13 September 2012

KULIAH AGAMA TAK BOLEH... PROGRAM UMNO BOLEH


Seperti mana yang telah dipaparkan sebelum ini pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar tidak membenarkan Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar.

Dewan yang telah menalan belanja jutaan ringgit wang rakyat sepatutnya dapat dimanfaatkan untuk kegunaan rakyat tetapi kini hanya banyak menjadi pusat kegiatan oleh UMNO dan BN sahaja.

Pada 13 september 2012 baru- baru ini UMNO sekali lagi menjadikan dewan tersebut untuk kepentingan program mereka apabila Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia merasmikan program wanita UMNO di sana.

Banner yang digantung di luar pagar dewan tersebut yang digantung secara haram tanpa cop kebenaran Majlis Perbandaran jelas menunjukkan sikap double standard pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang membutakan mata, memekakkan telinga membiarkan undang- undang diPERLEMBU oleh pihak UMNO.

Kerakusan UMNO menggunakan harta rakyat untuk kepentingan diri dan politik mereka sudah dapat dihidu pada peringkat awal siapnya Dewan Jubli Perak ini lagi.

Belum pun Sultan Perak merasmikan dewan tersebut, Dato' Ramli Zahari adalah antara orang yang paling awal menggunakan dewan tersebut untuk majlis perkahwinan anaknya. Diikuti dengan program- program UMNO/ BN terutamanya peringkat negeri Perak.

Kalau diikutkan sejarah, UMNO merupakan pihak yang paling banyak berhutang terhadap Majlis Perbandaran Kuala Kangsar kerana menggunakan Dewan Merdeka (dewan lama) untuk program mereka tanpa membayar sewa.

Ini berdasarkan rekod yang diperolehi ketika Pakatan Rakyat menjadi anggota Ahli Majlis Perbandaran ketika 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat.

Persoalannya... bagaimana pula Dewan Jubli Perak sekarang? Adakah mereka membayarnya?

KULIAH UAI : MUFTI SOKONG SYAITAN YANG DIKENALI TENTANG





Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) akan diteruskan di Kuala Kangsar walaupun terdapat pelbagai rintangan dan halangan dari pihak yang dikuasai oleh syaitan yang dikenali. Kuliah yang tidak mendapat kebenaran dari pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar untuk diadakan di Dewan Jubli Perak kemudiannya bertukar lokasi yang Insyaallah akan diadakan Taman Chandan Puteri.

Walaupun kuliah tersebut mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk dari Mufti Perak sendiri. Bersama ini dilampirkan buktui bertulis sokongan mufti Perak terhadap program tersebut yang dianjurkan oleh NGO Belia Imarah Masjid, Kuala Kangsar.



Diharap pihak yang begitu benci dengan majlis ilmu seumpama ini bertaubat dan tidak terikut- ikut dengan tuduhan melulu oleh pihak yang berkepentingan politik.

06 September 2012

KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS DI KUALA KANGSAR CUBA DIGAGALKAN

 


Sebuah NGO di Kuala Kangsar amat kesal dengan keputusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang tidak meluluskan permohonan untuk menyewa Dewan Jubli Perak sebagai lokasi kuliah Ustaz Azhar Idrus di Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 16 September 2012.

Dewan yang menelan belanja 14.72 juta itu dilihat tempat yang paling sesuai memandangkan ia mampu menampung 5000 tempat duduk di bahagian dalam. Selain daripada itu lokasinya yang strategik di tengah Bandar Diraja Kuala Kangsar. serta mempunyai persekitaran parking yang luas.

Sedangkan di Dewan yang sama inilah Hassan Ali pernah diberi ruang melancarkan produk JATInya.

Tidak dapat dinafikan adanya tekanan politik pihak tertentu yang menyebabkan keputusan tersebut dibuat. Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di lihat oleh pihak tertentu akan memberikan impak kepada kesedaran rakyat terhadap Islam yang akan mengancam kedudukan politik mereka yang sudah sedia terancam.

Golongan ini juga sudah sudah pastilah akan bertambah migrin bila melihat lautan manusia akan hadir terutama anak- anak muda  dalam majlis tersebut.

Semoga niat suci pihak penganjur ini akan berjaya yang sedang berusaha gigih bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan.

05 September 2012

Mediaperak dah kena warning

Rujukan kami: SKMM(T)09-SIMD/960/2012/Jld.3(406)
Tarikh: 4 September 2012

Tuan,

ADUAN TERHADAP PAPARAN ARTIKEL YANG MENGHINA INSTITUSI BERAJA

http://mediaperak.com/2012/08/07/18sx-tingkahlaku-ketua-agama-islam-yang-kita-doakan-setiap-jumaat/

http://mediaperak.com/2012/09/02/18sx-2-ketua-agama-yang-kita-doakan-setiap-jumaat/

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima aduan daripada orang ramai berkenaan laman sesawang tuan di mana para pengadu mendakwa bahawa terdapat kandungan spesifik yang telah menghina Institusi Beraja di Malaysia di dalam artikel “18SX.Tingahlaku Ketua Agama Islam yang kita doakan setiap Jumaat” bertarikh 7 Ogos 2012 dan artikel ” 18SX lagi! Tingkahlaku Ketua Agama yang kita doakan setiap jumaat (2)” bertarikh 2 September 2012.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.

4. Oleh yang demikian, pihak tuan adalah diminta untuk mengambil perhatian akan peruntukan di atas serta memastikan kandungan portal tuan tidak melanggar peruntukan tersebut. Pihak SKMM akan terus memantau portal ini agar ianya tidak melepasi batasan-batasan yang digariskan dan menjadi medan bicara yang lebih sihat dan beretika.

Sekian, untuk tindakan segera pihak tuan.

Terima kasih.

Unit Media Baru
Jabatan Pengawasan dan Pengurusan Maklumat
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia