Sudah sediakah aku...



Assalamua'laikum, secara sedar atau tidak sesetengah orang muslim sudah semakin jauh dari tujuan sebenar kehidupan ini yakni mengabdikan diri kepada Tuhan yang satu Allah S.W.T. Jarang sekali mereka memikirkan tentang bekalan untuk dibawa ke Hari Perhitungan nanti. Sudah cukupkah amalanku? Sudah sediakah aku? "aaaah, aku sudah menjaga solatku, puasaku, amalanku, cukuplah", Secara sengaja atau tidak, itulah yang terlintas di fikiran mereka. Astagfirullahala'zim. Apa yang menjana pemikiran seperti ini? Namun pun begitu hati tetap akan merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap. Tapi apa? "aku sudah tahu solat, sudah tahu membaca al-Quran, mahu apa lagi?", Akhirnya mereka akan sedar, adakah mereka mengetahui apa sebenarnya yang mereka lakukan selama ini, adakah mereka betul-betul menghayati setiap bacaan di dalam solat? Adakah mereka mengetahui setiap makna yang mereka baca di dalam al-Quran? "Tidak!" Mereka tidak lain tidak bukan hanyalah seperti  kuda yang hanya menurut kehendak penunggangnya tanpa memikirkan akan tujuan sebenar perbuatan itu. Wahai orang muslim semua, ajal maut datang tidak kira umur, masa dan ketika. Segalanya telah ditetapkan. Oleh itu, sama-samalah kita berusaha untuk mengumpul seberapa banyak amalan untuk dibawa ke hari Akhirat nanti sebelum suratan ilahi memisahkan roh kita dari jasadnya. Ini bukan hanya untuk mereka yang dinyatakan sahaja, tetapi untuk diri ana yang pertama sekali. Moga-moga kita dapat meningkatkan kekuatan iman kita kepada Allah S.W.T.

Muhammad Syazwan
28 Ogos 1991 ~ 24 Jun 2011 
~Kau Sahabat Kau Teman~

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak Yang Esa

Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang Kau janjikan nikmat untuk hamba-Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati

Muhammad Syazwan. Pemergian antum memberikan impak yang tersangat besar kepada ana dan rakan-rakan. Walau pun begitu, yang lebih merasakan kehilangan antum adalah ibu antum yang sangat mencintai antum. Pemergian antum menyedarkan kami akan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semoga roh antum di tempatkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di alam yang lain kerana sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati. ~Al-fatihah~

MoToR paLiNg PoWeR!!

Hai semua.. dalam banyak2 motor kat atas jalan raya ni..motor ape paling power?! kalau jawapan korang motor jenis superbike memang salah la.. jawapannye motor yamaha lagenda 115z yang baru kuar tu..baru kuar tak baru sangat la td agak baru la... memang motor ni power la.. nak tau nape?? tengok jela fizikal dye..da macam 'ultraman' da.. ramai cakap camtu.. tp ade gak yang ckp 'masked rider' la..'satria baja hitam' la.. walau ape pown memang motor ni nampak power!! tambah2 lagi bile dye bertukar jadi mode full power dye.. 'kuase penoh cakap org putehnye!!' haha..tp power2 dye pon tak boley celen 125z ke..rxz ke..coz cc dye  115 je.. mane tau pasni yamaha kuarkan model agy power an..sape tau..same2 kite tggu..hehehe.. keyh.. smpai sini dlu la.. bye2 =)
Ni waktu dye moderate agy..da nmpak power an..hehe

Ha..power an..ni la mode full power tu!


Motor2 kat luar sane.. di ingtkan jgn maen2 dgn motor ni..dye shoot laser kt motor korg nt tau la..hahaha.. =D

ApA yANg AdA DaLaM Rabiul Awal~


Assalamua'laikum pembaca2 sekalian.. di sini ade info mngenai antara peristiwa2 penting yg berlaku dalam bulan yg mulia ini Bulan Rabiul Awal... walau pun x berapa byk tp ini sekadar memperingai antara satu sama laen... sama2 kite mengambil iktibar dari peristiwa2 berikut:-
  • Dalam bulan inilah lahirnya junjungan besar kita,xlaen xbkn Nabi Muhammad s.a.w yakni pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M  Ini fakta,di mana setiap tahun dalam Bulan Rabiul Awwal yakni pada 12 Rabiul Awwal,setiap ummat Islam pasti akan menyambut ulang tahun kelahiran nabi Allah Muhammad s.a.w.
  • Dalam bulan Rabiulawal inilah Nabi saw dilantik menjadi Rasul. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  • Dalam Bulan Rabiul Awwal,tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah. Pada 8 Rabiul Awwal bersamaan hari Isnin, Rasulullah s.a.w tiba di Quba'.  Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan seterusnya,di situlah Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama. 
  • Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan. 
  • Kewafatan Nabi Muhammad Rasulullah saw juga dalam Bulan Rabiul Awwal. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  • Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  • Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  • Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H. 
  • Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut. 

Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang yang dulunya sebuah rumah Allah kini telah ditukar menjadi muzium.

~MATA OH MATA~


Mata oh mata..hehe.. ade sape2 yang nak sangat pakai contact lens tapi bajet kurang?? tapi bukan takde bajet lansong..taKde bajet lansong tak dapat la nak tolongla kawan...hahaha.. ni ade contact lens untuk sape2 yang bajetnye terhad.. lawo pown lawo.. check..check.. check it out la sendiri ey..

GEO TWILIGHT LENS
RM 60

POP C LIGHT
RM 55

KIRA-KIRA
RM55

SUPER BARBIE
RM55

GOTHIC 2
RM 60

BARBIE
RM 55

SUPER BARBIE PRINCESS
RM 55

SUPER BARBIE WIND
RM 55

XCM
RM 55

I FAIRY SUPER CRYSTAL
RM 55

SUPER BARBIE CAROL SERIES
RM 55

BELLA SERIES
RM 55

SUPER BARBIE BURN
RM 55

POP C DARK
RM 55 

PUFFY 3 TONES
RM 55

SUPER BARBIE HONEY
RM 55

SUPER BARBIE DORIS SERIES
RM 55

GOTHIC
RM60

HONOO SERIES
RM55

HYBRID SERIES
RM 55

SUNSHINE
RM 55

SUPER BARBIE NUDY
RM 55

SUPER BARBIE BUTTERFLY
RM 55

SUPER BARBIE BUTTERFLY
RM 55

SUPER BARBIE MAVIS SERIES
RM 55

SUPER BARBIE CRYSTAL
RM 55

SUPER BARBIE SASSY
RM 55

PRINCESS NUDY
RM 55

I FAIRY RUBY SERIES
RM 55
SUPER BARBIE EXTRA
RM 55

SUPER BARBIE FLOWER
RM 55

SUPER BARBIE LAURA
RM 55

SUPER BARBIE BERRY
RM 55

SUPER BARBIE VIOLA
RM 55

SUPER BARBIE GOSSIP
RM 55

SUGAR CANDY
RM 55





TWILIGHT
RM 60

* Jangka hayat : 1 tahun ( recommended 6 bulan )
* Size : 16mm
* Penghantaran percuma.
*Amacam??? berminat???

SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH KLIK IKLAN DI DALAM BLOG NI. =D

TeMpAT BesT Ni!!

       Salam semua.. ketemu lagi ya..hahaha.. ngomong indonesia pula..hehehe.. ni aq nk kasi tau tempat yang agak menarik untuk kunjungan semua.. tp mane yang da tau tu wat2 la tertarik..huhu.. tempat ni sesuai untuk semua kategori aktiviti berkumpulan..(macam juara lagu lak) .. kalau korang nak wat reunion ke,family day ke,gathering ke.. semua cun..tempat pon bersih..name tempat ni 'Kalumpang Resort'.. mai kite check..check..check it out!

  Aq penggayat orangnye.. so,bile nampak jambatan ni..perh! mcm nak balek aje..tp branikan jgk..then...
Ha..tu dia bak hang.. 1st aq sampai.. da nampak camni..ape lagi..snap la! lupe da gayat aq td! hahaha
       Ha.. cantik an.. tu baru sikit2.. belom yang banyak2 lagi! hahaha.. kat sini aq survey x la sampai semua tempat tapi hampir semua la.. tempat mandi dye perh!! bagi aq best la.. ade tempat air dalam,air cetek,air tenang,air deras..pendek citer memang untuk semua lapisan masyarakat la..

Kalau kat sini.. budak2 boley la mandi.. tenang & cetek..memang package ckp org puteh!
                
Paham2 jela kalau kat sini ey.. kanak2 memang x benarkan.. ni untuk pro sahaja...
       Nak letak gambar banyak2 pon x boleh.. nanti x suprise..hahaha.. korang kalau nak pi nt..korang tengokla sendiri..tp kalau xpuas ati jangan katok aq lak.. lebam3 nt..huhu.. tp kat sini memang best la..siyes! Kalau ade sape2 yg nk pi.. ni ade petunjuk sikit..
Ha.. nak senang agy.. kalau yang dari utara nun..nak mai.. hampa smua pi hala Tg.Malim..senang la nanti.. Bagi yang selatan tanah air lak.. same je! hahaha.. tu je jalan yang aq tau..hehehe =P SELAMAT BERJAYA!
       Tp ni nak bagi tau satu perkara lagi.. bawak la duet lebih sikit eyh.. takot2 sesat lak..hehehe.. thats all for now.. Bye2! ;-)

       
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...