Sunday, March 29, 2009

Penawarrindu

Salam.

Terlebih dahulu, saya nak ucap berbanyak terima kasih kepada saudari "penawar rindu" yang selalu melayari blog ini. Akan tetapi, diakui bahawa saudari berlainan logo dengan saya. . Perbezaan logo tidak mempunyai masalah untuk berbahas untuk mencari titik-titik kebenaran.

Cuma, saya kesali bahawa saudari seorang guru & terlibat secara aktif didalam politik. Saya nasihatkan bahawa, pada pilihanraya 13 nanti saudari bertanding untuk mewakili muslimat di Negeri Terengganu. Saya kesal dengan kenyataan yang saya kiranya menjaga tepi kain orang. Inilah sikap & sifat semulajadi yang ada pada anggota PAS. Terbaru,penawarrindu membuat kenyataan boleh dinyatakan sebagai menghasut kepimpinan UMNO Negeri Terengganu untuk berpecah belah.Saya menafikan bahawa mesej yang dinyatakan oleh penawarrindu adalah pembohongan & tektik kotor untuk porak peranda kepimpinan UMNO. Kami wakil rakyat UMNO Terengganu tidak sesekali berbuat kenyataan sedemikian. Bilamana melihat kepada ucapan DS Najid Tun Abd Razak, beliau mahukan perubahan. Kami di Terengganu tidak sesekali mendesak agar DS Najid menggantikan MB Tganu sekarang dengan ahli YB lain asalkan MB Tganu sekarang dilucutkan. Ini adalah pembohongan yang nyata.

Penawarrindu,

cukuplan saudari menjaga tepi kain orang. Jagalah diri & menjaga pendidikan yang membawa kebaikan kepada semua rakyat. Bersyukurlah dengan apa kerana BN buat selama ini terutama kepada profesian perguruan. Anda harus melihat kepincangan yang berlaku di dalam PAS yang mana selama ini sanggup mengkafirkan UMNO sematan berkerjasama dengan parti komponen di dalam BN. Tapi hari ini, PAS sanggup berkerjsama dengan DAP yang terang-terang menolak hukum hudud bilamana Pakatan Rakyat kiranya dapat mengambil alih kerajaan Malaysia.


Saya berharap pembaca blog yang melayari blog ini agar tidak terpengaruh dengan tomahan yang dibuat oleh penawarrindu. Islam menegaskan bahawa, bilamana seseorang itu mendapat berita atau utusan, maka perkara yang pertama adalah selidiki dahulu akan kesahihan berita/utusan yang disampaikan itu.

Thursday, March 26, 2009

Mesyuarat Agung UMNO-Keputusan Saf Baru UMNO

Salam.

Pertama-tama sekali, saya salah seorang perwakilan ke perhimpunan Agung UMNO 2009 yang mana perhimpunan bagi diri saya adalah perhimpunan yang cukup unic oleh kerana peralihan kuasa, pemilihan pucuk pimpinan baru dan umno akan menghadapi pilihanraya kecil serentak di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Dimasa terluang ini, selepas tamat hari ini amanat Presiden dan perbahasan usul Presiden YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Amanat beliau yang terakhir apabila dihayati menyentuh hati sanubari. Akan tetapi, YAB Dato Seri Abdullah adalah seorang yg cukup kental, jujur, ikhlas, sabar dan sebagainya dalam menghadapi liku-liku politik tanahair terutama politik dalam UMNO.

Saya ingin mengucap tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin yang memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO, Ybhg Dato Sharizat Abd Jalil memenangi jawatan Ketua Wanita dan YB Dato Rosnah memenangi Ketua Puteri UMNO. Selain daripada itu, tahniah juga kepada Tan Sri Muhiyiddin Yassin Selaku Timbalan Presiden, Naib Presiden Dato Seri Shafie Afdal, Dato Seri Hishamuddin dan Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi. Salam tahniah juga kepada wakil negeri Terengganu yang tidak asing lagi iaitu YB Dato Seri Idris Jusoh dan Dato Shabery Chek memenangi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Semoga, Terengganu dapat memberi nafas baru ekoran kemenangan wakil-wakil negeri Terenggganu.Oleh itu, saya berharap kepimpinan yang baru ini dapat memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap parti keramat UMNO. Semoga UMNO akan disegani oleh pihak lawan. Insya-Allah.

Thursday, March 19, 2009

Dugaan UMNO - Lembaga Disiplin

Salam.

Terima kasih kepada kalian yang setia melayari blog saya ini. Pertama-tama sekali, saya mengambil kesempatan untuk mengucap selamat ke PWTC kepada para perwakilan yang mewakili bahagian masing-masing dan juga kepada para pemerhati. Selamat memilih kepimpinan UMNO. Satu undi adalah penting untuk membawa kepada perubahan UMNO.-Insya-allah.

Saya ingin mengulas tentang serba sedikit berkaitan dengan tindakan Lembaga Disiplin UMNO berkaitan dengan salah laku / etika calon yang ingin merebut jawatan dalam parti pada 24-28 Mac 2009.Kita sedia maklum bahawa, beberapa pemimpin yang telah disabitkan kesalahan samada dilarang untuk bertanding atau diberi amaran dan sebagainya. Di sini, saya ingin tegaskan bahawa, saya tidak anti pada seseorang individu. Cuma, apa prinsip yang perlu ada pada setiap individu sama ada pemimpin atau pun yang dipimpin perlu akur dengan kesalahan yang dikenakan.

Tertarik dengan saranan bekas Presiden UMNO yang Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad di dalam temubual exclusive dengan utusan melayu bahawa Lembaga Disiplin UMNO agar tidak melayan rayuan yang dibuat oleh pesalah. Ini kerana, UMNO perlu pulihkan nama baik yang tercemar selepas pilihanraya 12 yang lalu. UMNO perlu menjenama semula agar ianya disegani oleh kawan mahu pun lawan. Kerana UMNO lah, Malaysia dapat menikmati kemajuan yang dikecapi sehingga ke hari ini. UMNO adalah tunjang kepada politik di Malaysia dan UMNO juga merupakan wardah perjuangan orang-orang Melayu, Islam.

Oleh yang demikian, pihak lembaga disiplin UMNO haruslan menjada imej yang baik dan membuat tindakan yang seadil-adilnya kepada semua peringkat samada pemimpin agung mahu pun peringkat bawahan. Kita mahu pulih semula nama baik UMNO. Dengan prinsip yang dipegang oleh setiap pemimpin, Insya-allah UMNO dapat dipulihkan dan membawa kejayaan yang lebih besar. Saya juga ingin melontar beberapa pendapat serta cadangan agar semula pihak khususnya ahli-ahli UMNO sama ada peringkat cawangan, bahagian mahu pun tertinggi agar muhasabah diri ada faham akan prinsip asal penubuhan parti keramat UMNO.

Selain itu juga, diharapkan agar para penyokong, perayu undi dan sebagainya agar bertindak dengan bijaksana dan jangan menjadikan pemimpin sebagai tempat untuk menagih simpati dan keuntungan diri. Marilah kita sama-sama berkerjasama untuk memajukan wardah perjuangan islam dan memikirkan untuk mengubah minda orang melayu agar dapat bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain. UMNO perlu juga bergerak berlandaskan kepada Al-Quran & Al-Sunnah sebagai landasan perjuangan islam yang syumul. Konsep islam hadari yang diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi harus dipratikkan dan diamalkan. Syabas saya ucapkan kepada YB Dato Seri Idris Jusoh ( Adun Jertih )pemimpin yang pertama mempratikkan prinsip islam hadari untuk memajukan ummah di Negeri Terengganu Darul IMan.Konsep ulul-abad, pintar al-Quran, khatam beramai-ramai, Taman Tamadun Islam, Taman Taman Ilmu dan banyak lagi yang membawa kepada perubahan di dalam lanskap Islam di negara kita khususnya Negeri Terengganu.

Akhir kata, saya mengucap tahniah dan syabas sekali lagi kepada Lembaga Disiplin UMNO yang membuat keputusan seadil-adilnya tidak mengira pangkat, darjat serta keturunan. Yang bersalah tetap bersalah, yang benar tetap benar. Insya-allah, dengan slogan tersebut UMNO akan dihormati lagi dan digeruni oleh semua pihak terutama Pembangkang PAS yang selama ini menuduh UMNO mengawalkan rasuah dan sebagainya. Tiba masanya kita BUKTIKAN bahawa UMNO Bersih,Suci,Murni dan diyakini.

Hidup UMNO
Hidup UMNO.

Wednesday, March 18, 2009

Berteduh Di Rumah Usang - Sinar Harian

Salam.

Saya mengambil kesempatan mengucap terima kasih kepada akhbar sinar hari yang mendedahkan kepada umum berkaitan dengan seorang warga emas yang meneruskan sisa-sisa hidup di rumah usang. Walaupun, saya bukan mewakili bagi kawasan Kuala Terengganu tetapi berada di bawah Parlimen Kuala Terengganu bagi saya simpati dengan apa yang berlaku. Saya juga berharap sinar harian dapat memberi maklumat dengan tepat di kampung apa berkaitan dengan warga emas tersebut.

Oleh yang demikian, agar memudahkan pihak Kerajaan Negeri dapat memberi sumbangan dan bantuan dengan kadar segera. Makluman semua, Kawasan tersebut adalah di kawasan Ahli Parlimen PAS, YB Abdul Wahid Endut ( Dun Wakaf Mempelam , Parlimen Kuala Terengganu).

Insya-allah, saya berharap keluarga yang terdekat dapat menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat untuk memohon bantuan dengan kadar segera atau menghubungi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan berkenaan.

Sekian, terima kasih.

YB Ust Hj Muhammad Ramli Hj Nuh
Adun Tepuh,Terengganu.

Tuesday, March 17, 2009

Lembaga Disiplin UMNO - Ali, Khairy

Salam.

Sejak semalam lagi, media arus perdana termasuk TV3 telah memaklumkan bahawa pada hari ini jam 4 PM satu sidang media akan diadakan oleh Lembaga Disiplin UMNO berkaitan dengan calon jawatan tertinggi UMNO dihadapkan kepada Lembaga Disiplin UMNO. Namun, ianya menjadi kenyataan bilamana pada Jam 4 PM pihak jawatankuasa disiplin mengumumkan bahawa calon Timbalan Presiden, Dato Seri Muhammad Ali Rustam dilarang untuk bertanding bagi jawatan tersebut. Calon Ketua Pemuda UMNO,YB Khairy Jamaluddin diberi amaran dan boleh bertanding.

Saya amat sedih bilamana disaat2 akhir menjelang Perhimpunan Agung UMNO dan Pemilihan bagi Jawatan Tertinggi UMNO dan juga peralihan kuasa Dato Seri Abdullah kepada Dato Seri Najid masih ada perkara yang tidak sedap didengar oleh kalangan ahli-ahli UMNO. Marilah kita, sama ada yang mewakili diperingkat cawangan, bahagian, mahupun tertinggi sedarlah bahawa jawatan yang dipikul itu bukanlah mudah akan tetapi akan dinilai oleh Allah swt. Marilah kita menanam azam agar meletak kepentingan parti,agama,bangsa daripada kepentingan diri sendiri.

Sekian...

Monday, March 9, 2009

Salam

Salam Maulid Nabi 1430 hijrah. Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah swt dihari yang mulia dan perbanyakkan bacaan selawat & salam ke atas jujungan kita Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya, Nabi Muhammad adalah Nabi yang diutuskan untuk umat akhir zaman. Kemulian baginda SAW sentiasa segar diingatan kita walaupun kita umatnya yang tidak pernah melihat rupa paras akan tetapi dapat kenal melalui sirah nabawiyah dan melalui kitab al-Quran.

Setiap tahun, kita umat islam sentiasa menyambut haru yang sejarah didalam kelandar Islam. Hari ini, sambutan ulangtahun keputeraan Jujungan Besar Nabi Muhammad SAW. Majlis memperingati keputeraan baginda disambut diseluruh Negara sama ada diperingkat kebangsaan mahupun di peringkat negeri. Negeri Terengganu tidak ketinggalan menyambutnya untuk diperingkat negeri.

Apabila melihat akan perjuangan baginda, setelah diwahyukan oleh Allah swt menjadi Rasul. Baginda sentiasa ditentang, dihina, dikeji malah ada diancam bunuh oleh kerana baginda membawa risalah kebenaran dari Allah swt. Dengan semangat yang kental dan disemai dengan baja-baja kesabaran, baginda mampu membawa obor islam tersebar luas sehingga ke pelusuk dunia sehingga ke hari ini. Amat malang sekali hari ini, semangat yang telah ditunjukkan oleh baginda tidak diambil iktibar oleh umat islam sehingga memprejudis dan tunduk kepada musuh-musuh islam. Umat islam hari ini tidak mampu bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain oleh kerana semangat jihad, semangat untuk menuntut ilmu, semangat untuk mendalami ilmu sains teknologi sudah luntur. Hanya berserah kepada bangsa lain untuk memajukan.

Sebagai contoh di Malaysia, 2 hari lepas satu demostrasi jalanan telah dilakukan oleh mereka-meraka yang tidak faham akan visi dan misi yang akan dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan dengan “Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik Dalam Bahasa Inggeris(PPSMI)”. Bagi pandangan saya, saya bersetuju dengan cadangan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dalam soal PPSMI. Langkah tersebut bukan sahaja memberi kebaikan kepada bangsa Melayu untuk menguasai bahasa inggeris malah memberi pendedahan awal kepada para pelajar di peringkat sekolah rendah. Hari ini, kebanyakkan pelajar terutama Melayu gagal menguasai Bahasa Inggeris sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah malah di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPTA). Mereka gagal untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris dan tidak tahu kemahiran untuk bertutur dalam bahasa inggeris. Sememangnya langkah awal yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah langkah yang terbaik untuk memajukan bangsa Melayu dan Islam agar menguasai pelbagai sains teknologi yang pada hari ini kebanyakkannya datangnya dari Barat.

Sudah sampai masanya, orang Melayu berpikiran terbuka dan menerima kemajuan yang akan dibuat oleh Kerajaan. Saya masih ingat sekitar tahun 1980-an, sewaktu YABhg Tun Dr Mahathir Mohammad mengumumkan bahawa Malaysia akan mencipta sendiri kereta buatan Malaysia. Orang yang lantang mengkritik pada waktu itu, adalah orang Melayu. Tapi hari ini, Kita bangga dengan kemajuan yang telah dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dan kita mampu berdiri sama tinggi serta duduk sama rendah dengan Negara-negara yang telah mencapai kemerdekaan lebih awal daripada kita. Saya berdoa dan menyarankan kepada semua rakyat Malaysia, hentikan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah kepada kita semua dengan melakukan demostrasi, reformasi serta rusuhan dijalanan. Ekoran daripada perbuatan sedemikian, Malaysia satu masa lagi akan dilabel sebagai Negara yang ganas dan tidak bertamadun.

Saturday, March 7, 2009

PRK+DAP+PAS - Filem P Ramle.

Salam.

Terima kasih sahabat2 yang melawati blog ini. Saya hargai kalian semua. Saya tertarik dalam blog YB Dato Rosol wahid berkaitan dengan Kerajaan Pasola & Pasir Berdegung.

Negara sekali lagi menerpa sejarah bilamana Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak diadakan dibawah pokok. Ini menunjukkan bahawa PR tidak mempunyai intergriti, profesional dalam membuat sesuatu keputusan yang ingin dilakukan.Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan 50 tahun yang lalu, belum ada lagi mesyuarat atau persidangan yang dikira penting bagi negara dilakukan ditempat yang sukar diterima oleh akal yang waras. Saya tidak tahu dimana intergriti YB2 PR sanggup menjual maruah dengan melakukan perkara yang sedemikian. Insaflah wahai YB PR.

Terimalah keputusan yang telah dibuat oleh Tuanku Sultan Azlan Shah. Tuaku lebih berpengalaman dalam soal pentadbiran sama ada peringkat negeri mahu pun negara. Inilah lambang dan contoh yang boleh kalian menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Jawatan Speaker seolah-olah lebih berkuasa daripada Tuanku Al-Sultan dan YDP. Saya sendiri tidak mampu untuk memikir berkaitan dengan isu tersebut. Jawatan Speaker lebih kebal dan berkuasa daripada undang-undang. Wahai penyokong PAS, lihatlah, sedarlah, fikirlah apa yang dilakukan oleh kepimpinan mu dalam kemelut yang berlaku di Negeri Perak.

Walaupun sebelum ini, kepimpinan PAS Terengganu lantang mengkritik kepimpinan UMNO Terengganu derhaka kepada Tuanku Sultan. Akan tetapi, kita akur akan keputusan yang dibuat oleh Tuanku berkaitan dengan kemelut perlantikan Menteri Besar tahun yang lalu. Tetapi, apa yang berlaku di Perak bukan sahaja derhaka malah sanggup untuk menyaman dan sebagai serta tidak mahu menerima keputusan yang dibuat oleh Tuanku Sultan.Sebab itulah, perangai kepimpinan PAS samada diperingkat tertinggi sehingga ke peringkat bawahan sama sahaja. Kiranya sesuatu perkara menyebelahinya, maka semua itu adalah betul dan adil. Jika sebaliknya, semua itu tidak betul, rasuah, jahat, zalim dan sebagainya. Inilah perangai PR.

Kiranya P Ramle masih hidup, beliau akan menyaksikan babak2 filem dalam filem arahan. Benar-benar berlaku. Kerajaan Pasola. So, mulai hari ini rakyat Malaysia boleh menukar PR kepada KP iaitu Kerajaan Pasola. Lawak dan kelakar.Jangan pandai menuding jari sahaja.

:-) Pikir-pikirlah yang mana betui, yang mana salah.

Yang Mana Kerajaan Mesra,Cekap, Intergiriti
or Yang Maha Kerajaan Pasola Pasir Berdegung.