-->

6 Apr 2016

Sinopsis Drama Akadku Yang Terakhir (Astro)

Sinopsis Drama Akadku Yang Terakhir

Assalammualakum..
Drama Akadku Yang Terakhir akan mula disiarkan pada 6 April ini menggantikan Drama Uda Dan Dara yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Tiz Zaqyah sebagai Rania Baheera, Amar Baharin sebagai Irham Zahri, Nina Nadira sebagai Zalia, Mardiana Alwi, Fikhree Bakar, Riz Amin, Ainul Aisyah, Kay Khydir, Sharifah Shahora, Shenty Feliziana dan ramai lagi. Drama Akadku Yang Terakhir ini mempunyai 43 episod dan diadaptasikan dari Novel Akadku Yang Terakhir karya Novelis Acik Lana. Drama ini akan disiarkan di Astro Prima dan Maya HD, diarahkan oleh Amie Maziah dan merupakan terbitan Global Station. Rasanya ni first time tengok gandingan Tiz Zaqyah dengan Amar Baharin n dah lama tak tengok Tiz Zaqyah berlakon drama bersiri selepas drama Kusinero Cinta tu. Apapun jom layannn sinopsis drama ni kat bawah k..

Setelah mengalami kegagalan perkahwinan sebanyak tiga kali, Irham Zahri dipaksa oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan terapi bersama pakar psikoterapi. Lalu menemukan dia dengan seorang Pakar Psikoterapi bernama Rania Baheera. Irham yang tidak dapat menerima Rania sebagai doktor rawatannya, enggan memberi kerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur. Malah dia cuba merasuah Rania untuk memalsukan laporan dan membuat rancangan untuk mengenakan Rania.

Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat lebih-lebih lagi bila Rania mengambil keputusan untuk mengikut Irham ke Johor Bahru selepas kecewa dengan berita perkahwinan kakak kesayangannya dengan Fazriq, abang angkat yang dicintainya dalam diam. 

Irham mula ada perasaan cinta pada Rania namun dia cuba menindakkannya apabila Rania berbohong mengatakan bahawa dia sudah berkahwin. Suatu hari pembohongan Rania terbongkar. Lalu Irham terus berusaha untuk memikat hati Rania. Akhirnya, Rania yang mula jatuh cinta menerima lamaran Irham. Sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. 

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq yang membuat Irham cemburu. Irham mula berkasar dengan Rania. Keluarga mereka pula mula campur tangan mengusutkan lagi keadaan.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

Lagu Tema / OST Akadku Yang Terakhir
- Setia Nyanyian Faizal Tahir 
Read More »

Episod Akhir Drama Uda Dan Dara


Assalammualaikum..
Drama Uda Dan Dara yang dilakonkan oleh Siti Saleha, Zul Ariffin, Dynaz dan ramai lagi dah tamat episodnya, selepas ini drama Akadku Yang Terakhir lakonan Tiz Zaqyah dan Amar Baharin akan menggantikan drama ni. Ingatkan drama Uda dan Dara ni sampai 60 episod, rupa-rupanya 30 episod jer. Tu yang macam heran bila tiba2 dah episod akhir dah drama ni. Apapun pelik gak dengan perangai Kak Yah tu, anak die dah la sakit kat hospital tapi die masih sibuk dok suruh adik die Man tu kahwin dengan Khalida, siap suruh kahwin dua lagi n buruk-burukkan Siti Mariam. Apapun drama Uda dan Dara ni tetap happy ending bila Kak Yah tu tetiba jer berubah jadi baik bila tahu yang Siti Mariam dah dermakan darah pada anak die Adriana tu. Kiranya darah yang didermakan Siti Mariam tu menjadi penyelamatlah pada nyawa anak Kak Yah tu dan sekaligus menyedarkannya akan kesilapannya selama ini. Manakala Siti Mariam tu plak awalnya memang stress dengan perangai Kak Yah tu siap mintak cerai daripada suaminya Man. 
Tapi mestilah Man tu tak nak ceraikan Siti Mariam tu, n then seluruh keluarga Siti Mariam datang melawatnya, Siti Mariam yang baru keguguran tu bertambah lemah apabila mendermakan darah pada Adriana anak kak Yah tu, malah hampir2 pengsan. Namun semua bertambah baik bila Kak Yah tu menyesal dan minta maaf pada Siti Mariam dan diorang berdua dah berbaik-baik. Man berasa lega bila tengok kakaknya dah berbaik dengan isterinya, kesian gak kat Man sebab sebelum ni die asyik tersepit kat tengah2 antara kakak dan isteri. Kemudian ada flashback sikit pasal Siti Mariam dari die kecik sampaila die kahwin dengan Izzat Hilman (Man) tu. Last sekali Man dan Ma (Siti Mariam) dah ada baby baru hehehe n diorang hidup bahagia gitu. Selain kisah Ma dan Man ni, terselit gak kisah Mak tiri Imran yang dah insaf tu, die siap minta maaf kat suami die, kat Imran gak n terima Huda sebagai menantu die. Apapun pelakon2 dalam drama ni semuanya best2.


Read More »

5 Apr 2016

Sinopsis Sinetron Sakinah Bersamamu TV3


Assalammualaikum..
Sinetron Sakinah Bersamamu adalah sinetron / drama terbaru di Tv3 menggantikan sinetron Yasmin yang telah tamat episodnya. Sinetron Sakinah Bersamamu ini dilakonkan oleh Alyssa Soebandono sebagai Riri, Dude Harlino sebagai Zaki, Donita sebagai Dinda, Adi Nugroho sebagai Amar, Giovanni L. Tobing sbg Jamal, Raya Kohandi sebagai Ratasha, Atiq Rahman, Natasha Wilona, Ishabella dan ramai lagi. Rasanya ramai yang kenal kot pelakon Alyssa Soebandono dan Dude Harlino ni sebab banyak drama2 diorang ditayangkan di Malaysia kan, tak sangka gak yang diorang berdua ni pasangan suami isteri gitu, pastu berlakon sama2 lagi hehe. Sinetron Sakinah Bersamamu ni dah disiarkan sejak 30 Mac yang lalu di Tv3. Sinetron ini berkisarkan tentang kehidupan beberapa pasangan suami isteri, serta bagaimana kesemua pasangan ini mengatasi segalah masalah dan dugaan yang mendatang sekaligus membentuk rumahtangga yang sakinah. Apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Mengisahkan tentang alam berumahtangga, dimana Dinda terkejut apabila mengetahui suaminya Amar mempunyai masalah jantung yang kronik. Disebabkan penyakitnya itu, Amar merasakan dirinya tidak mampu memberikan kebahagian pada Dinda lalu memikirkan untuk menceraikan Dinda. Suatu hari Dinda bertemu semula dengan rakan karibnya yang telah lama tak jumpa iaitu Riri, Ratasha, Tia dan Natasha. Banyak perubahan yang berlaku dalam diri masing2, Dinda dan Riri tidak begitu menyukai gaya hidup Tia dan Natasha yang terlalu moden. Dimana Tia tidak mahu berkahwin kerana mahu hidup bebas dan bertukar-tukar pasangan, dan Natasya pula baru saja bercerai, manakala Ratasha pula baru saja berkahwin dengan seorang lelaki yang kaya raya bernama Jamal. Ini merupakan perkahwinan Ratasya yang kedua. Kali pertama Ratasha berkahwin dengan Sandy namun perkahwinan mereka musnah kerana Sandy curang.
Ratasha berharap perkahwinannya dengan Jamal akan kekal selamanya, namun Ratasha tidak tahu yang Jamal juga curang dibelakangnya, Jamal ada skandal dengan setiausahanya Silvy. Suatu hari Ratasha ternampak suaminya Jamal dengan perempuan lain dan akhirnya die dapat meneka yang Jamal juga curang padanya. Ratasha cuba berfikir sedalam-dalamnya sebelum bersemuka dengan Jamal, die juga ingin berjumpa dengan Dinda untuk mendengar pendapat Dinda mengenai apa yang perlu dilakukannya. Berbeza dengan Riri, kerana Riri masih pengantin baru kerana Riri dan Zaki baru saja bernikah 6 bulan yang lalu. Riri bahagia dengan suaminya Zaki, baginya Zaki merupakan seorang suami yang baik, kehidupan mereka serba sederhana namun tetap bahagia. Masalah mereka berdua cuma ayah Riri yang tidak suka dengan Zaki kerana baginya Zaki tidak layak untuk berkahwin dengan Riri malah Zaki juga tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Keadaan diburukkan lagi apabila Riri tiba-tiba jadi cemburu apabila melihat gambar suaminya dengan perempuan lain dan merasakan Zaki curang padanya. Namun akhirnya Riri sedar die silap dan Zaki juga memaafkannya. Dinda pula mempunyai masalah baru apabila die mengetahui adiknya Selia sedang mengandung anak luar nikah. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Bagaimanakah Riri, Dinda dan Ratasha akan mengatasi segala masalah dan dugaan yang bakal melanda rumahtangga mereka?.

Read More »

4 Apr 2016

Sinopsis Drama Filipina The Borrowed Wife (Telenovela TV3)

The Borrowed Wife (Telenovela TV3) - Sinopsis Drama Filipina

Assalammualaikum..
Drama Filipina The Borrowed Wife telah pun disiarkan di Slot Telenovela Tv3 bermula 30 Mac yang lalu menggantikan drama Magkano Ba Ang Pag Ibig yang telah tamat episodnya. Drama The Borrowed Wife ni dah release sejak tahun 2014 lagi dan sekarang ni baru disiarkan di Malaysia. Drama ini dilakonkan oleh Carmille Prats, Charee Pineda, Rafael Rosell, TJ Trinidad, Pauleen Luna dan ramai lagi. Kalau korang ingat lagi Rafael Rosell tu dulu pernah berlakon dalam drama Temptation Of Wife bersama Marian Rivera dan lain2 lagi. Drama The Borrowed Wife ni kalau ditranslatekan ke BM menjadi Isteri Yang Dipinjam. Drama ini mengenai cinta dan obsesi dan bagaimana pengkhianatan boleh mengubah hidup seseorang. Nampak macam menarik gak drama ni, apapun jom layann sinopsis drama ni kat bawah k..

Mengisahkan tentang Maricar dan Tessa yang berkawan baik sejak dari Kolej, kemudian Maricar juga bekerja di syarikat Tessa, hubungan mereka mula berubah menjadi benci dan dendam apabila Tessa merasakan Maricar telah merampas lelaki yang disukainya iaitu Rico daripadanyer. Maricar akhirnya berkahwin dengan Rico dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Joana. Maricar memilih untuk menjadi suri rumah dan kehidupan mereka sangat bahagia dan dipenuhi dengan kasih sayang. Keadaan mula berubah apabila Rico mengalami masalah di tempat kerjanya, apabila dirinya dituduh pecah amanah dan hal ini membuatkan dirinya dipecat. Selepas itu Rico agak sukar untuk mencari pekerjaan lain, kerana nama baiknya telah tercemar. Tessa kembali hadir dalam hidup Rico dan Maricar dengan cuba menawarkan peluang pekerjaan pada Rico di syarikatnyer. Maricar mula tidak sedap hati dan merasakan Tessa sengaja nak balas dendam padanya dengan merebut Rico semula. Kehadiran Tessa dalam hidup Rico dan Maricar selepas tujuh tahun berlalu sememangnya berjaya membuatkan Rico dan Tessa sentiasa bergaduh.
Tessa akhirnya berjaya menggoda Rico yang ketika itu sedang mabuk dan keesokan harinya Maricar mendapat tahu tentang kecurangan suaminya itu, lalu keluar daripada rumah mereka dan pergi ke sebuah resort untuk menenangkan dirinya. Di sana dirinya sentiasa diperhatikan oleh seorang lelaki yang bernama Earl. Kemudian Maricar mengalami kemalangan dan selepas dari kemalangan itu Maricar hilang ingatan dan tidak tahu identiti dirinya. Earl mengambil kesempatan ini untuk mendekati Maricar, Earl buat Maricar percaya yang identiti Maricar sebenarnya adalah Sofia yang merupakan kekasihnya. Tidak lama kemudian Maricar/Sofia mengetahui yang Earl merupakan seorang pakar pembedahan plastik dan Earl juga telah mengubah wajah Maricar dan juga personaliti Maricar menjadi orang lain. Disebabkan ingatannya masih belum pulih, lalu die mengambil keputusan untuk patuh dan mengikut apa saja kemahuan Earl.
Sehinggalah suatu hari, apabila Earl memperkenalkan Maricar/ Sofia kepada Rico dan Tessa. Ketika ini ingatan Maricar masih belum pulih, manakala Rico dan Tessa juga tidak mengenali Maricar/ Sofia kerana wajahnya telah berubah, begitu juga dengan personalitinya. Adakah ingatan Maricar akan pulih nanti? Apa yang akan dilakukan oleh Earl setelah mengetahui wanita yang dicintainya itu, sebenarnya adalah isteri Rico? dan Apa pula yang akan dilakukan oleh Tessa setelah mengetahui Maricar masih hidup & bagaimana pula reaksinya bila mengetahui Sofia atau Maricar itu sebenarnya adalah orang yang sama? Berjayakah Rico mendapatkan isterinya semula yang selama ini disangkanya telah mati?


Read More »

Adilah (KL) Tersingkir Di Minggu Ke-4 Clever Girl Malaysia


Assalammualaikum..
Nampaknya nasib tidak menyebelahi Adilah yang merupakan wakil dari Wilayah Persekutuan / KL kerana tersingkir di minggu ke-4 Clever Girl Malaysia dan mnjadi peserta ketiga yang tersingkir selepas Ethel (Sarawak), Sofia (Johor). Di pusingan penyingkiran Adilah bersaing dengan Mary yang merupakan wakil Pahang. Manakala Peserta / Wakil dari Sabah iaitu Sarah pula menang dua minggu berturut-turut dan mendapat imuniti. Sebelum menang, Sarah terpaksa berentap dengan Fatin yang merupakan wakil Kelantan. Antara yang kelakar minggu ni apabila salah sorang peserta yang menjawab soalan tu tiba-tiba cakap macam ni "D. Yang Arif" hahahaha, habis semua gelak hihi, Alif Satar pun terkejut tetiba jer die jadi Yang Arif. Ni mesti kerja peguam ni tu yang sebut camtu hehe.

Biodata Adilah (KL)

Wakil Sabah iaitu Sarah dah menang dalam 3 kali kot kalau aku tak silap, ni kalau nasib die baik maybe boleh sampai final kot. Tak sangka Clever Girl ni disiarkan dalam sejam jer pun, xdela lama mana.
Read More »

3 Apr 2016

Redeem DVD Frozen Dari Astro Circle

Assalammualaikum..
Baru-baru ni aku ada redeem DVD Frozen dari Astro Circle, ikutkan tak tahu nak pilih ape kat katalog tu, bila ada benda yang kita nak, point plak tak cukup hahaha, benda yang kita tak nak berlambak la plak hehe. Ikut hati aku nak jer kumpul semua point tu lama2 tapi kalau kita tak redeem apa2 barang/benda dalam tempoh masa tertentu maka point kita akan dipotong. Rugilah kalau point tu jadi berkurangan kan, so nak tak nak kenalaa redeem gak dan aku pilih DVD Frozen untuk 1000 point. Jumaat lepas dah sampai dah DVD Frozen tu hehehe.

Read More »

1 Apr 2016

Episod Akhir Drama Aku Bukan Bimbo


Assalammualaikum..
Berakhir sudah Drama Aku Bukan Bimbo yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam, Nadiya Nisaa, Zahiril Adzim dan ramai lagi. Ending drama Aku Bukan Bimbo ni mestilah happy ending kan. Selepas ni drama Suami Tanpa Cinta lakonan Janna Nick dan Syukri Yahaya akan menggantikan drama ni. Episod akhir drama Aku Bukan Bimbo ni bermula dengan kesedihan, dimana seluruh keluarga Dani Ikram bersedih dengan kematian Ayah Dani. Berlaku sedikit konflik, yang mana adik Dani serta Dani sendiri menyalahkan Elsuraya yang dianggap menjadi penyebab Dani tidak dapat berjumpa dengan ayahnya buat kali terakhir. Walaubagaimanapun salah faham tersebut dapat diatasi, Elsuraya kemudian cemburu dan merasakan Dani curang dengannya selepas terlihat Dani dan Fiona pergi mencuba baju kahwin di butik. El mula dingin dengan Dani dan menelefon Azad untuk meluahkan masalahnya.

Azad hanya ketawa mendengar kata-kata El lalu sengaja membiarkan El dengan masalahnya tu. Kemudian Elsuraya berjumpa Dani dan Fiona dan terus marah2 mengatakan Dani curang dan sebagainya. Azad yang ada disitu terus berlakon, rupa-rupanya Fiona tu akan berkahwin dengan Azad, Dani hanya menemankan Fiona mencuba baju kahwin disebabkan Azad sangat sibuk. Selepas itu mereka berempat hanya ketawa bila mengimbas kembali apa yang terjadi. Ending drama ini berakhir dengan berita Elsuraya hamil, El telah memberitahu yang dirinya dah mengandung pada Dani ketika mereka bercuti di Korea. Begitulah sedikit sinopsis episod akhir drama Aku Bukan Bimbo ni. Banyak betul scene2 diorang di Korea kan, apapun tahniah juga buat Nadiya Nisaa yang sememangnyer tengah pregnant sekarang.

Read More »

Sinopsis Drama Jasmine Slot Zehra TV3


Assalammualaikum..
Drama Jasmine sudah pun disiarkan sejak 30 Mac yang lalu di Slot Zehra TV3 menggantikan drama Married Tapi Benci yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Nelydia Senrose sebagai Jasmine, Aqasha sebagai Khalif, Gambit Saifullah sebagai Ryan, Puteri Aisyah, Aedy Ashraf, Shakilla Khoriri, Aleza Shadan, Afifah Nasir, Zarynn Min dan ramai lagi. Drama Jasmine ini mempuyai 13 episod dan diarahkan oleh Feroz Kader serta merupakan terbitan Global Station. Dah lama tak nampak Gambit Saifullah dan Aqasha tu berlakon kan, macam menarik jer drama ni, apapun jom layann sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Jasmine

Jasmine dan Ryan merupakan pasangan kekasih yang sukar untuk dipisahkan. Tina yang cemburu setiap kali melihat kemesraan Ryan dan Jasmine di kolej cuba untuk memisahkan mereka. Tapi semuanya berubah apabila Jasmine mendapati dia hamil dan Ryan pula enggan bertanggungjawab. Memburukkan lagi keadaan, keluarga Jasmine mahu dia menggugurkan kandungan bayi itu. Jasmine kemudian memutuskan untuk pergi ke Australia dan membesarkan anaknya sendirian. Tina mengambil peluang tersebut untuk mendekati Ryan. Walau bagaimanapun, Ryan mula rasa rindu pada Jasmine dan berjanji untuk berubah menjadi lebih baik. Pada masa yang sama, Jasmine bertemu dengan Khalif dan jatuh cinta padanya. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Siapakah pilihan Jasmine?.

Lagu Tema / OST Jasmine
--> Sejati Nyanyian Faizal Tahir


Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017