Sunday, October 31, 2010

Najwa's Wedding - part 2

Hari ni 31.10.10.. majlis persandingan Najwa Awatiff & Azizan.. ari tu dah citer part nikah kan.. ni yang majlis resepsi ni.. sesampai saja kat umah pengantin perempuan.. uishhh tu dia panjang sungguh khemah2.. hehehe.. ni wedding serentak najwa & adik lelakinya...

Ni gambar2 pasangan masa akad nikah..

Ni 2 orang pengapit.. heheh.. m classmate jgk...

Of course yg tembam itu adalah aku.. hahahha... mengong sungguh..

Puan Najwa Awatiff

Kengkawan satu U dulu lah ni



Haaaa.. x banyak gambar sangat sebabbbb... ari ni bibik tak ikut.. so kenalah jaga iman jugak.. kot dibuatnya hilang dalam lautan manusia cam mana.. hahaha... poyosss...


yang paling aku nk puji ialah.. lauknya sedapppppppppp.. hehehe.. ya ampun x senonoh sungguh aku kan.. tapi tak kisah lh bukan selalu boleh makan cenggini kan.. hahaha

The Champion....







See... Akhirnya.. piala kemenangan berkunjung jua ke Kelantan.. Semalam nak di jadikan cerita. g makan kedai yaya.. aku dah dgr sket-sket lintas langsung dari stadium lah.. balik keje pun kat atas jalan memang berduyun2 kereta dengan bendera Kelantan.. uishh.. bangga kejap lah kan..

Balik umah kul 8.35, terus aku tukar ke TV1, pak mertua aku ikut jer lah kan.. nk buek cam mano.. hahah.. dengan bangganya aku cakap negeri aku yang tengah main tu. dari dia dok tengok bola omputih tu kan.. hahah.. sedang asyik tengok tu, minit ke 13 impian ku dirasakan hampir hancur berderai bila N9, berjaya menjaringkan gol.. tai tu pun penalti lah kan.. dah 30 minit aku rasa cam bosan sebab ingat kan Kelantan Akan kalah.. hahha.. terus naik bilik bukak CD Madagascar tuk iman.. haha..

Kul 2.30 tersedar dari tidur, keluar dari toilet teringat pasal bola, dengan berdebarnya on laptop.. tgk status kat FB.. wah.. gembiranya.. Kelantan menang 2-1.. Akhirnya.. impian pasukan The Red Warrior dan penyokong2 nya termakbul.. hahaha.. Bangga rasanya.. kekeke... Ahad diumumkan cuti peristiwa bagi rakyat kelantan..

Friday, October 29, 2010

Nasi lemak... ooo.. Nasi Lemak

Sejak tahu Pregnant makan tak pernah kisah dah. Main bedal jer. Dulu Risau gak badan naik walau hakikatnya memang badan aku gemuksss.. hahaha.. ada aku kisah.. ngeh ngeh.. Lani boleh dikatakan hari-hari saya makan nasi lemak.. owhh nikmat yang dah lama aku tak rasa. dulu makan pagi Subway.. hahaha.. konon makan Subway tak menggemukkan. ceis..

Hari nih ambek ko.. dua bungkus sekali aku beli nasi lemak. Satu taruk sambal kerang.. satu taruk ayam goreng.. sampai ofis kul 9.15 (Terlebih plak ari nih.. hahaha).. terus on PC then mula menikmati nasi lemak dengan ayam goreng.. fuuhhh dia punya nikmat tuh.. menjilat sudu.. tapi masalahnya bila dah makan nasi lemak nih.. kul 11 jer mata aku dah mula hampir-hampir nak menutup tirai.. kekeke.. mengantuk yang amat rasanya. 

kul 1.15 plak tadi.. sebungkus lagi nasi lemak selamat sampai ke dalam perut aku.. tp kali ni tak habis. rasa loya mengatasi segalanya.. hahaha.. terasa nak terkeluar balik tapi tahan jer dulu kan. tak tahu berapa lama boleh bertahan. tahap mengantuk pun dah rasa cam capai tahap maksima dah ni.. kalau dapat baring-baring atas tilam mesti best nih. hahaha..

 Ni ihsan dari Google..

Lawak di pagi hari

Ya.. hari ni aku kembali dengar radio on the way g keje.. dah agak macam bosan sikit hari-hari dengar lagu Maher Zain kan.. bukan lah bosan sebab lagu-lagu dia sumer best2. cuma hari2 dengar cam tak best lah pulak kan. tadi pasang Hot FM..Faizal dgn AG jer pagi ni.. dan2 aku pasang tuh ada temuramah dengan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz..menteri besar Klate lah tu.. 

Memang rasa cam sakit perut pulak aku gelak. Ceritanya biasa2 jer tapi sebab cara Tok Guru bercerita membuatkan aku ketawa. Pasal bola.. perlawanan akhir esok 30/10/10 antara Kelantan vs Negeri Sembilan di stadium Bukit Jalil.. Tok guru kata "Gomo tu kalu hok tok molek kito tok se, keno jago tatasusila kito sebagai rakyat kelate, duduk sini aman" hahaha.. ado lagi.. pasal dio naik kudo "dulu mok ayoh saya ada pelihara 4 ekor kuda. Jadi kami adik beradik berlumbo naik kudo. Bila saya menang, sayo akat tange. tibo-tibo ada bewok melintas, kuda tu berhenti mengejut, Saya jatuh menyebabkan tulang belakae saya tercedera" tulah lebih kure dialog dio.. tapi cara dia bercerita bersahaja tak de lah nak control bagai sebab kan dia seorang menteri kan.. 

Saya akan menonton perlawanan akhir piala malaysia ini tapi di rumah jer lah. tu pun kalau bapak mertuaku tak conquer tv lah kan.. hahaa.. tp petang tu rasanya wajib nk g round2 area bukit jalil nak tengok gelagat penyokong pasukan ni

Tak Larat...

Seriously hari ni rasa tak larat nak bangun.. angkat je kepala rasa macam nak muntah.. adoiiii.. cam mana nih.. harap2nya morning sickness tak lah teruk sangat.. semalam cuba makan asam. tapi ang adooo... tak jalan jugak, tetap loya2 tu ada. aish.. 

hari ni saya tengah pikir nak pegi keje ke tak nak ya.. hahaha.. sekarang pun nak kena selongkar beg2 baju dalam stor nih, cari baju mengandung dulu2 kan.. kalau x, kena beli lagi lah jawapnya.. encik suami sila sediakan duit ya.. sebab saya rasa nk bercuti sepanjang pregnant ini... hahaha... 

Kisah Anak-Anak

Ni nak citer kisah anak2 ya.. anak-anak sapa??? tentulah cucu2 keluarga Mek Yah + Zainudin.. hehehe.. iaitu anak haku Iman Irdina Tenenkouda Bt Sory Camara Dgn Anak kakak haku Amer Amsyar B. Asmadi.. lahir tahun yang sama cuma beza bulan lah. jauh gak lah bezanya ya.. hehe.. Iman lahir bulan 3, Amsyar lahir bulan 12.. Iman lahir melalui tingkap..Cesarean lah , Amsyar pulak dilahirkan secara normal.. hohoho..
 Iman & Amsyar..

Balik raya ari tu, wah seronok tengok.. ceria jer rumah kan.. ish ish ish.. Amsyar memang cerdik, part yang best kalau orang suh buat bunyi burung lah. sejibik cam bunyi burung yang dia dengar tu.. oh yes lagi sebabkan tahun ni Uncle Bob beraya bersama kira lama jugak di kampung, Amsyar pun ingat lah Uncle Bob.. siapakah Uncle Bob??? hhahaha itulah encik suamiku.. ngeh ngeh ngeh.. 


wokeh.. nk g keje nih.. nanti kita sambung lagi ek..

Thursday, October 28, 2010

Mendidik Anak dari dalam kandungan

Uishh.. dulu aku banyak membeli buku2 pasal pregnancy bagai nih kan. Nanti nak kena selongkar balik stor cari buku2 nih balik. Dah kebosanan dok office nih kita google jer lah cara didikan anak2 mula dari dalam kandungan kan.. 

1. Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.

2. Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia. 

3. Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal. 

4. Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.


(Di copy dari kamusgambar.com)

Wednesday, October 27, 2010

Mengidam

Oh My God.. sejak dua menjak tahu pregnant nih kan.. mulut sudah terasa macam nak makan macam2.. ish ish ish.. adakah ini wajib dirasai oleh sumer ibu-ibu mengandung???.. atau apakah ini sebenarnya yang di panggil Psikologi.. mungkin.. hmm cam mana nak buat ya.. dah terasa nak makan mee ladna nih.. hahaha..


Sedap kan nampak.. ish ish ish dah lah tengah hari tadi aku skip lunch makan biskut jer kul 3 tadi.. nih dah rasa perut sebu jer.. angin mula menolak2 hulu hati.. jadi kemungkinan untuk aku mengeluarkan semula isi perut kalau makan dinner nanti amatlah tinggi.. Orang cakap nk elakkan muntah2 tu, perut tak boleh biarkan kosong.. pastu lepas makan jangan tidur yer ibu2 sekalian. 

tapi aku dah lepas makan, bila rasa meloya tuh memuncak, memang katil lah tempat paling selamat dan paling membahagiakan.. hhohho skrg aku ajar iman, "dalam perut mama ada baby.. kakak sayang baby x?? kalau sayang kena kiss baby hari-hari".. hahaha.. sah orang cakap aku mereng.. tapi ado aku kisah.. yg ptg sekarang hari2 iman akan kiss bila aku tidur.. tapi .. oh ada tapi.. aku pun kena kiss perut dia gak sebab dia kata dalam perut dia pun ada baby..

ngeh ngeh ngeh... ya Auntie chinese sblh rumah dah tahu aku pregnant.. cam mana dia tahu?? dia teka jer.. tanya maid aku.. maybe dia blh nampak ke kan perubahan badan ker haper kan.. ish ish ish.. pandai no auntie.. dia siap ckp dgn maid aku kalau nk dia boleh belikan herba cina untuk aku.. wah terharunya saya.. auntie memang baik..

Susu Ibu...

Ya.. kali ni nak citer pasal susu ibu lah pulak ya.. sementelaah saya sekarang sedang mengandung walau masih awal, tapi saya amat bersemangat kali ni untuk menyusukan my 2nd baby dgn susu badan. Untuk Iman dulu sempat sehari jer. Mesti ada yang kata kan pehal lah ko sehari jer susu badankan iman tu. ceritanya begini, masa bersalin lepas operate tuh susu saya tak nak keluar. walau pun mak saya tuh bekas nurse, tapi di sebabkan excited dapat cucu sulong, terus lupa pasal susu badan agaknya.. hehehe. Jadinya 1st day iman minum susu mintak dgn ibu depan katil kat hospital lah. bagi dengan sudu.. kekee.. lepas tu susu keluar tapi sikit2. anakanda ku mungkin rasa x puas kot. tambah pulak dengan puting yang sakit sebab kena gigit dengan gusi ke kan. Terus lupakan hasratku nak breastfeed.. ish ish ish .. menyesal rasanya.

Uish baru tadi dok godek2 dalam tenet.. Lani siap ada pil tambah susu.. hehe..boleh caya ke. Seperti yang di ketahui susu ibu amat penting dan banyak khasiatnya.Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."

Hmmm.. ok untuk kehamilan ke2 ni, dengan penuh semangat dan harapan agar saya berjaya memberikan susu badan sepenuhnya kepada bayi saya sehingga mencapai usia 2 thn.. Jimat jugak sebab susu formula kena beli kan.. hehehe.. 

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin. Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa(sumber dari sabah.org.my)

Okey.. nanti kita kongsikan lagi info yer.. 



Keje..Keje..

Untuk 2 minggu berturut-turut aku berjaya mendisiplinkan Iman.. Tidur pukul 8 mlm, bangun kul 7.30 pagi.. hehehe.. yes.. kalau tak, tidur kul 12/1 then bangun pun kul 12/1 tgh hari gak.. haish..

kebiasaannya kalau nak g keje, iman bangun awal. Dia akan nangis-nangis nak ikut lah kan. So aku memang akan bawak dia pusing-pusing keliling kawasan rumah tu then hantar dia balik lah.. Hari ni punya lah best. Aku dah pakai kasut, dia pun siap-siap pakai kasut gak. Dengan selamba jer berjalan ke kereta.. bibik tanya "Iman nak kemana tu?".. "Keje, Keje"..selamba jer iman jawap.. hohoho anakku.. makin lama makin pandai. tak de dah nangis2 lagi. 

Semalam pun Balik keje aku beli susu dia 2 kotak. Siap bukak pintu belakang ambik sendiri plastik susu bawak naik. kagum aku. bagus..

Ceriakan Hidup Smeta deh.. Part 2

Kantoi 16 :ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije...aritu hotel xdak api,blackout, so guest kol la hotel ,dia yg cakap
guest : " nape takde api ni"
awek : " maaf cik,black out.api berJENTAP"
  
Kantoi 17 : Dalam sebuah komuter...
                  “abang boleh ALIH sikit tak? Saya nk duduk ETEP.”

Kantoi 18 : Ada org luar tu dia mari jalan kampung...org kmpung tu tau doh dia orng luar..
Ore luar tu g jale umoh woris dia..woris jauh2..jadi anak tuan umoh tu nak kecek luar jugak la..
Org Luar : ' mak ada tak? 'Anak Tuan Umah : " takdi mak ada duk tanah .. dia cakap nak gi tembak, nk g beli lauk..... "
[standard org2 kg kat kelantan..waktu2 tengahari, kalau nak beli ikan, mereka akan tunggu penjual ikan datang ngn motor kat tembak (tepi jalan ) ]

Kantoi 19 : haha..aku ado kisoh saen aku dio nak beli kuih d bazar ramadhan ari tu...die beli kuih rm2 gune duet rm5 pahtu mok cik kedai tu wi balik rm 2..so dio ni oyak ar,
"mok cik cucur lagi xcukup seringgit.." mok cik ni pon oyak ar.."cucur xde dek, kalo nak kat kedai sebelah ade".

Kantoi 20 : aku tringat pok sdaro aku maso gi kijo s'pore dulu sebelum tu dia gi jale2 di johor dulu...dia skali nga saing2 dia 3 oghegi lah beli air....pah tu dia tanyo mokcik tu...
"kak..... PLETIM adaa?" kakok tu ngango sapa.......saing2 dia pecoh perut dengar " PLETIM"

Kantoi 21 : tringat ado soghe saing crito maso dio baru pindoh singapore...maso tu dio skoloh rendoh lagi...ado sari tu mok dio suruh gi keda beli bare...
saing : toke...kakah sup ada?
toke : hah?? kasut? kasut tak ada...itu terompah ada la...
saing : bukannn...kakah sup la...ada ke?
toke : aiya...saya sudah cakap kasut tak ada...terompah saja ada...
saing : (balik rumoh gi tanyo mok dio kelik) ma...cino tu duk royak kasut kasut tropoh...royak nok kakah sup...duk tawar tropoh dio...
mok saing : ma tok ingak nok royak sini oghe panggel repoh sup (rempah sup)...
saing : pade pong cino tu tok pehe...

Kantoi 22 : aritu mak mentua saya ikot balik kedah. time maghrib, suami n abah saya nak pegi surau.mak mentua saya gi tanya kat abah saya
"ustaz nok gi balasoh doh ko?"terkejut abah saya . "taklah mek, nak pegi belasah sape pulak ni?"

Kantoi 23 : membe saya cikgu,jenis pekat gler kelate tp ngajar di kL...budok2 biaso laa gege dale kelas..pastu dok tubik masuk tubik masuk..pastu dio jadi nk maroh gilo...nak marah ko budok2 tu. Dia oyak :"awak ni kalau bising skali lagi..saya akan suruh awak TUBIK!!!"bdak2 KL hok dengar terpinga-pinga.."apa dia TUBIK cikgu?"

Kantoi 24 : budak kelate:- mu gi beli timun cino kejap...budak johor:- nk berapa?.....budak kelate: (ngan muka confiden) mu beli daley 4-5 butir jadi ah...pastuh budak johor tuh pegi kedai nak cari timun cina... selang beberapa minit kemudian...
budak johor: "aku cari banyak kedai dah.. takde pun orang jual timun cina... apek buah tuh siap marah aku lagi.. dia kata dia tak pernah pun dengar timun cina, timun india, timun melayu...."
masa tuh kitorang dah keras2 ketawa...... lepas explain kat dia yang timun cina tuh tembikai.. ngan dia2 pun ketawa besar.....

Kantoi 25 : Sepupu aku hok duk johor balik cuti kat kg aku..pah tu gak adik aku nk tido laa skali depan tv dgn spupu johor aku tu..pah tu byk nyamuk..dio pun oyat gini..
"BANYAKNYE NYAMUK...BERBEROM-BEROM (bunyi nyamuk)...hahahaha..

Kantoi 26 : Ado promoter gas mari umah aku..nk jual kepala gas untuk keselamatan gas gapo xtahu...mok aku hok interested nk beli..pah mok aku ty laa..nk guno lagu mano ni..dio pun jawab..."mcm ni mak cik...kepala ni bawah ni mak cik CONCOS kat tong gas ni....

Kantoi 27 : Ore kg aku duk KL, jenis tok beso kecek luar...dia ada duit besar nok g tukar keda...nok oyak guano ni nok tukar duit ni...dio kecek luar jugak...“bang, nak tukar duit HALUS ada ?...”

Kantoi 28 : dj radio: assalamualaikum pendengar: wa'salam...dj radio: bagai mana keadaan cuaca di Jeli skg?pendengar: hujan berek-berek.....

Kantoi 29 : ada anak buah kawe jate sore bdk KL.. umur 6 thn..comey kakloh jugok la... bila balik kg, budok2 tino pakat2 kerumun anok buah kawe tu,,serupo ore ulu tok rajin jupo manusio.."Eiii... comANnye... geraNnye.... nama awak sape.... tembaNnye pipi... rasa mcm nak KENGKAF jerrrr.."

Kantoi 30 : didi gi kl umah abg dia...abg dia suruh gi kedai beli gayung...so dia pon gi kedai..smpai kedai dia tanya tokey..."BANG, ADA JUAL CETONG TAK?"...

Tuesday, October 26, 2010

A journey Begin here...

Oh yes.. hari ni aku nak cerita sikit lah pasal pengalaman mengandung ni kan. Dulu masa tahu jer pregnantkan Iman, uish.. awal-awal tu memang teruk yang amat. tidur jer lah keje nyer kan. makan pun tak lalu sebab asal makan jer, muntah balik. sampai perit lah tekak. Mana-mana ibu mengandung yang tak ada morning sickness tu bertuah lah. Aku dulu awal-awal pregnant memang menyedihkan lah, dengan encik Suami balik ke negara dia untuk tempoh selama 3 bulan ko. Ish Ish sedih yang amat.. puasa pun berdua dengan adik aku. Pagi-pagi bangun sahur aku makan sensorang dengan linangan air mata sebab sedih. Adik aku memang Tak pernah bangun sahur lah kan. kalau boleh di kira rasanya separuh jer aku larat berpuasa. Sebabnya asal tengah hari 2 3 kali muntah.. pernah lah tahan gak nak puasa, dah siap berbuka dah makan mee goreng sepinggan bangun jer dari kerusi terus keluar balik tak sempat nak tahan dah.. ish ish ish ..


boleh nampak kaki baby tuh kat perut mak dia.. bukan perut aku yer


Masa 6month pregnant tu, aku dimasukkan ke hospital Serdang sebab bleeding. Bleeding nya kejap jer lah tapi sbb takut pegi lah jugak kan. So kena admitted for 3 days. Scan, doktor cakap Low Placenta - stage 1. oohhh.. lepas 3 hari tu ok lah dah tak ada dah sumer2 tu

Sampai lah dah dekat 3rd Trimester tu baru aku ok. Tapi selera makan ya ampun.. hehehe dah jadik mak buyung + mak dugung pun ya. Dengan kaki membengkak lagi. pakai jer sandal asal bukak akan nampak kesan lah kan. uish uish.. 2 bulan sebelum tu pun mak aku dah datang tunggu.. al maklumlah cucu sulong kan. hahaha beranaknya idok lagi. 2 minggu nk due date pun aku still aktif lagi menjelajah sungei wang + low yat dengan encik suami tercinta. Doktor check pun hairan gak lah sebab kepala baby tak masuk pun lagi kat tempat dia. Aku nyer EDD 7.3.08 tapi x der tanda2. Mak aku cakap anak sulung boleh jadi 2 minggu awal or 2 minggu lewat lah kan. 8.3.09 tuh kan Pilihanraya kan. mak aku dah balik kampung lah. lepas maghrib tu aku rasa kenapa baby tak bergerak jer. So aku drive lah sendiri di temani adik2 ke Hospital serdang. Nak nunggu en suami balik rasanya baik x payah lah. Doktor check katanya normal jer. tapi tetap kena admit sebab nak tunggu pakar. Esok nya pagi doktor check katanya ikut mesin scan 4kg. tapi ikut tangan dia sentuh maybe around 3.6kg jer lah kot. 

dah pagi tak makan paper. Suamiku cakap kalau boleh biar bersalin normal. uish. doktor masuk cakap nk buat operation lah kan sebab aku punya BP dah mencanak2 naik. ish  ish takutnya. di suruh aku berpuasa. dari pagi x makan haper. Aku sendiri sign surat kebenaran sebab suamiku keluar antar adik dia kan. pukul 8 baru lah disorong ke bilik bedah. doktor bius separuh badan. Tapi memalng rasa lalok lah. kejap jer x sampai 15 minit dah dengar baby nangis. tapi dia tak tunjuk pun. yang aku dengar doktor2 tu sibuk berdiskusi pasal pilihanraya. haish.. hehehe.. itulah yang keluar Iman Irdina Tenenkouda seberat 3.67kg. 
 ginilah gomannyer kalau cesarean yer

 ni dah lepas.. dah siap jahit bagai dah.. oppss bukan perut aku jugak.. gambar dari Google 

ni lah gamaknya kalau bersalin normal kan.. uishh

 
Harap-harap untuk pregnant kali ni aku akan tabah. ni tak ada lagi lah rasanya loya-loya bagai kan.. hehehe,,,,

Monday, October 25, 2010

Admire dengan kecantikan Erra Fazira

Ni sorang lagi minah ni. Muka lawa, badan cantik walau dah beranak 1 kan. aku nih makin mengembang dengan jayanya walau susah pelbagai cara di lakukan, lelemak degil kat badan ni macam tak nak pergi jer. adusss..

Cuba tengok gambar Erra fazira yang di ambil dari blog budiey.com ni yer. mesti ibu-ibu di luar sana rasa tercabar kan. hahaha. aku memang rasa tercabar. tapi di sebabkan kondisi aku sekarang ni aku tak boleh nak berdiet lah kan.. bantai makan jer apa aku rasa nak makan. insyaAllah tahun depan lepas pantang kit a diet betul-betul ek..

Saya akan jadikan Erra Fazira sebagai idola saya untuk kuruskan badan.. "tengok orang kalau tubuh kurus, cantik , pakai apa pun tetap menarik" ni lah dialog tak leh blah dari ibuku.. hahaha.. yer saya tahu. tapi keturunan kita semuanya besar2 comel2 jer lepas bersalin kan. nak buat cam mana. aish.. 




 

MIA SARA

Suka Sesangat tengok muka Mia Sara ni kan. Cute yang amat. ish ish ish.. ni nak2 time pregnant nih memang kena tengok muka budak-budak cute lah kan. orang kata nanti boleh lah tempias sikit.. ngeh ngeh ngeh.. tengok dia belakon dalam epilog syurga cinta pun memang best. menjadi jer budak nih bawak wataknya. pandai mak bapak ajar kan. 


ni dah kebosanan yang amat kan. aku pun godek-godek lah blog2 artis lain kan. Pegi dkt budiey.com, ish ish ish makin meleleh air liur tengok gambar budak kecik ni.. cantik. besar nanti mesti cun nih. gambar2 nih di ambil dari blog budiey.com...


 Hak ni cam bapak ngan anak kan..



Insha Allah..Maher Zain

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost
And That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah [x2]
Insha Allah you`ll find your way
Insha Allah [x2]
Insha Allah you`ll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can`t repent
And that it’s way too late
You`re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don`t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah [x2]
Insha Allah you`ll find your way
Insha Allah [x2]
Insha Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way
Showed me the way [x3]

Insha Allah [x2]
Insha Allah we`ll find our way
Insha Allah [x2]
Insha Allah we`ll find our way
Insha Allah [x2]
Insha Allah we`ll find our way
Insha Allah [x2]
Insha Allah we`ll find our way
Insha Allah [x2]
Insha Allah we`ll find our way
Insha Allah [x2]
Insha Allah we`ll find our way

Saturday, October 23, 2010

The Red Warriors

Walaupun aku bukanlah peminat bola sepak.. tetapi aku tetap menyokong pasukan negeri kelahiranku, kelantan the red warriors.. ish ish ish .. hebat sungguh tahun ni na.. hehehe.. minggu depan sekali lagi boleh tengok gelagat-gelagat penyokong kelantan seperti tahun lepas, naik motor pakai baju red warriors dengan bawak bendera lagi. fuuhhh.. banggo semeta ore klate kato lah.. 
 the red warriors team (gambar dari theredwarriors.com)

tetapi jangan ko tanya aku nama pemain kelantan ini.. hahah yang aku ingat ialah Indra Putra Mahyuddin.. tu jer lah.. ngeh ngeh ngeh .. ok lah kan..

Resepi untuk si manja..

Ni resepi bubur nasi.. tapi macam-macam ada kat dalam ni.. hehe

Resepi pertama

* Segenggam beras
* 15 biji kismis kuning
* 2 biji buah prune
* 5 biji kurma lembut tanpa kulit
* Sepotong betik masak ranum yang manis (buat kiub kecil supaya mudah dilecek)
* Air rebusan barli

Cara-cara

1. Masak beras dengan air rebusan barli hingga kembang.
2. Masukkan kismis,prune dan kurma.Masak hingga kembang dan pekat.
3. Lecekkan potongan betik di dalam bubur yang telah masak.Sedia utk hidangan.

taraaaa... sng kan.. kalau anak dah besar sket tak payak lecekkan pun x apa tapi potong dadu kecil-kecil.

Resepi ke-2

Bahan-bahan ( 1 Orang )

* 1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)
* 1 biji kentang
* 1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
* Sedikit lobak merah
* Sedikit celery
* 1/4 cawan makaroni
* air

Cara-cara

1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa.


Okey.. lain kali kita sambung lagi yer.. dgn gambar sekali

Ceriakan hidup smeta deh.. Part 1

Ni adalah bahasa-bahasa kelantan yang di bakukan mengikut peredaran masa.. hahha (owh aku orang kelantan sebenarnya ya..)

Kantoi 1: Gu kawe kijo hotel,dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok,dio tunggu la sapa uje berenti baru dio oyak ko guest, kawe denga dio oyak gini"mari kita pergi encik,hujan sudah SERIK ni"

Kantoi 2:  Dulu,mase kat belaja kat kolej,kelas komputer,kawe aja gu kawe pasal komputer,doh dio slow nok teke tikuh tu,kawe kato la gini"Ming,tunggu gapo lagi nyo, PENYEK la mouse tu" .Gu kawe pun kato,oloh,kapong molek bahaso mung,mujur mu tok oyak JIREK

Kantoi 3: Kawan abg ipar aku kantoi ketika dinner di hotel, biasalah kan waiter akan refill air sejuk dalam gelas tu kan..dia kata lebih kurang macam ni semasa waiter itu sedang menuang air kedalam gelasnya.."adik, dah banyak air tu, PADAM, PADAM.."dengan muka yang selamba dan serius..

Kantoi 4: kwn aku... dia nak bayar harge pulut lepa kat cafe....dia sebut “pulut LEMPA satu”... sepatutnya pulut panggang

Kantoi 5:  cikgu : ada berapa jenis KUTUB kat bumimurid : dua, cikgucikgu : nama dua jenis kutub tersebutmurid : KUTUB AYAM dan KUTUB DAGING
 (khutub @ kerutuk)

Kantoi 6:  cikgu: kenapa baju sekolah awak ade bintik2 hitam?murid: Baju saya kena PERTIK SAWA cikgu.

Kantoi 7: ni cito aku pulok....maso mulo2 masuk kolej...gi cafe beli air dale gelas plastik mcam kat psar malam tu..pahtu maso nok bayar tuh..."kak, ada TUDUNG tak?" sambil tgn tunjuk kat atah gelas tuh....kakak tuh mulo2 tok pehe....doh aku duk tunjuk atah gelah tu dia pun kata..."ooo....penutup"....dgn muko selamba..."a ah penutup"....malu weh....hehehehe

Kantoi 8: kwn aku citer cara2 masak kerutup..”mula2 panaskan minyak...masukkan bhn kisar...tumis hingga naik bau...kemudian masukkan AWAS.....”

Kantoi 9:  “saya tinggal bersama ayah, ibu, adik dan kakak. rumah saya berdekatan dengan rumah nenek. kadang-kadang rumah saya BERKUBANG.....”

Kantoi 10:  Aku pernah dengar statement ni kat bank...“hutang encik yang perlu bayar ialah dua ribu tiga ratus lima puluh ringgit point SAMAS.....”yg ak nk sukonyo ore wak oyak tu ore cino......

Kantoi 11: kemarin dulu anak aku muntah atas katil, abih aa kena dkt cadar ngan toto..smlm kitaorg tengah masukkan toto ngn cadar dlm mesin basuh..pah, aku oyak gini dkt hubby aku .." bang, lupa la nak ambik SAMPUL BANTAL sama.."laki aku bantai gelak..ingatkan surat je ada sampul..bantal pun ada gak ke?

Kantoi 12: peristiwa kat bandar jengka...member kelantan aku gak.....'BANG MINTAK SUPIK SATU'.....wakakaka.....bercakap luar tuh...

Kantoi 13: masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar...ada housemate budak kedah nak pinjam motor...dia tanya mana kunci motor aku...dengan macho nya aku jawab...'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..'hahahahha

Kantoi 14: masa di U mulo, ado member aku ni buleh awek bdk Johor.. mmg sokmo berigak ayat kelate time dia berkecek luar ngan awek dia tuh.. contoh paling kelakar aku igt lg masa tu dia tgh bergayut tanya khabar awek dia yg demam..
 "Ayang.. camne dah "sial" ke belum demam ayang tu?" pastuh lagi.. "sori la abang x sempat call ayang, abang tidor strik (straight) td"

Nanti kita sambung lagi yer.. ehehehehe

Isteri ke-2 kerat Zakar suami..

Tajuk macam seram kan.. kekeke. Berlaku di Jakarta, Isteri ke-2 yang berang kerana suaminya dikatakan mempunya hubungan sulit, telah membunuh suaminya dengan menghentak kepala suaminya yang sedang tidur dengan tong gas seberat 3kg. Lagi kejam mayat suaminya di kerat 14 bahagian. Zakar suaminya di buang ke sungai sebab terlampau marah.

Dia adalah isteri ke 2 kepada Karyadi, Seorang pengawal keselamatan yang sudah mempunyai 4 orang isteri. hmm.. cam pelik jer bila aku baca kes ni. isteri ke-2 marah sebab suami curang. kalau isteri pertama logik jugak. tak kisah lah kan. Ni lah yang akan terjadi bila nafsu mengawasi akal. ish ish ish .. sungguh tidak logik. 

so para suami di luar sana pikir dulu ya sebelum curang. Mudah-mudahan benda ni tak kan terjadi lagi lah kan.

Friday, October 22, 2010

Akhirnya

Ada baca paper tak hari ini???? .. haha semalam panjang aku bersyarah pasal anak yang hantar ibu bapa ke rumah orang tua kan.. tu sebab cerita dalam Harian Metro semalam pasal makcik Aminah yg di hantar ke Rumah Orang tua oleh anak2 nya. 

Hari ini ada lagi sambungan, anaknya yang bongsu tampil ke Rumah jagaan orang tua. First nak jenguk sekejap, pastu Tuhan bukakkan pintu hatinya ,terus ambik bawa keluar. Aku baca pasal tu dah rasa happy lah kan. tapi... tapi... dia cakap tak tau lagi sapa yang harus jaga antara adik beradiknya seramai 9 orang tu, atau nak hantar ke rumah kebajikan lain. ish ish ish.. ada lagi.. katanya maknya dah umur 80 tahun. tak semua kata-katanya boelh di percayai kerana dah tua dan mungkin dia lupa apa yang di cakapkannya.. dalam bahasa lain anaknya nak cakap maknya nyanyuk kot lah. 

pasal duit pencen katanya, sebelum ni memang betul di gunakan untuk ibunya. lebih kurang 500 diberikan pada rumah kebajikan dan 200 untuk perbelanjaan lain bagi ibunya. Tapi lama kemudian abangnya yang ambil duit itu untuk kegunaan peribadi.. hmm susah nak cakap benda-benda macam ni. Harap-harap makcik tu dah keluar nanti tak der lagi di hantar ke rumah orang tua kan. Jaga lah ibu kita sementara di berikan peluang oleh Allah ni.,

Thursday, October 21, 2010

Make over iman's hair

 Sebelum make over (aiseh spoil lupa nk crop)

 Selepas Make over.. Rasanya curly hair suit u well dear

 dari belakang nampak ok lah kan

 sekejap jer tahan sebab x der letak ubat ker haper kan

hohohoh.. kenangkan kegilaan mak ko ni iman memang tak habis lah kan. kekeke... sekali lagi kita buat make over tuk rambut iman. ... nk tgk tak.. hahaha.. layan jer lah yer. malas nak menaip banyak sebab hari nih marathon nyer entry nih..

Najwa's Wedding

Ni hari nikahnya Puan Najwa 'Awatiff & En. Jijan.. 09.10.10..(anniversary tahun depan mesti cun tarikh 09.10.11) ngeh ngeh ngeh.. aku tak dapat nak menghadirkan diri walaupun pagi tu dah siap-siap nak pegi.. haish.. ni gambar-gambar ni di ambil dari FB kengkawan saya.. credit to Wanie & Paah.. 

Najwa chantek yang amat. sblm ni makcik ni mana suka make up bagai. muka dia polos jer. dah sekali make up nih memang naik seri dia. chantek. patut lah jijan nerveous nak lafaz akad nikah.. tapi sekali lafaz jer lah lepas.. cayalah.. sebab aku x pegi nikahnya tak dapatlah nak komen ker haper kan. letak gambar jer lah dulu. Sanding nya 31 oct. nih wajib aku pergi nk tengok najwa di make upkan secar live..









dua2 ni kawan satu batch dulu lah kan kt UM.. so sweet both of them.. jugak anak-anak dara yang mengelilingi raja sehari..

My Father In Law

Dalam FB ada ku update FIL aku nak datang Malaysia kan, hah after raya dia sampai lah rasanya kalau tak silap perkiraan aku lah kan dalam 20hb dia sampai.. aku tak der lah pegi ambik sebab malas nak ngambik cuti kan. dah sampai dekat KLIA adalah dlm 2 jam baru lepas keluar dari imigresen. Bukan lah ada problem sangat sebab nak tunggu check kesihatan jer lah normal lah kan. Husband aku macam biasalah tak senang duduk dah cnggitu kan. 2 3 kali call aku suh call imigresen. Mak layan jer lah Noq. Tak layan kang sentap plak dengan aku.. hahah..

Dah seminggu dok Malaysia dia asyiklah terperap jer kat rumah kan.. Husband aku memangjang jer busy kan. kesian gak aku tengok ayahnya. Aku ni dah lah pemalu kan. hehehe.. rasanya sekali jer lah my husbnd bawak dia keluar pegi KLCC.. tu pun dia kata nak beli parfume kan..

dah asyik dok umah jer pastu dengan masalah yang dia dengar lagi kan tiba2 dia ngadu sakit dada. tak boleh nak bernafas, dengan rasa macam nak pitam kan. so we all bawak pegi Sime Darby Medical Centre (SDMC).. terus ke EMERGENCY punya tempat lah kan. dh 2 jam gitu lah doktor cakap kena admit suspect Dia punya Blood pekat sangat sampai block dianyer Lungs... lebih kurang gitu lah kata doktor.. 30 minit gitulah aku gi urus admission registration sumer2, doktor panggil pulak cakap nk kena masuk dalam Coronary Care Unit (CCU) ni utk org sakit jantung lah kan.. aduss pening den.. dengan mana nak tel en suami yang tak ada di sisi, nak kena sign untuk buat CT Scan bagai.. aku lah tukang sign segala borang kebenaran.. muahahahaa... boleh pulak doktor tu tanya, "are u malay, malaysia?".. yer puan doktor, saya melayu malaysia.... tak caya???.. nak tengok IC tak???.. kkekke

nasib baik lah sehari jer dok kat CCU.. lepas tu tukar masuk wad biasa tapi still aras yang menempatkan pesakit jantung.. ohoho.. hari2 kena cucuk ubat nak cairkan darah.. banyak songeh plak tu FIL aku nih, dah sakit still nak minum carbonate drink gitu.. ish ish ish ... cuba pantang cam mak ayah aku tu, walau ada darah tinggi ke kencing manis ke tetap sihat ke hari ini sebab mak aku memang jaga betul2 pemakanan dia..




Iman's 1st day at Q-Des

 Cuba korang tengok leklok.. muka ngantuk lagi tuh....




Haaa... that day pegi register iman cikgu cakap dia start ambik dari 3 years and above lah.. tu pun dia cakap dah lepas aku bayar segala yuran dan lepas aku balik dalam 2 jam cenggitu lah, cikgu call.. hangin jer aku rasa. tapi dia cakap bawaklah dulu nak tengk iman boleh sesuaikan diri ker tak kan. 

so first day hari selasa sebab isnin cuti kan, bangunkan iman seawal jam 7 pagi.. mandikan dia, siap tocangkan rambut lagi. dah minum susu sumer pukul 8 gitu pegilah hantar. siap cuti lagi tau maknyer. bapaknya biasa lah lepas subuh membongkang balik lah kan. pegi hantar sampai pintu pagar sekolah, cikgu ambik dia. mula-mula okey lagi lah kan. pastu maknya ni pegi lah park keta leklok. dah tutup enjin sumer dengar lah budak nangis .."eh cam suara iman jer tu" terus masuk sekolah dan yes memang iman menangis. so tunggu lah kejap dalam setengah jam gitu cikgu bukak lagu sumer baru lah dia okey.. maknya pun balik lah umah. pukul 11.30 pegi ambik.. masuk jer kereta terus mintak susu.. 

esoknya pulak, x der hal lah nak bangunkan dia sebab semalam dah bangun awal, mandi dengan air panas sumer. pastu nak hantar pun lepas jer masuk kelas maknya dah boleh balik gitu. kul 11.30 gi ambik, teacher kata iman tidur.. OMG.. masuk2 ambik memang tengah best tido atas tilam. hahaha.. dalam hatiku berdetik "aku dulu memang kaki tidur dalam kelas, apakah anakku juga akan ikut perangai maknya yang tak semengah nih".. oh no no no...

3rd day dgn 4th day tu ok jer lah tak ada masalah cuma teacher cakap bila dah start keluar main dia tak nak masuk kelas lagi dah , ni satu lagi perangai maknya time sekolah dulu suka ponteng kelas.. hahahha..

Tulah cerita 4 hari iman g sekolah.. sambung January tahun depan plak lah yer.. ngeh ngeh ngeh...

9 Anak Buang ibu Kuat Makan

Uuuiiihhh.. Tajuk tak leh blah sungguh.. sungguh durjana anak-anak itu. Seorang ibu boleh menjaga 9 Orang anak, tapi 9 Orang anak belum tentu boleh jaga seorang ibu kan. kesian ibu itu. Masa mengandung 9 bulan untuk seorang anak (ko kira lah sendiri 9 bulan kali 9 anak).. perit tu nak mengusung perut, dengan alahan lagi (kalau ada lah), dengan letihnya, kalau orang kaya maybe tak apa lah kot sebab ada maid, ada driver, ko nak gi memana pun orang hantar kan. ni orang kampung. pastu nak beranakkan ko bukan senang woi.. kalau rajin ko google lah cari cam mana rupanya orang beranak tu. sakit wooo.. walau aku bukan bersalin norman ritu tapi mendengar kata kakak dengan kawan-kawan aku boleh rasakan betapa sakitnya nak keluarkan seorang anak. yang cesaerian pun sakit gak ko lepas dah operate, ubat bius dah abis kan..

masa kecik-kecik nak kena salin lampin korang (ko jangan pulak cakap dah tanggungjawap ibu..) ni bukan mngungkit ke haper, tapi sebagai peringatan lah pada anak-anak dia luar sana (termasuk saya sendiri)... pastu ko demam mak ko jugak yang bersusah payah jaga ko kan. Ayah ko sah-sah busy cari nafkah nk suap mulut ko. ko bayangkan 9 orang anak rutin yang sama mak ko terpaksa lalui. tak ada rungutan ke haper. bagi pulak sekolah. bangun pagi2 siapkan korang, balik tengah hari siapkan makanan korang pastu pegi sambung keje lagi. korang dah nak kawen mak korang jugak yang busy ke sana kemari. dah ada anak tu ada pulak yang sanggup suruh mak jaga. tak baik lah cenggitu. tapi tu lah mak kita nih tak pernah merungut kan. korang jer yang sentiasa merungut (aku pun ada jugak kadang-kadang... :)..)

Ni mak dah tua, dah lumpuh, ada yang hilang ingatan, korang dah malas nak jaga. Kadang tu kalau anak lelaki tak nak jaga sebab bini tak nak. peringatan jugak untuk bini-bini sekalian, jagalah mertua kamu macam ibu bapa kamu sendiri. kamu pun belum tahu untung nasib kamu kemudian hari. Pendek kata anak-anak sebelum nak buang mak bapak walau ko kata hantar ke rumah orang tua lebih baik sebab terjaga kan ( tu pun kalau ko rajin pegi jenguk mak ko.. bukannya gi letak lepas tu bertaun-taun tak der tanya khabar yerk)... pikir dulu apa yang dah mak kita buat untuk kita dari dalam kandungan sampai ko besar, tengok muka tua dia. Mak ko tak mintak pun nak g melancong ke luar negara tu sumer, yang dia nak habiskan sisa-sisa usia dia di sisi anak-anak. tu pun susah ke. ko tak tau bila mak ko nak tutup mata, tah-tah kita ni tak sempat nak mintak ampun kan. (ni peringatan untuk diri aku sendiri gak lah)....

fuuhhhh.. panjang gileer menceceh hari nih.. hohohoh.. harap2 pasni x der dah lah kisah-kisah buang ibu bapa ya.. untuk anak-anak termasuk lah diriku ini, hargailah ibu bapa anda sebelum terlambat....

PERKAHWINAN ANGKASAWAN NEGARA






Walaupun dh 2 minggu berlalu.. baru hari nih nak letak gambar nih kat sini kan. Tapi ada aku kesah.. hahahah.. ni tempat aku kan. dua-dua amat chantek.. suka dengan Dr. Halina, senyuman dia, cara dia, tak fake. she is really gorgeous.. patut lah Dr. SMS terpikat kan.

Tengok jugak majlis live diorang, suasana nampak cam serabut sikit lah dengan meja yang disusun memanjang gitu rasanya sesuai untuk buffet kot. Pelamin nya pun kurang kena dengan konsepnya. tapi paper pun memang cantik mereka berdua, sweet couple..

Gambar credit to KhairulHazwan