© 2015 Hasif Rahman - Purrfect Cat Cafe | Georgetown, Penang
" Family and friends welcome, fleas are not "
- Purrfect Cat Cafe -
Cat Cafe sebelum ini popular di Jepun dan sangat digemari oleh orang ramai. Kini Cat Cafe ada di Penang Malaysia dimana telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng pada 26 Januari 2014. Ia merupakan satu cafe yang bertemakan kucing dimana para pelanggan akan menikmati hidangan sambil beramah mesra dengan kucing sebenar. Terletak di No.53, Jalan Muntri, Georgetown, Cat Cafe tersebut merupakan yang pertama di Pulau Pinang.
Pengalaman sendiri berada di sana, Cat Cafe berada bersebelahan dengan Camera Museum. Ia merupakan kedai dua tingkat yang telah diubah suai. Tingkat bawah merupakan bahagian jualan cenderamata yang bertemakan kucing. Terdapat keychain, bantal, patung dan lain - lain lagi. Bagi mereka yang ingin menikmati hidangan dan beramah mesra bersama kucing, setiap orang perlu sekurang - kurangnya membeli hidangan bernilai RM18 (makanan + air). Umpama kita membeli tiket bagi masuk ke muzium, di Cat Cafe tiket tersebut digantikan dengan makanan. Bagi saya, kos itu agak mahal sebenarnya, tetapi mungkin atas faktor penjagaan yang membuatkan kos seperti itu dikenakan.
Secara jujurnya, kawasan persekitaran adalah sangat bersih. Pada waktu saya di sana, keadaan masih kemas dan teratur serta tidak mempunyai sebarang bau yang tidak menyenangkan. Mungkin ada yang berkata, akan ada bau kencing dan tahi kucing, tetapi saya tidak lansung terhidu bau tersebut. Di tingkat atas bahagian cafe, hanya ada bau makanan sahaja.
Makanan yang dihidangkan di Cat Cafe adalah berbentuk western. Lebih kepada "High Tea Concept". Sesuai bagi mereka yang datang untuk merehatkan minda. Bila diceritakan, ada yang bertanya, kucing - kucing di Cat Cafe tidak mengganggu mereka yang sedang makan? Jawapannya tidak kerana di atas, terdapat satu dinding lutsinar yang memisahkan cafe dan kawasan kucing. Mereka boleh bermain dengan kucing tetapi tidak boleh membawa masuk makanan ke kawasan kucing tersebut dan sebaliknya.
Pada pendapat saya, untuk pertama kali ke Cat Cafe, perasaan itu menyeronokkan terutama bagi penggemar kucing. Tetapi untuk menjadi "loyal customer" mungkin tidak. Apa yang saya lihat kekurangannya adalah harga makanan yang agak mahal serta tempat duduk yang terhad. Overall cafe tersebut kemas dan teratur serta selesa. Kebersihan juga terjaga. Satu pengalaman yang menarik bagi mereka yang masih belum mempunyai kesempatan ke Cat Cafe di Jepun.