Wednesday, May 31, 2017

Sivarasa akan menulis surat penjelasan kepada Sultan Selangor

KENYATAAN

Saya baru menerima kenyataan media oleh Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah berhubung laporan berita tentang kehadirannya di masjid An Nur yang telah menjadi isu. Untuk adil saya menyiarkan sepenuhnya kenyataan ahli Parlimen berkenaan yang di sepanjang perhatian saya beliau merupakan seorang berkarektor yang baik dan bertanggungjawab.

Perbahasannya di dalam parlimen menggambarkan beliau seorang wakil rakyat yang bersopan santun dan sangat menghormati peraturan-peraturan Dewan dan mengekalkan dirinya sebagai seorang pengamal undang-undang yang profesional.

Berikut adalah kenyataan media beliau yang dihantar menerusi email saya:

Elok pasang papan tanda "masjid ditutup kepada kafir" di Selangor

ULAS ISU

Sivarasa berucap dalam masjid?
Di minggu pertama Ramadhan ini isu paling hangat yang berbara dalam telaga poltik ianya mengenai kunjungan atau keberadaan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa Rasiah dalam sebuah masjid di Selangor untuk menyampaikan bantuan kepada umat Islam. Tindakan Sivarasa itu dikecam oleh setengah umat Islam yang lain,

Ia juga dilihat menjadi serius apabila ada dakwaan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mempunyai kuasa terhadap institusi agama di negeri itu marah atau dalam bahasa rajanya sebagai murka dengan tindakan Sivarasa itu.

Alhamdulilah saya sudah kembali berblog

CATATAN KEMBALI

Bersama rakan jemaah sebelum berlepas pulang.
Selama 13 hari blog ini sepi tanpa sebarang pengeposan apa-apa maklumat. Seperti mana yang dimaklum dan janjikan, insya-Allah mulai esok blog ini kembali untuk bersama para penjengok sekalian membicarakan isu-isu semasa politik negara. Saya sekali lagi memohon maaf atas "kekosongan" dan kesepian blog ini selama tempoh itu yang mana mungkin ada yang terpedaya apabila membukanya kerana tiada bahan baharu.

Thursday, May 18, 2017

Selamat menyambut Ramadhan Karem.

PEMAKLUMAN

Untuk beberapa hari mulai hari ini 18 Mei, hingga 30 Mei 2017 blog ini mungkin tidak ada kemasukan baharu (posting). Pohon kemaafan banyak kepada penjengok yang terus mengintai blog ini. Terima kasih juga atas sokongan dan kepercayaan anda.

Insya-Allah blog ini akan di update mulai 1 Jun hadapan. Sehubungan itu saya mengambil kesempatan selamat menyambut ketibaan Ramadhan 1438 kepada semua penjengok sekalian. Semoga segala amal ibadat kita di sepanjang bulan Mulia itu nanti dan selepasnya akan diterima Allah penuh dengan keberkatan.

Wassalam. [klia.kl. 8:50 am 18/05/17]

Wednesday, May 17, 2017

Operasi "Anjing" di Kelantan bakal makan diri

SESUDAH SUBUH

Semalam Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (foto) mendedahkan apa dinamakan Operasi Gonggong berlaku di Kelantan. Menerusi operasi ini jelasnya, ada orang Umno meminda pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain untuk memastikan kemenangan.

Kawasan yang terlibat atau akses dengan operasi ini ialah kawasan yang berkedudukan 50 : 50 bagi Umno menenangi kerusi-kerusi parlimen berkenaan.

Menurut Wan Rahim terdapat sekurang-kurang enam kawasan terlibat dengan operasi "anjing" ini. Kenapa saya kata Operasi Gonggong ini operasi "anjing" ialah kerana yang suka menggongong ialah anjing, dan anjing sejenis binatang yang dikenal sebagai tamak haloba.

Saturday, May 13, 2017

PKR tidak pernah khianati prinsip tahalul syiasi - Anwar

KENYATAAN

Penasihat Umum KeADILan, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa partinya sesekali tidak mengkhianti prinsip tahalul syiasi dan menganggap tuduhan itu sebagai satu yang tidak adil dan tidak wajar kepada partinya.

"Saya mengulangi kenyataan Presiden KEADILAN bahawa KEADILAN tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik walaupun ada pihak yang mentohmah KEADILAN dengan tohmahan yang tidak adil dan tidak wajar," katanya dalam satu kenyataan rengkas mengulas tindakan parti agama memutuskan hubungan politik dengan Keadilan.

Thursday, May 11, 2017

Usul tahaluf syiasi menjerat Azmin Ali?

ULASAN AWAL

Majlis Syura Ulama (MSU) parti agama (Pas) petang ini telah mengumumkan hasil sidang mereka bahawa usul memutuskan tahaluf syiasi dengan PKR diterima. Ertinya MSU telah mengerjakan tugasan mereka. Institusi itu membuat keputusan dari konteks keselarasannya dengan perlembagaan parti agama itu yang berlandaskan al Quran dan al Hadith.

Nampak berhati-hati benar Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Walhal kalau hendak diikutkan semangat perlembagaan dan organisasi, (cara berorganisasi) usul itu sepatut tamat apabila muktamar ke 63 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, Kedah baru lalu menerima sebulat suara usul agar hubungan politik Pas dengan PKR diputuskan. Tetapi ia dibawa kepada MSU untuk membuat perincian dari sudut hukum hakam. 

Yang sedikit memelikkan MSU mengembalikan pula usul berkenaan kepada Jawatankuasa kerja Pas. Ertinya jawatan kuasa eksekutif Pas akan mengambil tindakan susulan. Memahami apa dijelaskan oleh Setiausaha MSU, Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika mengumumkan perkara itu hari ini, eksekutif Pas akan membuat keputusan dengan mengambil kira "maslahat" rakyat dan kerajaan.

Tuesday, May 9, 2017

Warkah Mimpi Yang Terganggu - buat Abdul Hadi Awang

SURAT TERBUKA
Dengan hormat agung,
Mengunjungi Al Fadhil Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Presiden Parti Islam seMalaysia (PAS), di tempat.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Syukur saya ke hadrat Allah swt kerana taufik dan hidayat, sir dan tajalli-Nya dapat saya siapkan surat ini yang dituju kepada Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Izinkan saya membahasakan dirinya sebagai "Ayah Chik" pada sepanjang membicarakan isi surat ini.

Sebelum memulakan bicara dihamparkan sebidang doa panjang agar Ayah Chik diberikan kesihatan dan kesejahteraan oleh Allah swt serta dipelihara segala jasa pengorbanan perjuangannya menjadi pahala merenjisi lalu ke Jannah. Diberkati segala doa dan munajak Ayah Chik yang tidak pernah letih mengangkat tangan memohon keampunan dan kesejahteraan kepada sekalian kita hamba di Malaysia ini.

Demam pilihan raya di Kelantan mulai merebak

CATATAN PERJALANAN

Bendera Amanah megah berkibar.
Minggu lepas saya berada di Kelantan empat hari, bermula 26 hingga 29 April 2017. Jarang saya ke Kelantan mencecah tiga malam. Paling-paling lama pun dua malam. Selepas menemui ibu, merasa masakan, melihatan tanamannya di belakang rumah atau bermanja dengannya serta bertanya khabar waris warah saya akan balik ke Kuala Lumpur bergelumang dengan dunia rutinan saya.

 Saya tidak betah di Kelantan akhir-akhir ini. Semacam sudah hilang keseronakan yang ada selama ini. Kelantan seakan tidak berseri lagi, bau wangi cempaka suntingan Cik Siti Wan Kembang seakan sudah sirna entah ke mana. Terasa juga diri terasing. Keadaan itu menyebabkan berada di negeri itu penuh dengan kesunyian dan keterkilanan.

Saturday, May 6, 2017

Lubang besar Pas hampir siap?

KABINET PAS

Umpama perjalanan rombongan membawa anak teruna (pengantin) menuju ke pelamin untuk dipersandingkan, semakin lama ia semakin dekat menghampiri pelamin yang dibina bersebelahan kamar tidur. Pembawa bunga manggar dan penjunjung pulut kuning dan segala macam barangan (mahal hantaran) atas "par" juga bersemangat mengiringi perjalanan pengantin.

Mustapa dibuang ke laut.
Tuan Ibrahim bersedih?
Kompang juga semakin rancak dibunyikan. Tum tum tum... bertalu-talu diselang dengan tepuk tangan bergemuruh. Dibantu pula dengan cuaca dan suasana yang "ceria-mera" sekali. Perjalanan sang pengantin lurus dan lawas tiada tersekat-sekat lagi apabila setelah segala onak dan duri menghalang jalan laluan sudah ditebas tebang dan dibuang lempar jauh.