2 Februari 2015 bersamaan hari Isnin..
Suami aku da selamat naik feri jam 8 pagi dan terbang terus ke Melaka.
Maka, bermulalah episod aku membelai dan memelihara sepasukan skuad tentera di rumah, hahaha..
Plan hari Isnin pagi naik keluar jalan2 pulau.
Tapi takdir Allah mengatasi segala2nya..
Hujan berhari2 sejak hari Jumaat lepas masih berlarutan dan dijangka hingga hari Rabu.
Maka, kami terkurung di dalam rumah.
Fuhh..menjaga skuad tentera ini memang mencabar!
Movie, makan dan tidur menjadi teman sejati..hahahaha..
.............................
Pada waktu petang, aku tengok cuaca ok, aku pun menggunakan kuasa dan mengerah skuad tentera untuk bersiap sedia!
Kami memulakan langkahan untuk meninjau pulau..
Pada hakikatnya, aku sendiri taktau pun nak bawak dorang pergi mana..
Jalan je la labuuuu...
INI LAH LEBUHRAYA DI PULAU INI! |
Tengah2 jalan, jumpa stesen minyak power di pulau ini..
Da amik2 gambar, terserempak dengan cikgu Nazri sefamili..
Dan..
Kami pun melangkahkan kaki ke rumahnya dan berborak dan makan dan pulang setelah maghrib menjelma..
.............................
Keesokan harinya, kami berkurung di rumah lagi sebab hujan lebat walaupun pada hakikatnya, kami da bersiap nak berjalan2 pagi2 lepas subuh,haha.
Terpaksa ganti baju buruk!
So, memang tak ke mana-mana hari selasa tu..
Simpan tenaga nak jalan2 hari Rabu pusing pulau naik pirate katanya..
Tiba2 malam tu, dapat panggilan, pirate tu tak boleh bawak kami jalan2..
Geram la jugak sebab dia janji dan beriya2 kata ok..last2 tak menepati janji.
Dan yang cancelkan janji tu, dia gunakan bini dia pulak..
So, sorry to say la..aku terus reject pirate tu walaupun bini dia pujuk suruh pergi petang Rabu..
Yennadei..pulau ni besar bha..mana cukup masa kalau gerak petang..maghrib awal..jam 6 petang..
So, memang booo layan orang2 begini..
....................................
Hari Rabu tu, kami menghiburkan hati dengan berjalan ke Kampung Karakit, Kampung Perpaduan, Klinik Karakit dan Jeti Karakit dengan berjalan kaki..
Fuhhh..penat sungguh! panas pulak tu!!!
Tapi berbaloi2 sebab dapat berkenalan dengan orang kampung, menikmati keindahan pulau, melawat tempat kerja encik suami DAN DAPAT MERASAI KESUSAHAN DAN KEPERITAN ORANG PULAU BANGGI!
Selama ni, cuma mengintai melalui jendela dan pintu je..Mereka berjalan kaki sahaja ke mana-mana..termasuk menghantar anak ke sekolah, atau kanak2 sekolah berjalan kaki sendirian pulang ke rumah yang berbatu2 jauhnya hanya untuk mencari ilmu..orang2 tua pun berjalan kaki ke Karakit untuk menjual hasil tangkapan laut dan hasil pencarian di hutan. Terkadang hujan, terkadang panas..mereka redah jugak dengan berjalan kaki..
Kadang2 kita rasa kita susah..tapi hakikatnya, ada RAMAI lagi yang LEBIH SUSAH dari kita..
Allahu allah..
Moga kita sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah..
Astaghfirullahalazim..
Berehat menikmati sarapan! |
Budak2 takut naik rumah air! So, main di daratan je.. |
Jakun jumpa ayam! |
Baru separuh jalan naik bukit ke klinik! |
Akhirnya sampai jugak di pintu masuk klinik! |
Di tugu rasmi pulau! replika ubi kayu! |
Kedai makan di jeti lama! |
Kanak2 riang di rumah klasik! |
Pulau Banggi dikelilingi pulau2 kecil yang tidak berpenghuni.. |
Tengahari kami sampai rumah dan terus bergaya dengan kuak lentang di depan tv atas tilam..
Perghh...penatnya weh!! Baru sekejap keluar da camtu..
..........................................
Hari Khamis kami bercadang nak berjalan menaiki pirate mengelilingi pulau.
Aku da habaq kat encik suami, pirate tak menepati janji.
So, encik suami suruh kami cari je mana2 pirate kat tepi jalan tu..
Jadi, kami pun ok je la..
Pagi2 lagi aku da siapkan sarapan..
Tiba2..tok tok tok...
Ehhh.. ada orang datang..
Rupa2nya, encik suami mengutuskan sahabat dia mencarikan pirate khas untuk kami berjalan2..
Perghh..TERHARU giler wehhh!!
Walaupun beliau di Melaka, beliau still berusaha melakukan yang terbaik untuk kami di Sabah..
Sila kagum dari jauh! hehe..
I lebiu bebeh!
Bersiap sedia untuk menjelajah pulau! |
.........................................
So, kami bergerak naik pirate jam 8:30 pagi.
Deal harga RM 150 walaupun pada awalnya si abang pirate ni kata, dia nak RM 200..
Aku pun dengan lagak profesional, berkata..
aku : Eh, selalunya RM 150..
pirate : RM 200 bha..
aku : selalunya saya naik RM 150 je..
pirate : ya la2x..boleh bha kalau kau..
YES!
Tawar menawar berjaya..
Dan ketika dalam perjalanan ke Nusa-nusa..
aku : perghh, cantiknya tempat ni!
pirate : eh, kau ndak pernah sampai ka bha?
aku : ndak pernah..
adik aku : krik krik krik..( bisik2..along, bukan ko kata ko selalu pergi jalan2 naik pirate ke dengan abang ni tadi?! )
aku : hahahahha..kantoi sudahhhhhh....
mintak maap la bang pirate! ni namanya gaya profesional..krik krik krik...haha..
................................
Kami pusing pulau, start dari Batu Putih hingga ke Nusa-nusa dan Limbuak Laut.
Jalan raya hanya ada sampai perkampungan ini sahaja.
Untuk ke perkampungan yang lain, kita perlu berjalan kaki meredah hutan, paya bakau , laut dan apa2 sahaja sebab tiada jalan raya.. (aku sendiri tak pernah sampai ke perkampungan yang tiada jalan raya itu).
Jauh jugak perjalanan ke Kampung Nusa-nusa..dalam 1 jam lebih ke 2 jam perjalanan.
Jenuh melompat2 dalam kereta, sebab jalannya masyaAllah, hebat! hahahaha...
berlopak2, berbatu2, beranak sungai dan bermacam2 lagi..
Adventure giler ah!
Sesuai dengan orang yang sukakan aktiviti lasak!
Sepanjang perjalanan, hanya ditemani hutan dan bukit bukau yang tidak pernah disentuh oleh tangan2 rakus.
Sesekali, terjumpa beberapa buah rumah playwood dan atap nipah di celah2 hutan belukar..
Dan rupa2nya makin dalam kita pergi, makin banyak perkampungan mengikut kaum di dalam pulau ini!
Penempatan di situ mengikut kaum dan bangsa!
Bentuk rumah dan raut wajah serta bahasa juga mempunyai kelainan tersendiri.
Selepas hampir 2 jam mengharungi jalan yang penuh onak duri tu, akhirnya kami tiba di Kampung Nusa-nusa..
MasyaAllah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
Cantiknya laut luas terbentang!!!
Di sini ada dua jenis laut..
Pertama : Pantai Pasir Putih
Kedua : Pantai Pasir Hitam
DAN..PALING UNIK sekali, ada sebuah sekolah kecil di hadapan laut !
Para pelajar dan guru2 terpaksa melalui pesisir pantai untuk sampai ke sekolah!
Kagum sungguh!
Sedang kami seronok bermandi manda, kami terjumpa mainan jernih bertali biru..
Terlintas dalam hati, kenapa dorang buang bekas mainan ni merata2..banyak pulak tu..
Aku, adik2 dan anak2 aku buat sand castle..
Dan adik aku dengan bangganya mengangkat mainan jernih tu untuk diletakkan di atas sand castle..
DAN...
JENG JENG JENG...
Aduhhhhhhh!! Sakitnya!!
Aku ketawa je..sebab aku pk adik aku main2 je..
Lepas tu, adik aku yang sorang lagi tu pulak pergi main mainan jernih tu..
DAN..
Aduhhhh!!! Sakitnya!!
hahahah...
Rupa2nya, itu taik Oblong!
Taik Obor obor..dan masih berbisa!
...................
Kesian adik2 aku..
Akibat daripada kejadian itu, kami pun da tak seronok nak mandi, hahaha..
Bersepah-sepah pulak taik oblong ni..
Adik aku demam dan dia asik mengerang sakit..dia kata sakitnya makin merebak ke bahu..
Aku da cuak..
Tiba-tiba............
Sorang pakcik tua bersama seorang cucunya berjalan ke arah kami..
dan kami tanya la pasal tu dan mulalah berborak..
Pakcik tu cakap, tu taik oblong..takde pape la! jangan risau..tak perlu pergi ke klinik!
hehehe..
Pengalaman betul!
1st time jumpa kot!!
Di sini la adanya taik oblong tu! |
........................................
Lepas tu, abang pirate bawak kami ke tanjung, kawasan paya dan macam2 jenis pantai yang wujud dalam pulau ni la..
Cantiknya tak tergambar dengan perkataan..
MasyaAllah!!
Hebat ciptaan Allah!
Ada laut dipenuhi pasir putih halus.
Ada laut dipenuhi pasir hitam.
Ada laut dipenuhi batuan merah
Ada laut dipenuhi batu karang
Ada laut ombaknya kecil dan tenang
Ada laut ditemani paya bakau
Yang pasti, lautnya JERNIH!! MasyaAllah!!
Memang terlalu cantik!
Ada Bukit Sinabong yang mempunyai 3 lapisan air terjun di dalamnya!
Di pulau yang terpencil ini, tersimpan 1001 khazanah alam..
Di laut yang dipenuhi batu karang |
Air bukit bertemu air laut..masyaAllah cantik sangat!! |
Pantai pasir hitam |
Kawasan tanjung yang dipenuhi pokok pelik |
Pemandangan di hiasi dengan Bukit Sinabong. |
Laut dipenuhi batuan merah |
Jalan raya ke Nusa nusa |
Laut di Limbuak Laut |
................................
Habis je menjelajah khazanah alam di pulau kecil ini, kami sampai di rumah pada pukul 2 petang.
Dengan keadaan sorang anakku tak berbaju dan sorang lagi tak berseluar! hahaha..
Kesan daripada fanatik air laut, habis semua stok baju2 yang di bawak!
Memang macam sakai duduk dalam pirate tu..hahaha..
Kenangan terindah!
...........................
Balik je dari menjelajah pulau, masing2 terbongkang bagai tsunami..
Tapi aku maintain cool..
Aku masak dan membersihkan semua pakaian berpasir sebab hari sabtu kami akan berkelana!
..............................
Hari Jumaat pagi, encik suami pun pulang ke Pulau Banggi..
Kesian beliau kerana tidak sihat sejak hari khamis!
Tapi, encik suami amat tabah dan sabar..
Walaupun begitu, beliau tetap mahu membawa kami berjalan2..
So, hari Jumaat, kami menghabiskan masa dengan menikmati makanan di pulau!
Aku dan suami aku memperkenalkan makanan istimewa pulau kepada adik2 aku..
iaitu PUTU!!
Kuih putu memang FEMES sangat di sini!
Jeng jeng jeng..
Aku : Weh, korang kena rasa putu ni..kalau tak rasa, bukan orang pulau namanya!
Adik2 aku da mula curiga..
Bila dorang makan je..Uwerkkk!! Putu apa ni?! Masam!
Aku dan suami aku ketawa terbahak2..
Akhirnya putu itu terbiar sepi..kesian ia!
...............................
Malam itu, kami bersungguh2 mempacking barang untuk berkelana dari hari sabtu hingga hari rabu!
..................................
TO BE CONTINUEEEEE!!!!!!!!!