Sunday, 29 July 2012

ramadhan al mubarak

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..seminggu dah berpuasa..lagi 3 minggu nak raya dah..aiceh..tak best tol..raya kang nak kene kuar duet raya..yela..orang dah bekerjaya la katekan..abes la bonus raya aku macam ni..haha..tapi bukan pasal raya yang aku nak cerita harini, api pasal perjalanan sebagai orang bekerjaya yang sedang berpuasa..haha..

tahun ni merupakan tahun 1st aku berpuasa time bekerja..atau dalam bahasa yang lebih mudah bekerja di bulan puasa..so, kene la belaja berdikari kan..ececeh..macam tak pernah berpuasa sendiri lak ye..takde lah, dulu time belajar memang la puasa sendiri, time waktu sahur ade kawan2 yang ajak kluar g makan..pegi sahur kul 2 3 pagi pun takpe, sebab kalau rasa pagi besoknye tak larat nak bangun, tak payah g kelas..tapi bila dah kerja ni, nak tak nak, suka tak suka, pukul 8.30am mesti dah ade kat opis..even aku takde punch card, tapi kene la bersikap jujur kan..ni dikira amanah..

dalam seminggu puasa ni, aku bangun sahur pukul 5...takde nasik2, takde lauk pauk, takde spegeti2, takde air2 manis..yang ada cuma air suam..so aku hanya bersahur dengan meneguk beberapa gelas air suam, dan kalau rajin aku makan la kurma..pergh..betul2 mentaati sunnah nabi nih..kagum2..alhamdulillah..walaupun aku cuma minum segelas air suam, tapi aku mampu berpuasa sehingga waktu berbuka..time berbuka pulak aku beli makanan dengan akak haniza majid a.k.a haniza cantek..akak ni takde cantek sangat pun, tapi bukan kecantikannya aku nak cerita kat sini, tapi kesedapatan dan kerangupan beger dan roti john johhny janathan yang diesediakan tu membuatkan aku jadik teruja untuk menjadi customer tetap dia..

hari ketiga puasa, budak2 opis aku dah buat hal dah..sibuk nak buat persiapan raya..peon2 diarahkan untuk membeli reben untuk dibuat ketupat..dalam ramai2 makhluk allah dalam opis tu, cuma aku sorang je yang pandai buat ketupat reben..caya tak?haha..pandai ke hape..menyirap gak aku tengok reben tu..ye lah..biasa buat guna daun kelapa, la ni kene pakai reben pulak...memang kene carut la kan..tapi alhamdulillah..lebih kurang 40 bijik ketupat dapat aku siapkan untuk digantung2 plus ketupat gergasi yang aku buat sebanyak 15 bijik..hehe..ketupat gergasi sangat mencabar okeh..sebab almaklumla..tangan aku ni kan comel je, mane boleh mende2 comel melakukan kerja2 gergasi..

hari jumaat tu aku balik batu pahat,  nak berbuka bersama keluarga..niat dihati nak diet bulan puasa ni..yela..lepas raya kang aku nak g merisik cik fuzah..kene la kurus2..baru mak mertua kagum..haha..plus aku ade baju yang perlu dipermuatkan kat badan aku ni..tu yang kene diet untuk membuang lemak2 terampai..tapi apekan daya, bila dah balik rumah ni, diet sume jahanam..asek mencekik jek..haha..aish..ape nak jadik ni..nak turun berat kemain payah lagi, kalo nak naikkan, seminggu boleh naik 8 kg..dunia2..

start minggu depan ade tadarus al quran..nasib aku amat malang skali sebab ahli grup aku sume tak reti baca al quran, termasuk la aku..ish..buta huruf gak aku ni..name je engineer..so minggu depan nak tak nak, tadarus ni dah bermula..aku kene amek tanggung jawab sebagai qari utama..alamak..camne ni?dah la tak pandai..so dalam dua hari ni, aku amek kesempatan untuk belajar mengaji..aku try usha2 line kat youtube..kene la blaja balik huruf hijaiyah..teruk kan aku?..mudah2an kesungguhan aku ni membuahkan hasil..insyaallah..

1 hb ni, ade orang nak sewa rumah kampung aku kat pontian tu, so selaku ceo rumah tu merangkap tukang kebun skalik, aku la yang kene bersihkan..time aku tengah syok2 bersihkan rumah tu, datang la 3 ekor lebah gewget aku..sekor geget tangan kiri, sekor gigit tangan kanan, sekor lagi geget kat telinga..tak sampai seminit, badcan aku dah transform jadik incredible hulk..argh..tension..tangan aku dah gemok dek kerana gegetan tu, penat aku diet!! telinga pon dah besor sebelah..macam piring astro dah..bile dok depan cermin, aku tgk muka aku dah iras2 nabil raja lawak dah..sakit bukan kepalang..ni aku update blog alam kesakitan ni..aduiiii...ya allah, kau ampunkanlah dosa2 hambamu ini..amin..

akhirkata, belum terlewat lagi untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada umat islam seluruh dunia, even yang baca blog aku ni sorang jek..haha...tapi dulik ar..bukan kuantiti yang kita nak, tapi kualiti..even sorang pon yang baca blog aku, tapi kalau dia baca dengan penuh tawadduk dan zuhud, tu dah macam merangkumi sepuluh orang..ehehe..tata!

Monday, 16 July 2012

selamat bergraduasi ..

hari ni, berakhirlah sudah perjalanan cik fuzah sebagai seorang pelajar universiti.. macam baru semalam aku rasakan telefon aku berbunyi ketika dia memberitahu yang dia akan melanjutkan pelajaran ke universiti..begitu cepat 5 tahun berlalu..pelbagai halangan yang dia dah lalui sama ada bersamaku, bersama kawan2 mahu pun seorang diri..dari kedah membawa ke shah alam..dia akhirnya berjaya harungi segala keperitan dan kegembiraan yang harus dilalui oleh mereka yang bergelar siswazah..alhamdulillah, kehidupan yang bergelombang mampu dilaluinya tanpa menjejaskan pelajarannya..kini dia sudah bergelar seorang graduan..tiada apa yang aku mampu untuk berikan sebagai hadiah di hari graduasinya melainkan doa, titisan airmata dan sebuah telefon pintar blackberry 8520..hahahahahahah..semoga perjalanan awak lepas ni lebih lancar ye sayang! love u! muahx! SELAMAT BERGRADUASI!

bermula disini..

masanya hampir tiba..tak lama lagi satu lagi tanggungjawab baru yang perlu aku pikul..ni la tanggungjawab yang paling besar yang perlu dipikul oleh setiap lelaki yang hidup atas bumi Allah ni..insyaallah,kalau ada rezeki,lepas ni aku akan melangkah ke alam perkahwinan..satu saat yang aku tunggu2 sejak sekian lama..

bila selesai majlis ijab dan kabul secara automatik aku akan diangkat menjadi ketua sebuah keluarga..satu jawatan yang memang dikhususkan untuk lelaki, yang tidak boleh dipindah milik selagi seseorang lelaki itu masih bernafas dan mempunyai sebuah keluarga..jawatan yang memberikan imbuhan diakhirat kelak selagi dilaksanakan ke jalan Allah..

dari sudut fizikalnya,mungkin aku nampak bersedia untuk menjawat jawatan tu..tapi dari segi rohaninya, ade sekelumit rasa takut yang menjalar dalam diri aku ..adakah aku cukup baik untuk laksanakan tanggungjawab ni? adakah aku mampu untuk membawa keluargaku ke jalan allah sekaligus memberikan mereka haruman syurga? adakah aku mampu untuk membimbing isteriku dari dimamah api neraka?

memang aku cukup teruja untuk memiliki sebuah keluarga sendiri..aku dah tak sabar lagi untuk mengakhiri hubungan ni di jinjang pelamin..penat rasanya 6 tahun bergelumang dengan dosa2 yang tak mampu aku lari..6 tahun diri ini termakan bisikan syaitan yang sentiasa mencelah ruang untuk merosakkan anak cucu adam..aku tak mampu untuk menunggu lebih lama lagi sebelum iman yang senipis kulit bawang ni dirobek syaitan..nauzu billahi min zalik..

aku perlu mempersiapkan diri aku..bersedia untuk menghadapi hari mendatang..demi dia yang aku sayang, aku akan berusaha untuk menyediakan diri aku untuk melangkah ke alam perkahwinan..insyallah aku akan jadik yang terbaik untuk dia..semoga usaha yang aku lakukan ni berjalan dengan lancar..semoga niat baik aku untuk mengahwininya mendapat keredhaan allah..semoga syaitan2 yang membisikku selama ni menangis di hari pernikahanku..amin..

Monday, 2 July 2012

inspektor..hehe

polis...bila sebut pasal polis, orang2 yang kenal aku mesti cukup sinonim dengan senario yang aku ni seorang yang anti polis. sebab aku suke bercerita pasal keburukkan polis.. pantang ada polis yang buat silap, mesti aku terus kondem abes2san.. tapi ape yang orang tak tahu..sejak kecik lagi cita2 aku nak jadik seorang anggota uniform..dulu masa sekolah rendah setiap tahun kene isi laporan adab belajar..dan setiap tahun jugak setiap murid kene tulis cita2 meraka dalam laporan tu..dala form tu ada 3 ruang untuk cita2..pilihan pertama, pilihan kedua dan pilihan ketiga..setiap tahun dari darjah satu sampai darjah 6 dalam laporan aku mesti bertulis :-
1) PILIHAN PERTAMA : tentera
2) PILIHAN KEDUA : polis
3) PILIHAN KETIGA : bomba.
dari start darjah satu sampai abes sekolah rendah, cuma 3 ni je pilihan aku.. tak pernah berubah..memang obses giler dengan uniform..so, tak ada sebab untuk aku anti polis.. aku tak pernah anti polis, cuma aku anti individu yang memakai seragam polis, yang tak jalankan amanah dengan jujur..menyalah gunakan kuasa dan tanggungjawab yang diberi..bukan senang nak bergelar anggota polis..tak semua yang bertuah dapat menyarung uniform tu..hanya orang2 tertentu je yang berkelayakkan dan dipilih oleh tuhan..

mana aku tahu susah nak jadik polis? ya..aku sangat tahu sebab tadi baru je aku jalani sesi temuduga untuk jawatan inspektor polis..keputusan :FAILED!..kesungguhan memang dah ada..start aku dapat phone call untuk amik surat kat IPD batu pahat, aku dah mula tanamkan azam untuk lulus interview tu..mende paling asas yang terlintas kat fikiran aku mase tu mesti la nk kuatkan stamina kan..so tetiap petang aku balik ke batu pahat untuk berjoging..aku kene joging kat BP sebab dari zaman sekolah dulu aku dah ukur jalan2 sekitar kawasan rumah aku ni mana yang seswai untuk joging and bape jarak yang aku akan lalui..trek yang aku dah buat sejauh 3.2KM..masa larian 15minit. ni ketetapan yang aku buat untuk kuatkan stamina aku menjelang hari interview nanti..sebab aku tahu, standard larian polis cuma 2.4KM dalam masa 15 minit, so aku rasa setakat 2.4KM tu xda masalah untuk aku kot..

3 hari sebelum interview aku dah siapkan sijil2, pakaian yang aku nak pakai, seluar pendek, tshirt putih, kemeja putih, kasut hitam..ni semua aku ikut prosedur yang tertulis atas surat tawaran plus prosedur nasi tambah yang pandai2 direka oleh bapak aku semata2 untuk melihat anak KESAYANGAN dia ni lulus temuduga ni.. macam2 pesanan yang bapak aku tinggalkan..tak lupa jugak pesanan dari sedara mara..dan aku terima semua pesanan dan tips2 yang diberi dengan baik..cuma dalam banyak2 pesanan tu, ada satu pesanan yang aku tak boleh nak terima.. "kau jangan amik rasuah"..jadah mende?aku baru nak g interview kot..tak kan dah cite pasal rasuah..nevermind! ape2 la pakcik, tips tu tak membantu langsung ok..

pagi tadi..seawal 6 pagi aku dah gerak dari kulai..tempat tu tak jauh kot..dalam 20 minit jek..tapi sebab obses punye pasal, aku gerak awal sebab takut sampai lambat..inspektor la katekan..mesti cepat dan tepat..hehe..semua test aku dah buat..dari cek tulang, cek tatoo, cek tinggi, berat, saiz buah dada, etc etc..macam2 la yang aku buat..banyak betul stage yang aku kene lalui..bila kite tak dapat lepas satu stage, maka kita dianggap gagal terus dan tidak perlu ke stage seterusnya..tapi alhamdulillah, aku berjaya lepas semua stage..kini aku mampu tersenyum lebar dan perasaan riak dan takbur mula timbul dalam diri..tapi..ni semua bersifat sementara bilamana tetiba seorang pegawai berpangkat ASP berjaya menggagalkan aku dengan sebab yang aku sendiri tak jelas kat sini..aku tak paham kenape aku gagal..argh!! tekanan..tapi alhamdulillah..walaupun aku gagal, aku masih mampu menerima kegagalan dengan senyuman.. sebelum aku keluar dari dewan tu, aku sempat senyum pada semua hadirin yang ada dalam dewan tu..

finally, segala komitmen, pengorbanan, azam,wang ringgit, doa, usaha, dan harapan yang aku taburkan untuk temuduga ni berkecai..siyes..memang sedih nak mampus..sedih plus geram sebab aku tak tawu kenape aku digagalkan..mungkin aku boleh terima kalau aku gagal disebabkan aku tak dapat nak buat ujian yang dia bagi..tapi..tu la..betul la kate gf aku, nak jadik polis memang kene ade kabel kot..tanpa kabel, sia2 jek usaha korang..haha..aku tahu bapak aku sedih aku gagal..aku tahu mak aku lagi sedih aku gagal..tapi tak ada sorang pun tahu yang aku lah orang paling sedih bile aku gagal..cume aku tak tunjuk sebab aku tak nak orang nampak aku lemah..sampai saat ni aku masih lagi berdoa semoga nama aku tersenarai dalam waiting list..ni dah cukup untuk puaskan hati aku..kalau boleh jangan la direject terus resume yang aku dah bagi tu..biarla resume aku sentiasa ada dalam simpanan waiting list kat bukit aman, sebab selagi nama aku berada dalam waiting list, selagi tu la aku ada peluang untuk bergelar inspektor polis..insyaallah..