Monday, March 11, 2024

:puasa:

esok bermula nya 1 Ramadan

selamat berpuasa untuk semua pembaca

semoga ibadah dan puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun lepas 

Insyaallah Aamiin

*tahun lepas puasa anak berada di asrama alhamdulillah tahun ni berpuasa anak ada di depan mata

Friday, March 8, 2024

:SMSTJ:

27 March 2023 pendaftaran pelajar baru Tingkatan 1 ke SMSTJ. Gembira bercampur duka aku melihat Uwais. Anak ini baru 13 tahun sudah meninggalkan rumah untuk belajar mencapai cita cita nya. Aku dulu umur 20 an baru keluar rumah duduk asing dgn mak abah sebab sambung belajar di Universiti. 

Anak bujang sulung mama, Anak harapan keluarga. Semoga semua pengorbanan ini dibalas dengan kejayaan InsyaAllah. Mama bangga dan gembira walau jauh dalam hati ini mama rasa sedih berjauhan dengan anak mama yang selama 13 tahun ini membesar di depan mata mama. Mama sentiasa doakan kejayaan abang walau dimana pun abang berada.

 
Segala usaha keras Uwais selama 6 tahun di sekolah rendah kini terbalas. Syukur Alhamdulillah. Jauh lagi perjalanan kamu terus maju dan maju ke hadapan. Usaha tidak akan mengkhianati hasil Insyaallah. Buat yang terbaik selagi mampu dan selagi terdaya. Mama ada di belakang kamu untuk sentiasa menyokong kamu di sana nanti.

Monday, March 4, 2024

:SBP:

Post ni dibuat untuk mengenang kembali kenangan tahun lepas March 2023 di mana Uwais berjaya menempatkan diri di SBP pilihan pertama. Bersyukur dan gembira sangat sebab itu target Uwais walaupun pada mulanya dier tak mahu duduk asrama tapi lepas sit exam pksk dan berjaya pada panggilan pertama, dier tekad untuk ke SBP. Syukur alhamdulillah tercapai impian Uwais. Segala persiapan dibuat walaupun berat hati kami nak melepaskan satu satunya anak bujang kami. Tapi demi masa depan dan cita cita Uwais kami akur sebab Uwais yang pilih untuk ke SBP. Pergi dengan membawa segunung harapan semoga selepas 5 tahun pulang membawa kejayaan yang diidam idam kan. InsyaAllah 

Tuesday, October 3, 2023

: OCTOBER 2023:

Lamaaa
Lama menyepi
Lama tak bukak blog
Akhir akhir ni teringin menulis seperti dulu
Dulu di sewaktu zaman blog tengah hot
Walaupun kini zaman Tikktok aku lebih selesa memilih zaman blogger dimana menulis dan membaca boleh membuatkan stress yang ada dalam diri ini berlalu pergi
Pergi jauh apabila aku menulis setiap patah perkataan satu persatu
Pergi jauh apabila aku membaca setiap patah perkataan satu persatu
Keinginan menulis masih ada cuma masa membataskan segala keinginan itu
Kini hanya tinggal keinginan membaca sahaja 
Hanya membaca blog dari dulu sehingga kini. Blog dianaishak.com 

Monday, July 4, 2022

:July 2022:

Isnin, 4 July 2022

2 tahun tidak ber blog

2 tahun tidak menulis

2 tahun abaikan blog ini

Akhirnya hari ini aku berjaya

Berjaya buka dan menulis sesuatu

Covid-19 bagaikan pergi di angin lalu

menerpa HFMD pula

setelah itu kini datangnya INFLUENZA

Hurmm banyak yang nak diceritakan

menempuh 2 tahun ini dengan penuh suka duka......

Monday, October 26, 2020

:selagi bertahan:

haila hailaaaaa sekolah budak budak ni tutup buat kali ke 2

dari 26hb October sampai lah 9 November nanti (sebabnya kes Covid meningkat)

dan kami semua bekerja macam biasa walau Selangor PKPB (14 Okt - 27Okt)

selagi boleh bekerja kita berkerja

selagi diperlukan kita teruskan

selagi rezeki masih di sini kita terus bertahan

 semoga Allah melindungi kita semua dari virus Covid -19 ini

Tuesday, October 20, 2020

:S.A.V.I.N.G:

nak cordless vaccum.......ahh nanti dulu lah simpan duit tu

nak rice cooker baru.......end up tak beli pun lagi simpan

nak iron philips yang siri baru tu .......pikir pikir eh iron lama elok lagi simpan jugak

nak reno porch .......dah mintak quotation lepas tu tak jadi buat

nak laminate flooring ...tangguh

nak buat barn door .....tangguh

nak tambah furniture rumah...tak tambah tambah hahaha

eh macam macam la wishlist nya tapiiiiiii

ape nak buat semua tak buat buat

sudahnya duit tu kita saving je dulu

kenapa tak buat??

sebab pikir dalam masa sekarang kene berbelanja secara berhemah

kene saving lebih sikit sebab ekonomi kita pun tak menentu (disebabkan Covid -19)

kene hadkan kehendak ....utamakan keperluan....pakai selagi boleh

kalau ikutkan banyak kehendak dari keperluan sebenarnya ni

biasa lah nama pun manusia....takpe buat masa ni kita tolak ke tepi dulu kehendak tu

pejam mata rapat rapat..nekadkan hati ..azam saving je sebanyak yang boleh buat masa ni

aku mintak Allah tetapkan hati aku dengan niat ini

semoga ada sinar di sebalik semua ini...Insyaallah Aamiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...