrah yang berlegar-legar di kepala.. Usai menghadiri taklimat umrah, musafir menuju ke Rumah Allah untuk solat isya' sebelum menghabiskan masa di maktabah.. Tambahan pula kursus kami di sini diakhiri dengan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) yang bermula dari 6 hingga 19 November tahun ini. Selepas itu tugasan perlu diserahkan pada 20 November dan 25 November pula Ujian Akhir Kursus akan menyusul.. Memandangkan kursus yang berterusan hingga petang,, musafir perlu mencuri beberapa waktu pada malam hari bagi menyiapkan tugasan sebelum waktunya. Tempoh 2 minggu rasanya amat pendek bagi bakal guru yang masih mentah untuk mengharungi tanggungjawab yang sangat berat ini. Lebih-lebih lagi buku-buku di perpustakaan yang terhad jumlahnya tidak boleh dipinjam melainkan membuat rujukan di sana atau meng'copy' di tempat photostate yang dibuka sehingga petang sahaja. Akhirnya musafir bercadang untuk menaip sedikit maklumat selesai solat isya'.. Solat isya' hari ini dihadiri lebih kurang 5 saf muslimat IPIS.. Senang rasanya musafir melihat adik-adik yang sentiasa meluangkan masa ke tempat suci ini walaupun waktu peperiksaan mendesak untuk menghabiskan masa bersama buku-buku di bilik.. Terusik rasanya melihat beberapa orang muslimat yang solat sunat serta membaca al-Quran selepas solat.. Teringat kembali muslimat-muslimat ini berlari-lari mengejar waktu bersolat jemaah di masjid IPIS yang letaknya hanya beberapa meter dari asrama perempuan.. Mereka berjalan laju sama ada pada waktu malam, petang atau subuh di saat semua orang masih diulit mimpi.. Lagaknya menunjukkan betapa semangatnya mereka untuk merebut pahala Allah s.w.t.. Tidak kurang juga ada yang masih melibatkan diri secara aktif dengan pelbagai persatuan iaitu menghadiri mesyuarat-mesyuarat serta perjumpaan penting walaupun esok pagi ada peperiksaan yang menanti... Bak kata seorang penceramah "Apa yang penting ialah keberkatan masa..." Kita jangan rasa masa kita akan terbuang dengan menghabiskannya pada aktiviti-aktiviti seperti ini.. Insya Allah balasannya pasti yang baik juga.. Sekiranya perkara ini akan sentiasa berterusan, maka tidak risaulah untuk kakak-kakak serta abang-abang senior meninggalkan bumi IPIS yang tinggal hanya beberapa detik waktu lagi.. Insya Allah kami akan pergi dengan senyuman gembira dek kerana semangat adik-adik yang menggunung meneruskan perjuangan di bumi yang subur ini..Hari ini entah mengapa banyak perkara yang menyentuh hati musafir.. Sama ada betul atau tidak, sama ada mengikut perasaan atau tidak, musafir pun tidak dapat menilai.. Seperti biasa musafir akan ke cafe pentadbiran pada pukul 10 pagi untuk membeli makanan tengahari.. Musafir di'charge' dengan harga RM 8.30 dengan membeli 1 polistrin nasi, separuh ikan cencaru, 5 potong ulam timun serta separuh plastik tempe atau dikenali sebagai mentaram oleh masyarakat jawa.. Apa yang sangat menyedihkan apabila harga di cafe yang melambung amat menguji kedaifan musafir sebagai pelajar.. Bukan jenis-jenis makanan yang musafir hendak kodkan di sini.. Tapi kesedaran sebagai pengguna dan pelajar perlu diambil berat supaya hak kita tidak dicemari dari sekecil-kecil hak hingga ke besar-besar perkara.. Atas rasa bertanggungjawab, musafir telah ke HEP untuk membuat aduan.. Walaupun secara mudahnya musafir yang hanya tinggal dua minggu lagi untuk bertahan dengan harga cafe ini sepatutnya perlu bertolak ansur sahaja.. Akan tetapi sikap tolak ansur sanagt tidak sesuai digunakan pada waktu ini.. Apakah musafir perlu mementingkan diri sendiri dengan meninggalkan adik-adik dengan pelbagai masalah?? Ohhh tidak sekali-kali.. Sampai ke lubang cacing pun musafir akan cuba sedaya upaya untuk sama-sama mem'fight' hak-hak kita di IPIS.. Hatta isu sebesar-besarnya sebagai muslimat iaitu isu pemakaian jubah dan tudung labuh hinggalah isu yang dianggap remeh oleh beberapa pihak iaitu isu harga makanan mahal.. "Bagus.. Dah nak keluar tapi semangat perjuangan masih ada ye.." Seorang pensyarah di Jabatan HEP mengusik.. Alhamdulillah kuliah hari ini dipenuhi dengan kata-kata motivasi dari Tuan Haji Rosli.. Dapatlah juga mengubat hati musafir yang geram...


Friday, November 6, 2009

Tahniah Buat Sahabatku...


Kepada kedua-dua sahabatku..
Aminah Syuhada dan Sufiayan Anas..
Tahniah wa mabruk alaikum..
Ku doakan semoga dipanjangkan jodoh hingga ke syurga.. Insya Allah..
Jadilah suami yang soleh, isteri yang solehah seterusnya ibu dan ayah yang baik..
Semoga lebih tabah dan matang dalam menjalani dugaan hidup..

Mujahidah Sejati...


Mujahidah sejati

Bukan permata mutiara mahkota

Seindah pelangi di cakerawala

Menghiasi taman indah yg permai

Mujahidah sejati

Engkaulah serikandi pembela agama

Peribadi solehah hiasan diri

Subur dengan iman dan ketakwaan

Mujahidah sejati

Akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya

Mujahidah sejati

Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan takwa

Mujahidah sejati

Berbekal al-quran dan as-sunnah

Bersulam pengorbanan bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati

Terus subur mekar mewangi

Seindah suria menerangi bumi

Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati

Menyoroti langkah Khadijah Aisyah Fatimah

Menjadi muqarrabin bermujahadah

Menuju cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran

Nilainya sama di sisi Tuhan

Cuma ibadah yang membezakan

Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia

Kerana ia merbahaya jangan dibiarkan ia bertakhta dalam diri

Dengan dosa-dosa





Tuesday, October 27, 2009

Coretan selepas exam..

Alhamdulillah.. Satu paper dah habis.. Tinggal satu je lagi.. Semalam satu hari musafir menahan diri daripada buka internet takut terleka dengan blog-blog yang hebat di layar cyber.. tapi hari ni betul-betul tergoda dengan laptop roomate yang sedia kosong dengan internet yang terpampang.. Buka sahaja blog terkejut melihat anak murid memberi komen.. Terima kasih Rohisyam.. Bukan musafir tidak mahu memberikan alamat blog kepada mereka tapi musafir malu melihatkan kekurangan-kekurangan yang ada di blog ini untuk dijadikan contoh kepada mad'u-mad'u yang masih membina jati diri sebagai pejuang ini.. Macamana mereka boleh berziarah di sini pun musafir tidak pasti.. Mungkin terjumpa setelah sesat di alam maya barangkali.. Masa yang terkejar-kejar sebelum musafir mula membuka buku untuk paper yang terakhir, musafir habiskan dengan menziarahi blog rakan-rakan seperjuangan.. Masya Allah.. Hebat dakwah mereka berbanding blog musafir yang masih dalam proses membina tapaknya.. Dakwah menerusi blog ini adakalanya berkesan juga dengan gambar-gambar serta widget yang menarik menjadikan mad'u akan terus mendapat maklumat ilmu di sini.. Bahkan ia boleh menjadi salah satu daripada platfom usrah bersama adik-adik.. Itulah yang dinamakan blog usrah di mana semua mad'u membuka satu laman web yang sama bagi pengisian usrah di samping masing-masing memberi manfaat serta pendapat yang berguna sebagai thaqafah di dalam usrah.. Cara baru seperti ini mungkin akan menarik lebih ramai mad'u di layar cyber.. Di samping itu, kedudukan tempat mad'u dan naqibah juga tidak menjadi sebarang masalah.. asal ada internet, maka semuanya pasti menjadi kenyataan.. Insya Allah berguna masa musafir posting nanti.. Tahniah kepada para sahabat yang masih tekal untuk berjuang walaupun hanya menggunakan hujung jari sahaja untuk menyentuh hati-hati yang masih memerlukan suntikan semangat supaya kita bersama-sama menjadi para syuhada' yang berjuang hingga ketitisan terakhir.. Sabda Rasulullah mafhumnya, sampaikanlah daripadaku (Rasulullah) walau satu ayat..

Thursday, October 22, 2009

Goncang Boleh Membunuh Bayi Anda


Sedikit maklumat yang ingin di kongsi bersama sama ada anda bakal atau sudah atau belum menimang cahaya mata...

Berdasarkan kajian di negara Barat, menggoncang, melambung atau menyentak bayi,
terutama mereka yang berusia dua tahun ke bawah boleh menyebabkan salur darah di dalam otak terkoyak atau pecah.


Justeru, ingatlah, perbuatan anda untuk menenangkan bayi yang sedang menangis itu boleh
menyebabkan kematian pada mereka dan kadangkala boleh menyebabkan bayi itu merana sepanjang hayat?


Sindrom menggoncang bayi atau 'shaken infant syndrome' adalah antara kecederaan serius di
kalangan bayi dan kanak-kanak dan ia tidak seharusnya dipandang ringan oleh setiap ibu bapa,
penjaga mahupun pengasuh.


Sebahagian besar kes sindrom menggoncang bayi dilakukan oleh dewasa yang dihantui perasaan
marah dan kecewa pada anak kecil dan menggoncang mereka tanpa belas kasihan dan simpati.
Sama ada sengaja dilakukan atau tanpa menyedari bahawa perbuatan menggoncang anak
membahayakan kesihatan, seseorang dewasa perlu berfikir dan menunjukkan keprihatinan mereka apabila melihat anak kecil menangis tanpa henti.


Bayi berusia dua tahun ke bawah mempunyai otot tengkuk yang lembut dan lazimnya ia akan
hanya terbentuk dengan sempurna secara berperingkat- peringkat bagi menyokong serta mengawal kepala.


Sehubungan itu, jika tubuh mereka digoncang, kepala mereka akan bergoyang-goyang ke depan
dan belakang, yang mana boleh menyebabkan kerosakan otak dan pendarahan sama ada di dalam atau di atas otak.


Kerosakan teruk bahagian otak akibat menggoncang bayi itu adalah lebih kerap berlaku di kalangan bayi berusia dua tahun ke bawah selain kanak-kanak berumur tiga dan empat tahun.


Apakah perbuatan yang boleh membahayakan otak bayi?


1 Berulang kali menjulang anak kecil anda.
2 Berjoging sambil membawa bayi atau kanak-kanak sama ada dengan mendukungnya di belakang atau di bahu.
3 Membawa mereka menunggang kuda.
4 Memusingkan anak kecil anda.


Apakah masalah yang boleh dialami akibat perbuatan itu?


1 Kerosakan otak.
2 Kecederaan tulang spinal.
3 Buta.
4 Kecederaan mata.
5 Sawan.
6 Patah tulang.
7 Terseliuh.
8 Kecacatan fizikal.


Sehubungan itu, anda dinasihatkan supaya:


1 Jangan menggoncang kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah.
2 Pastikan anda menyediakan alat penyokong pada kepala bayi anda sama ada ketika mendukung, bermain dan mengajaknya keluar.
3 Pastikan anda mengawasi individu lain yang akan turut mendukungnya, seperti penjaga, pengasuh atau anak-anak lain yang mengangkatnya.
4 Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan apabila mendapati bayi terus menangis.



Apa yang perlu dilakukan jika anda menggoncang bayi secara tidak sengaja

atau sengaja?


Walaupun anda terasa malu dan bersalah untuk berterus terang dengan doktor,
adalah penting jika anda memberitahu doktor apa yang sudah dilakukan.
Berterus terang adalah lebih baik daripada menyembunyikan perkara sebenar.


Jika anda menggoncang bayi secara sengaja atau tidak sengaja, pastikan anda
bergegas ke jabatan kecemasan secepat mungkin. Ini kerana, pendarahan di
dalam otak boleh dirawat, itupun jika anda memberitahu doktor perkara
sebenar.


Jika anda berterus terang mengatakan bahawa bayi itu digoncang, doktor akan
memberi rawatan sewajarnya dan keadaan ini sekali gus dapat menyelamatkan
nyawa bayi anda dan masalah yang bakal dihadapi pada masa akan datang.

Pemergian Nur Fatimah


Nur Fatimah bersama kak khadijah dan ust Ramadhan


Nur Fatimah dalam kenangan...


Ketika menghadiri satu program hari Raya yang lepas kami dikejutkan dengan pertukaran tentatif program.. Ustaz Ramadhan fitri yang sepatutnya memberi pengisian telah ditukar dengan pengisian lain.. tertanya-tanya juga di hati kenapa program bertukar di saat musafir rasa bersemangat untuk mendengar mutiara kata dari insan yang musafir segani.. Rupa-rupanya dikhabarkan anak beliau Nur Fatimah Ramadhan Fitri telah dimasukkan ke dalam Hospital Putrajaya.. Menurut sumber-sembur yang dipercayai, Nur Fatiimah dikatakan mengalami pendarahan di otak yang berkemungkinan disebabkan gegaran yang tidak pasti apa puncanya.. Bila musafir menziarahi beberapa blog pimpinan yang lain, terdapat pelbagai cerita dan berita yang amat menyayat hati tentang seorang kanak-kanak yang masih berusia tiga bulan tanpa mengenal erti kehidupan terpaksa pula menanggung kesakitan yang amat sangat dek berseliratnya wayar-wayar di tubuh beliau.. Sudah pastinya ibu bapa mereka iaitu ustaz Ramadhan dan kak khadijah merasai kesakitannya juga. Bahkan jika boleh ditukar ganti, pasti mereka mahu menggantikan tempat kanak-kanak tersebut.. Melihatkan para sahabat yang bergilir-gilir menziarah adik fatimah, musafir berasa sangat cemburu kerana tidak dapat turut serta membantu memberi sokongan moral kepada kedua-dua insan yang cukup tabah ini.. Akhirnya musafir dan beberapa orang rakan menetapkan nahawa kami akan ke putrajaya untuk melawat adik fatimah yang dikatakan semakin tenat pada hari khamis bersamaan 4 Zulkaedah 1430 Hijrah selepas latihan kebakaran diadakan di astaka.. Dalam perjalanan pulang ke bilik musafir dikejutkan dengan berita sedih yang di 'sms' kan oleh rakan musafir.. "Info PMIUM : Nur Fatimah 3 bulan, anak ust Ramadhan Fitri Ilias telah meninggal dunia 6.20 am pg td.. ucapan takziah diucapkan dan semoga ust Ramadhan serta isteri sabar diuji ALLAH.. Al-Fatihah kita sedekah kepada anak beliau.. Semoga dicucuri rahmat Allah s.w.t" Dua tiga kali juga musafir membaca mesej ini dek kerana masih kurang percaya dan inginkan kepastikan yang tepat. lantas musafir menghubungi rakan yang lain meminta kepastian dan maklumat terbaru. Maklumat yang disampaikan ialah jenazah Nur Fatimah akan di sembahyangkan di Masjid UPM Serdang.. Mencari rakan seperjuangan untuk bersama-sama menziarahi jenazah juga musafir diuji dengan beberapa dugaan.. Hampir sahaja niat musafir terbatal dan muisafir mengadap laptop untuk menenangkan fikiran.. Tiba-tiba terkeluar keputusan on the spot musafir untuk call pakcik teksi.. Akhirnya sampai juga musafir di masjid dengan diiringi doa keselamatan atas niat yang sangat mulia.. Sesampainya di masjid iaitu tepat pukul 12.50 tengahari, musafir dan rakan melilau-lilau mencari ruang solat muslimah.. Masuk sahaja ke dalah ruang solat, kelihatan beberapa orang muslimin dan muslimat telah ramai memenuhi ruang di hadapan masjid. Mata musafir terarah pada wajah ustaz Ramadhan Fitri yang sedang menyambut ketibaan rakan-rakannya barangkali.. Sangat tenang tanpa di calit sebarang masalah.. Di ruang muslimat pula beberapa orang muslimat sedang membaca yasin untuk allahyarhamah nur Fatimah. Di sebelah jenazah terduduk seorang muslimah yang tidak putus-putus bersalam-salaman dengan para sahabat yang baru sampai.. Saat musafir menghulurkan tangan dan menyatakan rasa takziah musafir kepadanya, beliau masih lagi mampu tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya dengan sedikit lemah.. Musafir mengambil kesempatan melihat jenazah Nur Fatimah di sebelah beliau yang ditutupi dengan sehelai kain putih.. Ya Allah comelnya.. Bayi inilah yang akan menunggu ibu bapanya di syurga kelak.. Insya Allah.. Saat membaca doa ketika solat jenazah, musafir tidak dapat menahan sebak.. Terasa air mengalir di pipi.. Apatah lagi apabila mendengar pengumuman serta sedikit tazkirah daripada datuk nur fatimah tentang kematian yang sentiasa bergilir seiring dengan kelahiran yang turut bergilir-gilir.. Semua hadirin menitiskan air mata kesedihan dan keredhaan atas pemergian anak seorang pejuang Islam.. Kebetulan musafir solat berdekatan dengan kak khadijah, jadi musafir ambil kesempatan untuk bersalaman dengan beliau sebelum meninggallkan masjid.. Ketika itu barulah kelihatan air mata beliau bergenang saat berpeluk-pelukan dengan keluarga terdekat.. Sempat beliau mengukirkan kalimah terima kasih sebelum mengiringi jenazah ke perkuburan..

Wednesday, October 21, 2009

Bersemangatlah...

Minggu depan nak exam.. Final lagi.. Tapi kenapa lah musafir rasa tiada semangat untuk mentelaah.. Lebih suka menghabiskan masa di depan laptop.. Semalam seharian tak berjumpa dengan laptop. Nak buat macam mana kesilapan musafir sendiri hingga pintu terkunci dan kunci di dalam bilik.. Alhamdulillah kak ana bagi pinjam pakaian die.. Terima kasih k.ana.. hehe.. Lagi bertambah sedih bila ke pejabat asrama petang tadi atas tujuan untuk memulangkan kunci. Tak pasal-pasal kena tazkirah tentang membersihkan bilik pantry.. Maklumlah esok pegawai BPG nak datang check bagi penilaian pertandingan kebersihan dan keceriaan asrama peringkat seluruh IPG di Malaysia. Nampaknya malam ni kena lah kami geng2 pismk blok e sama-sama mengerah tenaga untuk berbakti di akhir2 usia di IPIS.. Jelesnye tengok roomate yang 'mungkin' tengah duk study kat rumah dalam suasana yang sangat menenangkan jiwa.. Ikutkan hati rasa nak menenangkan fikiran di tempat-tempat yang sunyi sambil melihat kejadian semula jadi ciptaan Allah.. Berserabut kalau asyik memerap di bilik dengan melihat katil yang sentiasa melambai-lambai.. Walau ape pun, doakan musafir untuk meneruskan perjuangan exam ni.. Moga diberi kekuatan hendaknya.. Insya Allah..

Tuesday, October 20, 2009

Bahaya Fitnah

Baru-baru ini musafir di datangi berita yang mengejutkan. Ada sahabat yang membaca shout out di sebuah blog yang mengaitkan fitnah tentang diri musafir. Tidak perlu rasanya untuk musafir jelaskan kerana musafir sendiri tidak mahu mengambil berat tentang perkara-perkara yang remeh seperti itu.. Kadang kala orang melakukan fitnah kerana nak orang melihat diri mereka lebih hebat daripada orang yang difitnah.. Ada pula yang memfitnah kerana dengki dan ingin menjatuhkan orang lain.. Apa pun sebabnya sebenarnya seorang pejuang juga tidak lari daripada mehnah fitnah seperti ini.. Oleh itu musafir berpandangan jika kita difitnah, lebih elok jika kita berdiam diri dan menyerahkannya kepada Allah.. Boleh untuk membela diri tetapi dengan cara yang betul.. Kalau setakat dalam shout out tu tak ke mana sebenarnya.. Yakinlah Allah yang akan memelihara kita sekiranya kita berada di pihak yang benar.. Seorang rakan musafir yang lain lagi kasihan apabila namanya digunakan oleh orang lain untuk memberi komen yang sangat terbuka di dalam blog. Mungkin tujuannya adalah supaya orang membenci sahabat musafir yang mengeluarkan komen secara terbuka seperti itu. Semakin maju dunia ini semakin banyaklah peralatan-peralatan canggih yang digunakan untuk menyebar fitnah. Di dunia mungkin kita boleh menyorok tapi di akhirat nanti adalah balasan yang cukup pedih bagi si penyebar fitnah.. Oleh itu sebagai orang Islam yang beriman, siasatlah dahulu sesuatu sebelum melakukan tindakan.. Sedikit tazkirah yang dapat dikongsi bersama :


"Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan."


Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.


Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)


Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.


Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.


Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.


Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.


Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)


Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.


Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.


Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.


Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.

http://imamzul.blogspot.com/2008/03/bahaya-fitnah.html