Sekarang mungkin kebanyakan dari kita telah berada dalam alam perkerjaan..
Mungkin ada yang masih di bangku persekolahan dan universiti..Mungkin kita tidak pernah merasakan kesusahan dalam mencari rezeki..
Kerana kita sentiasa disuap oleh ibubapa..
Sekarang, kita pasti akan hargai segala apa yang kita perolehi kerana kita memerah keringat setiap hari mencari sesuap nasi..
Ikhlaskan diri dalam mencari rezeki..
Mungkin kita tidak bermandi peluh ketika bekerja, kerana sentiasa dalam penghawa dingin..
Tetapi, otak dan akal serta fikiran kita sentiasa bekerja..
Tetap penat walaupun ia berbeza..
Begitu juga dengan diri saya..
Sekarang, saya belajar untuk menghargai apa yang saya perolehi..
Saya bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah Taala..
Walaupun ia tidak seperti yang kita impikan, sekurang-kurangnya kita sudah berada di landasan yang betul..
Alhamdulillah, rezeki yang Allah kurniakan cukup sempurna..
Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih..
Kerana kita pasti tidak akan berpuas hati..
Letakkan sifat qanaah dalam diri kita..
Bersyukur dengan apa yang ada..
Bukan bererti kita tidak berusaha untuk mendapat sesuatu yang lebih baik, tetapi lebih kepada mensyukuri nikmat dan rezeki kurniaan Allah Taala..
Kepuasan dan kegembiraan tidak semestinya dalam bentuk nilai atau jumlah sesuatu yang kita dapat..
Tetapi ia adalah bagaimana kita bersyukur dengan kurniaan..
Syukur itu datang dari hati yang elok, yang baik, yang sempurna..
Keberkatan rezeki yang kita cari..
Biar nilainya sedikit, tetapi kita gembira dan bahagia..
Kadang kala kita terlalu melihat pada nilai tanpa mencari keberkatan..
Ya, jika nilai itu banyak itu terlebih baik..
Tetapi jangan sampai kita abaikan soal keberkatan..
Berkat dalam rezeki itu datang dari keikhlasan dalam melakukan pekerjaan..
Kita terlalu ikut nafsu, kerana itulah tak pernah puas..
Nafsu tidak pernah puas..
Saya tidak terkecuali..
Suka membeli barang yang tidak ada dalam keperluan..
Kadang kala sampai tahap membazir..
Mujurlah ada yang menegur..
Dan kerana sekarang ada komitmen, kurang sedikit nafsu membeli tu..
Kadang kala kita berasa malas, tidak semangat untuk bekerja..
Mungkin ada perkara tertentu yang membuatkan kita merasakan hal yang demikian..
Tetapi, ingatlah bahawa kita mencari rezeki..
Bukan sahaja rezeki yang halal malah kita mahu rezeki yang berkat..
Di mana kita akan perolehi keberkatan jika tiada keikhlasan dalam mencarinya..
Setiap pagi kita bangun, selalu kita ungkap perkataan "Ahh, malasnya nk kerja hari ni"..
Sedar atau tidak, kita telah meletakkan satu bebanan pada diri kita..
Kita telah letak satu matlamat dalam perkerjaan kita pada hari itu..
Kerana inilah kita tidak dapat mencari kesempurnaan dalam bekerja..
Belum bermula lagi hari, sudah diletakkan kemalasan itu di hadapan..
Tetapi akan ada manusia kata, ia sekadar ucapan..
Ya, saya setuju..
Tetapi lidah itu kan lebih tajam dari mata pedang..
Masakan ada manusia yang menangis semata-mata kerana satu patah perkataan atau satu ayat yang mengusik hati, jiwa dan perasaan..
Diri kita amat mudah terkesan dengan kata-kata..
Mengapa tidak kita tanamkan azam untuk menjadi seorang yang sempurna setiap hari..
Menjadi manusia yang dalam masa yang sama menjadi hamba Tuhan..
Jika kita kenal diri, pasti kita akan "memaksa" diri kita untuk melakukan sesuatu dengan kadar dan keadaan yang paling baik dan sempurna..
Kadang kala, kita menjadi orang yang suka menjatuhkan semangat orang lain..
Mengapa kita selalu meletakkan hati kita dalam keadaan sakit..
Jika ada orang yang rajin, kita sindir..
Jika mereka malas, kita marah..
Di manakah kita sebenarnya??
Berdiri tidak betul, selalu ditiup angin, mahu mengadili orang lain..
Jika kita malas, cukuplah sekadar kita seorang sahaja..
Jangan ditarik orang lain untuk terjerumus sifat ketidaksempurnaan kita..
Pernah tak kita cakap, "Alah kau ni, rajin sangatlah.. Workaholic.. Bukan dapat apa pun"..
Mungkin anda tidak..
Tapi mungkin sesetengah dari kita pernah berbuat sedemikian..
Mengapa dikata begitu..
Sekurang-kurangnya dia rajin dari kita..
Setiap pagi, motivasikan diri..
Pasti kita akan sentiasa tersenyum dan gembira dalam setiap hal yang kita lakukan terutama tentang kerja..
Walaupun apa yang kita hadapi, apa pun tekanan pasti kita akan hadapi dengan ketenangan..
Kita akan senang untuk selesaikannya..
Insya Allah, upahnya akan kita dapat..
Jika bukan di dunia, di akhirat pasti akan ada..
Yang paling penting, ikhlaskan diri..
Bukan mudah, tapi ia langsung tidak mustahil..
Moga kita menjadi hamba Allah yang sempurna..
Amin..
Cuba tukar imej sekejap.. Macam tak berapa nak sesuai je..