Friday, February 25, 2011

Generasi Terbilang - Jadikan Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah

Generasi Terbilang - Jadikan Rasulullah sebagai  Qudwah Hasanah

Bila dikenang zaman kebangkitan Islam. Kerdil rasa diri. bila direnung masa lalu, betapa jauhnya zaman tersebut dengan zaman kini, bangsa kini, umat kini, diri ini. Kerdil sangat.

Generasi yang dulu tetap kuat, utuh walaupun diuji dengan ujian yang sangat berat. Diminta untuk berperang, berduyun-duyun yang mahu pergi berperang. Matlamat syahid menjadi rebutan.  Mereka sering bersemangat. Siang hari pergi berperang, malam hari dipenuhi dengan beribadat kepada Allah. Subhanallah. Hebatnya generasi ini.

Kita????

Aduh!!! untuk baca Al-Quran 2 muka surat pun sudah penat, letih. Dikatakan itu sudah banyak. puasa sunat apatah lagi, sedikit sangat. orang yang menegakkan agama pula sering diejek. Dikatakan tidak sezaman, tidak bepijak pada bumi. Sedangkan mereka ialah orang Islam juga. Patutkah???? Macam mana untuk diajak berperang, nak keluar rumah untuk menolong orang Islam lain yang kesusahan pun payah, inikan ingin menolong agama Allah.

Bila dilihat situasi ini..
Boleh saya bertanya, siapa Qudwah Hasanah zaman dahulu? Siapa Qudwah Hasanah zaman sekarang? Mereka meletakkan individu berbeza dalam kotak pemikiran mereka?? Adakah sudah tidak meletakkan sebaik-baik manusia, kekasih Allah, Rasulullah S.W.T sebagai Qudwah Hasanah??? Sudah dilupakah kita akan Rasulullah akan pengorbanan beliau kepada kita umatNya?

Bila dinilai semula, kita berada dalam satu kedudukan yang begitu jauh dengan Rasulullah. Jauh sangat-sangat. Maksud saya bukan sahaja dari segi zaman malah roh kita turut jauh dari Rasulullah. Kita sudah tidak jadikan setiap sunnah Rasulullah sebagai ikutan, panduan dalam hidup, strategi  dalam membina akhlak muslim sejati.

Lihat sendiri bukti tidak rugi menjadikan Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah iaitu, ketika peperangan dalam merampas Konstantinopal dari pihak Rom. Apa tindakan Sultan Muhammad Al-Fateh. Setiap tindakan, setiap strategi peperangan, sebolehnya ingin mengikuti setiap strategi peperangan yang Rasulullah lakukan. Apa hasilnya??? Adakah sia-sia??? Oh, tidak!! Islam berjaya memijak ditanah Konstantinopal setelah 800 tahun dilaksanakan usaha tersebut. Akhirnya baru berjaya merealisasikan impian tersebut. Konstantinopal atau kini, Istanbul (Islam Keseluruhannya).. Apa sebabnya, jadikan Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah.

Subhanallah. Sejarah telah membuktikan, setiap tindakan kita yang menjadikan keredhoaan Allah sebagai jalan utama, matlamat utama dan jadikan Rasulullah sebagai satu role model dalam ikutan sepanjang zaman adalah satu perkara yang tidak akan sia-sia. Sebenarnya, orang yang menolak perkara tersebut adalah orang yang rugi.

Kita lihat sendiri, bila tidak menjadikan ajaran Allah sebagai undang-undang dalam kehidupan. Semua perkara dalam kehidupan tidak mahu menjadikan agama sebagai satu jalan dalam kehidupan. Apa hasilnya?? Manusia terus lalai dengan kemewahan dunia yang hanya sementara. Terus lalai. Ajaran Islam terus diperlekehkan.

 ketinggalan zaman la

“open minded la sikit, ni zaman bila.. pakai serban nampak kolot la”

“lebih baik pergi kelas tambahan dari kelas Qiraat yang ustazah tu ajar secara percuma. Bosan la. Asyik kena mengaji ja”

Adakah ini dikatakan generasi yang berilmu, generasi yang akan mencorakkan Islam kearah yang lebih baik. Jangan menunggu sehingga generasi-generasi sekarang sebagai salah satu bahan uji kaji yang telah gagal, barulah kita sedar akan cara yang terbaik dalam mendidik akhlak manusia.

Al-Qur’an telah membuktikan Rasulullah merupakan Qudwah Hasanah yang terbaik


Apa yang kita tunggu lagi. Segalanya sudah terjawab. Cubalah kita jadikan Rasulullah sebagai ikutan kita. Buang semua individu lain yang ingin kita ikuti. Sekarang jadikan Rasulullah sebagai ikutan kita. Barulah generasi baru dengan pemikiran baru yang bersih dapat dicapai.

Rasulullah berjaya membuktikan sesuatu yang tidak mungkin dapat dihasilkan oleh orang lain.

Rasulullah, tidak dapat dilupakan segala pengorbananMu agar syiar Islam tertegak sehingga hari ini. Sesungguhnya, sayang kita tidak sehebat Saidina Abu Bakar dalam menyayangiMu. Rindu kita tidak sehebat rindunya Uwais Al-Qarni terhadapMU.

Namun, harus diingat. Kita perlu cuba menjadi umat yang terbaik. Walau mempunyai banyak kelemahan. Kita akan cuba membentuk diri agar kita dapat menjadi penyambung rantai perjuangan Rasulullah dalam menegakkan Islam di muka bumi. Kerana dengan cara itu kita dapat menjadi salah seorang dari sahabat Rasulullah. Moga impian kita tercapai. InsyaAllah.


Farah Diana Abu Bakar
11.49a.m
25/2/2011

~aku harapkan artikel ini menjadi satu bukti dalam aku melaksanakan janjiku itu….

Saturday, February 19, 2011

Kebahagiaan - Untuk sahabatku 2

Assalamualaikum..

~ Surah Al-Asr 1 -3


Masa begitu berharga dalam kehidupan... Seperti kata-kata Imam Al-Ghazali.. perkara yang paling jauh adalah masa yang lalu... andai satu saat berlalu, dengan menaiki kenderaan paling laju, masih tidak akan dapat kita capai... begitu jauh....

Oleh itu, jadikan setiap detik masa yang kita lakukan dengan bermanfaat... 

kadang-kadang, bila kita mengurus masa dengan baik, perkara yang kita tidak jangka dapat dilakukan dengan tempoh yang diberikan, kita tetap boleh lakukan... begitulah kuasa masa...



Masa yang berlalu...
ana sering mengharapkan masa yang ana lalui sekarang dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat walaupun kadang-kadang tak cukup untuk kaki melangkah.. takut sekiranya tiap langkah, tiap perbuatan kita lari dari keredhoan Allah... Nauzubillah..

Sama-samalah kita berusaha untuk diri kita agar kita habiskan masa kita dengan mendekati Allah..

Kembali kepada tajuk.. kebahagian yang ana maksudkan adalah.. kebahagian kita bersama sahabat-sahabat.. Andai kadang-kadang kita rasa kita menipu diri kita untuk mendapatkan kebahagian tersebut.. namun hakikatnya.. kita sudah dapat merasai kebahagiaan tersebut.. waduh-waduh.. berbunganya bahasa...

Sahabat..

Aku bangga menjadi sahabat kalian... rasa indah melayar bahtera perjuangan dengan kalian.. laut sama direnangi, bukiy sama didaki, lurah sama diharungi, susah sama mengatasi..

kutahu, ku bukanlah yang terbaik untukmu.. namun aku akan cuba berikan yang terbaik.. terima kasih sahabatku...



----------------------------------------------------------------------------------------
rasa kepenatan bermain boling padang sudah tidak terasa bila melihat kalian terus bersemangat dalam membuat kerja perjuangan.. Ku tahu.. ada hati yang tidak menerima.. namun, kamu tetap tabah mengharunginya.. ku bangga menjadi sahabatmu..

~ DISITU KAKI MEMIJAK.. DISITU ISLAM DIJUNJUNG.~

Tuesday, February 15, 2011

Gelombang Keadilan ~ music background

Assalamualaikum..

Dengan kesempatan masa yang terhad untuk post something, sat lagi ada kuliah. bukalah blog ana nie utk melihat  apa2 yang berlaku.. dah lama tak survey.. dalam membangunkan diri ini untuk kuat.. kedengaran lagu yang berkumandang setiap kali membuka blog ini.. rasa macam tersentuh.. lagu ini rasa macam dekat sangat dengan diri ini ketika situasi sekarang..

hati yang masih tercari-cari rasa sedikit tenang dengan menghayati lirijk lagu ini.. lagu nie penah menjadi lagu tema untuk tamrin pengawas di MMAS tahun 2010, thun lepas... harap semua dapat menghayati dan sama-sama merasai apa yang ana rasa ketika ini..



Gelombang Keadilan




Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga





rasa perasaan ini dapat bangkit sedikit untuk terus berdiri dalam medan ini...

~ kepada sahabat-sahabat yang berada di muka bumi Allah ini, moga antuma semua dapat salurkan sedikit kekuatan antuma kepada diri ana.. ana merindui zaman pentarbiyahan kita...
~ ana merasakan diri ana sudah kurang perasaan itu.. rindukan zaman rumah sewa.. halaqah imu pada setiap malam selepas maghrib..

Ahad : Bacaan Al-Qur'an dan Qisah
Isnin : Tazkirah
Selasa : Usrah
Rabu : Muzakarah

Ya Allah, rindunya hambaMu ini dengan suasana begitu.. Sekarang masih ada.. namun.. hati ini begitu sukar untuk menghayati.. Ya Allah, jangan Kau hijabkan hati hambaMu ini untuk mendapat secebis imuMu ya Allah..


~ Mungkin hati ana ada sedikit masalah.. doakan yer sahabat-sahabat.. mengubah dan perubahan ...

~ Moga diri terus kuat dalam menongkah bahtera kehidupan...

Thursday, February 3, 2011

Kebahagiaan - Untuk sahabatku

Assalamualaikum…. Salam pengisian untuk semua.. 

Dedikasi istimewa untuk sahabatku



Kebahagian…
Dimana boleh ku cari,
Adakah begitu sukar..
Sukar untuk ku temui..
Adakah aku tidak layak untuk merasai kebahagian itu..
Tidak layak untuk ku rasai…

Kebahagian..
Berikan lah aku petunjuk…
Mana boleh ku temui kebahagia itu..
Waktu tidur..
Waktu lapang…


Akhirnya…
Berjaya ku temui kebahagian itu..
Kebahagian yang ku cari selama ini..
Melalui persahabatan itu..
Persahabatan yang terjalin antara kita..
Ukhwah fillah abadan abada…



~persahabatan yg terjalin ini bukan hanya sekadar “sahabat”.. tetapi sahabat kerana Allah.. lengkap melengkapi…
~masih ingatkah perjanjian kita pada satu malam.. malam yang memberi kita kekuatan untuk masih berdiri dalam landasan ini…
                Ana ada anti… anti ada ana
-kekuatan kita bersama kan… erat kukuhkan… syukran atas segalanya.. memberi ana peluang untuk merasai kebahagia dalam landasan ini… ku tahu.. perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis.. syukran atas segalanya…


FaDie
Dedikasi hati ke hati

Tuesday, February 1, 2011

Salam Perjuangan untuk diriku..

Assalamualaikum....

Apa khabar semua... moga dalam keadaan sihat sejahtera..
Mengikut perkembangan yang berlaku di luar negara.. Mesir terutamanya.. keadaan amat getiur.. nampaknya suara rakyat tidak boleh dipandang enteng lagi..

Ana tak tahu nak cakap macam mana mengenai suasana disana.. dalam penilaian ana yg sedikit ini.. berbagai perasaan yg bergaul sekali.. tapi tiada lain yang ana pinta.. moga abang ana disana dlm keadaan baik dan selamat.. berita darinya belum apa pun diterima.. begitu juga untuk sahabat seperjuangan ana yg berada disana.. tidak dilupa juga kepada semua ahli keluarga yg membaca post ini ataupun tidak.. diharapkan dalam keadaan selamat hendaknya.. begitu sukar untuk kita lafazkan mengenai suasana disana.. begitu genting.. tiada lain yang diharapakan hanya keselamatan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja..

Mengenai tajuk ana pada kali ini.. ana nak tari diri ana agar kembali bersemangat untuk berjuang..

sudah lama sebenarnya ana membiarkan diri ana gersang tanpa sebarang kata-kata semangat untuk berjuang.. kata-kata jihat udah tidak kedengaran ditelinga.. hanya sayup2 suara-suara semangat yang kadang-kadang hadir tapi leyap begitu sahaja.. maybe kahadiran ana dalam usrah belum sepenuhnya sehinggakan perasaan ana masih lagi ditimpa putus asa dan lemah..

Farah.. bangunlah kamu.. buka matamu.. pasang telingamu.. jangan didamba pergantungan lain melainkan pergantungan Allah.. masih ingatkah kamu perjuangan Rasulullah.. perjuangan para Sahabat..  perjuangan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.. perjuangan As-Syahid Sheikh Qutb.. dan sebagainya.. - perjuang kontemporari..

Sudah lama diri ini diselubungi aktiviti-aktiviti yang tidak membakar jiwa perjuangan.. mmg selalu menyampaikan kepada yang lain tapi untuk memberi ruang ke dalam diri ini untuk membentuk semangat perjuangan tidak sama.. gerun rasa hati dan diri ini bila melihat perubahan yang berlaku..


Sering hati ini cuba menanam kefahaman dalam diri agar diri ini terus berjuang.. tidak mahu hanya sekadar semangat..kerana diri ni tahu..semangat itu akan pudar.. apabila berjuang diiringi dengan kefahaman.. insyaAllah.. jalan yang akan diambil akan sentiasa diatan kebenaran..


Jangan mudah mengalah.. ingat kata yang sering dilafazkan

dimana bumi dipijak disitu ISLAM DIJUNJUNG
 Dulu dalam diri ini banyak perkara yang berlaku dalam proses untuk mematangkan diri ini.. alhamdulillah.. ana berjaya mengharunginya.. adakah ujian yang ana alami sekarang turut mematangkan ana.. harap begitu la...

Moga diri ini terus dalam istiqamah dalam perjuangan.. kepada sahabat-sahabat.. doakan ana.. jangan biarkan ana dalam sendirian...

~kalau ada apa-apa ransangan yang ingin berikan kepada ana.. boleh ja hantar ke emel atau facebook.. ana sentiasa dahagakannya... moga dapat membantu diri yang kerdil ini..
 FaDie