Pada 13 - 16 Mac 2011, saya akan berada di Kuching,Sarawak untuk Program Jerayawara Bahasa pada hari Isnin dan Selasa. Di samping itu, jika ada kesempatan saya juga berharap agar dapat bertemu dengan sahabat-sahabat lama daripada Universiti Pertanian Malaysia dan rakan-rakan dari Semenanjung Malaysia yang sedang berkhidmat di sana untuk majlis perjumpaan ringkas di Hotel Telang Usan. Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan silaturahim sesama kita, sekali gus bertukar-tukar fikiran dan cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama. Jumpa di sana ya..
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
Memaparkan catatan dengan label PELBAGAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PELBAGAI. Papar semua catatan
Rabu, 9 Mac 2011
Khamis, 3 Mac 2011
BAUCAR PENGINAPAN PERCUMA - PETRONAS
Alhamdulillah akhirnya panggilan yang saya terima daripada Petronas Dagangan Bhd. pada 27 Jan. 2011 kerana dipilih sebagai pemenang hadiah penginapan percuma 3 hari 2 malam di hotel terpilih di Malaysia dan penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Istana (5 bintang), Kuala Lumpur untuk 2 orang sudah pun menjadi kenyataan apabila menerima baucar berkenaan daripada pihak Petronas. Terima kasih Petronas.
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Sabtu, 26 Februari 2011
PERSIDANGAN MEJA BULAT KPPK /NUTP KEBANGSAAN
Alhamdulillah saya berkesempatan mewakili negeri Melaka untuk Persidangan Meja Bulat peringkat kebangsaan di Hotel Vistana, Kuala bagi membincangkan isu mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan isu memartabatkan mata pelajaran Bahasa Melayu. Persidangan ini dianjurkan oleh KPPK /NUTP yang menghimpunkan guru-guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu dari seluruh negara pada 25 - 26 Februari 2011 termasuk pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Pendidikan Guru, dan lain-lain lagi.
Sabtu, 31 Julai 2010
TAKLIMAT PROFESIONALISME GURU-GURU BAHASA MELAYU SPM NEGERI MELAKA
Sekali lagi saya diberi kepercayaan oleh pihak Jabatan Pelajaran Melaka untuk menyampaikan taklimat dalam Program Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Bahasa Melayu SPM Negeri Melaka bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka, jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Setiap sekolah diwakili oleh dua orang guru Bahasa Melayu yang terlibat dengan tingkatan 5. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua guru yang terbabit, sekali gus dapat membantu pelajar di sekolah masing-masing. Antara objektif utama program tersebut adalah seperti berikut:
(i) meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian dan kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu SPM,
(ii) menetapkan hala tuju dan landasan yang jelas kepada guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di tingkatan lima,
(iii) memastikan guru-guru memahami dan menghayati sasaran dan prestasi dalam Q-Net, dan
(iv) mewujudkan persaingan yang sihat antara daerah.
Majlis penutup program tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Rahman b. Abdul Majid, Ketua Sektor Jaminan Kualiti yang mewakili Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka.
(i) meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian dan kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu SPM,
(ii) menetapkan hala tuju dan landasan yang jelas kepada guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di tingkatan lima,
(iii) memastikan guru-guru memahami dan menghayati sasaran dan prestasi dalam Q-Net, dan
(iv) mewujudkan persaingan yang sihat antara daerah.
Majlis penutup program tersebut disempurnakan oleh Tuan Haji Rahman b. Abdul Majid, Ketua Sektor Jaminan Kualiti yang mewakili Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka.
Sabtu, 15 Mei 2010
SELAMAT HARI GURU 2010
Cantik dikena dokoh suasa,
Tidak perasan kancingnya karat;
Guru pembina negara bangsa,
Mendidik insan dunia akhirat.
TERIMA KASIH CIKGU!
Selamat Hari Guru kepada semua guru dan pelajar yang pernah mengikuti Program Jerayawara Bahasa di seluruh negara, serta sesiapa sahaja yang bergelar "guru" sama ada yang masih berkhidmat mahupun yang sudah bersara. Jasamu sentiasa dikenang.
Sabtu, 13 Mac 2010
TAKLIMAT PERTUKARAN TEKS KOMSAS BAHARU TING. 1 & 4 DAN KESUSASTERAAN MELAYU ELEKTIF
Taklimat daripada Ketua Unit dan pembentangan berkumpulan
Taklimat daripada JU dan perbincangan dalam kumpulan
Taklimat daripada JU dan perbincangan dalam kumpulan
Satu taklimat tentang pertukaran teks KOMSAS baharu telah diadakan pada 11 Mac 2010, Khamis bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka baru-baru. Semua Ketua Panitia Bahasa Melayu dari seluruh negeri Melaka terlibat sama dalam taklimat yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Melaka dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Encik Mat Hassan Abdullah , Ketua Unit Bahasa Melayu dan dibantu oleh beberapa orang Jurulatih Utama yang dilantik telah menyampaikan taklimat tentang perubahan teks KOMSAS berserta modul pengajaran dan pemelajaran tingkatan 1 dan 4 serta bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu elektif tingkatan 4 dan 5 mulai 2010 yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. Walau bagaimanapun peserta tidak dibekalkan dengan modul tersebut kerana pihak JPN telah pun memuat naik di dalam laman sesawang rasmi JPN Melaka. Ekoran daripada taklimat tersebut, pihak Ketua Unit Bahasa Melayu mengharapkan agar kesemua Ketua Panitia Bahasa Melayu akan menyampaikan taklimat yang sama kepada anak buah mereka di sekolah masing-masing bagi membolehkan guru-guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu melaksanakan perubahan teks tersebut.
Alamat laman sesawang JPN
Alamat laman sesawang JPN
Langgan:
Catatan (Atom)