Jul 30, 2011

Subhanallah.. Ramadhan datang lagi..^_^

Assalamu'alaikum w.b.t.

(Saya tak sempat nak design saya punya sendiri..apepun, Ahlan wasahlan ya habibi Ramadhan al-Mubarak!^^,)

Alhamdulillah.. bersyukur sangat-sangat sebab tak lama lagi nak puasa. Lagi sehari je kot.. InsyaAllah. Setiap hari, setiap detik.. rasa rindu sangat dengan bulan Ramadhan, hatta dengar lagu raya kat TV pun, sebak je rasa.. bukan sebak nak raya, tapi sebak fikirkan kematian. Bila Ramadhan datang, makin lama, makin pendek umur kita.

Sebab apa?

sebab.. selagi kite bernafas, selagi itulah kematian menghampiri kita. saya pun sejak akhir-akhir ni, suka sangat fikirkan tentang mati. Kadang-kadang, saya sesak nafas. Tapi, saya tahu.. ada hikmah Allah nak beri saya sesak nafas time tu. Tibe-tiba saya terbangun awal pagi.. tup-tup dapat meseg yang Ibu kepada sahabat baik saya, sudah  kembali kerahmatullah. Allahu Akhbar! Semoga kamu tabah, sayang!

Alhamdulillah, sudah 21 tahun saya hidup. InsyaAllah.. saya dapat rasai kenikmatan Bulan Ramadhan kali ini. Mungkin ini ramadhan yang terakhir.. wallahu'alam. Mungkinkah atau pun tidak.. kite perlu bersiap sedia dengan sebarang dugaan atau cabaran yang Allah beri kepada kita. Bak kata pepatah melayu, sediakan payung sebelum hujan.

Begitu jugalah dengan hidup ini. Sebelum kita ingin masuk ke syurga, persiapan yang rapi perlu kita buat. Ibarat seperti Malaikat yang solatnya 24 jam.huhu eh.. Sahabat-sahabat faham maksud saya??

Begini, Solat itu bukan sahaja solat 5 waktu sehari semalam. Tetapi, Allah kata, 'ala bizikrillahi totmainnul Qulub. Sesiapa yang mengingati Allah, hatinya akan tenang. Ibarat malaikatlah, mereka sentiasa beribadah kepada Allah. Tapi bagaimana pula dengan kita? kita ada dunia & akhirat.. jadi, yang mana 1 yang wajib kita aulakan?

hmm... tepuk dada, tanyalah iman anda sendiri. Begitu juga buat diri saya.

Jadi, apa persiapan anda untuk ramadhan kali ini? apakah sama macam tahun-tahun lepas, atau saya nak solat witir 100 rakaat 1 malam, contoh. hehe Tak pun, saya nak sembahyang sepanjang hari, atau baca quran sepanjang hari dan takyah solat pun takpe, sebab saya da baca quran. Macam tu?? hohO..songsang namanya tu. hehe Solat tu kan wajib..^^,

Hidup kita perlulah seimbang. Misal kata, kita main facebook 10 jam, kite kenalah beribadah kepada Allah 20 jam.. atau lebih dari 10 jam yang kita main facebook tu.. ha.. itu barulah dikatakan seimbang antara dunia & akhirat. Kalau kite main facebook 12 jam, tapi kita beribadah 2 jam je. Tak seimbang la tu.. Jadi, itu contoh yang saya boleh bagila.

Allah berfirman lagi, "Tidak aku jadikan manusia dan jin di bumi ini hanyalah untuk beribadah kepadaku". Nah! Allah dah kata da kan? Kita kerja pun dikira ibadah, bagaimana? niat kerana Allah ta'ala. Janganlah kita kerja, kerana rasa terpaksa atau kerna harapan ibu dan ayah misalnya. Niat kita boleh jadi songsang tau.. memang kebanyakkannya nak kerja, sebab nak cari pendapatan atau ibu bapa yang suruh dan sebagainya. Tapi first thinking yang harus kita niatkan adalah, kerana Allah ta'ala. Samalah dengan tujuan kita hidup kat dunia, semuanya semata-mata kerana keredhaan Allah s.w.t.

Jadi, jelas di situ? Jika tak jelas, maklumkan ye. Kalau saya salah. Tolong betulkan ye. ^^,

Baiklah, sebelum menyambut bulan yang penuh mulia ini. Kita kena buat sedikit "Manual Tarbiyyah".. semoga ramadhan kali ini, berbeza dengan ramadhan tahun-tahun lepas.

Sebelum tu, misal kata kita tak tutup aurat, tapi ramadhan kali ni kita berazam yang "saya akan tutup aurat!" atau "saya nak pakai tudunglah puasa nanti".. apepun, niat itu yang penting. InsyaAllah, jika niat kita ikhlas.. Allah permudahkan urusan kita untuk berubah.

"Manual Tarbiyyah" yang ni saya lakarkan sendiri.. nak tiru boleh, nak wat perubahan pun boleh. Sharing is caring..^_^

1. Tahajjud sebelum sahur.
- yang ni kena bangun awal sikitla. Tak pun, sesiapa yang parents nye kejutkan... sebelum nak serbu makanan tu, ha.. masuk tandas, gosok gigi pastu amik wuduk then terus ke tikar sembahyang dan niat solat sunat tahajjud deh. Senang kan? biasakan diri tu.. insyaAllah boleh. :)

2. Jangan tidur selepas bersahur & Subuh.
- ha.. yang ni dikalangan kita sukar nak elakkan. Almaklumlah, tido tak cukup misalnye.. pastu rasa ngantok sangat. Lepas sahur, mesti dah niat da nak tidur lepas subuh. Bila dah niat tu, memang susahla nak ubah. Cuba lepas subuh tu, niatkan taknah tido. Tapi mesti kne ada ikhtiar, misalnye tengok TV ke? kan pagi-pagi ada ceramah "Tanyalah Ustaz" ha.. tak pon, bukak laptop, watla apa yang patut, asalkan tak tido lepas subuh. senangkan? insyaAllah senang.:)

3. Baca Quran selepas solat Subuh.
- Ini adalah salah satu cara untuk hilangkan mengantok.. bacala sebanyak mana helaian muka surat, sehingga membuatkan kita rasa syok baca Quran..insyaAllah, sedar tak sedar kita da baca hampir 1 juzuk.. tryla..:)

4. Solat Dhuha
- Manual Tarbiyyah yang ni jangan lupa ye...dalam hadis Rasulullah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud : "Siapa sahaja yang dapat mengerjakan solat dhuha dengan kekal,akan diampunkan dosanya oleh  Allah, sekalipun dosa itu sebanyak busa lautan". Jadi, rajin-rajinkanlah diri anda untuk solat Dhuha.. ^^,

5. Baca Quran 4 muka surat selepas setiap solat Fardhu
- 1 juzuk = 20 helai muka surat
4x5 waktu = 20 helai/sehari
20 helai x 30 hari = 600 helai/khatam
                           = 30 Juzuk

6. Pasangkan niat, Sekurang-kurangnya sekali Khatam Quran.
- Pertama-tama sekali dan selamanya, semuanya berpandukan kepada niat kita. Jadi, jika kita ikhlas, dan niat kerana Allah ta'ala.. insyaAllah, Allah akan bantu kita untuk habiskan khatam. yang pasti, hati kita betul-betul bersedia.. dan bertindak! Sekiranya kita niat sahaja tanpa bertindak, hasilnya tarakla jawapannya..hehe

7. Baca Mathurat pagi dan petang.
- Aiwah! manual tarbiyyah ini kena selalu amalkan. Baca natijahnya kita akan dapat. InsyaAllah.. yang pasti, kita kena paham maksud die.. jangan main baca je.. hehe

8. Hafal surah-surah hafalan.
- Ha yang ni, refresh balik surah-surah yang kita dah hafal sejak darjah 6 lagi. Kena cek KPI dulu la, surah apa yang kita kena hafal. time form1, surah lain.. begitulah form-form yang lainnya. Hatta, masuk universiti pun, ada surah-surah yang kita kena hafal. betul tak?^^,

9. Solat Terawih & Witir
- Solatla terawih secara berjemaah.. insyaAllah natijahnya 27 kali ganda daripada solat secara bersendirian. Mungkin nikmat berpuasa itu lebih terasa bila kita solat jemaah.. selepas itu solat witir. Kalau kita berniat nak solat sunah hajat malam tu,atau apa sahaja solat sunat, lakukanlah solat witir selepas kita selesai habis solat sunat..sebab solat witir adalah solat penutup kepada semua solat sunat.

(Cantikkan? Subhanallah..sapela yang buat..:))

Bagaimana manual tarbiyyah yang saya bagi? boleh buat?? insyaAllah boleh. Hidup perlu konsisten dengan ketaqwaan kepada Allah ta'ala.. semoga kita peroleh rahmat serta kasih sayangnya yang melimpah ruah.. ameen!! Allahu Akhbar!

Dikesempatan itu, saya ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua yang mengenali diri saya dan juga kepada semua pembaca, sekiranya.. saya pernah secara langsung atau secara tidak langsung dalam melakukan kesilapan kepada anda semua, sama ada sakitkan hati anda ke? terlepas kata ke??atau seumpamanya.. maaf banyak-banyak deh..:'(

Sesungguhnya, saya hanyalah insan biasa yang banyak kelemahan dan sentiasa dalam muhasabah. InsyaAllah, Setiap manusia punya kelebihan & kelemahan, kita tak dapat nak hapuskan kelemahan tapi kita dapat didik dia dengan sentiasa muhasabah.Jadi, sama-samalah kita muhasabah agar menjadi hamba Allah yang tidak pernah serik untuk mendapatkan keredhaan-NYA..Wallahu'alam.

Kullu 'am wa antum bikher..ameen! Barakallahu feekum..^_^

Jul 18, 2011

Hakikat Perjuang!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, selesai sudah program ana bersama murabbi even 3 hari, tapi ia amat bermakna buat diri ana. insyaAllah. Sebelum tu, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat Dr. Lo' Lo' yang telah kembali kerahmatullah malam semalam. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan sentiasa mendahului redha Allah, dari redha dunia. Dan semoga setiap perjuangan beliau ada tempat di sisi Ilahi..insyaAllah ameen!!

Kita kehilangan lagi seorang serikandi yang amat bermakna di negara ini. Semoga ramai lagi serikandi seperti beliau. InsyaAllah, termasuk diri ana sendiri..ameen! sama-sama kita doakan untuk diri sendiri.

Baiklah.. setelah selesai dari program tersebut, terdapat banyak perkara yang ana dapat simpulkan. Sahabat-sahabat, PERJUANGAN itu dirancang oleh orang alim, digerakkan oleh mereka yang ikhlas, di perjuangkan oleh Sang Pemberani dan dinikmati oleh Si pengecut. Begitulah antara intipati pesanan Murobbiku Ustaz Yahya Othman baru-baru ini. Bagi ana, ia juga boleh dijadikan sebagai resolusi untuk Bersih 2.0 baru-baru ini.

Kenapa ana boleh kata begitu? mari ana terangkan.

Hidup Ini Perjuangan!
Kehidupan ini suatu perjuangan. Setiap yang hidup mempunyai perjuangan masing-masing. Ada yang sekadar berjuangan untuk hidup, mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan, yang mana ibaratnya boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Adapun, yang perjuangannya lebih sedikit, berjuang untuk mengubah status kehidupan keluarga daripada tahap miskin fakir kepada lebih berada dan selesa. Ada juga yang berjuang untuk memajukan diri dan kerjaya, sehingga mencapai kejayaan dalam erti kata lain, memiliki nikmat kehidupan dunia berupa harta, kekayaan dan seumpamnya. Materialnya lebih bersifat duniawi.

Tidak kurang juga yang melihat perjuangan itu sebagai satu perjuangan melonjakkan sesuatu idealisme dan ideologi, membawa perubahan minda dan kehidupan masyarakat, serta membawa umat daripada satu tahap ke tahap yang lebih baik di dunia ini. Namun, masih ramai yang seolah-olah berjuang atas dasar yang batil, sekadar memuaskan kehendak diri serta nafsunya dalam memuaskan kepentingan peribadi dan kelompok, yang berpaksikan matlamat menghalalkan cara.

Berkiblatkan Ilmu dan Orang Berilmu.
Namun sahabat-sahabat, menuntut ilmu juga satu perjuangan, sebagaimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama?" (QS. At-Taubah:122)
yang mana, ia memerlukan komitmen dan kesungguhan untuk mencapainya. Membina keluarga yang mawaddah, sakinah serta hafizoh juga satu perjuangan.


Menyebarkan kebenaran juga satu  perjuangan untuk menghapuskan kezaliman dan kebobrokan manusia. Walaubagaimanapun, mendidik jiwa dan roh juga satu perjuangan untuk menuju Tuhan Rab al-Jalil. Namun, jika kita benar-benar merenung mana-mana perjuangan, ia pasti dimulakan oleh Orang Alim. Betul tak? Merekalah yang menggagas falsafah dan dasar-dasar perjuangan. 




Inilah hikmah Allah s.w.t. membangkitkan para nabi dan rasul untuk setiap umat dan pada setiap zaman, untuk membawa kemabli umat manusia kepada landasan perjuangan kehidupan yang sebenar. Selepas kewafatan Nabi s.a.w. tugas baginda diwarisi Khalifah, ulama dan mujaddid yang bangkit silih berganti sepanjang sejarah perjuangan umat ini. 


Kelompok kedua dalam perjuangan ialah mereka yang Ikhlas dalam perjuangan. Mukhlisin akan menjadi pengikut dan murid setiap bagi para alim yang memulakan perjuangan tadi. Mereka akan lahir sebagai pengikut yang jujur dengan perjuangan mereka. Sanggup berkorban demi memenangkan perjuangan dan mempunyai semangat berjuang yang tinggi. Keikhlasan mereka menjaga keaslian perjuangan dan membolehkan perjuangan itu diwarisi kepada generasi seterusnya. 


Inilah gambaran yang boleh ana bawa bagi mengenangkan perjuangan para sahabat, yang ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan, mewarnai kehidupan perjuangan. 


Berani mengatasi Mehnah & Tribulasi
Namun begitu, perjuangan pasti berhadapan dengan pelbagai mehnah serta tribulasi. Ia ibarat lautan yang bergelora. Perjuangan itu mungkin menghadapi gelombang yang lebih hebat lagi. Sebab perjuangan untuk hidup, melangsungkan kehidupan, mencari erti kebahgiaan, cita-cita dan harapan memang akan berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi.


Sebab itu, hanya mereka yang berani sahaja akan tegar bagi meneruskan perjuangan. Sang Pemberani akan untuh mempertahankan prinsip perjuangan, meskipun ramai yang telah lari meninggalkan barisan perjuangan. Mereka inilah yang akan terus mara dalam perjuangan, sehingga ke titisan darah yang terakhir. Sang Pemberani pasti meniupkan roh kemenangan dan kejayaan yang membakar semangat rakan seperjuangan. Sang Pemberani juga akan bersabar dengan derita perjuangan kerana itu merupakan mahar untuk mengapai Syurga Ilahi.


Namun, perjuangan memerlukan lebih ramai sang Pemberani seperti anda semua bagi mendukung dan menopang perjuangan ke tahap jayanya. Mereka yang menerobos perjuangan kehidupan, perlu memiliki keberanian dalam berjuang. Ingatlah! Sifat berani adalah fitrah yang dianugerahkan kepada mereka yang berjiwa menang. Berani itu kerana Benar dan Takut itu Kerana Salah. 




Pengecut Berjiwa Parasit!
Namun tidak dinafikan, dalam hakikat perjuangan ini, ada sekelompok yang hanya duduk sahaja menunggu kemenangan, sekadar bercita-cita mengecap nikmat kemenangan dengan menanguk di air keruh. Inilah Kelompok Pengecut yang berjiwa kecil. Jiwa kerdil mereka menjadikan mereka seperti parasit yang hanya menumpang kejayaan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Ada juga yang hanya tahu menadah telinga mendengar berita palsu serta mengeluarkan bijik mata melihat kezaliman dari Pemberita Munafik. Kelompok ini tidak jujur dengan perjuangan tetapi antara yang awal mendabik dada merayakan kemenangan. Berawaslah kita daripada kelompok ini. Nauzubillahi min zalik! 


Marilah kita thabatkan pendirian kita. Dimanakah kita? apakah kita ingin tergolong dalam kalangan kelompok pertama, kedua atau ketiga? atau sekadar berpada sebagai si pengecut yang menunggu sahaja peluang atas perjuangan orang lain? 


Jadi marilah kita menjadi manusia mulia yang bersama-sama dengan kelompok para pejuang. Perjuangan memerlukan gabungan mereka yang alim, ikhlas dan berani tetapi tidak si pengecut malah tetap memenangkan si kepala pengecut. Tepuk dada, tanyalah iman diri kita sendiri. Dimanakah Iman kita? 


"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Islam mempunyai dinding teguh dan pintu yang kukuh. Dinding Islam itu ialah keadilan. Sedang pintunya ialah kebenaran. Apabila dinding itu telah dirobohkan dan pintunya dipecah orang, Islam pun akan dapat di kalahkan. Islam akan sentiasa kuat selama pemerintahannya kuat. Kekuatan pemerintahan tidak terletak dalam angkatan perang atau keperkasaan angkatan kepolisan. Namun, dalam realitinya pelaksanaan yang dijalankan dengan segala kejujuran dan kebenaran serta keadilan".
[Umair Bin Sa'ad]

Wallahu'alam.

Jul 6, 2011

Cinta Itu Bukan Tuhan!

Alhamdulillah, sudah masuk bulan Syaában dan tak lama lagi Bulan Ramadhan. Subhanallah... sekejab je kan? rasa macam semalam baru masuk tahun baru. Tetibe dah masuk bulan syaában. Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akhbar!


Al-Kisah...
"Si Fulanah pernah dirisik tetapi melalui YM. Namun, hati si Fulanah ini tidak akan sesekali dibuka untuk lelaki yang belum sah menjadi suaminya. Selepas itu, Mereka jarang berhubung. Kadang-kadang sebulan, kadang-kadang dua bulan, macamtulah. Mereka berhubung pun, bila ada sesuatu perbincangan atau pun pertanyaan."

"Tiba-tiba hati Si Fulanah ini merasakan sesuatu yang mana Si Fulan akan di miliki oleh orang lain kerana itulah Petunjuk Ilahi dalam istikhoroh Si Fulanah. Tidak lama kemudian, jawapan yang Si Fulanah harapkan terlerai dan terjawab juga. Alhamdulillah, tekaannya tepat dan itulah petunjuk sebaik-baiknya dari Pencipta untuknya. Ibu Si Fulan telah memilih muslimah lain sebagai calon isterinya. Kerana Muslimah itu juga, Si Fulan terpaksa buang Si Fulanah dari friendlistnya." Mengadu pilu Si Fulanah pada saya, cuma satu sahaja pesanan saya padanya. "Cinta Bukan Tuhan, Sayang!"

Cinta di Martabatkan terlalu Agung!
Begitulah realitinya kini. Cinta dimartabatkan terlalu agung dan disanjung membumbung... Demi cinta, segala-galanya berani diterjah dan sanggup di redah. Tidak percaya? bacalah masalah-masalah masyarakat yang dipaparkan di dada akhbar atau majalah. Ada pulak, Ustaz sanggup berzina dengan anak Murid sendiri. Astagfirullahal'azim. Bila ditanya kenapa? kebanyakkanya menjawab 'Apa boleh buat? kami sudah jatuh cinta!'huhu Naúzubillahi min zalik~

Sahabat-sahabat, inilah bahana menonton filem cinta versi Bollywood, Hollywood atau filem-filem seumpamanya. Lihat sahaja bagaimana hero dan heroin, romeo and juliet dalam filem-filem tersebut sanggup melepaskan apa jua halangan demi penyatuan cinta mereka.  Pengorbanan demi cinta disanjung dan dipuja walaupun jelas melanggar tatasusila dalam beragama. Kerap kali ibu bapa dipinggirkan tetapi ada juga ibu bapa beri galakan, kononnya kerana peredaran zaman, zaman modenla katakan. Apa sahaja plot dan klimaks cinta, Cinta akan dimenangkan. Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta. Betul tak? Tengok jela drama-drama yang ada di Televisyen, baik drama Islamik atau dengan drama biasa bagi saya sama je semuanya. Lebih agungkan Cinta Manusia! Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta.

Mari renungkan sejenak. Cuba tanya pada diri, siapakah yang mengurniakan rasa cinta di dalam hati setiap manusia? tentu sahaja jawabnya ialah Allah s.w.t. Sahabat-sahabat yang dikasihi fillah, Allah mencipta manusia,hati, akal dan perasaannya. Cinta itu pula fitrah yang di kurniakan Allah pada setiap hati.

Cinta Bukan Matlamat.
Cinta itu bukan tujuan, cinta itu hanya jalan. Cinta itu juga bukan matlamat, tapi cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan di cintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan kita diciptakan.

Cinta itu mengikat hati antara lelaki dan wanita untuk sama-sama membentuk Ikatan Perkahwinan demi menyempurnakan agama. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud..

"Apabila seorang hamba Allah itu berkahwin, ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka, separuh yang lainya hendaklah ia bertakwa kepada Allah". (Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'b al-Iman daripada Anas)

Bagi saya, cinta (perkahwinan) memang penting tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta terutama sekali bagi orang yang sedang bercinta sebelum berkahwin. Tujuan sebenar cinta itu sering dipinggirkan. Sebab itu, ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci juga dipinggirkan. Kononnya, cinta itu sangat suci dan bersih.

Oleh kerana itu juga, saya tidak berani bermain dengan cinta. Takut bila menganggap cinta itu sebagai Tuhan, dan mati pun boleh dianggap mati dalam keadaan syirikkan Allah! Nauzubillahi min zalik! Moga-moga, kita semua mati dalam keadan baik..iaitu Husnul Khotimah..insyaAllah..ameen!

Saya berpegang kepada kata-kata Ibnu Sina : "Tiada kehidupan yang lebih singkat di Usia remajaku daripada menerima ilmu yang luas".

Jadi, gunakanlah masa bujang kita dan juga masa remaja kita sebaiknya. Misal kata, kita bercinta sebelum berkahwin, pastu ia terjadi pula kepada anak kita, malah lebih dasyat dari itu. Apa pula, pengajaran yang harus kita berikan kepada anak-anak kita? kalau kita sendiri yang melakukannya semasa kita zaman remaja..Astagfirullahalázim! Anak-anak kita adalah khalifah yang Allah Ta'ala amanahkan kepada kita sahabat-sahabat.  Jangan gunakan masa yang ada untuk mensia-siakan diri sendiri. Kelak, diri sendiri juga yang rugi. Ilmu tarak, kehidupan pun tarak. Nauzubillahi min zalik! Pesanan ini sentiasa dan selamanya buat diri saya dan juga anda semua..insyaAllah!

Jadi, marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita kearah yang lebih baik.InsyaAllah, Umat Islam sentiasa BOLEH! ^^,

Wallahuálam~