Kekal penerbangan Firefly di Sarawak
Borneo Post October 26, 2011, Wednesday
MIRI: Penerbangan Malaysia (MAS) tidak seharusnya menghentikan perkhidmatan penerbangan Firefly di Sarawak berikutan ia adalah perkhidmatan alternatif rakyat Sarawak untuk ke Semenanjung Malaysia.Aktivis Sosial Wan Zain Syed Modzar berkata sekiranya perkhidmatan itu dihentikan, maka golongan berpendapatan rendah yang mempunyai anak yang belajar di Semenanjung Malaysia akan turut menerima kesan.
“Saya berharap MAS mempertimbangkan semula hasrat untuk menghentikan perkhidmatan Firefly memandangkan perkhidmatan itu kini menjadi pilihan utama penduduk Sarawak untuk ke Semenanjung Malaysia,” katanya semalam.
Tambahnya, sekiranya hasrat tersebut tetap diteruskan, maka MAS perlu memberi pilihan pakej khas kepada golongan berpendapatan rendah terutamanya yang sering berulang-alik ke Semenanjung Malaysia.
“MAS perlu mempertimbangkan pakej khas atau kadar rendah kepada pelajar, orang tua atau miskin dan golongan berpendapatan rendah lain atas sifat tanggunggjawab sosial kerajaan,” katanya.