15 July 2011

Gelombang kuning 'kejar' Najib di UK

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 15 Julai: Biarpun dilihat seolah-olah lari dari isu Bersih 2.0 sehingga ke luar negara, kehadiran Datuk Seri Najib Razak di United Kingdom hari ini bagaimanapun tetap 'dikejar' gelombang kuning.
Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia itu yang dijadual mengadakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.
Mereka memakai baju kuning, dan membawa poster serta sepanduk mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menangani peserta himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu yang berhimpun secara aman menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya.
Dalam tulisan yang terpapar pada sepanduk yang dibawa itu, mereka juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM) yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.
Daripada gambar-gambar yang disebar di internet, Najib dilihat sempat menoleh ke arah kumpulan penunjuk perasaan itu yang hanya berjarak kira-kira 50 meter dari tempat turun kereta yang dinaikinya.
Sebuah van dan dua anggota polis juga dilihat berkawal di hadapan peserta himpunan itu.
Semalam, Ratu Elizabeth memakai gaun berwarna kuning ketika menerima mengadap Najib dan Rosmah di Istana Buckingham, London.
Setiausaha Pengangkutan Negeri, Philip Hammond bertali leher kuning ketika mengiringi Najib melawat Stesyen Kereta Api London.
Amnesty International sebelum ini mendesak Kerajaan UK agar memberi signal protes terhadap layanan zalim Kerajaan Malaysia kepada peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

07 July 2011

BEKAS SETIAUSAHA SULIT DATO' NAZRI AZIZ MENINGGAL DUNIA

Pihak MTD Chenderoh merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Pn Noor Zamzila bt Osman yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Menteri Dijabatan Perdana Menteri (Dato' Nazri Aziz). Beliau yang kini berkhidmat sebagai guru di SMK Temenggong, Kati telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 11 malam tadi di Hospital Taiping akibat barah.

Jenazah beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Kati, Kuala Kangsar kira- kira jam 11 pagi (8 Julai 2011). Mudah- mudahan rohnya dicucuri rahmat... al- Fatihah..


DETIK UMNO/BN DIPENGHUJUNG KUASA


Ibarat orang yang kelemasan, akan berpaut kepada apa sahaja untuk menyelamatkan diri. Menyedari UMNO/BN dah sampai ke umur bersara wajib, segala ruang dan peluang digunakan untuk menghalang kebangkitan rakyat.

Bermacam kaedah dan cara digunakan oleh UMNO/BN sehingga sanggup bertindak melampaui perlembagaan dan undang- undang. Perlaksanaan undang- undang dan tindak- tanduk pihak berkuasa negara kini menjadi bahan ketawa negara luar disebabkan tindakan yang semakin tak masuk akal serta langsung tidak menggambarkan kematangan pemikiran.

Sindrom fobia warna kuning yang mendorong berlakunya siri- siri tangkapan kerana menjual, memakai, mengedar baju kuning yang berlakar BERSIH menggambarkan ketakutan yang MAHA DAHSYAT sedang melanda UMNO/BN.

Tindak- tanduk polis yang tidak profesional dengan menjadi PAK TURUT pemimpin- pemimpin yang mahu mempertahankan kuasa mereka amatlah mendukacitakan. Kecekapan polis menangkap aktivis- aktivis BERSIH dalam sekelip mata memperlihatkan tumpuan pihak berkuasa sudah menyimpang jauh daripada tugas dang tanggungjawab sebenar mereka.

Najib cuba membendung kebangkitan rakyat dengan menawarkan stadium sebagai ganti tempat diadakan himpunan dengan harapan pihak BERSIH akan menentang habis- habisan. Titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM)Yang Dipertuan Agong telah cuba dimanipulasikan oleh UMNO/BN dengan menggambarkan bahawa himpunan tersebut juga tidak direstui oleh DYMM Yang Dipertuan Agong.

Kebijaksanaan dan sikap profesional jawatankuasa BERSIH yang diketuai oleh Ambiga terserlah apabila diperkenankan mengadap DYMM Yang Dipertuan Agong. Ke Bawah Duli Tuanku memperkenankan agar himpunan BERSIH diadakan di stadium memberikan tamparan hebat kepada pemimpin- pemimpin BN.

Kini UMNO/ BN tidak lagi mengendahkan titah dan perkenan tuanku, malah terus berdolak- dalik dalam memberikan kebenaran perhimpunan  tersebut. Tangkapan dan sekatan terus diberikan terhadap BERSIH. Nah !!! kini sudah nyata dan jelas... siapa sebenarnya PENDERHAKA !!!