Thursday, May 20, 2010

Harapan padaMu subur kembali

Tajuk: Harapan Pada-Mu Subur Kembali
Album : Kembara Cinta
Kumpulan : Saujana


Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Lagu ini mengingatkan kita betapa berdosanya kita sebagai hamba Allah. Sememangnya manusia itu tidak terlepas dari dosa. Banyak kesalahan yang kita lakukan di dunia ini. Kadang-kadang kita rasa berputus asa dengan rahmat Allah tetapi sebagai umat Islam kita tidak boleh berputus asa untuk mendapat pengampunan dariNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Ujian Allah itu sangat berat tetapi Allah tidak akan menguji lebih dari kemampuan kita. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menahan hawa nafsu kita agar kita dapat merasai kemanisan iman. Insya-Allah...

Monday, May 10, 2010

Musim Cuti

Assalamualaikum...

Setelah tamatnya musim peperiksaan, maka bermulalah satu dimensi baru iaitu musim cuti semester. Cuti kali ini agak berbeza kerana no more perasaan nak balik rumah, kenapa yer???...hehe...Apa-apa pun banyak kenangan pahit dan manis yang berjaya saya rakamkan sepanjang berada di kampus baru ini. Antaranya ialah:

-Dapat kawan baru
-Dapat merasai suasana kelas baru
-Dapat salam dengan Dato' Seri Najib
-Dapat naik motor dengan lebih kerap
-Basah akibat naik motor
-Semakin gelap sebab naik motor
-Xcident motor
-Dapat tengok wayang lebih kerap dari sebelumnya
-Karaoke dengan kerap

dan banyak lagi la.....x dapat la den nak tulis semuanya..huhu....
Ehem2..kembali ke tajuk asal. Musim cuti ini pelbagai aktiviti telah dirancang tetapi belum tentu jadi. Akhirnya nanti duduk rumah je la, makan dan tidur.

p/s: x sabar nak tunggu Piala Dunia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...