Wednesday, November 25, 2009

Raya dan Yuran universitiku.



Salam perantauan dan salam eidul adha dari saya, kepada semua sahabat handai tidak kira di mana anda berada, saya mulakan kalam saya dengan BismiLlah WalhamduLillah,di sini saya bermula , apabila sesuatu benda itu tidak kena atas kepala kita sendiri maka senanglah kita berkata-kata , apa aku kisahkan semua itu??bukan aku yang kena yuran mahal …(dialog di atas adalah dialog orang yang pentingkan diri ) ,nauzubiLlah ,rentetan daripada masalah sekarang yang mana yuran di universiti Mansurah adalah yuran universiti paling tinggi di Mesir, dengan kemudahan yang tidak lengkap , yang tidak dapat jika hendak dibandingkan dengan mana-mana universiti di Mesir, tetapi kenapa aku pilih juga mesir suatu ketika dahulu??







Kerana sahabat-sahabat baik ku berada di Mesir walaupun berlainan daerah ?adakah kerana masa itu yuran universiti murah? Dan adakah aku layak bergelar mahasiswa Mesir? adakah kerana itu sahaja, adakah aku ikhlas belajar di sini? adakah pelajar-pelajar yang baru datang ke sini ikhlas ? hanya ALLAH yang mengetahui ,aku tidak tahu kerana hati manusia mudah untuk berubah, mudah untuk merasa tidak selesa, apakah sebab orang-orang yang belum selesai pengajian mereka di sini telah pulang dahulu sebelum menyahut cabaran ? aku pening tetapi aku tahu kenapa dan mengapa dan semua pelajar di Mansurah pun tahu apa sebabnya ?





Di waktu sekarang pula , krisis yuran yang tinggi ini tidak dirasai akan kebahangan isu ini, kalau di Malaysia mesti dah saman-menyaman , siap guna mahkamah lagi kot, apakah anda yang membaca ini berhati batu ,berhati keras , tidak adakah belas kasihan anda kepada pelajar-pelajar yang baru datang? apakah anda rasa lebih selamat dengan ini asalkan benda itu tidak kena-mengena dengan anda ?fikirkan ,janganlah hanya pandai berkata-kata jika anda gagal untuk berbuat sesuatu , saya tidak menafikan ada segelintir pelajar yang datang lebih banyak mendatangkan keresahan dan kesusahan kepada abang-abang senior, tetapi mereka itu sebenarnya “kecil” sahaja ,bilangan mereka itu kecil sahaja jika nak dibandingkan dengan kita semua, mungkin mereka itu tidak terasuh, mereka itu tidak tahu bahawa adakah halal cara mereka itu?kitalah kena tegur dan asuh mereka mengikut acuan ISLAM.







Bukan semua yang datang ini “nakal” belaka ,dan bukan yang datang ini semuanya orang berada bukannya anak dato’, bukan semuanya anak orang kenamaan , mereka juga adalah keluarga yang sederhana senang tetapi boleh jadi tidak mampu jika universiti sendiri mengenakan yuran sebanyak RM28,000 @USD8,000 setiap tahun pengajian bermula tahun 1 hinggalah tahun 6, apakah universiti mengkaji benda ini,? ada orang berkata perkara ini berlaku dek kerana dekan fakulti atau orang-orang yang berkaitan dengan universiti, telah mengadakan lawatan ke Malaysia tidak berapa lama dahulu.




Apabila melihat Malaysia itu maju , canggih maka apabila dia balik ,dia mencadangkan kepada universiti kita tinggikan yuran universiti kerana orang Malaysia kaya-kaya, rentetan daripada itu maka naiklah yuran , siapa sebenarnya yang membawa orang-orang terbabit,? Siapa ? AGEN? Atau pihak kerajaan sendiri? Anda sendiri lah yang menjawabnya, saya hanya nak simpan kesedihan dan kesusahan adik-adik junior yang datang biarlah apa orang nak kata , sesungguhnya saya lakukan ini kerana saya kasihan , saya ada hati , saya tidak sanggup melihat semua ini, “berpantang maut sebelum ajal” ada adik-adik junior yang datang mengadu, saya masih hiraukan ,saya tidak pekak dan saya juga tidak tuli, saya mendengar ,sahabat-sahabatku yang lain juga mendengar.







Saya bukan kempen untuk diundi ,saya prihatin kerana saya memang ada sifat itu ,kerana saya merasai betapa susahnya ibu bapa yang membesarkan untuk hantar anak-anak mereka di sini, bukan senang-senang , bukan calang-calang., Janganlah khianati amanah dan harapan ibu bapa , jangan kita datang sini hanya untuk berfoya-foya, makan pizza dan seronok-seronok kita ada cita-cita yang perlu diselesaikan , dokong lah cita-cita itu hingga anda selesai pengajian, jika DESAK boleh ditubuhkan untuk mendesak JPMK , supaya menerima 3 tuntutan berkenaan kutub Sittah , apa salahnya kalau kita juga tubuh dua ,atau tiga DESAK lagi di Mesir ,bukan untuk tujuan suka-suka, tetapi kita nak tunjuk bahawa pelajar Malaysia ini bukan mudah ditipu, bukan senang diperdaya, kita ada kesatuan dan badan pelajar di sini , bernaunglah di bawah payung yang satu itu, kita gunakan medium ini, kita gunakan sehabis-habis mungkin usaha untuk menyamakan faedah atau kelebihan di universiti lain sama seperti universiti Mansurah, jangan hanya pandai mengangguk dan menggeleng sahaja, ” katakan kebenaran walaupun pahit” bertindak sebagai mahasiswa.




Akhir kalam, saya ingin menimbulkan persoalan ini, apakah nasib pelajar-pelajar baru yang baik-baik ini di universiti ini? adakah mereka akan bertukar ke universiti lain,? apakah mansurah bukan takdir mereka,? apakah tindakan kita ? hanya melihat sahaja atau telah merasa senang dan tenang? fikirkan jika perkara ini menimpa ahli keluarga kita, renung-renungkanlah bersama-sama, semoga ALLAH s.w.t menjaga dan melindungi pelajar-pelajar malaysia di universiti mansurah , sekian wassalam...






Read more...

Tuesday, November 24, 2009

Suasana di Pagi Pencalonan!!!

Hari ini adalah hari pencalonan utk jawatan penting dalam PCM , peratusan mencalon untuk pagi ini tidaklah seramai mana ,kemungkinan pada petang ini akan lebih meriah dan ramai. tetapi tidak mengapa disini saya sertakan beberapa keping gambar utk tatapan orang yang mencalon lewat atau tidak pergi langsung(sedihnya).


Saya berharap sebarang insiden yang tidak diingini tidak akan berlaku walaupun ada yang menerima "ugutan" katanya Aizat sofian, tapi tidak mengapa , itu semua hanya mehnah dan tribulasi sahaja , tidak akan ada insiden pengundi hantu disini kerana JPC mansurah sememangnya cekap ,telus , dan bersih.



Pengarah JPC dan AJknya


Hari ini, gementar juga kerana pertama kali turun untuk mencalonkan "orang-orang yang terbaik" dikalangan "orang yang baik-baik" .Diharapkan anda semua membuat proses pemilihan calon yang sangat berdedikasi , berhemah , dan berkaliber.Jangan berdasarkan emosi semata-mata.



orang pertama mengundi tu!





Borang-borang pencalonan.




Sdr.Izzat Hadi memasukkan Pencalonan utk pemilihan Kaherah.




sempat lagi senyum(senyum sedekah)


Senyap !!! saya nak pilih ni.

Read more...

Sunday, November 22, 2009

Perang Saraf ?. Rayuan mengundi utk rakyat-rakyat mansoura.




Get your own Poll!






Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (55)



[AN-NUR: 55]



Pada 24 hb 11 iaitu hari selasa akan berlangsungnya sesi pencalonan bagi jawatan dalam PERUBATAN CAW.Mansurah bagi sesi 2010/2011,dari pengerusi hinggalah ke exco atau ketua unit, amanah ini amatlah berat lantaran disini juga ramainya pelajar malaysia yang hampir mencecah 1000ribu orang, dan masalah-masalah yang ada disini .Diharapkan pemegang jawatan akan dapat memikul amanah ini, janganlah seperti "sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja", janganlah bersemangat mula-mula sahaja lepas tu senyap dan merudum ,entah hilang kemana ...



Sesi pemilihan yang semakin hari semakin dekat dapat dirasai akan kehangatannya ,yang mana kita akan sama-sama untuk mencalonkan pilihan hati masing-masing, pun begitu istikhorahlah siapa calon paling layak janganlah kita menimbulkan huru hara semasa sesi pemilihan ,jagalah adab-adab berjemaah semoga ALLAH s.w.t memenangkan calon yang paling layak untuk setiap jawatan yang dipertandingkan , pilihanraya ini nanti insyaALLAH pilihanraya yang adil jadi tidak perlulah kita memboikotinya ,turunlah dari setiap ceruk rantau, dari Galak' hinggalah ke syari' muaz bin Jabal ,turunlah dan tunjukkanlah keprihatinan anda semua selaku pengundi yang layak, ini adalah untuk persatuan yang menjaga kebajikan anda semua ,ini bukan benda main-main ,ini bukan benda enteng.



Diharapkan juga ukhuwah yang telah terbina akan menjadi penyatu untuk melawan dan menangkis kemungkaran dan kejahatan, unsur-unsur yang dilihat tidak penting haruslah diabaikan ,banyak lagi benda yang kita semua hendak lakukan, ke arah menjadikan PCM sebagai sebuah medium untuk segala-galanya di mansurah tanpa "menyusahkan " persatuan lain yang ada, dan sebagai satu platform kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH , biarlah apa orang nak katakan ,mulut sahaja banyak berbicara dan tangan sahaja yang berdegar-degar menulis tetapi di dalam isinya kosong dan sepi, di mansurah ini lah sebagai tapak dan "tempat latihan" untuk kita semua benar-benar berlatih sehebat mungkin untuk hidup di masa hadapan (malaysia) nanti .



Janganlah di masa pemilihan ini kita saling gaduh-bergaduh ,kutuk-mengutuk , berburuk sangka, dan bermacam-macam lagi ,jagalah hati kalian dan juga hati orang lain takut nanti binasa , takut nanti susah nak jawab di akhirat kelak ,takut nanti buruknya sebuah ikatan dan perhubungan , ikhlaslah di depan dan dibelakang sahabat-sahabat kita, janganlah menikam belakang sahabat- sahabat kita ,takut nanti kita akan ditikam sehingga robek hati suatu hari nanti, pada masa itu nanti baru hendak menyesal,tapi apakan daya ,semua orang akan merasai mati, tiada yang kekal didunia ini melainkan ALLAH s.w.t sahaja.




Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (30)

[AL-BAQARAH: 30]




Semua haruslah satu hati dan janganlah pecah-belahkan PERSATUAN dengan pendapat yang hanya betul "sejengkal " sahaja, belajarlah kadang-kadang mengalah, kadang-kadang melawan kecuali dalam perkara-perkara maksiat . "YA ALLAH engkau menangkanlah orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepadaMu ,untuk memimpin kami yang penuh dengan dosa,yang tidak terbimbing, yang tidak terlatih , dan tidak bertarbiyah,engkau latihlah dan tarbiyahla mereka untuk memimpin kami, mereka sebagai tulang belakang kami ,tulang belakang PCM untuk menolong agamaMu ,untuk menjaga penuntut-penuntut ilmu di sini jauh dari maksiat , jika mereka patah dan lumpuh maka patah dan lumpuhlah juga kami ini. Ya ALLAH , perkenankanlah doa kami ini , kami hamba yang lemah dan hina tiada kuasa untuk memutuskan sesuatu melainkan dengan kudrat Mu jua."



Akhir kalam ,jauhi perpecahan ,dan sama-sama kita jayakan visi dan misi ini

"Memperteguh kesatuan ,Menyemarak kecemerlangan" , tulisan ini ditulis sejurus sahaja selesai peperiksaan pada hari ini. Semoga ALLAH berikan kita semua kejayaan , maaf jika ada apa-apa perkataan yang mengguris hati dan perasaan .



p/s:Undian semula kerana Sdr. Mujahid tdk layak bertanding kerana menang tanpa bertanding,jadi undian terbaru diadakan semula. sekian memaklumkan...





Read more...

  © Memacu survival Ummah 2008

Back to TOP