29 January 2011
20 January 2011
DARI TENANG KE MERLIMAU
Seorang lagi ADUN telah kembali mengadapNya. Kini Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan ADUN Merlimau, Melaka telah kembali ke rahmatullah kira- kira jam 8.10 malam tadi di Hospital Pakar Putra Melaka.
Satu lagi Pilihanraya Kecil (PRK) bakal berlaku selepas PRK di DUN Tenang. Penggal kali ini melakarkan sejarahnya yang tersendiri dalam proses demokrasi di Malaysia di mana berlakunya PRK yang terbanyak sejak negara mencapai kemerdekaan.
Apakah hikmah yang yang tersurat dan tersirat di sebalik perancangan Allah ini ?
Sama- samalah kita fikir- fikirkan... Al- Fatihah ...
Labels:
prk
16 January 2011
PRK TENANG: PAS BUKTIKAN TIDAK KETANDUSAN PEMIMPIN PELAPIS
Pengisytiharan Pn. Normala Sudirman sebagai calon Pas di Pilihanraya Kecil DUN Tenang sebentar tadi membuktikan bahawa Pas sentiasa bersedia mengetengahkan pemimpin- pemimpin muda untuk menerajui kepimpinan parti.
Beliau merupakan bekas guru yang mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Tuanku Bainun. Sejak di Maktab Perguruan lagi beliau sudah pun menunjukkan bakat kepimpinannya apabila dipilih menjadi Exco Majlis Guru Pelatih. Selain daripada itu beliau juga petah berpoidato malah sering menjadi penngacara majlis dalam program- program yang besar.
Maka langkah Pas memilih beliau yang merupakan anak tempatan sebagai calon adalah langkah yang tepat dan mampu membawa cabaran Pakatan Rakyat.
Pemilihan calon dari pucuk pimpinan Muslimat ini juga menyangkal tohmahan yang dilemparkan UMNO selama ini bahawa golongan itu sering didiskriminasikan dalam Pas.Apatah lagi ianya berlaku dalam negeri yang dianggap menjadi kubu kuat UMNO.
Kemungkinan besar kita akan melihat pertembungan antara Muslimat Pas dan Wanita UMNO dalam pilihanraya kecil kali ini. Jika ianya menjadi realiti, satu lagi sejarah tercipta dalam PRK pada penggal ini yang menyaksikan pertembungan antara calon wanita buat pertama kalinya.
Kini calon Pas yang akan membawa cabaran mewakili Pakatan Rakyat bukan lagi menjadi rahsia.... oleh itu...SELAMAT BERJUANG !!!

Tenang
12 January 2011
SUBSIDI RMT DI SEKOLAH PULAK DIKURANGKAN
Dalam kekalutan ibu bapa membuat persiapan persekolahan anak-anak yang dibebani dengan pelbagai bayaran yuran, rakyat Malaysia dihadiahkan lagi dengan pengurangan subsidi terhadap Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah- sekolah rendah.
Mungkin ada ibu bapa yang tak ambil kisah atau tidak sedar tentang masalah ini kerana anak- anak mereka tidak terlibat dengan program tersebut tetapi rata- rata pengusaha kantin sekolah rendah dan juga ibu bapa yang berpendapatan rendah merasai kesannya.
Pengurangan sehingga melebihi 50% jumlah pelajar di sesebuah sekolah yang memperolehi program ini adalah suatu angka yang amat besar. Pengusaha- pengusaha kantin terutamanya di sekolah yang mempunyai jumlah pelajar yang sedikit merupakan golongan yang paling merasai bahang dasar ini.
Tambahan lagi pengusaha- pengusaha kantin terpaksa menaggung kos kenaikan harga barangan makanan yang diumumkan oleh kerajaan baru- baru ini.
Sedangkan program- program yang kononnya untuk kepentingan pelajar seperti Program Permata Pintar mendapat tambahan peruntukan yang berlipat kali ganda dan hanya memberikan peluang dan manfaat kepada segelintir pelajar sahaja.
Labels:
rmt
10 January 2011
USTAZ MISBAHUL MUNIR KEMALANGAN
Petang tadi Isnin (10.1.2011) Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak telah ditimpa kemalangan di Behrang kira- kira jam 5.30 petang.Beliau dan anaknya dalam keadaan stabil dan telah dihantar ke Horpital Besar Ipoh untuk mendapat rawatan. Mudah- mudahan beliau cepat sembuh untuk kembali ke medan perjuangan.
Labels:
berita
07 January 2011
PASTI ditubuhkan di SAUK
Dalam mesyuarat pertama penubuhannya baru- baru ini, Pemuda Cawangan Sauk telah diberi mandat untuk menguruskan PASTI berkenaan.
Dengan tertubuhnya PASTI di cawangan Sauk ini membuktikan Pas cawangan Sauk yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Yassin b. Mohd Yusof (mantan calon Pas di DUN Chenderoh), semakin berkembang maju dan diterima baik oleh masyarakat setempat.
Kini Markaz Pas cawangan Sauk mempunyai program yang padat iaitu waktu pagi hingga tengahari sesi persekolahan PASTI , waktu petang pengajian Al-Quran & Fardhu Ain untuk Kanak- kanak bawah 12 tahun, dan waktu malamnya diisi dengan majlis- majlis pengajian ilmu.
Yang menariknya, program- program di Markaz Sauk kini bukan sahaja dihadiri oleh penyokong dan ahli- ahli Pas malah dihadiri oleh ahli- ahli UMNO yang semakin terbuka hati untuk menyokong Pas.
Dakwaan pemimpin- pemimpin UMNO bahawa Pas Sauk tidak akan bertahan lama ketika awal penubuhannya di penghujung tahun 1990an jelas meleset apabila Pas Sauk menang di Saluran ke-2 (PRU ke-12) dan kalah tipis di Saluran 1.
TAHNIAH PAS SAUK !!! TERUSKAN PERJUANGAN !!!
Labels:
pasti
Subscribe to:
Posts (Atom)