Dec 14, 2010

Momentum Dakwah!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Tadi melilau-lilau cari sesuatu di Facebook.. dah jumpa. Alhamdulillah.. masih ada yang menggunakan internet dengan sebaik-sebaiknya. Memandangkan kisah ini berlaku di kebanyakan University.. jadi, bacalah.. moga dipermudahkan untuk kita berdakwah di mana sahaja kita berada.. Dakwah Is Anywhere..:)

***********************

"Abang, halaqah kita berdaftar x??"

"Berdaftar?? Kenapa?"

"Saya dengar halaqah kita buat ni, tak berdaftar dalam senarai usrah universiti kita ni. Bolehkah kita buat usrah tanpa kebenaran universiti?"

"Ini idea pelik datang dari mana pula? Akhi, mari ana tanya. Rasulullah berdakwah di Mekah dahulu, baginda dapat kebenaran daripada siapa?"

"Rasanya tiada siapa-siapa pun."

"Habis kita ini tiba-tiba nak berdakwah kenapa kena ada kebenaran pula?"

"Yalah, kalau tiada kebenaran, nanti pihak universiti tanya macam mana?"

"Yang kita buat ini benda baik. Berdakwah. Kenapa perlu risau kalau pihak universiti tahu? Yang kawan-kawan kita berkumpul malam-malam bersengkang mata tengok movie, main game, buang masa sampai ke subuh itu tidak risau pula. Padahal apa yang mereka buat tu jelas-jelas perkara lagho. Sia-sia bukan?"

"......................."

"Akhi, dakwah ini Allah yang suruh. Islam ini perlu disampaikan walau apapun yang berlaku. Kita akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Ini memang risiko yang kita tidak dapat nak elak apabila mengaku sebagai orang yang ingin beriman dan menyebarkan risalah dakwah.


Allah berfirman:
"Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya". (QS Al-Anfal,8:30)

Itu risiko yang diterima Nabi Muhammad dalam menyebarkan dakwah. Lumrah, kita juga sedang diuji sebenarnya."

"Maksud abang, kita diuji macam mana? Dengan mengatakan kita ini tidak layak berdakwah kerana tiada kebenaran?"

"Boleh kata macam itulah. Akhi, jangan dirisaukan masalah dapat kebenaran atau tidak. Setahu ana, ada seorang sahaja dalam dunia ini yang suruh kita minta kebenaran dari dia kalau mahu buat kerja Islam."

"Siapa??"

"Mari kita tengok Surah Al-A'raaf, surah ke 7 ayat 123."

Firaun berkata: "Apakah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepadamu? Sesungguhnya (perbuatan) ini adalah suatu muslihat yang telah kamu rencanakan di dalam kota ini, untuk mengeluarkan penduduknya daripadanya; maka kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu ini) (QS Al-A'raaf 7:123)

"Siapa dia orang itu? Firaun???"

"Ya. Hanya Firaun dan orang-orang yang sama perangainya macam firaun sahajalah yang merasakan, kalau orang lain nak beriman perlu dapat kebenaran dahulu. Perlu izin dan restu daripada mereka. Jadi, jangan risau. Ini memang cabaran yang dihadapi dalam berdakwah. Habis dikatanya kita ini macam-macam. Tapi DAKWAH KENA JALAN JUGA WALAU APA SEKALIPUN."

"Jadi buat tak kisah sajalah?"

"Ya, tapi janganlah sampai saja-saja cari pasal."

"Cari pasal? Macam mana pula tu??"

"Yalah, mentang-mentang dakwah ni memang x perlu izin daripada siapa-siapa, kita jangan pula pergi jumpa dekan universiti, pergi bagitahu dia yang kita nak berdakwah. 'Encik, saya nak buat usrah ni. Jangan halang-halang saya ye. Saya x perlu kebenaran Encik untuk buat kerja dakwah. Kalau Encik halang, Encik samalah macam Firaun.' Kalau macam tu, memang saja cari nahas."

Suara gelak ketawa mengiringi perbualan buat seketika...

"Sebab itulah masa nabi berdakwah, baginda mulakan secara rahsia. Antara tujuannya adalah untuk mengumpulkan kekuatan. Seandainya nanti bila dakwah ditekan, akan ada mereka yang bangkit untuk mempertahankan."

"Betul tu. Saya dah faham sekarang. Jadi, kita berdakwah sajalah ye. Jangan risau apa orang nak kata."

"Tepat sekali. Berlapang dadalah andai orang lain tak sependapat dengan kita. Mereka nak buat dakwah cara mereka, biarkan. Kita nak buat dakwah cara kita, mereka sepatutnya biarkan. Bila rasa orang lain buat kerja lebih baik daripada kita, bersainglah secara sihat. Bukannya pergi mengata orang yang bukan-bukan di belakang. Siap sebarkan orang lain tak berdaftar, Takde kebenaran universiti dan segala macam perkara karut-marut ini buat apa? Jadi terhalang orang buat kerja dakwah. Ni perangai orang kafir. Tengok ayat ni:

"Allah yang memiliki segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dan celakalah bagi orang-orang kafir kerana siksaan yang sangat pedih (iaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh". (QS Ibrahim 14:2-3)

"Betul tu bang. Jadi, kalau kita nampak orang lain buat kerja dakwah lagi hebat daripada kita, apa kita nak buat? Bersaing cara sihat tu macam mana?"

"Lihat Surah Al-Baqarah ayat ke-148 pula."

Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS Al-Baqarah 2:148)

"Jadi, kita berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan. Kalau kita tengok orang tu ajak 2 orang, kita kena ajak berapa orang?"

" Em..3 orang."

"Salah! Kita kena ajak 20 orang. Kalau kita tengok orang baca A-Quran 1 juz sehari, kita kena baca?"

"10 juz??"

"Ya! Baru betul. Buat lebih 10 kali ganda daripada mereka. Barulah kita bersaing secara sihat. Makin banyak ibadah kita, makin dekat kita dgn Allah, makin mudah kita dapat pertolongan Allah. Tapi tu tadi banyak sangat la. 1 juz sehari pun dah cukup baik. Tapi kalau akhi nk baca lagi banyak, terpulanglah. Lagi bagus."

"Insya Allah, abang. Doakan saya akan jadi Da'i yg bersaing secara sihat!"

"Amiin.."

| Bekerjasamalah kamu dalam hal-hal yg kamu sepakati. Berlapang dadalah kamu dalam hal-hal yg kamu tidak sepakati. -Hassan Al-Banna- |

Wallahu'alam~ 

Berdemo? Salah Ke?

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah.. masih diberi Ilham untuk menaip sesuatu even takda Idea sebenarnya.. tapi InsyaAllah.. semoga apa yang disampaikan diberkati Allah..ameen!! em.. Isu kali ni? berdemo.. salah ke?hmm.. memandangkan ada golongan yang tak bersutuju dengan demo Mahasiswa Islam buat baru-baru ini..even ana sendiri yang tidak menjoinnya..huhu Tiba-tiba, ingin berkongsi satu pendapat tentang ini..baca dengan lapangkan dada dan bukakan fikiran 
ya..:)

بسم الله الرحمن الرحيم

Islam itu syumul, sempurna sekali. Kalau kita tidak menggunakan kesuluruhannya.. kita juga yang rugi. Betul tak?? ha.. jadi, ada orang mengatakan.. ada cara lain untuk menasihati pemerintah selain berdemo. Okeh memang ada pun, mari ana terangkan.. Ada hadis yang membicarakan tentang menasihati pemerintah secara sendirian, yang bermaksud :-

" Sesiapa yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah melakukannya secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah memegang tangannya (penguasa itu) dan bersendirian dengannya (menasihati tanpa mendedahkan aibnya secara terbuka) Jika diterima, maka dia berjaya. Jika tidak, dia (penasihat itu) dianggap telah menunaikan kewajipannya." [ Riwayat Ibn Abi 'Asim dalam al-Sunnah:1096 Sanadnya sahih.]

Illat dalam hadis itu iaitu menasihati secara bersendirian supaya tidak berlaku bahaya yang lebih besar. Jika diperhatikan memang kelihatan syarat menasihatinya tidak boleh mendedahkan kepada rakyat tetapi ia tidaklah mutlak kaedahnya seperti mana hadis ketaatan kepada pemimpin zalim. Adakah ketaatan seorang isteri kepada suaminya mutlak sehingga dia boleh melakukan sesuatu yang sewenang-wenang terhadap isterinya? Adakah jika seorang suami memerintah isterinya melakukan sesuatu yang jelas bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka wajib ditaati? Tidaklah islam itu sedemikian rupa sehingga tiada ruang untuk memberi keadilan kepada isterinya. Begitu juga dalam isu ketaatan kepada pemimpin. Ketaatan kepada pemimpin zalim selagi ia masih menegakkan 'Kitabullah'.

Demikian juga dalam hal menasihati pemimpin iaitu tidaklah mutlak dalam satu kaedah. Jika dilihat dalam kaedah tajassus (mengintip) iaitu “asal sesuatu maksiat itu dilarang tajassus” kerana ia melibatkan maksiat atau kemungkaran peribadi yg membabitkan diri seorang insan dengan tuhannya seperti melakukan zina dan sebagainya. Sekiranya maksiat itu dilakukan terang-terangan maka perlu dihukum tetapi sebaliknya dibolehkan tajassus sekiranya membabitkan dengan manusia seperti rasuah, merompak dan sebagainya kerana kemudharatannya yang lebih besar daripada tajassus. 

Begitu juga dalam konteks 'Amar Makruf Nahi Mungkar' dalam isu kepimpinan maka secara kaedahnya “asal sesuatu nasihat itu tidak dibenarkan secara terbuka” sepertimana dalam hadis mengenai cara menasihati pemimpin tetapi apabila melibatkan hak rakyat dirampas dan sebagainya maka dibenarkan nasihat dan kritikan secara terang-terangan kerana melibatkan kemaslahatan umat dan kemudharatan yang lebih besar maka dibenarkan sekiranya ia membabitkan pemimpin dengan rakyat bukannya membabitkan diri pemimpin itu dengan tuhannya. Walaupun di izinkan tetapi ia masih terikat akan neraca timbangan manfaat dan mudharat apabila dilakukan kritikan secara terang-terangan seperti juga apabila pemimpin itu kufur atau pemimpin zalim yang tidak menegakkan kitabullah maka wajib dipecat tetapi ia semua tertakluk dalam kaedah islam iaitu tindakan menentang atau menjatuhkan pemimpin itu hendaklah dengan cara yang tidak menimbulkan bencana fitnah yang lebih besar. 

Dalam Konteks 'Amar Makruf Nahi Mungkar' terbahagi kepada dua iaitu :-
1. Yang membabitkan diri seorang pemimpin dengan tuhannya
2. Yang membabitkan pemimpin dengan rakyat

Sebelum tu, dalam konsep 'Amar Makruf Nahi Mungkar' dalam konteks 'mencegah kemungkaran' iaitu 'yang membabitkan pemimpin dengan rakyatnya' dan 'membabitkan pemimpin dengan Tuhannya' adalah tidak boleh digabungkan menjadi satu kaedah dalam pelaksanaan pencegahan kemungkaran itu sebabnya kedua-duannya berbeza dari segi situasi dan keadaan sama juga dalam kaedah tajassus. Maka tidak boleh digabungkan menjadi satu cara iaitu kedua-dua kaedah dilaksanakan secara nasihat sendirian dalam melaksanakan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' kepada pemimpin. Jika digabungkan kedua-dua kaedah itu maka menjadi satu kerosakan dan kesalahan dalam pelaksanaan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' itu. Berbalik kepada huraian tersebut iaitu:

Kaedah pertama iaitu membabitkan diri seorang pemimpin dengan tuhannya. Jika pemimpin itu melakukan maksiat kepada Allah seperti malas melakukan solat jemaah di masjid, melakukan bid’ah, atau melebihkan diri dan keluarganya daripada hak rakyat selagi ia tidak mencabuli serta merampas hak rakyat dan sebagainya,maka sekiranya tidak sampai ketahap itu maka urusan dosa dia dengan Allah SWT tetapi menjadi kewajipan untuk menasihatinya tanpa berputus asa dan caranya hendaklah secara bersendirian tanpa membuka aibnya kerana ia tidak membabitkan kemudharatan yang besar dan kemaslahatan hak rakyat tetapi jika maksiat itu jatuh ketahap membawa kekufuran yang nyata maka dibenarkan menasihati dan menentang secara terang-terangan kerana kekufurannya dibolehkan rakyat mencabut kesetiaan kepada pemimpin tersebut.

Inilah tindakan yang pernah dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal yang tidak taat kepada pemerintah pada masa itu; yang mendakwa bahawa Al-Quran itu makhluk. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan beliau telah bertindak mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar disebabkan tindakan kekufuran pemerintah tersebut. [Blog Al-Bakistani: “ Demonstrasi Salah Dalam Islam? ”]

kaedah kedua iaitu membabitkan pemimpin dengan rakyat. Kemudharatan ini membabitkan hak dan kemaslahatan rakyat. Yakni pemimpin melakukan sesuatu tindakan yang akan melahirkan kemudharatan yang lebih besar seperti seseorang penguasa memberi arahan yang bercanggah dengan undang-undang, maka ia merupakan perkara yang boleh mengundang kemudharatan yang besar, ini kerana, sudah tidak wujud lagi “kedaulatan undang-undang” atau pemimpin melakukan rasuah, merampas harta rakyat dan sebagainya. Justeru itu, selayaknya diberikan nasihat dan kritikan secara terbuka. 

Tindakan ini pernah dilakukan oleh imam Nawawi terhadap Sultan Zahir Bebrus yang memerintah kerajaan mesir kerana telah mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang Islam ketika itu. Ekoran dari arahan tersebut, menyebabkan Imam Nawawi telah bertindak mengeluarkan fatwa kepada orang ramai agar supaya arahan Sultan Zahir Bebrus itu tidak ditaati disebabkan tindakan mungkar yang dilakukan oleh Sultan tersebut.[Blog Al-Bakistani :“ Demonstrasi Salah Dalam Islam? ” ]

Seperti juga tindakan Said Al-Musayyab seorang ulama tabiin yang dibunuh oleh Hajjaj bin Yusof Al-Thaqafi kerana mempertahankan fatwa perlantikan khalifah yang tidak sah kerana ia melalui perlantikan putera mahkota, bukan melalui baiah yang betul. Beliau sangat-sangat dikenali sebagai seorang tokoh ulamak salaf yang hebat, tetapi memandangkan tindakan Hajjaj bin Yusuf Al-Thaqafi tidak sesuai dengan undang-undang yang diperuntukan pada masa itu, menyebabkan Said Musayyib tidak taat, bahkan membangkang tindakan Hajjah sehinggakan beliau ditangkap dan dibunuh. Bahkan sejarah menyaksikan bahawa fatwa beliau mempengaruhi kawasan Al-Haramain untuk turut sama tidak membaiah khalifah. [Blog Al-Bakistani: “ Demonstrasi Salah Dalam Islam? ”] 

Tindakan ulamak-ulamak tersebut bertepatan dengan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, 

Maksudnya: “Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaknya dia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu maka hendaklah dia mengubah dengan lisannya. Dan jika tidak mampu juga, maka hendaknya mengingkari dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman.” [Shahih: Ibnu Majah (1275) ; Muslim]

Maka tidak salah melakukan demonstrasi secara aman kerana kemungkaran yang dilakukan pemimpin terhadap rakyat merupakan suatu tindakan yang bahaya . Ini supaya dapat memelihara kemaslahatan umat daripada diceroboh dengan sewenang-wenangnya. Apabila nasihat dilakukan secara tertutup maka pemimpin akan lebih selesa dan tidak takut kerana tiada tindakan daripada rakyat malah akan sewenang-wenangnya melakukan kerosakan secara berterusan dan ini lebih berbahaya kerana melibatkan masa depan masyarakat dan negara dan jika dilakukan secara terang-terangan maka ada mudharatnya tetapi apabila rakyat bersatu sekurang-kurangnya ia boleh menggugat pengusaha daripada mengulangi lagi kemungkaran itu dengan sewenang-wenangnya berbanding secara nasihat sendirian". 

Tetapi hendaklah kemungkaran itu jelas bukannya hanya khabar fasiq daripada orang ramai. Pandangan yang mengatakan demonstrasi termasuk tasyabbuh masih boleh dipertikaikan.Dalam demonstrasi aman yang dilakukan terhadap kezaliman pemimpin memang ada mudharatnya seperti akan berlakunya fitnah dan mungkin ada yang dipenjarakan tetapi hanya mudharat sementara waktu sahaja. Manakah yang lebih mudharatnya iaitu hanya beberapa individu ditangkap dan difitnah atau pemimpin sesuka hati merampas hak rakyat , tidak mengikut undang-undang, sistem ekonomi yang tidak berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah atau membiarkan lagi berbagai-bagai kerosakan yang akan berlaku ? Maka demonstrasi dibenarkan untuk menyelamatkan dari berlaku mudharat jangka masa panjang . Ini bersesuaian dengan kaedah fiqh iaitu: "Apabila bertembung dua mudarat dalam satu waktu yang sama,maka hendaklah dielakkan mudarat yang lebih besar"

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w juga tidakkah berlaku fitnah (kekacauan) dan perpecahan dalam menegakkan dakwahnya? Jika disebabkan berlaku fitnah dan perpecahan adakah bermakna kaedah dakwah Nabi Muhammad s.a.w itu salah? Sama sekali tidak! Sebagaimana yang penulis katakan fitnah itu berlaku dari pihak musuh bukannya pejuang yang ingin menegakkan agama Allah. Pejuang hanya menyatakan kebenaran maka dari situlah punca akan berlakunya pergolakan kerana berkata yang benar. Maka salahkah menegakkan kebenaran?Tidak dinafikan fitnah itu boleh muncul juga dari pihak yang menegakkan agama maka kita katakan salah tetapi secara realitinya siapakah dijalan yang benar? Yang ingin merosakkan agama atau yang menegakkan agama Allah?

Ketika pada zaman salaf juga dimana imam Ahmad, Imam Nawawi , Said Al-Musayyab dan beberapa ulamak salaf yang lain yang bertindak tidak melakukan ketaatan kepada penguasa pada zaman mereka yang melakukan kemungkaran, imam-imam tersebut bertindak untuk tidak taat dengan arahan tersebut, menegur dan seterusnya melawan bukankah juga boleh membawa kepada perpecahan, hilangnya wala’ dan bara’ dan berlakunya fitnah-memfitnah? 

Setiap dakwah dalam siyasah memang ada risikonya tetapi bukan kita memandulkan dakwah tersebut dengan melontarkan tohmahan bahawa ia boleh membawa fitnah dan perpecahan tetapi perlu mencari alternatif untuk mengelakkan fitnah dan perpecahan itu maka kaedahnya perlu ditanamkan dan ditekankan tarbiyyah dan tashfiyyah kepada masyarakat sambil berdakwah dan berjihad. Ini supaya dapat meringankan lagi kemudharatan itu.

Ada yang berpandangan bahawa golongan ulamak salaf tersebut tersalah ijtihad dalam menyelisihi pemimpin fasiq dan zalim kerana telah berlaku kerosakan besar berbanding kezaliman pemimpin itu. Bagi mereka pemimpin zalim hendaklah ditaati dan apabila pemimpin melakukan kezaliman hendaklah menasihati pemimpin itu secara sendirian tanpa membuka aibnya dan berterusan menasihatinya walaupun pemimpin itu tidak terima.
Bagi pendapat penulis,sepatutnya apabila berterusan pemimpin itu tidak terima nasihat sedangkan sudah banyak kezaliman yang dilakukan olehnya, itu menunjukkan dia sudah berasa tinggi dan berkuasa mutlak melakukan apa-apa sahaja kerana tiada sesiapa yang berani menghalanginya. Ini akan membawa lebih kerosakan kerana pemimpin itu akan melakukan apa-apa sahaja mengikut seleranya seperti merampas hak-hak rakyat, menangkap sesuka hati, undang-undang diselewengkan, melakukan rasuah, riba berleluasa, maksiat berleluasa, sistem ekonomi tidak berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah dan berbagai-bagai kerosakan yang akan berlaku dan ini boleh membawa kerosakan lebih besar kepada negara dan masyarakat. Adakah apabila kemungkaran-kemungkaran itu masih berterusan maka kita hanya taat dan menasihatinya secara tertutup sedangkan pemimpin itu sudah muak akan nasihat yang diberikan atau sebaliknya yang akan berlaku?

Berbeza pula bagi pandangan yang tidak taat pada pemimpin zalim maka sekurang-kurangnya dapat meringankan lagi kerosakan itu. Ini kerana apabila rakyat bersatu menentang kemungkaran maka pemimpin akan berfikir panjang dan seterusnya akan menggugat pemimpin itu daripada melakukan kemungkaran sesuka hati. Maka tindakan tersebut sekurang-kurangnya dapat meringankan lagi kemungkaran itu dan ini lebih baik daripada pandangan yang mengatakan perlu taat kepada pemimpin tersebut sedangkan kemungkaran semakin hari semakin berleluasa. 

Kerosakan yang dilakukan ketika zaman salaf tersebut kerana memberontak dan melancarkan peperangan. Itu memang akan membawa kerosakan yang nyata. Ulamak telah sepakat bahawa pemimpin kufur wajib dipecat. Tetapi bolehkah menentangnya? Sudah tentu tidak. Ini kerana untuk menjatuhkan pemimpin itu masih terikat akan manfaat dan mudharatnya jika tidak akan membawa kerosakan yang lebih besar.. Demikian juga bagi pandangan yang mengatakan tiada ketaatan pada pemimpin zalim mereka juga masih terikat akan timbangan manfaat dan mudharatnya untuk menjatuhkan pemimpin itu. Maka apakah akan juga berlaku kerosakan besar sedangkan mereka masih terikat dalam melakukan sesuatu perkara itu mengikut neraca timbangan manfaat dan mudharatnya. Sudah tentu juga tidak. Maka tidak boleh disamakan tindakan pada zaman golongan salaf tersebut dengan realiti politik zaman ini kerana mereka memerangi pemimpin pada masa itu bahkan ada yang mengangkat senjata maka sudah tentu lebih besar akan kerosakannya.

Bagi ana pula, pemimpin zalim masih perlu ditaati dengan syarat ditegakkan ‘Kitabullah’ dalam kepimpinannya. dan konsep menasihatinya bukanlah dengan satu kaedah sahaja tetapi berdasarkan keadaan dan situasi seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini. Ini kerana pemimpin yang masih menegakkan’ Kitabullah’ apabila dia menetapkan satu keputusan bertentangan dengan hukum Allah kemungkinan kesalahannya dalam takwilan, mengikut hawa nafsu , jahil atau sebagainya dan apabila ditegur maka dia masih lagi akan dapat tertumpu kepada teks Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya kerana masih ada terikatan hati pemimpin itu dengan Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.

Sesuatu kemungkaran yang dilakukan pemimpin dan rakyat tidak bertindak dengan sebetulnya yakni masih taat dan mengharapkan doa kepada Allah maka tidak dimakbulkan doa tersebut dan adzab Allah yang selayak bagi mereka semua. Hudzaifah Bin Al-Yaman berkata bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: 

Maksudnya: “Demi jiwaku yang berada ditangan-Nya, perintahkanlah oleh kalian kepada yang ma’ruf dan laranglah kemungkaran.Aku khawatir Allah akan mengirimkan adzab kepada kalian semua kerana kemungkaran, kalian kemudian berdoa kepada-Nya , akan tetapi Dia tidak memakbulkan doa kalian” [Ash-Shahihah : 2868 ; Muttafaq alaih]

Jadi, bacalah dengan fikiran yang terbuka.. dan memahami maksud isi tersurat dan tersirat ayat Quran dan Hadis Rasulullah sedalam-dalamnya. Pesan ana lagi, kalau nak kaji kitab jangan kaji 1 kitab saja..kalau nak bedah buku jangan bedah separuh-separuh.. okeh..? ^^, [balaghoh sungguh plak ayat aku ni..kui3] Apapun,persepsi setiap orang berbeza-beza.. dan kita hendaklah menerimanya dengan pemikiran yang terbuka.. asalkan ia membawa matlamat yang 1..iaitu, Islam. 
Wallahu'alam~

Dec 13, 2010

Duniaku Hanya Ilusi.

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.


Alhamdulillah.. ada masa yang terluang ni,Kalau takda pape nak buat ni.. Jom tambah skill. Hehe Ana baru belajar cara manipulasi gambar dengan k.yat aritu [MuslimArteam].. So, sekarang ni.. ana nak praktikkannya. Takdelah cantik mana, Juz try it..kui3 


Indahnya Astana Ilahi..^^,

"Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya. (Al-Insan: 13) 


Musim apakah ini?? emm...
Musim bunga kah?
Uh.. aku tidak mengetahui..
Dimanakah akan ku jumpa musim ini??
ya.. Suatu hari nanti..
InsyaAllah..:)

Hijau itu mempesona..^^,

Air terjun yang menawan hati..
"Sahabat itu ibarat air dicincang,
tidak akan putus.."
Alangkah Indahnya jika bersahabat kerana Ilahi..
Ibarat Air Terjun yang mengalir Di Syurgawi..
^^,


Mari hayati Firman Allah :-
"Dan lalu diciptakan-Nya tujuh langit dalam dua masa dan pada setiap langit Dia mewahyu kan urusan masing-masing. Kemudian langit yang dekat(dengan bumi) , Kami hiasi dengan bintang-bintang, dan (Kami ciptakan itu ) untuk memelihara. Demikianlah ketentuan ( Allah) Yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui" [Fussilat : 12]

Wallahu'alam.

Dec 12, 2010

The Amazing Day's.

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim.

Seperti sebelum ni, ana ada menceritakan tentang jalan-jalan kami ke Times Square kan... Jadi, sekarang ana nak cerita tika mana kami didalamnya pula. ^^,

Time tu hari cuti, memang ramai sangat yang datang time tu. Tapi takdalah ramai mana...sebab masih ada kekosongan tempat permainan.. sebab kami datang tengahari waktu itu.. Jadi first-first kami main bentuk macam loceng...huish.. ingatkan permainannya turun..naik..turun..naik.. rupa-rupanya, dia pusing 360 darjah..hohO.. ana plak tak reti nak menjerit.. huhu So, senyap jela.. sebut nama Allah banyak-banyak.. memang tersentaplah time tu.. lama pula tu.. Astagfirullahal'azim. 1st-1st da main tu, memang tak pening kepala la..[balaghoh..^^,] hehe bagi yang ada penyakit asma ke sakit jantung ke.. tak payahla main benda ni... boleh meragut nyawa kut...huhu

2nd game plak.. kami main macam roda impian tu.. tapi roda dia lagi besarla... ha.. permainan tu pun agak ganas... bila dia pusing, kita akan ketepi au.. so, kalo badan dia agak besar duduk sebelah kanan, kesianlah kawan dia yang duduk sebelah kiri.. sebab bila benda alah tu berpusing, orang yang sebelah kiri tu akan tersepitla.. kesian..huhu


3rd pula, kami naik role yang panjang.. pastu akan berpusing kat atas... ni pun satu permainan yang asyik pusing-pusing je... aiyooo... takda permainan yang tak pusing2 ke...huhu Tapi Alhamdulillah, ana tak gayat.. sambil pusing-pusing tu, boleh tengok pemandangan kat luar..hehe Cantik kut..^^,

And then, kami rehat sekejab..huhu penat-penat.. sakit jantung.. sakit kepala.. asyik berpusing-pusing je.. tapi best kut...ngeh3 lepas dah rehat sekejab.. kami main roler coaster plak..[eh betul ke ejaan die?? entah..hehe]

1st time main, memang cuak gila.. tutup mata je kut. Dalam hati ana pikiak "Ya Allah, kalau besi-besi ni jatuh..camnelah ek??huhu" Nauzubillahi min zalik~ bagus gak p sini, banyak ingat mati...huhu pastu 2nd time naik, da biasa dah.. boleh angkat peace kat kamera lagi..ngeh3 dasyat kan?? pergi la main sendiri.. kui3..
Lepas tu, kami pergi main ketam pula.. Bentuk dia cam ketam tapi, pusing-pusing gak.. huhu pusing lagi.. tapi yang lucunya.. bila dah berhenti tu, ade budak India tercengang sebab banyak pusing kut.. lucu kami tengok muka mereka.. Kiut bangat....hehe Ada jugak yang termuntah dalam kereta tu...huhu kesian dia.. tulah buat lagi pusing-pusing..ish3..

Huish.. puas jugak la main kat sini. Dengan sahabat-sahabat yang lain.. wah..seronok. Ingat muslimat pakai tudung labuh tak boleh main ea?? huhu..insyaAllah boleh main. Tapi, sapa yang pakai tudung labuh tu.. pakaila jaket sekali, barulah tak terbang-terbang tudung tu. Em.. bagi ana, baik pakai tudung labuh ke tudung 3 segi ke.. rasanya kena pakai jaket atau sweater kut.. sebab badan kita akan berpusing-pusing.ha So, nanti tudung akan terbukakla. sebab mengikut perhatian ana la.. ada yang tudungnya sampai tercabut.. so, better pakai Jaket @ sweater la. okeh? ^^,

Tapi en, memang penat sangat p sini. Apepun, seronok sangat.. dapat berkumpul balik dengan sahabat-sahabat dari Nilam puri..kui3 ^^, Kat sana pun,ada permainan untuk budak-budak kecik au.. kami pun apa lagi, mainla sekaki..hehe Jadi budak-budak kejap. Kat sini sesuaila parents nak bawak anak-anak kecik pergi jejalan atau bermain-main seisi keluarga.. ha Jadi, bolehla main di sini.. ada keretapi, ada kereta, ada crazy bas.. and so on. 


Oklah, sekian dahulu cerita kali ini. That's really the amazing day's...huhu try la.. kalau ada berani..hohO. ^^,


Wallahu'alam.

Dec 10, 2010

Dakwah Si Driver Teksi 2.



Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah.. masih diberi nafas untuk beribadah..InsyaAllah. Aritu ana keluar ke Times Square dengan sahabat-sahabat Majmuah 6 Sebagai reunion kecil la dikatakan. Sayang, ramai sahabat yang sudah kembali ke rumah masing-masing tetapi ada jugak sahabat yang sibuk dengan urusan untuk mendapatkan mahar ke Syurga. Alhamdullah.. tapi takpelah.. insyaAllah lainkali je deh...kui3 ^^,

Okeh.. macam biasa, bila kita nak keluar kita perlu berniat.. ana berniat, dapat teksi yang dapat berkongsi ilmu lagi. Tunggu punya tunggu.. alhamdulillah dapat jugak teksi yang ana niatkan. Mula-mula.. ta'aruf dulu. Pastu, Pakcik tu tawarkan hendak berkongsi sedikit Ilmu Tasawwuf. Kami on je.. ana pulak duduk depan, ape lagi.. bukak buku la salin nota..hehe Kebetulan sebelum nak outing tu, ana ada meeting kat cafe. Malas da nak naik bilik letak buku tu, terus jela keluar jalan. Tibe-tibe ana terfikir.. lepas ni nak bawak buku nota selalu la.. manalah tau dapat pakcik ala-ala 'Ustaz' ke?? ha.. ruginya kalau tak bawak buku nota. huhu

Ermm.. ana gelarkan Pakcik tu Ustaz la erk.. okeh. mule-mule ustaz tu bertanyakan kepada kami.. "Adik belajar tasawwuf??" kami pun blur.. ada ke takde dalam silibus kos kami. Pastu, kami jawab jela.. "belum pakcik". Masing-masing berkeadaan macam takde ilmu..hehe blur je kami...huhu

"Ilmu Tasawwuf ni, yang belajar tentang Islam itu Syumul. Yang merangkumi,bukan setakat hanya 5 rukum Islam tu sahaja tetapi ia merangkumi keseluruhannya. Misalnya, Politik, muamalat, dan lain-lain nyelah. Sesiapa yang belajar tentang ilmu ni, dia dapat menyucikan dari segala penyakit-penyakit hati dan sentiasa dapat mengingatkan kita kepada Al-Khaliq. Itulah Ilmu Tasawwuf". Terang Ustaz tu.

"Owh.. begitu". kami mengiyakan tanda mengerti.

"Okeh siapa boleh jawab apa perbezaan manusia takutkan Allah dengan manusia takutkan manusia??" Soal Ustaz tu.

"Ermm.. macam ni pakcik, takutkan Allah tu membuatkan kita lagi dekat, tapi takutkan manusia tu menyebabkan kita lari". Jawap sahabat kami yang ambil kos Usuluddin. Bak kata Ustaz tu, orang yang belajar Usuluddin ni,boleh jadi gila. sebab pelbagai ideologi yang dipelajari.. untuk mendapatkan kebenaran yang hakiki. serta mengkaji tentang Ketuhanan yang Hakiki. Dasyat.. Ia juga dipanggil gila sebab mereka gila untuk mengenal Allah.. dan kuat beribadat kepada Allah. Subhanallah ^^,

"Ha.. tepat jawapan kamu. Bezanya cuma semakin dekat dengan lari ja. Yelah kita takutkan Allah sebab kita takut dengan azabnya kan.. sebab itu kita makin dekat dengan Allah.. buat Qiamulail setiap hari. untuk mendapatkan keampunan dari Allah Ta'ala". Terang Ustaz tersebut dengan lebih lanjut.

"sebab apa dikatakan menyucikan hati? siapa yang kawal diri kita?" soal Ustaz tu lagi.

"em..hati ye pakcik."

"ha.. hati. Dalam masa yang sama, nafsu pun kawal diri kita. Jadi kita perlukan Iman untuk didik hati dan nafsu kita. Apa pula yang dikatakan Iman itu dengan Iman? ilmu tasawwuf ni dia nak jawapan ringkas je.. takda panjang-panjang. jawapan dia pendek je."

Jawapan kami berikan semuanya salah sebab jawapan kami panjang-panjang. huhu "Apa dia pakcik?"

"Iman itu jawapannya percaya."

"Percaya?"

"yelah.. rukum Iman apa dia??"

"Percaya kepada Allah, Rasul dan selainnya" jawab kami.

"Ha tukan.. percaya. Pendek je jawapannya. Dan apa pula dikatakan Iman tu,lagi pendek jawapan dia?"

"Tak tahu pakcik.. apa dia pakcik?"

"Yang dikatakan Iman tu pula ialah Ingat".

"Ingat? kenapa pula pakcik?" Tanya salah seorang dari kami.

"Sebab, Iman adalah pekerjaan bagi hati. Dengan adanya iman kita kena sentiasa ingatkan hati kita agar sentiasa patuh dengan perintah Allah. Itulah pekerjaannya". jawap Ustaz tu.

"Owh..betul gak tu". Kami mengiyakannya,sambil otak ligat berfikir.

"apa pula perbezaan antara solat waktu dengan solat waktu-waktu?" Ustaz tersebut terus-terusan melontarkan soalan yang mengkonfiuskan kami.

"Solat waktu-waktu tu, solat 5 waktu ye pakcik? tapi solat waktu tu...emm.."

"Ha.. betulla tu, solat waktu-waktu tu solat 5 waktu la.. tapi solat waktu tu.. setiap masa adalah solat kerana setiap waktu tu kita sentiasa mengingati Allah. insyaAllah".

"Sebab apa pakcik kata begitu?? sebab sebaik-baik ibadah itu adalah diri yang pandai menguruskan masa dengan perkara yang berfaedah. Kalau kita tak cari duit dari pagi sampai malam, tapi kita tak beribadat pun.. tak untung jugak. sebab apa?? yang memberi keuntungan tu adalah ibadat kita. Yang dikatakan ibadat itu pula adalah, buat iman yang taat.. dan tinggalkan kufur maksiat. faham kamu?" terang Ustaz tersebut dengan panjang lebar.

"Faham pakcik". ringkas jawapan kami.

"okeh pakcik nak tanya orang Usuluddin pulak? apa dia perbezaan akal dan nafsu?" Soalan macam dalam soalan Pengantar Syariah tahun lepas je.. ulas kami.

"perbezaannya, akal ni ada perasaan tua dan nafsu tu takde perasaan tua dan tidak mengingati mati".. Ustaz itu teruskan dengan jawapannya memandangkan kami selalu sahaja bagi jawapan yang panjang..hehe seperti jawapan dalam jawap exam la dikatakan..hohO

"Owh.. kenapa plak pakcik? yelah.. dengan akal kita dapat berfikir dan mengingatkan kita yang diri kita sudah tua... dan tak lama lagi nak mati. Dalam masa yang sama ia mengingatkan kita agar sentiasa beribadat kepada Allah Ta'ala. Kalau nafsu pula, dia takde perasaan-perasaan begitu. Sebab itu, kebanyakan manusia, mereka lebih gunakan nafsu berbanding akal. Sibuk cari duit siang malam tapi tak ingat tidak lama dia akan mati.. itulah salah satu contohnya manusia yang ikut nafsu".

"sama juga macam remaja yang sibuk bercinta sekarang ni..kebanyakkannya banyak menggunakan nafsu daripada akal, siapa yang tidak bijak menggunakannya.. binasalah masa depan dia".

"betul tu pakcik". jawab kami tanda sokong.

"Sebab itu, orang kata dunia itu ibarat sejengkal dan akhirat itu ibarat sepemerluk, Kamu tahu apa maksudnya?"

"em...sepermerluk??" kami blur lagi..huhu

"yelah.. dunia ibarat sejengkal tu handphonela. bley ke kamu hidup tanpa handphone?? ke mana sahaja pasti kamu akan guna handphone,betul tak?. Cuba kamu tengok dengan makcik-makcik cleaner.. semuanya pakai handphone..dulu takdanya nak pakai handphone-handphone ni. Tapi sekang semuanya da pakai handphone, dapat telefon pakwe berjam-jam. sebab itu dipanggail Dunia itu sejengkal". ujar Ustaz itu panjang lebar.. mujurlah kami semua takde pakwe..huhu Alhamdulillah.. ^^,

"Akhirat ibarat sepemerluk pula adalah solat.. ialah, kita nak akhirat kita kena sentiasa sepemerluk, kita kena sentiasa bersolatla.. solat wajib, solat sunat kena sentiasa amalkan. Kalau kita tak solat,tak dapatlah akhirat".

"begitu ya pakcik?"..jawab kami dalam masa yang sama otak masih ligat memikirkannya.

Tamat.

Jadi, itulah dia dakwah Si Driver Teksi. Tapi apa pun yang disampaikan oleh pakcik tersebut.. jangan pula kita terima bulat-bulat.. maksud ana, kita kena kaji balik.. okeh?? kadang-kadang kita terima je apa yang pendakwah-pendakwah sampaikan, tapi kita tak kaji pun apa yang mereka sampaikan. Sebab itu, terjadinya perbalahan kaum.. sehinggakan berani menghukum orang tu orang ni kafir. hohO.. itu bukan kuasa kita.. Allah punya kuasa semua itu. Ingat ye? kui3

Pesanan ana lagi, kalau nak kaji sesuatu.. kaji lah banyak kitab. Jangan kaji 1 kitab ja.. nanti, bila kita kaji 1 kitab je dan kita tak kaji kitab-kitab lain.. fikiran kita akan jadi jumud.. dan pendapat orang lain pula kita tak dapat terima. Tapi biarlah pendapat orang lain itu tidak bertentangan dengan Hukum Islam yang sebenarnya.. sampaikan ada yang mengatakan, orang yang bagi cadangan bina Hub Hiburan itu tidak salah.. yang salahnya orang yang masuk menyertai hub hiburan itu.. tapi apa pun, orang yang cadangkan tu tetap dapat habuan sama diatas dosa orang yang menyertai hub hiburan itu.. Kaji balik dalam Quran dan Sunnah ya.

Sedangkan orang yang hanya bawa botol arak pun tetap hukumnya haram.. inikan pula yang memberi cadangan membina tempat-tempat yang merosakan agama..Nauzubillah. sama-sama kita fikirkan baik buruknya..^^,


Wallahu'alam.

Dec 6, 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.. berakhirlah sudah paper last hari ini. Iaitu paper PJK. Macammana?? macam tulah, tak tahu nak kabo gane.. Bismillahi Tawakkaltu 'Alallah jela..InsyaAllah bikher...doa-doakan jela ye. ^^, Dan.. cuti semester mula bertandang.. tapi apakah ada cuti untuk kami-kami ni?? huhu dalam perjuangan tiada Istilah cuti atau rehat!! perlukan more satiesfied.InsyaAllah... bekalan untuk ke syurga nanti. Tapi ibu dah dok meseg, "Tak cuti ke?" Ya Allah, apakah jawapan yang bernas untuk ku membalasnya?? Jawab jelah, banyak keja.. insyaAllah ibu paham.^^, hehe [Ibu ku memang terbaik!! :)]

Owh ya.. bermula selepas magrib ni.. maka,masuklah Tahun baru dalam kalendar Islam. Ibu selalu pesan, kita takda tahun baru selain tahun baru Islam. Kalau ada diantara kami yang nak wish happy new year bila masuk tahun 2011 misalnya, ibu pasti melarangnya. Dulu masa kecik-kecik selalu gak tengok bunga api terpancar di Menara KLCC sebab nampak je dari rumah ana. Tapi itu dulu, sekarang ni kita perlukan penghijrahan. Tak begitu?? so, takda lah tengok lagi macam dulu, dah besar kut. kui3

Semalam, segerombolan masyarakat dan juga mahasiswa serta anak-anak muda mengadakan demontrasi di Masjid Negara bagi menyerahkan memorendom kepada Yang DiPertuan Agong.. atas sebab, kerajaan menaikkan harga barang dan minyak petrol. Dasyat sungguh waktu itu,..sebab Polis bertindak sangat agresif..! Dan apa yang ana dapat tahu, polis sudah berani-berani bertindak kasar dengan para wanita. Apakah tindakan kita?? adakah hanya mendiamkan diri sahaja??  tepuk dada tanyalah Iman kita. Dan Istigfarlah banyak-banyak.

Semoga Maal Hijrah tahun ini, membawa perubahan yang besar kepada seluruhnya.. terutamanya diri sendiri, termasuk, negara, masyarakat dan sebagainya. Dan juga semoga amalan kita tahun ni dan juga tahun lepas diterima oleh Allah s.w.t. Jadi, marilah kita tingkatkan amalan. Tapi bagaimana? Iya, kita perlukan penghijrahan.. sampai bila kita hendak kekal di takuk yang lama. Ana bagi satu analogi.. Seorang yang malas bekerja.. tetapi dia teringin sangat nak berkahwin.. dan dalam sesebuah rumahtangga pastinya memerlukan Ekonomi yang tetap dan terjamin masa depan anak bini. Jadi, adakah dia perlu biarkan diri dia dalam kemalasan? Tidak, malah, dia perlu berusaha untuk mencari pendapat yang tetap dan boleh menjamin ahli keluarganya. Tambah-tambah lagi, barang semuanya naik tahun ni, makin lama, makin naik pulak. huhu

Begitu juga dengan Allah. Dia takkan bagi sesuatu tanpa kita berusaha. Betul tak? kita selalu sangka, Uh... takde rezeki.. nak buat macammane?? kita tak dapat rezeki tu bila mana, kita sudah berusaha sehabis baik.. dan setelah bertawakkal kepada Allah.. tapi, result kita teruk. Itu baru nama nya takda rezeki. Kalau sebelum tu kita tak berusaha.. pastu kita gagal.. maknanya salah kita lah tu, sebab tak berusaha sehabis baik! betul tak?? ha.. hehe..

Jadi, kita perlukan penghijrahan. Dalam penghijran tu juga kita perlu ada matlamat. Matlamat kita apa?? untuk mencapai keredhaan Allah dan syurga Allah. Dalam untuk mencapai matlamat tu, kita perlukan apa ek?? Iya,mestilah kena ada ILMU, AKHLAK, IMAN dan BUANG KEPENTINGAN DUNIA. Jika kita ada keempat-empat ni, insyaAllah.. jalan atau matlamat kita akan tercapai dan dipermudahkan. 

Contoh perubahan dari segi akhlak. Di Facebook la katakan, kita tulis di Wall Facebook kita "Nganntookknye.." misalnye. Bukankah kita sudah buka aib kita sendiri di Public? tidakkah kita sedar yang bila mana orang membacanya, dia akan mencebik dengan kita. Nauzubillah..Malu kot. Jadi, bila kita tahu itu akan memalukan diri kita.. kita kena kawal diri kita dari menulis bukan-bukan yang boleh mendatangkan keaiban dalam diri kita. Contoh yang lain, misalnya kita nak bergurau dengan kawan perempuan kita. Ana cadangkan apa kata, buat group secret.. ha dalam tu bolehlah nak merepek ke, nak mengedik ke? ha.. agar kita tidak bukak aib kita dengan cara tidak sengaja dan demi menjaga kemaslahatan kaum hawa bersama. Jadi, kalo nak post something kat Facebook pun, postla sesuatu yang mendatangkan manfaat kita bersama. okeh? InsyaAllah. sama-sama kita ubah sikap untuk menjadi yang lebih baik. [Note yang ana sempat ambil dari ceramah Ustaz Zul Amirul Semalam.]

Ana suka baca buku, bila mana ana baca buku.. ana dapat sesuatu yang baru dan terasa diri ini miskin sangat dengan Ilmu. Setelah itu, ana cuba peraktikkan apa yang ilmu ana dapat hasil daripada buku apa yang ana baca. Misalnya, novel-novel yang Islamik kan.. dia mengajar kita bagaimana untuk menjadi diri berakhlak mulia sebenarnya. Pastu kisah-kisah Nabi. Subhanallah.. seronok sangat membaca. Apepun, manusia ini banyak kelemahan.. tapi setiap kelemahan itu perlulah dibaiki untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah.

Ana akhiri dengan Hadis nabi, yang bermaksud :
Dari Abdullah bin Amru bin Ash r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, ‘Seorang muslim adalah orang yang menjadikan muslim lainnya merasa selamat dari lisan (percakapannya) dan tangan (perbuatannya). Sedangkan muhajir (orang yang hijrah) adalah orang yang meninggalkan segala yang dilarang Allah s.w.t. (Mut...tafaqun A'laih).

Dan video ini sebagai muhasabah untuk diri kita bersama. Selamat menghayati! :)

  Wallahu'alam.^^,

Dec 4, 2010

Ketegasan Seorang Wanita!

Wahai Sahabatku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak sahabatku untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya. Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.
Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. 

Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai Sahabatku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
Engkau benar sahabatku, bahawa kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu,di facebook atau dimana sahaja, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai Sahabatku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku mengambil kata-kata dari Syeikh Sayyid Tantawi: Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab“. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Wahai Sahabatku…….
Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.

Seorang gadis betapa tinggi pun kedudukannya, betapa banyak pun hartanya, betapa hebat pun kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: “mencapai kebahagiaan yang tinggi itulah bersuami menjadi isteri yang solehah terhormat dan ibu rumahtangga yang baik.”

Lelaki, pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau yang rosak akhlaknya.

Lelaki yang baik, pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya.
Pasti dia akan mencari jodoh dengan seorang puteri yang perlu dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam. 

Sahabatku suasana sepi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan adalah kerana kesalahanmu sendiri. Lantas kenapa kamu yang berakhlak mulia tidak mencegahnya?

Kenapa para wanita yang mulia dan terhormat tidak memerangi musibah dan wabak itu? Kamu, para wanita tentu lebih berkebolehan dan bertindak dari kaum lelaki.

Wahai sahabatku,
Dirikanlah wadah dalam bentuk lembaga dan persatuan dari kalangan kamu sendiri yang anggotanya terdiri daripada cendekiawan, guru dan mahasiswi. Wadah yang berusaha untuk mengembalikan wanita-wanita sesat kepada jalan kebenaran. Ancam dan takutkan mereka dengan firman-firman Allah. Sekiranya mereka tidak mahu mendengar dan tidak takut lagi, maka berilah gambaran bahaya penyakit yang akan dideritainya..

Wahai sahabatku,
Kamu berpelajaran tinggi.. dan menghafaz al-Quran serta mengetahui makna-makna yang tersurat didalamnya. Tetapi, aku melihat dirimu di Alam Maya, menunjukkan kamu tidak seperti apa yang aku harapkan. 

Tidak bersikap tegas di dalam bicara, walaupun bergurau sesama wanita.. tetapi ramai penontonnye bukan dari kalangan kita. Mahukah kamu, memiliki lelaki kerana tergoda dengan sikap manja-manjamu di Alam maya tetapi bukan dengan Agamamu yang kamu miliki sebenarnya?? kitalah punca niat mereka terpesong. 

Sedarkah kita? kita dikira terpelajar, kita belajar tentang akhlak, tetapi perlukah menonjol tentang segalanya yang berkaitan tentang diri kita di Alam maya? Yang sebenarnya boleh membuka aib kita sendiri? tidak takutkah kita orang akan mencebik tentang sikap kita yang kita anggap baik atau mulia dalam diri kita, tetapi hina dalam diri mereka??

Wahai Sahabatku, 
Aku tidak malu memiliki sahabat seperti itu, tetapi aku malu kerana kamu pelajar agama.. akan tetapi tidak seperti pelajar agama. Kamu mencuri perhatian lelaki dengan cara yang paling murah!! Benar kata kamu, tidak perlu hipokrit. Tapi disebabkan kita tidak mahu hipokritlah, 'Dosa' itu suka dengan kita. Itu bukan dinamakan hipokrit sahabat, itu maknanya menutup keaiban diri yang sebenarnya. 

Jadi sahabatku,
Malu kita perlu bertempat, ya betul! Bertempat itu dimana?? ditempat yang sepatutnya. Tetapi slumber itu juga perlu bertempat..tapi tempatnya dimana?? adakah kita nak berslumber pun, sehinggakan aib terbuka dengan sendirinya tanpa menyedarinya??

Sikap manja, sikap gedik kita tidak perlulah dipublishkan di khalayak ramai.. cukuplah sekadar sahabat kita mengenali kita dan dipublishkan untuk lelaki yang bergelar suami sahaja. 

Wahai sahabatku,
aku bercakap bukan kerana aku memiliki ilmu yang banyak seperti mu.. tetapi aku bercakap sebagai seorang sahabat yang sayangkan maruah sahabatnya yang lain termasuk maruah sebagai kaum hawa yang nabi kata,ia membawa fitnah paling besar didunia!

jadi sahabat, mahukah kamu berubah bersama ku?? marilah kita sama-sama muhasabah diri demi kebaikan diri kita sendiri. Sesungguhnya Allah menyayangi kepada hambanya yang sentiasa muhasabah diri.

Wallahu'alam~