Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Facebook Wan Hazel Twitter Get This.

Thank you Mama Mia & Mama Qhayra



Coming back after raya Haji. Haiiiii. Amacam raya kome? Meriah tak? Rumah gue biasa-biasa sajoo. Meriah dengan hiruk-pikuk anak-anak buah ado la. Plus meriah dengan daging2 korban sekali. Sampai da naik jemu nak hadap daging je. Cemuih dah. Haha. Kome pon ade rasa macam gue rasa ke?? -__-"


Ok. Stop bebeling. Entry kali ni gue tuju khas untuk dua orang mommy GSF ni. Hihi. Orang lain dah lama post. Gue je yang lambat. Sobbss!




Firstly to Mama Mia. Terima kasih kak untuk ole-ole tu eh. Hehe. Tak sempat lagi nak masak guna rempah masak hitam akak bagi tu. Tunggu bila rindu nak makan daging nanti baru i masak taw. Hihi. Brooch tu comel! Da pakai time raya haritu. Ehem..sape nak beli rempah masak hitam tu boleh drive thru ke blog Mama Mia ye. Murah je! Tak tipu :) 




Dan terima kasih jugak untuk Mama Qhayra sebab bagi cenderahati keychain ikan yang comel tu.  Thanks kak! Hihi. Mula-mula bajet dapat panggilan U. Rupa-rupanya tidak. Hehe. Nah! Ikhlas untuk akak. I kidnap senyap-senyap. Sorry if tak sama. :)




p/s : Semoga murah rezeki akak berdua. Terima kasih daun keladi :)

p/s : Dah banyak terlepas entry blog kalian. Especially GSF. Mohon maaf. Gue akan usaha marathon cepat-cepat. 




Salam AidilAdha







p/s : Banyak tak dapat daging korban?? Hihi :P




Just a Quote 1






Thanks fo being my friend. Love you !!



Baju baru & For You!



Hai hai hai! Baju baru before raya dah siap dijahit. Penat jahit satu petang taw. Hahaha. Kemain :B Gue pilih tema putih hitam. Nampak lebih simple. Bagi gue la. Padahal tak tahu nak pilih kale ape. Hewhew. Header pulak siap ade kapal angkasa sotong lagi. Lepas ni boleh start enjin je pegi umah korang. Nak tumpang? Doposen :P Angan-angan nak try buat kawaii-kawaii macam mama Arina tuuu, tapi ini je yang jadi. Langsung tak kawaii. Haha. Lantak! :3




Dan ini untuk awak awak dan awak.. 





 To Anis aka "Pakwe". Hihi. Muke u nampak garang kan? Ape-ape pon, happy belated birthday. Semoga panjang umur, murah rezeki, dapat keje part-time cepat-cepat jugak, dan bahagia selalu. Ehhh! Teh tarik Asiba jangan lupa ye! Haha :D

Kak Jaa.. Soory lee gue dapat kidnap gambar ni je. Hihihi. Khas sempena Kelantan menang bola malam semalam. Heheehe. Awet muda ni tak nampak macam mommy pon taw. :)



Dan yang ini untuk Mama Mia. Hehehe. Gue tak pasti same ke idok kak. Mia with mama and papa :)


Harap kalian suka la eh eh eh :)





p/s : Next ..... ????




Saya Suka Dress! 1st Giveaway




Aktif pulak gue join join GA la ni. Haha. Gue pon tak paham dengan diri wa ni. Wakaka. Mohon tekan BANNER untuk JOIN. Syarat-syarat semua ade kat sana. 



Hadiah untuk pemenang ialah :

1. A long Dress + Shawl + Accesories + voucher discount untuk shopping di Saya Suka Dress!
2. A Dress + Shawl + voucher discount untuk shopping di Saya Suka Dress!
3. A Dress + Accesoriesvoucher discount untuk shopping di Saya Suka Dress! 

* Hadiah bakal ditambah jika penyertaan menggalakkan *



Last due: 21-10-2012





Mengidam



Alangkah indahnya dapat makan mende ni time-time hujan gini. Biskut mayat celup teh panas?? Hat tu dah selalu sangat. Perut ni nak jugak tuka menu. Muahaha. Sape baik hati tolong carikan durian boleh? -..-






Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com




Assalamualaikum. 
Harini gue join Mega Giveaway dari blog Yana Yassin.



Sikit pengalaman manis dalam dunia blogging ?

Pengalaman manis gue, bila......merasa dapat hadiah lepas join segmen. Adela sekali dua. Muahaha. Sape nak rasa dapat hadiah yang best-best tu meh join GA YY ni !! 
Mari ! Mari ! Mari !


Tag : Nyue | Anis | Kak M


Good Luck !





Spontaneous Thursday : Her





Dia........
Tempat mengadu. Tempat dengar nasihat. Tempat manja-manja. Sifu ajar masak. Dia segalanya!
You're number ONE for me, MAK !




p/s : Kotak komen gue tak kemas la. Hmm! Ikut tuto pon tak jadi. Ade sape2 nak tolong tak? Muehehe. Muka tak malu jap -.-


Segmen Tambah Followers Laju Laju by IekaFarhana




Followers sekarang : 799

Tag : Anis | Mila


Mari tambah followers ! Tekan banner untuk JOIN :)




Layankan aje la -,-


 Assalamualaikum kalian :)

Habit gue.. Bila suka 1 lagu tu gue akan ulang sampai la bosan tahap tak lalu nak dengar dah. Sampai orang satu rumah pon naik bengang, " Apasal la minah ni dok ulang lagu sama tiap hari! " Hahaha. Lepas tu akan melalak lagu ni tak kira la dalam bilik air pon. Tihtihtih. Korang pon spesis macam ni jugak ke? Ke gue je? Wakaka :D 




Entri lepas :

Jemput baca :)





Wordless Wednesday # Thank you Wanieys Qalief




Assalamualaikum kalian. 

Nampak tak brooch bunga yang kiut kat atas tu? Comel kan. Hihi. Macam tahu tahu je kak Wanieys yang gue tengah kekurangan brooch skrg. Yess! Tak payah beli lagi. Jimat duit! Muehehe. Terima kasih Kak Wanieys. Semoga ikatan persahabatan alam maya ni kekal sampai bila-bila. Kan GSF? Errr, bila boleh jumpa ramai-ramai ni? Jeles gue tengok Deqla, Ayu ngan Dya dah jumpa pon tak habes-habes lagi ni. Muahaha :P


Nahh! Hasil x dapat tido malam tadi. Khas untuk Kak Wanieys. Ade iras x? Maaf lee.. Gue budak baru belajar. Huhu  ^^






Aiskrim Express Milo Choc Oreo



Assalamualaikum kalian. Semua sihat-sihat je kot? Sakit? Jangan lupa makan ubat k. Semoga cepat sembuh :)


Sejak dua menjak ni gue memang addict dengan aiskrim. Kadang-kadang, tiap petang sanggup p kedai cari menda ni. Dah terasa macam budak-budak pon ado. Hoho. Sebab dah addict sangat nak aiskrim je, terpaksa la cari inisiatif sendiri. Nak beli tiap hari memang parak la duit kan. Haha. Lagi-lagi bagi  penganggur macam gue ni. Huwaa :c


Terdetik hati nak try buat sendiri. Rajin kan? Haahaha. Godek punye godek, gue jumpa resepi kat blog family GSF, Kak Aine Ainun. Yesss yesss! Bahan-bahan tak susah. So wajib la buat. Haha. Thank you kak AA untuk resepi aiskrim tu. Memang lazat! Hihi. Nahh! Gue tinggal sikit kat korang. Share sorang sikit. Jgn rebut-rebut! :P


Tinggal half da. Semua masuk kat perut gue ;D


Sedia untuk dimakan. Ngaaaappp ! :o


Nahh! Gue share resepi 100% dari blog kak AA. Credited to her :)


Bahan-bahan : 

1 tin susu cair
2 s/b overlate (Jgn lebih. Kurang xpe)
1 biji putih telur
3 sudu coffemate
2 sudu Gula. Ikut rasa manis masing2.


Cara-Cara :

1. Putar semua bahan hingga kembang dan gebu (10-15 minit)
2. Masukkan perasa yang kita nak. Gue campur oreo yang dah dikisar sekali.
3. Simpan dalam peti 1 malam.
4. Esok siap untuk di ngaaaap! 



Selamat mencuba !



p/s : Abah cakap lepas ni jimat duit x payah beli dah. :3





The song






p/s : Try guna pressure. Malas nak kaler-kaler da lepas ni. Ok tak?






Flashback # Kenangan :)


Assalamualaikum kalian. 
Harini just nk post gambar je lebih. Gambar dari Form 1- Form 5 :)
  

Time Form 1. Class 103 AA dengan ustazah Junaidah. Semua malu-malu lagi. Ngehehe :)


Time Form 3. Program khas untuk PMR Candidates. Panjat Bukit Larut. Weehuuuu :o Muka penat semua. Rindunyeee U_U


Time Form 4. Tepi dewan makan/serbaguna hostel. Public phone sebelah tu tempat tumpuan after PREP. Haaha. Siap main cop-cop lagi turn sape dulu :D


Time Form 5. SPM Candidates. Harharhar. Muka masing-masing dah "matang" sikit :P Ustaz Ridzuan guru kelas merangkap ustaz Arab. Tehee ;)



Rindu..Rindu zaman sekolah. Zaman kena denda dengan cikgu. Zaman ponteng PREP. Haha. Zaman aktif hoki. Aktif nasyid. Rindu semua la..Rindu tak zaman sekolah dulu? Ce korang cite sikit ^_^


Alangkah indah kalau memori tu boleh kita ulang balik kan. Hewhew. Ape-ape pon, what comes around goes around. Memori tu akan tetap indah dalam ingatan. Till the end. InsyaAllah :')





Padpet Ayam & Macarons



Assalamualaikum kalian. Hope semua sihat-sihat sentiasa. Yang mana tengah sakit tu banyakkan sabar dan cepat-cepat sembuh seperti sediakala ye :)



4 hari lepas gue decided nak masak padpet ayam & macarons. Terajin sikit haritu. Sebenarnyaaaa, tiap hari gue rajin. Hahaha. Mak dah siap warning awal-awal.
 " Mak tak nak tolong. Hang buat la sendiri! Lepas tu kemas! " :3



Cari bahan-bahan, korek ape yang patut, potong-2 sikit, tumis then SIAP. Haha. Ni la hasilnyaaa :D


Ni la Padpet ayam pertama gue. Sedap tak sedap yang penting licin I makan. hahaha

Senang and ringkas sangat. Rugi kalau tak cube. Laki-laki pon boleh try masak. Gue ikut resepi Sis Jaa & Chic Na. Toce toce! Menjadi jugak akhirnya.
Cuma yang beza sikit edisi gue letak carrot.
Sape-sape nak try boleh terjah SINI dan SINI :)



Then, petang tu gue kerajinan pulak try buat buah karom atau lebih manja dipanggil macarons. Disebabkan bahan-bahan tak terlalu rumit, semuanya dah sedia ada kat rumah. So, buat je lah kan. Haha. Ni pon 1st try jugak. Taram je la buat. Haha. Hasil die boleh laaa (goyang tgn ala-2 Maria). Ade la jugak rope. Even sejujurnya tak semuanya lawa. Hihi




Before dimasak ni la ropenye :D

Ni rope bila dah siap. Haha. Ade beso ade kecik. Tangkap yang gue rasa lawa je. Boleh letak filling ikut suka hati :D


Gue ikut resepi 100% dari blog Najwa.
 Sape-sape nak resepi boleh tengok kat SINI :)


Selamat mencuba ^^






Happy Birthday Mama Arina




Assalamualaikum kalian.
GSF-ian semua mesti dah sedia maklum harini birthday mama Arina (Bunga Hati Mama) kan? And gue pasti ramai dah post kat blog memasing. Huuua. Gue je yang lambat sikit.


Happy Birthday Mama Arina merangkap bigboss GSF
Semoga akak dipanjangkan usia. Dimurahkan rezeki. Bahagia selalu. Dan sentiasa mendapat rahmat-Nya. Dan dan terus maju dalam dunia blogging!
Terima kasih jugak sebab dah perkenalkan dekat gue ahli-ahli GSF yang sangat-sangat ramah and baik hati. Semoga hubungan persahabatan ni akan terus kekal. InsyaAllah. Love yuoollls :)




p/s : Tunggu result interview. Tawakal je gamaknye :)



Hello Penang !



Source : Tumblr


Assalamualaikum.


Hello Penang! Alhamdulillah. Selamat tiba akhirnya.
Hati dup dap dup dap lagi ni. Hope esok lidah tak pelat and semuanya going smoothly. Kenapa dengan esok? Gue kawen ke? Haha. Nanti gue update lain. Hope korang semua sihat  :)





Nervous





Esok Isnin. Lusa Selasa. Gue nervous .
Semoga semuanya berjalan lancar .


Ya Allah..Tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Aminn.



Happy Bornday Sis Jaa



Assalamualaikum kalian. 




Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to sis Jaa..
Happy birthday to you..


Happy belated sebenarnye. Lewat sikit post ye kak. Hihi


Semoga Sis Jaa bahagia selalu
&
 Jaakechik Corner terus maju jaya :)



Satu Penerbangan



Penerbangan Nyata. Semua bakal merasa.


Assalamualaikum kalian.




         1. Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang
            brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

         2. Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan,
            tetapi Al-Jenazah.

         3. Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi
            amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan
            berat ianya atas kesudian Pencipta kita.

         4. Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya
            tetapi kain putih cotton.

         5. Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air
            mawar dan cendana.

         6. Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American,
            tetapi Al-Islam.

         7. Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi
            'Lailahaillallah'.

         8. Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan
            lain-lain.

         9. Di mana layanan dalamnya bukan lagi kelas business atau
            ekonomi, sekadar kain yang diwangikan.

         10. Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow
            Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

         11. Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan
            permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita.

         12. Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka
            hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan.

         13. Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan

         14. Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.

         15. Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir
            sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.


Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.

         1. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan
            dihabiskan.

         2. Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu
            bimbang.

         3. Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan
            masalah alergi atau halal-haram makanan.

         4. Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat
            waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

         5. Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah
            hilang selera bersuka-ria.

         6. Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah
            sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu.


Ya! Berita Baik!!


Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah
satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi
boleh! dan sekiranya anda boleh!


Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'. Cuma perlu ingat! Nama
anda telah ditempah untuk penerbangan



ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???




Sumber : Pendrive abang



p/s :  Hohhh rindunya nak aktif cam dulu -.-"