Wednesday, December 28, 2011

Kita buta atas nama Cinta..

Bismillah..
Dah lama tak menulis kalam di sini..
Bukan tiada masa, cuma kemalasan melanda diri..
Tambahan pula kekangan idea..
Otak tak berfungsi dengan sempurna kebelakangan ini..
Selalu tak sihat..
Dah 2 kali demam sepanjang bulan Disember lalu..
Sistem badan lemah sikit berbanding biasa..
Jadi kenalah makan ubat-ubatan yang ada..
Untuk mengurangkan demam..
Sihat bukan kerana ubat tetapi Allah jualah yang menyembuhkan..
Kita hanya berusaha dan berikhtiar..
Dan selainnya serahkan pada Allah Taala..
Kerana Dia yang tentukan segalanya..

Perasan atau tidak, suasana remaja kita sekarang..
Dunia remaja..
Yang penuh dengan pancaroba..
Penuh dengn tipu daya..
Zaman di mana mereka semua mahu mencuba sesuatu yang baru..
Dan yang paling kita nampak apabila mereka mahu mula berjinak-jinak dengan cinta..
Tanpa tahu apa itu cinta..
Hanya sekadar suka-suka..
Mereka bercinta..
Mahu bercinta..
Melafazkan perkataan cinta tanpa tahu apa itu intipatinya..
Kerana mereka mahu suka-suka..
Melihat orang lain berpasangan..
Mereka juga mahu berpasangan..
Mahu mempunyai seseorang yang kononnya mengambil berat akan mereka..
Terapung-apung dalam dunia buatan sendiri..
Mereka seronok..
Kerana ada teman..

Inilah yang terjadi bila tiada pegangan, tiada iman, tiada tunjuk ajar dari orang lain..
Mereka hanyut..
Hanyut dalam dunia buatan sendiri..
Kita selalu lupa..
Bahawa Allah itu memerhati kita setiap saat tanpa ada cacat cela walaupun sedikit pun..
Kita lupa dan alpa..
Bagi saya..
Sekadar pandangan peribadi..
Tiada salahnya untuk kita mencari pasangan..
Mengenali seseorang..
Mendekati seseorang..
Tetapi biar kena pada caranya..
Sy suka kata-kata ini..
"Jangan sesekali mencuit hati dan jiwa raga si dia jika bukan berniat untuk memetiknya dan dibawa bersama meneruskan bahtera kehidupan"..
Senang bukan untuk difahami..
Tetapi berapa ramai antara kita tidak mahu memahami isi hati..
Isi hati sendiri apatah lagi manusia lain..
Sifat ingin bercinta ini memang sudah ada dalam hati kita..
Sejak azali lagi..
Tetapi mengapa kita salah guna..
Kita zalim terhadap diri sendiri..
Kerana tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya..

Jika kita mahu mengenali seseorang, niatlah dengan seikhlasnya..
Mengapa kita mahu mengenali si dia..
Kerana apa..
Apa niatnya..
Jika hanya sekadar mahu bermain dipinggiran, lupakan sahaja..
Jangan dirosakkan hati itu..
Berniatlah untuk menjadikan dia teman kita sehidup semati..
Seorang lelaki mahu menjadikan dia seorang serikandi dalam melayari bahtera kehidupan..
Seorang wanita mahu menjadikan dia seorang imam yang membimbingnya di dunia menuju ke alam akhirat..
Bukan sekadar kata-kata sahaja tetapi buktikan ia dengan perbuatan..
Lengkapkan diri kita dengan sepenuhnya..
Dengan ilmu agama, dengan amalan, dengan hati yang ikhlas kerana Allah Taala..
Bagaimana mahu membimbing si Dia jika kita sendiri hidup tunggang langgang..
Solat tidak sempurna, tangan berat untuk memberi sedekah, mulut terkunci untuk mengalunkan ayat suci Al-Quran..
Bagaimana mahu menjadi pembimbing jika kita tidak cukup mencapai kesempurnaan yang minima..
Ya kita tidak sempurna..
tetapi kita kenal siapa kita, apa isi hati sendiri..
Kita nilai ia dengan agama..
Jangan kerana nafsu..
Dan kita akan sedar di mana kita berpijak..

Jangan dilihat pada rupa yang menawan kerana ia akan pudar bila usia berganjak..
Jangan dilihat pada harta yang bertimbun kerana ia hanya pinjaman dari Allah..
Jangan dilihat akan segalanya mengatasi iman dalam hatinya..
Tidak salah untuk melihat hal lain..
Tetapi iman dalam hati menjadi keutamaan..
Wanita yang terbaik tidak akan mudah menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya..
Carilah yang terbaik..
Tetapi kita perlu terlebih dahulu menjadi yang terbaik..
Kita akan menghadapi kesukaran memiliki hatinya..
tetapi jangan gundah gulana kerana Allah pasti akan menganugerahkan hati yang paling sempurna untuk melengkapkan hati kita..
Biar susah sementara, biar kita menderita jiwa, kerana pasti kita akan berbahagia bila Allah menyatukan hati kita dan hati dia..
Kita akan menjadi hamba Allah yang paling bahagia bila dia takdirkan membuka takdirnya untuk kita..
Indah bukan..
Tetapi ia bukan mudah..
Kita kena berusaha dan berkorban..
Jangan risau, kita akan dapat memilikinya jika kita benar-benar yakin dengan Allah..

Jika kita benar-benar sayang akannya, pasti kita akan menjaganya..
Tidak akan dirobek hatinya dengan kata-kata penuh nafsu..
Tidak akan digoyang iman itu dengan pandangan manja..
Tidak akan disentuh kulit yang suci itu selagi lafaz belum dimeterai..
Tidak akan dinodai kesucian iu selagi belum menjadi halal..

Wanita yang beriman juga akan menjaga batas pergaulan..
Tidak akan mudah membenarkan lelaki datang membelai..
Begitulah jika kita mahu melihat kesempurnaan..
Hati dijaga dengan rapi..
Dugaan dalam perhubungan itu akan datang..
Itu adalah kewajipan..
Tetapi bagaimana kita akan menjaga hati kita ini agar tidak terpesong dengan pilihan kita..
Jangan sesekali rebah..
Ingatlah pada janji yang dibina atas dasar keimanan kepada Allah Taala..

Jika disebut tentang soal cinta tidak akan cukup dengan masa..
Terlalu banyak..
Cukuplah buat masa ini..
Moga Allah memberkati..
Ubahlah dunia cinta kita jika ia tidak sempurna..
Selarikanlah ia dengan syarak agar kita semua diberkati..

Insya Allah saya akan sambung kemudian..
Jika diizinkan Allah Taala..
Saya akhiri ia dengan satu kata-kata..
Yang saya karang..
Untuk si dia yang hadir..

"Alangkah bahagianya jika ada seorang serikandi menjadi makmum solat yang kita menjadi imam.. Alangkah bertuahnya apabila ada orang yang boleh membaca terjemahan setiap ayat suci Al-Quranulkarim yang kita alunkan.. Alangkah sempurnanya jika Allah kurniakan seseorang yang mengejutkan kita awal pagi untuk solat tahajjud bersama.. Alangkah tenangnya jika dia ada untuk memperbetulkan setiap gerak langkah kita yang sumbang.. Alangkah bahagianya jika dia hadir untuk menyempurnakan iman dalam diri ini.."

Sekian..






Lets fly high to the sky..
(",)