Entry ni bagi aku agak terkesan dalam hidup aku. Sebab? Aku nak cerita pasal adik OKU aku, dengan ayah aku.
KIsah ni, minggu lepas, rasanya..ke 2minggu lepas. Tak ingat dah aku. Tapi jalan ceritanya, aku sentiasa ingat.
Pagi tu, masa dalam bilik., pukul 10 lebih kurang, adik cakap die yak(berak)..dia pakai pampers. aku keluar bilik, nak ambik kan wheelchair dia. Tapi dia tau, ayah ada kat rumah. Awal-awal lagi dia cakp "bah nak ayah." Ayah pun dengar sebab kebetulan masa aku keluar bilik, ayah nak keluar pergi bank kejap. Oleh kerana adik da cakap nak ayah, aku biarkan dia dalam bilik tu. Dia main laptop. Aku pergi dapur, cari sarapan. **baguih punye perangai!
Mama bawakkan kerusi roda kat adik, dan tolak dia sampai bilik air. Tapi masa kat bilik air, adik dah taknak dengan mama. Masih cakap "bah nak ayah." Mama pun tinggalkan dia kt luar bilik air dan pergi sambung kerja mama kat ruang tamu. Aku la perhatikan adik kat depan bilik air sebab dah dekat dengan dapur kann.
Aku baru nak mula makan, ayah balik. Bila ayah dengar suara adik panggil dia dari bilik air, Δyah pun mulakan dialog, sambil tukar pakaian dalam bilik.....
AYah: cuba fikirkan cara bagaimana nak buat dibah suka kat semua orang. Bukan ayah seorang.
Mama: abang ada kat rumah je dia jadi macam tu. Kalau abg takde, dia boleh je buat dengan kami kat rumah ni. Kalau dia kuat pun, dia boleh buat sendiri. Mandi sendiri, basuh yak sendiri. **Kuat tu maksudnya time dia tak datang sawan lembik.
Aku: kami dah tak boleh buat dia suka kat kami. Ayah yang kena buat dia tak suka kat ayah. **Kedengaran tak logik kan? Ahaks...
Ayah: ayah rasa sebab layanan. Layan dia cara kasar, berkeras dengan dia. Sebab tu dia taknak ngan mika(read:korang)
Aku: takdenye ayah. Kalau kami tak berkasar sekalipun, guna cara lemah lembut pun dia taknak jugak bila dia tau ayah ada kat rumah.
Mama: abang tu yang manjakan sangat dia. Apa dia nak, semua bagi.. dah tu semua la dia nak dengan abang.
Ayah: ayah pun duduk dalam rumah ni jugak. Ayah pun nak rasa "hidup" dalam keluarga ni. Sampai bila nak harapkan ayah je tuk jaga dibah? Ayah bukan hidup selamanya.. (aku&mama dah senyap,tunduk. Aku nak nangis dah. Nyorok muka kat belakang langsir pintu dapur)..ke nak tunggu ayah takde baru nak fikir? BAru nak ubah? Fikirlah betul2..ayah ni lelaki..dibah tu perempuan..**aku diaammmm
Ayah tolak dibah masuk bilik air. Mama buat muka kat aku, suruh tolong ayah. Aku pun bangun dari kerusi makan, pergi bilik air. Ayah tengah bukakkan baju dan seluar adik. Dah siap tu, aku nak tolakkan la, pastu adik kata "ayaahhh"...maknanya dia nak ayah yang tolakkan. Taknak aku. Ayah cakap kat aku "takpe la, pergi la makan." Aku pun masuk, aku tahu ayah kecewa. :-(
Aku baru mulakan suapan. 2,3 suap, mama buat isyarat lagi.. suruh tolong ayah. Tak kan aku nak cakap "ayah yang suruh makan".. aku pun basuh tangan, pergi tunggu depan pintu bilik air. Aku perhatikan je dari pintu tu sebab tak muat ye nak masuk sampai 3orang dalam tu, dengan wheelchair adik lagi. Aku tengok ayah dapat uruskan dengan mudah. Adik bagi "kerjasama" yang penuh kat ayah. Aku rasa kalau kitorang yang uruskan, pasti ada je onar dia, seperti selalu. Mungkin adik yakin dia selamat bila dengan ayah. Maksudnya, ayah mampu elakkan dia dari jatuh. Dengan kami, kadang2 bila dia kena sawan tarik dalam bilik air, kami pun jatuh sekali. Sebab kudrat tak cukup nak tampung dia. Dengan ayah, dia tak pernah jatuh. Hurm..pelbagai kemungkinan yang boleh dijadikan alasan dan sebab musabab mengapa adik lebih suka ayah dari kami yang lain.
AKu. Bukan tak pernah berkasar dengan adik. Tika sampai masanya bila syaitan menguasai nafsu amarah, aku jadi ilang sabar. Tapi aku tak pernah dera dia. Kalau dah marah sangat, aku biarkan je dia kat situ. Aku lari. Masuk bilik. Pastu mama setelkan.
Tak semua boleh nilaikan apa yang berlaku. Hanya bagi yang pernah rasa hidup dengan dia je, akan faham perasaan ni. Korang ada adik-beradik Oku? Jangan sama kan dengan adik aku. Tambah2 yang Syndrom Down, totally different.
Ya Allah, Kau permudahkan lah urusan kami. Kau sembuhkan lah penyakit insan bernama Adibatul Akmal Mohd Dahalan ini. Kau titipkan lah kesabaran yang menggunung dalam hati2 insan yang bersamanya. Sesungguhnya kuasa-Mu tiada tolok bandingnya.
YA Allah, panjangkan usia kami. Tetapkan hati kami untuk berjuang di jalan-Mu. Kuatkan iman kami dalam mencari redha-Mu. Bimbinglah kami ke jalan syurga-Mu.
AMiinnn ya Rabbal 'aalamiinnn.....
AMiinnn ya Rabbal 'aalamiinnn.....