Monday, August 23, 2010

Happy 5th Anniversary...


Peristiwa 5 tahun yg lalu...

Alhamdullilah on 20th Aug 2010 (Jumaat) bersamaan 10 Ramadhan 1431 H genap le 5 tahun usia perkahwinan kami...Rasa macam baru je lagi peristiwa akad nikah 5 tahun lepas..Kire dh melepasi first stage married bak kata org2 yg berpengalaman..



On that day kami just pegi Iftar di luar. Hajat hati nak ke INTEKMA, Seksyen 7 berbuka puasa tapi mengenangkan keadaan yg tk selesa sebab yelah baru balik kerja lepas itu jem plak nk balik Shah Alam jadi tangguhkan dulu hasrat itu. Lagipun dengan Wildan kan tak tau lagi mood dia mcm mana. Di buat nyer dia meragam emmm...nahas le Ibu&Ayah tak dapat le nak makan dengan peaceful nyer. So pegi le Restoran Steam Boat kt Seksyen 23 tu sebab nak cuba since restoran tu baru bukak. Agak malang di situ sebab already fully booked. Terus le aku decided berbuka di restoran JM Beriani dekat je dengan kedai dobi..So aku call le takut tmpt pun xde kt situ. Nasib le masih available..So kami berbuka le dengan Nasi Beriani.



Pagi Sabtu awal pagi lg dh ke pasar tani dkt dgn rumah. Cari bahan mentah sebab ari ni adik-beradik aku datang berbuka di rumah...Menu nyer Ayam Masak Lemak Cili Api, Sambal Udang, Ikan Cencaru Sumbat dan Cendawan Goreng Tepung. Kuih-muih beli di bazar Ramadhan sahaja..nasib le adik2 aku yg perempuan tu datang awal menolong ape yg patut. Wildan lak pakcik nyer tengokkkan. Senang le skit nak masak..Klau tak tu layankan Wildan lagi masak lg mau suara aku pun high pitching je. Ayah nyer mana ade bz manjang dkt kedai. Tapi yang sedih gambar sekeping pun xde. Bukan senang nk berkumpul ramai2 ni..Mak&Ayah aku tumpang gembira kt kg brapa kali tah call je dr kg nun. Kesian diaorg kesepian nasib le ade Adik aku yg bongsu tu teman.


Ari Ahad giliran family sebelah Ayah Wildan lak datang. 2 keluarga je yg datang sbb yg lg 2 tu bz meniaga di bulan puasa ni..Menu semalam Nasi Beriani, Ayam masak merah dan dalca. Semalam mmg penat sbb masak sorang2 kt dapur. Mmg paksa En Tauke tu balik awal tengokkan anak dia. Wildan ni klau xde org layan mmg kaco je kt dapur. Abis semua di punggah. Letih Ibu kena kemaskan balik. Main basikal pun kt dapur anak aku tu..

Emm penat pun tak hilang lagi rasanyer tapi ok seronok rasanyer. Masa family aku datang tu le pny le meriah sbb ramaikan. Sampai Wildan pun nampak pelik sangat..Sebab biasa bertiga je. Tapi Wildan ni bila cousin ramai dtg mula le kedekut toy dia. Even ball yg kadang dia tk layan pun blh jadi benda yg dia sayang..Semalam smpai gado2 dengan cousin yg setahun muda dr dia. Org tu dh le kecik je. Wildan ni badan semangat skali dia tolak dh jatuh budak tu..Basikal dia ade 2, tapi dua2 dia tak nk bg Raif naik..Wildan oh Wildan.













Thursday, August 12, 2010

2 Ramadhan 1431 H

Alhamdullilah today dah masuk hari kedua berpuasa. Semalam dapat berbuka di rumah. Keluar office 4.45 pm then reached Shah Alam by 5.20 pm. Amik Wildan then straight headed balik rumah. Jalan agak jem di pekan Meru. Tapi ok le smpai Seri Peristana 6.30pm. Pegi le bazar Ramadhan kt situ beli kuih dengan lauk sikit untuk berbuka. Balik rumah terus masak nasi dan goreng terubuk masin..

So menu semalam Sup Daging, Ikan Keli sambal (beli je) dan Ikan terubuk masin goreng (masak) dan juga kuih2 serba sedikit..

Untuk sahur aku masak sambal ikan bilis dan telur mata kerbau. Alhamdulliah sedap lagi masak sendiri tambah plak dengan Nescafe O suam. Berselera je Ayah Wildan makan..Tadi after siap sahur terus masak lauk untuk berbuka hari ini. Menu untuk hari ini Ikan Masak Lemak Cili Api dan balance Sambal Ikan Bilis sahur tadi. Cukup le kan tak baik membazir..dah pesan kt Ayah Wildan petang nanti tak nak dh pegi bazar kt rumah tu. Nanti Ibu belikan je murtabak kt ofis ni. Nanti buang duit je makan nye skit je...

Aku masak siap2 pagi tadi sebab balik nanti tk de kelam kabut dan lagi 1 tak nak tengok Wildan mengamuk. Semalam masa Aku dan Ayah dia sibuk nak prepare food tu dia hentam menangis. Kejap nak naik basikal kejap suruh ayah dia tolak. Wildan kan pantang tengok Ayah&Ibu biar dia main sorang2 so senjata dia off course le air mata dia. Aku masak nasi & serve food Ayah dia buat air. Nak solat asar lagi. time tu dah kul 7. haip Wildan nak kena babab ni...

Berbuka we all berdua makan kuih2 je dulu nak layankan budak gemok kt rumah tu. Lepas maghrib tengok tv dengan dia lepas Wildan tido br le makan nasi..Tk de dah drama air mata Wildan...

Kawan2 yang lain ape menu korang...Aku bangun sahur kul 4.30 am tak tido balik ok je tk ngantuk pun. tapi klau tak puasa nak bangun 4.30am tu amat le liat. Susah nak buka mata...Berkat bulan Ramadhan kan?

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa...Ramadhan 1431 H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ihya Ramadhan al-Mubarak. Syaaban telah/hampir melabuhkan tirainya, Ramadhan kini menjelang tiba. Syukur Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT yang telah melimpahkan rahmatNya kepada kita semua untuk bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Inilah bulan yang sungguh istimewa dan amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam.


Keistimewaan bulan Ramadhan ini, jelas disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis Baginda yang bermaksud: “apabila tiba bulan Ramadhan maka terbuka pintu-pintu syurga dan tertutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu”- riwayat Imam Muslim

Moga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Puasa menahan diri dari lapar dan dahaga. Dan juga bermacam2 nafsu lagi. Tau le perempuan, puasa belum baju raya dah di cari. hehehe..

Insyaallah malam ni jika esok puasa kita berterawih. Tahun 2010 ini kami berpuasa di Seri Peristana. Dulu rumah aku dekat je dengan office. Balik 4.30pm tak payah fikir jalan sesak ke ape. Memang masak le jugak 1 atau 2 jenis lauk. Cukup le untuk berbuka dan bersahur. Tahun ni takut aku memikirkan. Dengan jalan sesaknya, lepas tu nak bersaing ke bazar Ramadhan lagi. emm...saing dengan Wildan lagi. Moga2 sempat le aku berbuka di rumah.

Moga segala2 nya dipermudahkan. Wildan behave yer Ibu&Ayah puasa. Malam tadi cakap kt Wildan, esok semua umat Islam dikendaki berpuasa. Puasa rukun Islam yang ke-2. Nanti bila Wildan dah besar kena puasa ye. Dia tanya, ape Ibu? Aku cakap tak boleh makan, minum, marah Ibu, ngamuk kt Ibu dan macam2 lagi. Dia tanya lak, I-milk Ibu. hahaha faham lak dia siap tanya susu dia lak. I-milk pun tak boleh. lps tu terus nak marah kt Ibu ni. kelakar pun ade.

So kepada semua Selamat Berpuasa dan Bersahur...


Note : sahur nak masak ape ye? Sambal ayam ok kot kan....

Wednesday, August 4, 2010

Potty Training...

Ni nak cerita pasal Wildan Aqil. Sekarang usia dia dah menjangkau 2 tahun 6 bulan tapi still pakai diapers..Aku tak tahu bila nak mula ajar dia 'no diapers'. Actually tak tau mcm mana nak mula..Sebab dia skrg mmg tau ckp tapi akan cakap bila dah buang air.


Selepas dia dah buang air besar, dia akan cakap Ibu, Idan ayak ucuk. Sebelum buang air besar dia tak de pun nak cakap. Macam mana yer kawan2 diluar sana nak mula nak potty train ni. Aku pernah ikut satu blog ni anak dia umur sebaya Wildan dh di ajar potty train. Tapi dia tidak bekerja..Aku ni hanya ade weekend je nk ajar Wildan. Itu pun 2 hari. Aku takut tak sabar je..yelah keje rumah banyak nk kena settle campur pulak nk cuci berak kencing Wildan.


So bila nak mula ni??? Ke Ibu yg malas....kesian Wildan sure dia pun dh rimas pakai diapers tu. Dengan bontot dia yg tembam tu dh tak sesuai Ibu tengok.



Any tips kawan2 yang boleh aku apply kt Wildan Aqil.


Thursday, July 29, 2010

Assalamualaikum....


Lamanyer tak menjenguk rumah ni..Kenapa ntah le blog ni dipinggirkan. Aku rasa sebab utama


1) TAK TAU APE NAK CERITA


2) BYK SGT MASA DI ABISKAN KT FACEBOOK


3) MALAS KOT KAN...



Next month dh nak bertemu Ramadhan..Bulan yang penuh barakhah...Dah abis ganti puasa ke kawan2 semua?


Mana2 yang belum cepat abiskan.
Bye. Nanti ade masa aku coretkan le apa yg patut di sini...

Tuesday, April 27, 2010

KONSERT DOUBLE TROUBLE...

Ape entry utk ari ni? Semalam husben ku itu ade bercakap something yg aku rasa terkejut sbb tak pernah aku dgr dari mulut dia..

Lebih kurang mcm ni :

Husben : Nanti hari Ahad Abg nak cuti dr pegi kedai.
Me : Ye ke? Ok nanti boleh kita bawak Wildan pegi taman (lately taman is favourite Wildan) tak pun abeskan cat rumah ni sikit je lg nk siap.
Husben : Tak boleh sebab ade hal dengan member.
Me : Nak pergi mana? Nak ikut jugak le.
Husben : Tak boleh tak sesuai bawak Wildan nanti buat you runsing je.
Me : Nak pergi mana? Memancing ke?
Husben : Tak nak pegi tengok KONSERT DOUBLE TROUBLE.
Me : What??? (sambil gelak besar) Pe kes ni. Tak pernah umur you pegi tempat mcm tu. selama ni cakap kat I layan hiburan ni org yg buang masa. Yang tak pandai guna masa. Skrg nk gi konsert.
Husben : Sebab Wings dgn Search lain. Diaorg legend..
Me : (Still gelak) sebab memang aku rasa kelakar. Dari belum kahwin sampai dh ade anak tk pernah nak layan benda2 gini. Dulu orang ajak ckp buang masa. Even tengok wayang pun buang masa..

So tunggu le weekend ni jadi ke tak dia pegi konsert Search dan Wings tu..Tapi memang Ayah Wildan buat lawak. Rupe2nye dalam hati dia nak jugak layan benda2 cam gini..Dalam hati ade taman. Rock u!!!

Dia cakap member dia ade tiket so dia nak ikut le...Emm...ntah le Abang macam tak sesuai je.

Friday, April 23, 2010

AKU NAK BERENTI KERJA...

Entry di atas dah lama sangat berlegar2 di benak ku ini...Ofismate aku pun dh muak dgn ayat tu..Sebab aku masih di sini UEM BUILDERS..Aku dah banyak melamar kerja di sekitar Shah Alam dh tak larat nk faks resume aku tapi smpai skrang belum ade rezeki utk aku bekerja di sana...Agak nyer mmg Tuhan dah tetapkan rezeki aku di sini ke? Yelah ini le keje aku seusai Grade dari Polytechnic dulu. Dari tahun 2001 aku sini. Dari belum bercinta smpai le skrang sudah ade anak seorang. Lama kan...sudah 9 tahun aku setia di sini. Mmg aku doa sangat hari2 moga ade le jodoh pekerjaan untuk aku di Shah Alam. Kenapa aku nak sgt kerja di Shah Alam? Sebab Shah Alam agak berdekatan dengan rumah ku, kedai dobi dan school Wildan. Tapi mmg kehidupan ku banyak dihabiskan di Shah Alam sejak dari dulu lagi...

Keadaan kehidupan aku skrg agak tidak praktikal lagi untuk bekerja di bandaraya Kuala Lumpur ini lagi. Perjalanan pergi dan balik kerja agak memenat kan buat kami 3 beranak. Akibat dari perjalanan pegi dan pulang yg menempuh traffic jam memaksa aku duduk dalam kereta lama smpai aku dh dpt penyakit sakit belakang dan kaki aku yg selalu lenguh2. Dulu tak ade pun...Kadang2 mmg timbul kt kepala ni nak je berenti terus berehat kejap...Tapi mungkin untuk sebulan pertama ok emm..untuk bulan2 yg seterusnya bagaimana yer? Sebab aku masih ade HUTANG PIUTANG lagi yg perlu dilunaskan..Itu jelah yang membuatkan aku masih bertahan di sini. Ikhlas aku mengaku hutang dgn kerajaan (hutang belajar dulu le ni) masih ade sisa lagi sedikit yg menuntut aku membuat bayaran. Sebab kadang ade masa aku skip. Normal le manusia kan..Nasib le aku bukan di bwh PTPTN. Hutang lain pun ade lagi..Satu lagi yg membimbangkan aku takut simpanan tabung Haji aku tak bergerak je angka nyer. So camna dgn cita2 aku untuk menunaikan Fardhu Haji di usia 40 tahun..Mmg aku ade simpanan sekarang tapi nanti kalau tidak mempunyai pendapatan tetap sure tidak bergerak je angka kt buku tu yg paling takut terpaksa guna pakai simpanan aku tu...itu yang aku tak nak..
Orang selalu cakap kat aku, suami dah ade kedai dobi ape nak kerja lagi tolong2 le dia dekat kedai. Itu aku akui boleh tapi tidak le aku dapat gaji seperti sekarang kan..Kedai dobi tu mmg le cukup makan pakai kami 3 beranak tapi suami ku itu pun banyak HUTANG nyer? Sapa nak jawab tu...Aku takut nanti bila hujung bulan tolak kos itu ini tinggal le brapa je untuk boss, wife boss dan anak boss ini..Tapi itu langkah terakhir yg aku akan ambil setelah aku sudah tidak upaya untuk bekerja di sini. Buat masa sekarang aku boleh bertahan lagi kedepan2 aku tidak tau..sebab utama aku kesian kan Wildan dan suami ku itu..Agak penat dia untuk bekejar hantar aku ke ofis dan jadi runner collect and deliver baju sana sini. Itu belum lagi dengan karenah pekerja2 Indon sekelian...lagi satu masa kami 3 branak pun jadi agak kelam kabut...Komunikasi pun kadang kala tidak seperti dulu...Yelah bile sampai rumah pukul 7 aku dh rushing dengan urusan rumahtangga..Wildan dengan Ayah dia je..kadang ngamuk nak perhatian dari aku...After dinner 9 lebih mcm tu Wildan dh tido...Kadang Ayah nyer pun sama tido tinggal le aku selesaikan kerja2 rumah yg lain. Kurang le komunikasi nyer...
Bila fikir ini semua aku kena buat sesuatu...Aku suka ayat kawan ku 'Married need penjenamaan semula'..Alhamdullilah tahun ini usia perkahwinan ku menjengah usia 5 tahun...Moga Tuhan panjangkan lagi jodoh ku...