Assalamualaikum
Kritikan...yes...kritikan...
Sometimes kritikan ni akan boleh membantu kita untuk terus maju ke hadapan
Ini kerana, kritikan tersebut membuat kita sedar akan kekurangan kita.
Kadang-kadang juga kritikan ini boleh membunuh
masa depan kita
kerana kritikan tersebut boleh menjatuhkan reputasi kita.
Ada orang boleh bangkit semula melalui kritikan kerana berfikiran positif.
Ada orang sebaliknya.
Manusia ni berbagai-bagai sikapnya.
Kalau berfikiran positif tetapi orang disekelilingnya tidak membantu
atau tidak berfikiran positif tetapi orang disekelilingnya banyak membantu.
Resultnya pasti akan menjadi lain.
Ada juga orang yang kuat mengkritik tetapi sebenarnya
tidak faham keseluruhan masalah ataupun bidang tugas
orang yang dikritiknya.
sebagai contoh mengkritik pihak kerajaan ataupun pembangkang
walhal orang tersebut hanya menilai melalui sumber-sumber seperti media massa.
Langsung tidak pernah melalui atau merasai bidang tugas tersebut.
Sebagai manusia kita memerlukan antara satu sama lain.
Tiada manusia yang mampu hidup sendirian.
Jika mahu mengkritik, kritiklah dengan berhemah
dengan memasukkan unsur-unsur yang boleh membina
atau membantu pihak yang dikritik.
Barulah semangat tolong menolong itu timbul.
Tetapi sebelum mengkritik.
eloklah kita menilai diri sendiri dahulu.
Manalah tahu apa yang kita kritik itu sebenarnya kita turut melakukannya juga.