Friday, March 21, 2014

Me

I'm married..
Alhamdulillah..
FULL STOP..

Thursday, June 13, 2013

Gambar

Betul apa yang dikata..
"Picture tell 1000 words.."
Depends on the person perception..
Different people, different view, different perception..
Sebab manusia ni mempunyai pandangan yang berbeza..
Ia tidak akan sama dengan manusia lain..
Mungkin sama, tapi tidak pernah serupa..
Manusia ini ada macam-macam ragam, ada macam-macam perangai, ada macam-macam peel nya..
Sebab manusia ni, hatinya berbeza..
Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain..
Ramai manusia yang berperangai pelik..
Termasuklah kita..
Kerana kita tidak pernah sama..
Kita manusia, ciptaan Allah yang unik..
Ada perasaan, ada nafsu.
Sentiasa mahu mencari sesuatu..
Mencuba sesuatu..
Saya tak pandai mengambil gambar..
Cuma saya suka mengambil sesuatu gambar..
Tidaklah cantik..
Cuma gambar itu mampu memberikan saya inspirasi..
Saya suka..
Biasanya saya post ke instagram..
Edit sikit-sikit..
Nampak ok sikit..
Dan cukuplah, cantik pada pandangan saya..
Gambar pemandangan, gambar orang, kadang-kadang gambar syok sendiri..
Tapi saya lebih suka untuk post gambar yang related to aviation..
Sebab saya terpesona dengan keindahan pandangan dari atas sana..
Sangat mengasyikkan..
Dan bila dikongsi, orang lain juga dapat melihat betapa indahnya ciptaan Dia..
Sangat mengujakan..
Speechless..

Gambar itu tiada makna tanpa ada "quote"..
Ia hanya gambar semata-mata..
Ia sama ada menceritakan perihal gambar itu pada persepsi kita ataupun sesuatu yang lain yang mampu memmberi kefahaman kepada orang yang melihat..
Dan saya sangat suka menulis sesuatu..
Yang berkaitan dengan gambar ataupun apa sahaja yang terlintas di fikiran..
Kadang kala panjang, kadang kala pendek..
Bergantung pada kecekapan otak pada ketika itu..
Cuba untuk sampaikan sesuatu kebaikan dengan cara tu..
Kerana kita ni manusia yang penuh dengan khilaf..
Tak lari dari dosa..
Ikhlaskan hati..
Dengan niat untuk mendapatkan redha Allah Taala..
Moga Redha Allah sentiasa ada untuk kita..


 Seriously, pandai dia posing..

 Subhanallah.. Betapa indahnya ciptaan Allah Taala..

 With one of my idol and sifu in this aviation world.. Capt Syaiful, Ex-MAS Boeing 747 pilot.. The best simulator instructor ever.. Thanks a lot sir.

DA40 simulator first flight test.. Done by Capt Nik, Capt Salleh and me myself..

Org selalu melihat kesenangan yg dikecapi seseorg manusia pd saat itu.. Dan psti akn timbul rs cmbru mgpa mereka bhgia sprti itu.. Tp sedarkah kita, bgimana seseorg itu jatuh trddk tatkala d uji dan dia mngis kesedihan krna dugaan dr Allah Taala?? Kita tdk nmpk bkn?? Kgmbraan itu hya dpt dikecapi setelah brsush pyh dia mghrung lautan dugaan tnpa meminta simpati manusia, hya kebergantungan kpd Yang Maha Esa.. Padanlah dgn apa yg dia milikk, sbgai blsan utk ketabahan hatinya.. Dan dia hya seorg insan biasa.. "Sy bersyukur dgn apa yg sy miliki"..

Kadang kala hal yang lepas itu membuatkan kita terfikir.. Kita jarang menghargai apa yang kita ada, apa yang kita punyai, apa yang kita alami.. Kerana kita terlalu asyik dibuai mimpi.. Hanya sedar, bila ia mula pergi.. Kita rasa rindu, rasa mahukan ia kembali.. Ketika itulah rasa mahu menghargai, mahu memberikan segalanya.. Tapi ia mungkin sudah lambat untuk kita hargai.. Itu sudah pasti.. Cintailah seadanya, kerana kau mungkin akan terluka.. Hargailah berpada-pada kerana mungkin ia bukan ditakdirkan untuk menjadi milik kita.. Apa pun, sangat rindu untuk kembali membelah awan.. Moga Allah perkenankan doa.. Untuk kembali meluncur di udara dengan kelajuan yang maksimun..



Hidup ini banyak dugaan dan cabaran.. Bukan hanya untuk mencari keseronokan, tetapi kita mencari kekuatan dan ketabahan.. Bukan mudah, tetapi kita yang memudahkan.. Berkata itu indah, bercakap itu senang.. Tetapi yang menghadapi itu merasa penuh keperitan.. Kadang kala kita perlu menoleh ke belakang.. Melihat segala kekhilafan yang lepas.. Melihat segala apa yang kita pernah hadapi.. Percayalah, bahawa kita akan berasa hairan bagaimana kita mampu untuk hadapi segalanya.. Padahal kita pernah terduduk mengenangkan nasib dan berasa putus asa.. Allah itu Maha Adil.. Dia tidak akan memberi sesuatu yang kita tidak mampu untuk hadapi.. Segalanya untuk menguji diri kita.. Dan yang paling penting, peringatan untuk kita memperbetulkan diri.. Kerana kita banyak khilaf.. Moga Allah Redha akan kita..

 After almost 2 years I'm 'grounded', today I got the chance to be airborne again.. Plus, doing the formation flight with DA 42.. Alhamdulillah, I appreciate the chance that have been given to me.. Thanks a lot Capt Mokhy.. I can feel the G's while you pitch up the aircraft.. Thanks again, hopefully I can be airborne again in future.. Insya Allah.. Lets fly high to the sky.. (",)

 This is "APAC THUNDER".. Callsign for formation flight team for APFT.. First time for me, to be in formation flight.. 3 aircraft, 1 callsign.. The pic was taken during APFT Carnival.. We done the formation flying, show to the crowd that we also can do something.. Even I'm jus a safety pilot, I feel so proud to be in this team even just for a while.. Thanks to all who gave me this opportunity.. Hopefully I can be at the same position, again one day.. Insya Allah..

Jangan berbicara dengan hati, tanpa ada dilapis dengan iman.. Kerana ia adalah nafsu, yang tidak pernah kenak erti penat.. Maaf, kadang kala aku juga tersasul kata tersilap bicara.. Aku bukan manusia sempurna, namun kesempurnaan tidak pernah aku lupa.. Tidak pernah aku putus asa, tidak pernah aku hentikan diri dalam mencari.. Aku tahu, kesempurnaan itu aku tidak pernah akan jumpa.. Tetapi tidak salah rasa.. Kerana kita manusia yang penuh khilaf.. Maaf sekali lagi, pada diri yang sentiasa ada menanti.. Aku kadang silap langkah.. Kerana hati ini ada wadah, bicaranya juga berbisa.. Mampu melemahkan iman, meruntuhkan prinsip.. Dan, aku sedarkan diri apabila teringat akan kematian yang menanti.. Kerana aku belum ada hati yang benar-benar kuat.. Aku sedang perbaiki diri.. Walaupun hati mudah benar terpesong dari kebenaran.. Kerana aku, hanya manusia biasa.. Moga Allah redha..

 Berkongsi dan meyampaikan sesuatu ilmu dan pengetahuan kepada orang lain.. Kadang kala kita sendiri tidak mengetahui apa yang lita punyai, apa yang kita ada.. Tetapi manusia di sekeliling menghargai apa yang tersemat di dada kita.. Mereka dahagakan ucapan, kata-kata yang penuh hikmah dari mulut kita.. Jangan sesekali kedekut untuk berkongsi.. Tiada untungnya menyimpan dan tiada ruginya berkongsi.. Ikhlaskan diri, pasti akan ada saham untuk kita selepas mati.. Dan diri kita pasti akan dikenang oleh manusia sekeliling, atas keluhuran keikhlasan budi pekerti.. Moga Allah redha.. (",)

I'm holding one of the kids, who came to our academy.. They are from Lions Club, Syndrome Down Centre.. He's a cute littke kid is it.. His name is Lutfi, 4 years old.. Sempat luangkan masa beberapa minit berbual dengan ibu kepada kanak-kanak istimewa ini.. I ask a lot of queation, mostly regarding to Lutfi.. And of course, her words and sentence caught my heart.. Betapa kuatnya jiwa seorang ibu ubtuk menjaga anak seperti ini.. Yang paling menyentuh hati, "Sesiapa yang ada anak macam ni, jangan sesekali berasa malu.. Tunjukkan kepada masyarakat.. Bawak mereka keluar.." Mereka ini adalah anugerah dari Alah Taala.. Mungkin tidak sama tetapi mereka sangat istimewa.. Kita yang sempurna segala segi, adakah masih berasa tidak cukup?? Perasaan itu selalu datang dalam diri.. Dasar hamba tidak pandai bersyukur.. Bersyukurlah pada Allah Taala atas segala nikmat dan kurniaan.. Ujian yang kita hadapi adalah secebis sahaja berbanding manusia lain.. Bersyukurlah.. "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (13:55).."

 Woody Woodpecker.. Terlalu semangat bercakap sampai tak perasan orang snap gambar ketika mulut sedang terlebih muncung.. Tak sempat nak posing.. Its ok.. This is what we call, natural beauty.. Hehe..

 "Aviators: I'm the master of my fate, Captain of my soul.." My name is Mohd Faiq.. And you can call me Roy, sebab perut saya boroi.. Hey, please dont look at my stomach, if not you will have a nightmare.. Share the experience, knowlegde and a lot of thing with the people.. How great is the feeling.. Lets strike for our future, make is brighter than before.. Moga Allah redha..

 After a very long time, I never touch the aircraft, control it, change the heading on my own.. Today I got the chance to touch her.. She's in my hand.. Maintaining 9000ft, cross high mountain.. The temp quite cold, 14 degrees.. Landed safely at Ipoh from Kota Bharu and later going to depart to Subang.. Thanks to Capt Jackie because give me the chance to here, fly the aircraft and plus the radio call.. Sorry, my radio call quite bad just now, after a very long time I'm never press the button.. Thanks a lot ya.. Lets fly high to the sky..

Terbang tinggi di awan.. Melihat kebesaran Allah dari sudut yang berbeza dan paling sempurna.. Tinggalkan sementara dunia yang penuh dengan perkara yang mampu merebahkan diri.. Merenung dan memuji kebesaran Yang Maha Pencipta, seisi langit dan bumi.. Beristighfar pada Allah Taala memohon keampunan, kerana kita manusia yang banyak onar dan durja.. Kita rasa terluka, tanpa sedar kita sebenarnya yang mencalit luka.. Tenangnya jiwa berada di awangan, putih bersih.. Jika benar hati kita juga begitu.. Tidak ada hasad dengki dan iri hati.. Pasti bahagia sentiasa bermain dalam jiwa.. Muhasabah diri yang penuh dengan khilaf.. Moga kemaafan itu ada.. Ingat, mati itu pasti.. Syurga dan neraka itu wujud.. Tidak kira siapa kita, tetap akan diletakkan di dasar kubur.. Jangan berhenti berdoa.. Jadilah manusia yang terbaik.. Kerana kita mencari kesempurnaan.. Moga redha Allah itu ada untuk kita..

 Me with experience pilot.. WestStar chopper pilot.. Finished my Airlaw Class with both of them.. The guy with the cute tummy is Capt Mika from Finland andthe other one Capt Lars from Sweden.. They will be flying with WestStar and they need to seat for Malaysia Airlaw.. I'm having a good time with them.. Discussing on the MCAR and AIP.. We try to rectify any doubt on the law.. And they taught me a lot.. I gave them 'magic' for them to pass the paper.. At the end of our class, Capt Mika ask me.. "Where did you learn that??" And I ask him, "Learn about what sir??" "Your smile, you born with it or your learn to use it".. "I learn it sir.. Those days I dont know how to smile.. This smile bring me a lot of thing.. And to my life.. Smile is one part of my life now".. And then I laugh.. Haha.. Hopefully can see you soon Capt.. And please pass the paper..

 Semalam terlihat seorang budak perempuan kecik yang berpurdah di Masjid Negeri Shah Alam.. Saya pandang budak kecik tu, sangat comel dan tulus mukanya.. Sangat bahagia kalau ada seseorang sebegitu dalam hidup.. Dalam hati bertekad, berazam dan berimpian untuk mendidik bakal anak sesempurna itu.. Sejuk mata memandang.. Ia pasti kena bermula dengan diri sendiri.. Menjadi sesempurna mungkin.. Bukan sekadar memgejar dunia, akhirat menjadi matlamat.. Dan, bermula juga dengan siapa ibu kepada bakal anak itu.. Ikhlas hatinya, tulus akhlaknya dan seindah perawanan bidadari syurga.. Insya Allah, hati mesti bulat mencari iman dan takwa.. Hati belum sempurna, akan datang seseorang yang akan menyempurnakan.. Moga Allah sentiasa redha..

 Berahsia itu indah.. Hanya kau dan Allah sahaja tahu apa yang ada dalam diri itu.. Berahsia akan sesuatu yang perlu.. Menjadikan diri sangat eksklusif, bukan untuk menjadi tatapan umum semata-mata.. Tidak semua hal dan mesti kau kongsi.. Kerana harga diri itu ada pada kerahsiaan yang di simpan dalam hati.. Diri itu bukan semudah ABC.. Kerana harga diri bukan terperi dan tidak mampu dibeli.. Dan ia bukan semudah itu.. Ia menguji untuk kau jadi kuat hati, tabah jiwa dalam menjalani kehidupan.. Gagah diri bukan pada badan yang sasa tapi hati yang ada kuasa.. Yang mampu menangkis nafsu dan ammarah yang selalu menjadi raja dalam diri.. Rahsia, tetap akan jadi rahsia.. Tetap akam disimpan sekemas mungkin.. Dan suatu hari nanti, rahsia tidak akan lagi jadi rahsia.. Kerana rahsia itu akan menjadi suatu kemanisan bila dirungkai pada umum.. Dan kau akan jadi antara manusia yang paling gembira.. Kerana rahsia itu milik kau dan Yang Maha Esa.. Jujur pada diri sendiri.. Moga Allah sentiasa redha..

 Jadilah manusia yang jujur dalam hidup.. Setiap perbuatan, setiap perkataan yang dilafazkan.. Jangan menjadi manusia yang suka akan pembohongan.. Berbohong tidak semestinya dengan kata, tapi juga dengan hati.. Bila tiada soal jujur dan ikhlas, mudah benarlah menjadi fakir dalam diri.. Berkatalah dengan kebenaran.. Bukan hanya omong kosong tanpa ada tujuan.. Hidup ini hanya sementara.. Jangan sia-siakan dengan hal dunia tanpa manfaat untuk hari yang selepasnya.. Jujurlah dalam apa sahaja.. Dalam pekerjaan, dalam penulisan dan juga dalam soal hati.. Menyayangi bukan hanya di bibir, tapi terjemahkan ia dengan tingkah laku yang tiada berlapik.. Jujur, jika cinta tidak akan ada dusta.. Jika sayang, jangan kata berbayang.. Allah itu ada.. Ikutlah jalan Dia.. Moga redha Allah sentiasa ada..


Kadang kala kita kena rasa sangat bersyukur dengan segala kurniaan Allah Taala.. Even our heart feel the burden, it is a part of life.. Take it easily and try to solve it.. Apa sahaja yang dibuat, niatkan kerana Allah Taala.. Pasti semuanya akan buat kita bahagia.. Yakin dengan janji Allah Taala.. Dia berikan segala yang kita perlukan bukan segala yang kita mahukan.. Kerana Dia adalah Tuhan Yang Esa pemilik alam ini.. Kita hanyalah manusia yang menumpang kasihNya sahaja.. p/s: Myself with less handsome man than me, Capt Nik Azleen.. A person who used to managing the aircraft high on the sky.. He's ex-Singapore Airlines training Captain.. Used to flew Boeing 747, Boeing 777, Airbus 340 and Airbus 330.. Very humble guy.. What else u want in your life.. Oh yes, he is the goalkeeper for our futsal team.. =)

Talking to the student.. Give them inspiration, motivation.. For them to achieve their dream, to become a success person in their life.. And yes, they are so determine to be a pilot.. Good luck to all of you.. But its okay, you are still young.. The life still long and far.. I pray for all of you.. p/s: Sekali sekala posing maut.. Ade majalah yang berminat nak jadikan saya model part time?? Haha..

 Saya menumpangkan seorang haji kecik yang nak ke masjid untuk solat jumaat tadi.. Hehe.. I'm just kidding.. Actually, I'm with my only brother.. He just came back from Poli for his holiday, 2 months I think.. But he decided to spent his holiday at 'Pondok'.. Next week he will present himself there.. Dia nak habiskan masa di pondok, menuntut ilmu agama.. Itulah yang terbaik.. Sudah pasti ilmu agama itu sangat penting untuk kita bawa sebagai bekal untuk ke alam kubur nanti.. Dia pakai serban, abangnya hanya berkopiah.. Malu pulak dengan diri sendiri.. Lama benar saya tak berserban.. Kain serban tu menyorok dari saya.. Nantilah saya cari dan pakai, belum ada kekuatan yang sempurna lagi.. Tapi itu bukan alasan kan?? Insya Allah, yang penting sentiasa berusaha menuju kebaikan walaupun diri ini sangat penuh dengan khilaf.. Moga redha Allah itu ada untuk kita..

 Jika kau merasa diri kau belum sempurna, cerminlah diri.. Kerana diri kita tidak pernah sempurna.. Jiwa tidak tenang, akal tidak sepenuhnya waras, hati sentiasa berbelah bahagi.. Kesempurnaan itu bukan diberi, tetapi ia dicari.. Berbahagialah jika kita belum merasa diri sempurna sebagai hamba Tuhan.. Kerana kita tidak pernah mampu untuk membayar segala nikmat yang Allah Taala kurniakan.. Syukur bukan hanya ucapan, tapi perbuatan.. Jika kita rasa kita sudah mengatasi orang lain, istighfarlah.. Kerana kita bukan manusia yang boleh menghitung amal yang dilakukan.. Belum tentu Allah redha akan segala yang kita laksanakan.. Perasaan riak, ujub dan takbur.. Buanglah ia sejauh-jauhnya.. Kerana tiada redha akan singgah dalam diri kalau ia masih bersarang dalam hati.. Lihatlah orang sekeliling, mereka zuhud dalam amalan.. Tiada rasa ingin menunjuk.. Kerana keikhlasan mereka lebih mengatasi.. Kanak-kanak itu tiada dosa sedangkan kita hari-hari melakukannya.. Orang tua itu banyak amalnya, sedangkan kita belum cekap dalam ibadahnya.. Dosa banyak, amal kurang.. Renungilah diri, kerana hidup kita tidak lama.. Hanya sementara dan persinggahan sahaja.. Moga Redha Allah sentiasa ada untuk kita..

Apabila hidup kita sudah ada pilihan, kita akan cepat lupa diri.. Lupa asal usul.. Analogi yang paling mudah, yang terlintas secara tidak sengaja di fikiran saya.. Cermin mata hitam, kebanyakan dari kita punyai dan mungkin ada yang jadikannya sebagai koleksi.. Dahulu kita punyai satu sahaja, yang otu kita sayang, yang itu kita pakai kerana ia amat berharga.. Tiada tolok bandingnya, kerana ia dibeli dengan hasil titik peluh sendiri.. Kita berusaha untuk dapatkannya.. Dan semakin hari hidup kita semakin senang.. Dan kita mula terfikir untuk punyai yang kedua.. Dan kita membelinya.. Walaupn harga tidak seberapa berbanding yang pertama, tetapi kita jaga ia, pakai ia, lap ia.. Hanya kerana ia baru.. Hingga kita lupa pada yang pertama.. Kita tinggalkan ia dalam laci, tanpa memakainya.. Mungkin kita terlalu gembira kerana sudah ada ganti.. Tetapi sedar atau tidak, yang lama itulah melindungi mata kita, sejak dulu hingga ada pengganti.. Yang dahulunya kita berusaha untuk dapatkan kerana harga yang mahal.. Kita lupa kerana yang baru, yang kurang kualitinya.. Hanya kerana ia baru.. Lama kelamaan, yang baru ini juga akan pudar warnanya, tidak lagi berkilat seperti biasa.. Dan pada masa itu jugalah kita mencari kembali yang pertama.. Beruntunglah jika ia masih setia di dalam laci.. Jika tidak, ia pasti sudah bertukar pemilik dan kita akan menjadi manusia yang paling hiba.. Itu baru cermin mata, yang tiada rasa.. Bagaimana pula sengan manusia, yang punyai hati dan perasaan.. Cepat-cepat sedar.. Moga Allah Taala sentiasa redha akan kita..

Jangan pernah berhenti untuk memberi nasihat.. Kita bukan sempurna mana pun, tetapi jangan halang diri dari melakukan dan menyampaikan kebaikan.. Demi Allah, kita mahu mencari kesempurnaan dan menjadi sempurna.. Bukan mudah, tetapi tidak mustahil.. Look at someone, as a mirror.. They will reflect something back to us.. It's like you talk to yourselves.. You advice yourselves.. They are not a spounge, absorb everything without give us something.. We need a reflection.. At least, we know where we are.. And we try to be the best eventhough sometimes it seems hard to say something to someone.. Jadilah yang terbaik, maka kita akan dapat yang terbaik.. I cant create a perfect poetry like shakspeare.. But I just can say something, truly from the bottom of the heart.. Moga Allah redha..

 Allah Taala anugerahkan kita sesuatu.. Yang jarang sekali kita hargai dan syukuri.. Kita hanya biarkan ia berlalu tanpa erti dan rasa mahu berterima kasih atas segala nikmat pemberian rezeki olehNya.. Kita lupa, kita hanyut dalam pemikiran songsang.. Tanpa ada rasa bersalah.. Dan apabila Allah Taala menarik segala nikmat, baru kita mula terkial-kial.. Mencari kembali jati diri dan kehidupan sebenar sebagai seorang hamba.. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya kita masih lagi ada masa untuk meluruskan jalan kehidupan yang hampir tertutup.. Sekali terbabas, kembalilah ke pangkal jalan.. Pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk kita.. Moga Allah redha..

 Pernah tak kita terfikir, kdg2 kita tersepit antara dua atau lbh pilihan.. Tdk kira dlm apa shja prkra.. Cinta, impian, persahabatan.. Kita brda pd satu persimpangn yg mna kita prlu mmbuat kptsn utk memilih satu dr dua.. Ketika itu fkrn psti bercelaru dan keliru.. Tak pst mna yg ptt dipilih.. Tp ktika itulah kebergantungn kita pd Yang Maha Esa plg smpurna.. Kita berdoa dan mnta agr Dia beri petunjuk.. Dan ketika itu jugalah kita buat kptsn.. Sedar @ tdk, kptsn itu adlh yg plg smpurna krna Allah Taala ilhamkn pd kita satu kkuatn dan smgt dlm diri.. Cba igt kmbli, kita mst prnh buat satu kptsn yg kritikal suatu ktika dlu.. Dan psti kita bhgia dgn kptsn itu.. Jika suatu hri nti kita mghdpi situasi yg sma, jgn prnh tkut.. Krna Allah sntsa brsma hambaNya yg yakin.. Moga kita bahagia.. Amin.. (",)


Lets fly, high to the sky..

Tuesday, April 16, 2013

Ujian..

Ujian dan dugaan itu sentiasa datang..
Ibarat makanan dalam kehidupan kita..
Makanan ruji..
Tanpa ujian, tiada warna dalam hidup..
Semua orang kata macam tu..
Kerana masing-masing nak sedapkan hati..
Tapi sedar atau tidak, berat sebenarnya nak melepasi segala dugaan itu..
Saya sendiri, sentiasa mengalaminya..
Banyak benda, banyak perkara..
Ketika kita tak perolehi sesuatu yang kita mahu, masa tu hati kita sangat kuat..
Tegas hati, mahukan sesuatu yang kita mahukan..
Setia menunggu..
Apa sahaja yang datang, ditepis begitu sahaja..
Tetapi bila kita dah dapat apa yang kita mahukan, mulalah meragam..
Masa tu hati mula berbolak balik, mula keliru, mula celaru dengan apa yang kita ada..
Dimana kekuatan dulu itu hilang..
Dimana ketabahan hati itu lenyap..
Ke mana ia pergi??
Kita sudah kehilangan apa yang kita ada..
Ujian itu lebih berat dari dulu..
Kerana kita tak punyai apa-apa..
Sekarang kita punyai sesuatu..
Dan mula mencari sesuatu yang tidak perlu..
Ya, kita mencari..
Mengapa tidak syukuri apa yang Allah dah bagi..
Kadang kala kita mencari sesuatu yang sebenarnya tak perlu bagi kita..
Kemudian hari, menyusahkan diri..
Susahkan hati..
Dan mungkin juga susahkan orang lain..
Tetapi, bukan semata-mata keburukan yang kita dapat..
Ada juga kebaikan..
Sekurang-kurang kita akan berfikir..
Baik dan buruk akan sesuatu itu..
"Baru sekarang nak rasa bersalah??"

Antara perkataan yang singgah di telinga..
Betul apa yang diperkatakan tu..
Sebab masa nak buat sesuatu, tak fikir kesannya pada masa akan datang..
Dan sekarang kita tahu..
Mungkin terlalu ikut rasa..
Tak tegas dalam pendirian..
Mudah benar ambil berat..
Ya, mungkin terlalu lembut hati akan sesuatu..
Kenapa tak mampu untuk tegaskan hati dengan hal yang demikian..
Kerana kita sendiri yang memilih untuk bertindak sedemikian..
Tak mengapalah, sudah jauh perginya ni..
Teruskan dan habiskan apa yang telah ada..
Moga suatu hari nanti akan lebih berwaspada dalam perilaku..
Harap-haraplah..
Sebab kita sekarang kata lain, nanti akan buat lain..
Tak mengapa, ambil masa..
Untuk selesaikan segalanya..
Bimbing dia, moga dia berubah..
Moga dia kembali kepada dirinya yang asal..
Saya doakan..
Moga redha Allah itu ada..








Lets fly, high to the sky..
(",)

Thursday, April 11, 2013

Because We Care..

Yes, I do care..
Maybe that is the best answer for us to say to someone..
I mean bila seseorang rasa kita seperti cuba untuk mengawal hidupnya..
Bukan kita mahu mengawal, apatah lagi mengongkong..
We just care, about them..
Anything she or he want to do..
Normally, a man/boy care about woman/girl..
Tiada niat pun di dalam hati untuk dapatkan sesuatu..
Cuma kita manusia yang suka mengambil berat terhadap seseorang yang dekat dan rapat dengan kita..
Ada sebab tersendiri, kenapa kita berbuat demikian..
If you in the different shape, have different skin colour, different face I still do care..
Bukan lihat pada rupa, saiz badan, warna kulit..
Just because it is you..
I don't want anything from you..
If you are far from me, I loose nothing..
Same thing if you are far from me, I gain nothing..
So, why..
Because when I close with someone, then I do care..
Honestly, I don't have any intention..
Just taking care of you like my sister..
That's why..
That all..
I want to see the "old" person, on the first day we met..
That time you have a mission, vision..
Rasa kagum..
Tapi kenapa sekarang lain..
What had happened to you..
Mana orang yang lama, yang saya kenal dahulu..
I want to see that person again..
One day, I will not available for you anymore..
And you will go away from me..
Then, I do care now..
One day maybe we will never meet each other again..
So, I just do my best..
As your big brother..
Because you used to smile in front of me, laugh in front of me, sick in front of me, even cry in front of me..
Then, I know you..
I used to see you went through hard time, those days..
I don't ask any favor from you..
I just want you to take care of yourselves..
That's all I want and I need..
One day if you don't need a brother, you can go away..
I will say nothing..
But if one day you need a brother, a listener, an adviser..

You know who to find..
I will be available..
That's all..
Moga redha Allah itu ada..


Lets fly, high to the sky..

Monday, April 8, 2013

Hati Dan Perasaan..

Bila bercerita tentang hati dan soal perasaan, ceritanya tidak akan menemui jalan penamat..
Kerana manusia setiap hari bermian dengannya, tanpa ingin mahu berhenti..

Setiap hari kita berhadapan dengan soal itu, tanpa seperti ada titik noktah..
Ia tidak akan berhenti..
Sehingga diri kita mati..
Dan permainan itu akan terus disambung oleh manusia yang masih lagi berada di atas dunia ini..
Soal hati ini sangat sensitif dan isu yang besar..
Kerana ramai manusia yang tersungkur di sini..
Sehingga sanggup bertindak "mencabut nyawa" sendiri..
Mereka mencari satu solusi, tetapi sebenarnya ia adalah permulaan satu penderitaan yang tidak akan menemui penamat..

Kerana di akhirat kelak kita pasti disoal..
Dunia ini bukan lama untuk didiami..
Suatu hari nanti pasti roh akan meninggalkan jasad..
Dalam mencari keseronokan dunia, jangan lupa untuk muhasabah..
Kerana kita manusia khilaf, tak lari dari melakukan angkara dan menjadi durjana..
Mencari masa untuk melakukan kebaikan, meinta ampun akan segala kesalahan..
Kadang kala kita tidak sedar..
Dan pasti ada yang kita sedar..
Cuma kesedaran itu tidak timbul sepenuhnya..
Dan kita lupa..

Soal hati dan perasaan ini juga, bukan mainan..
Kerana ia melibatkan manusia lain..
Mengambil berat akan seseorang tidak bermakna ingin mencuri hati..
Cuma naluri manusia ini suka untuk menjadi seorang yang "caring"..
Niat di dalam hati itu kita letak ke tepi sementara..
Kerana setiap manusia ada persepsi dan tanggapan masing-masing.. 

Dan niat itu biarlah mereka sahaja yang menilainya..
Tepuk dada tanya iman..
Kita kadang kala suka untuk bertanya khabar akan seseorang..

Mungkin ada tarikan pada dia..
Tiada salah jika ia tidak melanggar syariat..
Tetapi kebanyakan kita terslalah dalam memilih jalan dan melangkah..
Tanpa sengaja kita tercuit akan hatinya..
Dan mungkin juga hati kita sendiri..
Istilah abang adik itu tidak lagi menjadi penghalang..
Ia hanyalah istilah di bibir tanpa ada intipati dalam perbuatan..
Hati itu tercuit dan menimbulkan rasa sayang dan mungkin rasa cinta..
Tanpa kita perasan bahawa ia telah ada dan sebati dalam diri kita..
Kita sebenarnya tiada niat tetapi sifat kita itu menyerlahkan niat yang tidak disengajakan itu..
Dan hati itu disentuh secara perlahan-lahan..
Wanita itu mudah sekali jatuh hati pada seorang lelaki yang mengambil berat akan dirinya..

Hati itu rapuh, mudah terusik terpaut untuk mengasihi manusia yang bernama lelaki..
Dan harapan itu disimpan di dalam hati..
Dan ia menggunung tinggi..
Tanpa kita sedar kita akan melukai dia..
Kerana kita langsung tiada niat mengusik hatinya..
Saya menulis bukan sekadar omong kosong..
Kerana saya mengalaminya..

Bukan sekali, tetapi beberapa kali..
Kita lupa dan alpa..

Kerana saya manusia khilaf..
Kita manusia yang cacat hati..

Maafkan saya wahai hati itu..

Cuma mahu menjadi yang terbaik..
Tanpa ada niat..
Saya ingat satu kata-kata..

"Jangan sesekali mencuit hati seorang wanita itu jika di dalam hati kita langsung tiada niat untuk menjadikan dia seorang isteri"


Saya beberapa kali melanggar batasan itu..
Melanggar peraturan itu..
Dan kesedaran itu datang kemudian, setelah mereka terluka..
Khilaf, kesalahan..
Muhasabah diri..
Kita mahukan seseorang yang sejati cintanya tetapi kita sendiri tak mahu menjadi yang terbaik..
Berbohong pada diri..
Sedarlah diri, kerana ia tidak akan lama..
Sutau hari nanti kita juga akan punyai seseorang..
Jaga hati, jaga iman..
Jangan terusik dengan hal yang tidak perlu..
Jadilah yang sempurna..
Pasti Allah Taala akn kurniakan kesempurnaan..
Maafkan sekali lagi..
Moga luka itu sembuh..








Lets fly, high to the sky..
(",)

Monday, March 4, 2013

Visit and Visitor

Bismillah..
Assalamualaikum..

Seperti biasa..
Membuka kalam dengan nama Allah Taala..
Tuhan Yang Maha Esa..
Maha Berkuasa..
Syukur padaNya kita masih lagi sempurna dalam kehidupan..
Menjadi hambaNya..
Moga kita menjadi lebih baik dari sebelum ini..

Saya seperti biasa..
Menjalani kehidupan sebagai seorang manusia..
Hari-hari dilaui dengan penuh berhemah..
Penuh hati-hati..
Takut-takut tersalah langkah..
Kerana kita banyak khilaf..
Tanpa disangka ternoda..
Terlalu ikut nafsu..
Tanpa ada pimpinan dari iman dan amal..

Saya masih di sini..
Mencari rezeki..
Yang ditetapkan Allah Taala..
Bahagia menjadi hamba yang sentiasa diuji..
Sekurang-kurangnya Dia masih sayang pada kita..
Sekali tersasar hala tuju hidup, pasti Dia akan memberi peringatan..
Ujian itu datang dalam pelbagai cara..
Ada orang caranya begini..
Ada orang caranya begitu..
Segalanya tidak sama..

Bersyukurlah pada Allah Taala..
Atas segala nikmat kurniaan..
Bukan mudah, tetapi kita wajib bersyukur..
Kerana segalanya diberi percuma..
Cuma kita perlu bersyukur..
Melakukan segala perinta dan meninggalkan segala laranganNya..

Sebut tentang soal kehidupan dalam bidang pekerjaan..
Saya berusaha menyampaikan ilmu yang tidak seberapa ini dengan hati yang paling ikhlas..
Ilmu kita tidak seberapa, tetapi mampu untuk dikongsi dengan semua..
Mungkin yang sedikit ini Allah redha..
Kena ikhlaskan diri..

Sepanjang saya bekerja di sini, ramai pelawat datang melakukan lawatan ke akademi ini..
Dari seluruh ceruk rantau..
Dari sekolah, universiti, akademi, persatuan dan berbagai institusi lain lagi..
Tetapi kebanyakan dari mereka datang dari sekolah..
Dan saya menjadi "pemandu pelancong" mereka..
I enjoy the task that have been given to me..
Seronok sebenarnya bila bersama mereka..
Sebab mereka amat berminat dengan bidang penerbangan ini..
Dan saya salah seorang dari manusia yang berada di dalamnya..
Sometimes, we can inspire them..
Some of them want to be a pilot..
Same like us, like me..
Those days, when I was young..
I was like them..
My ambition to fly an aircraft..
It's amazing to see someone, walk to the aircraft..
And of course, fly them..
Mereka juga seperti saya..
Cuma masa mereka belum sampai lagi..
One day your time will come..
Don't worry guys and girls..

Dan yang paling penting, sesi bergambar..
Saya tak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan mereka..
Semuanya disimpan elok dalam hard disk..
Ada masa dan ketika, saya tengok semua gambar tu..
Apa khabar agaknya mereka..
Moga mereka sihat-sihat sahaja dan sentiasa diredhai Allah Taala..
Insya Allah..



 SM Sains Pasir Puteh..

Tak ingat nama sekolah.. But they are from Kedah.. Mereka dari golongon yang kurang berkemampuan dan anak yatim..


 
SMK Ahmad Maher, Kota Bharu..

 
Kolej Teknologi Darulnaim..

 Kuala Terengganu



I'm in love with this cute girl.. Her name, Nik Nur Amani Farisha.. Comelkan nama dia.. Macam tuannya.. =)

SMKA Falahiah..

Recently.. From Lions Club, Syndrome Down Centre.. His name is Lutfi.. 4 years old kid..


Duck.. Look at my mouth.. To excited while doing the presentation.. Sorry for any inconvenience.. =) 

I'm happy to have them with me, even just for a moment..
Hope to see all of you, sooner of later..
Insya Allah..

Lets fly, high to the sky..

Monday, December 17, 2012

Mencari rezeki..

Dahulu kita belajar..
Sekarang mungkin kebanyakan dari kita telah berada dalam alam perkerjaan..
Mungkin ada yang masih di bangku persekolahan dan universiti..
Mungkin kita tidak pernah merasakan kesusahan dalam mencari rezeki..
Kerana kita sentiasa disuap oleh ibubapa..
Sekarang, kita pasti akan hargai segala apa yang kita perolehi kerana kita memerah keringat setiap hari mencari sesuap nasi..

Ikhlaskan diri dalam mencari rezeki..
Mungkin kita tidak bermandi peluh ketika bekerja, kerana sentiasa dalam penghawa dingin..
Tetapi, otak dan akal serta fikiran kita sentiasa bekerja..
Tetap penat walaupun ia berbeza..
Begitu juga dengan diri saya..
Sekarang, saya belajar untuk menghargai apa yang saya perolehi..
Saya bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah Taala..
Walaupun ia tidak seperti yang kita impikan, sekurang-kurangnya kita sudah berada di landasan yang betul..
Alhamdulillah, rezeki yang Allah kurniakan cukup sempurna..
Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih..
Kerana kita pasti tidak akan berpuas hati..
Letakkan sifat qanaah dalam diri kita..
Bersyukur dengan apa yang ada..
Bukan bererti kita tidak berusaha untuk mendapat sesuatu yang lebih baik, tetapi lebih kepada mensyukuri nikmat dan rezeki kurniaan Allah Taala..
Kepuasan dan kegembiraan tidak semestinya dalam bentuk nilai atau jumlah sesuatu yang kita dapat..
Tetapi ia adalah bagaimana kita bersyukur dengan kurniaan..
Syukur itu datang dari hati yang elok, yang baik, yang sempurna..
Keberkatan rezeki yang kita cari..
Biar nilainya sedikit, tetapi kita gembira dan bahagia..
Kadang kala kita terlalu melihat pada nilai tanpa mencari keberkatan..
Ya, jika nilai itu banyak itu terlebih baik..
Tetapi jangan sampai kita abaikan soal keberkatan..
Berkat dalam rezeki itu datang dari keikhlasan dalam melakukan pekerjaan..
Kita terlalu ikut nafsu, kerana itulah tak pernah puas..
Nafsu tidak pernah puas..
Saya tidak terkecuali..
Suka membeli barang yang tidak ada dalam keperluan..
Kadang kala sampai tahap membazir..
Mujurlah ada yang menegur..
Dan kerana sekarang ada komitmen, kurang sedikit nafsu membeli tu..


Kadang kala kita berasa malas, tidak semangat untuk bekerja..
Mungkin ada perkara tertentu yang membuatkan kita merasakan hal yang demikian..
Tetapi, ingatlah bahawa kita mencari rezeki..
Bukan sahaja rezeki yang halal malah kita mahu rezeki yang berkat..
Di mana kita akan perolehi keberkatan jika tiada keikhlasan dalam mencarinya..
Setiap pagi kita bangun, selalu kita ungkap perkataan "Ahh, malasnya nk kerja hari ni"..
Sedar atau tidak, kita telah meletakkan satu bebanan pada diri kita..
Kita telah letak satu matlamat dalam perkerjaan kita pada hari itu..
Kerana inilah kita tidak dapat mencari kesempurnaan dalam bekerja..
Belum bermula lagi hari, sudah diletakkan kemalasan itu di hadapan..
Tetapi akan ada manusia kata, ia sekadar ucapan..
Ya, saya setuju..
Tetapi lidah itu kan lebih tajam dari mata pedang..
Masakan ada manusia yang menangis semata-mata kerana satu patah perkataan atau satu ayat yang mengusik hati, jiwa dan perasaan..
Diri kita amat mudah terkesan dengan kata-kata..
Mengapa tidak kita tanamkan azam untuk menjadi seorang yang sempurna setiap hari..
Menjadi manusia yang dalam masa yang sama menjadi hamba Tuhan..
Jika kita kenal diri, pasti kita akan "memaksa" diri kita untuk melakukan sesuatu dengan kadar dan keadaan yang paling baik dan sempurna..
Kadang kala, kita menjadi orang yang suka menjatuhkan semangat orang lain..
Mengapa kita selalu meletakkan hati kita dalam keadaan sakit..
Jika ada orang yang rajin, kita sindir..
Jika mereka malas, kita marah..


Di manakah kita sebenarnya??
Berdiri tidak betul, selalu ditiup angin, mahu mengadili orang lain..
Jika kita malas, cukuplah sekadar kita seorang sahaja..
Jangan ditarik orang lain untuk terjerumus sifat ketidaksempurnaan kita..
Pernah tak kita cakap, "Alah kau ni, rajin sangatlah.. Workaholic.. Bukan dapat apa pun"..
Mungkin anda tidak..
Tapi mungkin sesetengah dari kita pernah berbuat sedemikian..
Mengapa dikata begitu..
Sekurang-kurangnya dia rajin dari kita..
Setiap pagi, motivasikan diri..
Pasti kita akan sentiasa tersenyum dan gembira dalam setiap hal yang kita lakukan terutama tentang kerja..
Walaupun apa yang kita hadapi, apa pun tekanan pasti kita akan hadapi dengan ketenangan..
Kita akan senang untuk selesaikannya..
Insya Allah, upahnya akan kita dapat..
Jika bukan di dunia, di akhirat pasti akan ada..
Yang paling penting, ikhlaskan diri..
Bukan mudah, tapi ia langsung tidak mustahil..
Moga kita menjadi hamba Allah yang sempurna..
Amin..


Cuba tukar imej sekejap.. Macam tak berapa nak sesuai je..


Lets Fly High To The Sky..

Friday, October 12, 2012

Langit Ini Menjadi Saksi

Bismillah..
Membuka kalam bicara, seperti biasa..
Nama Allah itu menjadi azimat..
Perantara antara kebenaran dan kebatilan..
Moga Dia redha..
"Seronok bila dapat terbang"..
Antara reaksi dan ucapan mereka, juga diri saya..
Sudah lama rasanya tidak meluncur laju d awan biru..
Rindu yang teramat untuk melihat dunia dari perspektif yang cukup berbeza..
Setiap hari, melihat kapal terbang turun naik..
Penumpang naik dan turun, silih berganti, setiap masa..
Dan juruterbang, masih berada dalam "pejabat" mereka..
Mengimpikan untuk berada di situ..
Impikan setiap dari kami..
Mengendalikan pesawat, tidak kira kecil atau besar..
Cuma, mungkin bukan masanya lagi sekarang..
Allah Taala mahu kami terus bersabar dan jangan pernah berhenti berusaha..
Ya, kami terutama saya tidak dan tidak akan berhenti berusaha..
Takdir Allah itu sempurna untuk kita..
Usaha, doa dan tawakkal..
Ia datang seiring..
Mengawal kapal ketika berlepas..
Mengendalikan pesawat, dengan kudrat sendiri..
Berhubung dengan menara kawalan..
Yang paling penting, ketika mendarat..
Semua itu menjadi memori, menjadi ingatan, menjadi kenangan yang sangat sempurna untuk kami semua..
Bukan mudah..
Ianya memerlukan pengorbanan..
Yang sangat besar..
Dan ia sangat berbaloi..
Ada satu kata-kata..
"Once you become a flyers, you will be always a flyers"
"Once you airborne, then you land.. You will miss it and want to get airborne again"
Dan langit ini menjadi saksi..
Segala apa yang kami lakukan..
Moga ia kembali menjadi saksi kami..
Suatu hari nanti..
Sama-sama doakan..
Amin..


 Sangat indah bukan..

Nothing to do with the topics..

 Because I miss her so much.. Why??

 This is her..

 Very sad to see her in this condition..

Get well soon.. Someone miss you so much..