Wednesday, June 24, 2009

Facebook Akaun

Salam.

Saya ingin maklumkan bahawa, saya ada mempunyai akaun facebook. Sehubungan dengan itu, saya tidak dapat memberi maklumat yang lengkap tentang peribadi saya oleh kerana keselamatan. Justeru itu, diharapkan saudara / saudari tidak ragu-ragu dengan akaun tersebut.


Artikel Terkini Berita Harian


SINGAPURA: Syarikat kawalan dan keselamatan IT, Sophos, hari ini memberi amaran kepada pengguna internet supaya tidak memasukkan maklumat peribadi mereka di internet kerana ia boleh digunakan pihak lain untuk penipuan identiti.

Amaran Sophos itu dibuat selepas laman web rangkaian sosial popular Facebook didapati mempunyai kelemahan yang membolehkan penggodam mengakses maklumat sensitif profil mengenai mana-mana laman yang mempunyai lebih 200 juta pengguna itu.

Dalam satu kenyataan, Sophos berkata, data seperti tarikh lahir, tempat lahir, jantina, anggota keluarga, status hubungan dan pandangan politik serta agama boleh diguna untuk melakukan penipuan identiti.

Pencipta blog, FBHive.com, mendapati hanya melalui godaman yang mudah boleh menunjukkan semua yang disenarai dalam panel "Maklumat Asas" ahli Facebook, walaupun maklumat itu disembunyikan oleh pengguna dengan mewujudkan keselamatan laman web.

Menggunakan kelemahan keselamatan, FBHive boleh mengakses maklumat peribadi mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg; Pengasas Digg, Kevin Rose dan bloger terkenal, Cory Doctorow, kata Sophos.

Bagaimanapun, ia berkata, kekurangan itu kini diperbaiki oleh Facebook, tetapi tidak diketahui sama ada penggodam sudah menggunakan maklumat yang didedah oleh kelemahan keselamatan itu untuk tujuan jenayah.

Syarikat IT menasihatkan adalah lebih baik pengguna internet untuk tidak meletakkan maklumat peribadi mereka dalam internet. - Bernama

Friday, June 19, 2009

Melayu + Islam = Perpaduan

Hasrat Presiden PAS & Timbalannya berkaitan dengan muzakarah atau dengan kata lain berbincang berkaitan soal perpaduan dikalangan masyarakat terutama sesama parti melayu iaitu UMNO + PAS disalah ertikan oleh sesetengah pihak terutama dalam kepimpinan PAS sendiri. Pelbagai andaian, komen serta kritikan terbuka dibuat oleh kepimpinan PAS berkaitan soal perpaduan.

Bagi pandangan peribadi saya, saya melihat Presiden PAS merasakan sudah tiba masanya kedua2 parti 100% yang mewakili orang melayu perlu duduk semeja dan berbincang tentang nasib bangsa melayu & islam sebagai agama yang dianuti. Oleh kerana, kita sendiri sedia makluman, orang melayu + islam jauh ketinggalan kebelakang berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Ini ditegaskan bahawa, perjumpaan kedua2 sayap kanan parti UMNO + PAS bukan bermakna untuk menafikan hak-hak bangsa lain. Cuma,perbincangan tersebut sedikit sebanyak untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalah yang berlaku kepada orang melayu.

Saya sarankan bahawa, kepimpinan PAS sama ada diperingkat Pusat & negeri bersetuju dengan hasrat murni ketua mereka yang memberi kebaikan kepada kedua2 parti. Kita akui, sekiranya keikhlasan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak, Insya-allah saya yakin ianya akan membawa hasil & memberi kekuatan kepada orang melayu untuk terus berjuang demi kepentingan bangsa,agama & negara.

Adalah tidak adil Nik Aziz melemparkan tuduhan melulu terhadap Timbalan Presiden PAS & seolah-olah UMNO adalah parti yg rakus dan pelbagai negatif yang dipikirkan. UMNO sama seperti PAS. Tindakan Nasaruddin Mat Isa terhadap isu perpaduan ini tidak harus diambil remeh oleh kerana ianya melibatkan bangsa & agama islam itu sendiri. Orang melayu hari ini memang berpecah oleh kerana perbezaan ideologi & perbezaan pendapat. Malah ada diantaranya memutus tali silaturahim gara-gara berlainan logo & warna. Perkara tersebut tidak harus berlaku sama sekali. Islam tidak membezakan darjat, pangkat,keturunan,warna kulit dan sebagainya, tetapi Allah swt menilai seseorang hambanya terhadap sikap taqwa yang ada padanya.Marilah kita bermuhasabah diri kita sejauh mana ketaatan kita kepada pada nya & kasih sayang yang ada dalam diri kita sesama muslim.

Tuesday, June 16, 2009

Kerajaan Perpaduan @ Kerajaan Perpecahan?

Isu kerajaan perpaduan yang disuarakan oleh Presiden PAS pada muktamar lepas telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak. Keikhlasan yang disuarakan oleh Presiden PAS menjadi kecaman beberapa pemimpin dalaman PAS termasuk Nik Aziz sendiri. Kenyataan Nik Aziz menyelar anggota PAS yang menyokong idea untuk berunding dengan UMNO sebagai "boneka UMNO". Malah, ianya menjadi isu perdebatan hangat dalam media masa sama ada pihak kerajaan mahu pun pembangkang.

Sebenarnya, UMNO tidak pernah menyuarakan hasrat untuk mengadakan kerajaan perpaduan atau perbincangan dengan PAS atau mana-mana parti pembangkang. Malah menerima siapa sahaja atau idea daripada mana-mana pihak yang ingin berbincang dengan UMNO/BN demi perpaduan ummah terutama kepada bangsa melayu & islam yang semakin hari dilihat berlaku perpecahan di dalam masyarakat ekoran perbezaan ideologi & fahaman sempit politik masing-masing.

Bagi UMNO, sesuatu yang baik akan diterima dengan hati yang terbuka. Kita semua perlu sedar bahawa, perpecahan dikalangan orang-orang melayu inilah yang akan menyebabkan bangsa kita mundur dan ketinggalan jauh kebelakang daripada bangsa yang lain.Kita perlu ingat, keamanan, kedamaian & kenikmatan yang kita rasai selama ini tidak akan kekal selama-lamanya, kira ianya tidak dijaga dengan sebaik-baiknya. Saya tidak anti pada mana-mana bangsa lain. Tetapi, Allah swt banyak berfirman di dalam al-Quran yang mana orang-orang kafir tidak akan bersetuju dengan agama islam walau baik sekali mana pun kepada kita. Kita bukan bermusuh dengan orang kafir @ bukan islam, akan tetapi perlu beringat-ingat akan firman Allah swt di dalam al-Quran itu jelas sekali akan berlaku. Jangan sesekali kita mengadai bangsa & agama semata-mata kepentingan peribadi atau politik sempit masing-masing.

Soal kerajaan perpaduan sepatutnya tidak menjadi isu atau masalah bagi PAS untuk berbincang atau duduk semeja dengan UMNO. UMNO adalah bangsa melayu & menganut agama islam. Manakala PAS adalah bangsa melayu juga & menganut agama islam. Kedua-dua parti politik datangnya dari rumpun yang sama & agama yang sama. Cuma bezanya adalah dari segi dasar & ideologi masing-masing. Adakah selama ini UMNO membawa ajaran islam yang sesat? Adakah selama ini UMNO tidak memberi apa-apa kepada orang melayu & islam? Jangan disebabkan nilai setitik, habis susu satu belangga.

Saya berdoa agar kepimpinan PAS terbuka hati dan demi pertunjuk oleh Allah swt berkaitan dengan keikhlasan & keterbukaan oleh Presiden PAS & Timbalan Presiden PAS dalam soal perbincangan serta muzakarah dengan UMNO.

Wednesday, June 10, 2009

Muzakarah UMNO vs PAS

Saya mengucap tahniah kepada pucuk pimpinan PAS yang baru setelah pemilihan anggota tertinggi PAS pada muktamar lepas. Semoga, dengan kepimpinan yang baru ini akan memberi sinar yang baru kepada PAS.

1. Pertama-tama sekali, saya bersetuju dengan cadangan Presiden PAS untuk mengadakan muzakarah dengan kepimpinan UMNO. Bagi pandangan peribadi, muzakrah tersebut harus dilakukan dengan secepat mungkin bagi mencari jalan penyelesaian bagi kedua-dua parti melayu di Malaysia. Selain daripada itu, perbincangan tersebut harus berlandaskan kepada syariat islam yang berkehendakan segala perbezaan fahaman & idelogi hendaklah kembali kepada kitabullah & sunatullah.

2. Rasulullah saw bersabda " aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang teguh kepadanya iaitu Al-Quran & Al-sunnah. Oleh yang demikian, haruslah kedua-dua kepimpinan parti sama ada dari PAS mahupun UMNO kembali kepada jalan yang dianjurkan oleh islam.

3. Haruslah kedua-dua parti tidak bersifat ego & sombong dalam soal ini. Saya tidak menyatakan PAS adalah salah & UMNO adalah betul begitu juga sebaliknya. Bagi saya, inilah ruang dan peluang terbaik bagi kedua-dua parti terbesar di Malaysia ini untuk duduk semeja berbincang - bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah namun berdasarkan nawaitu atau niat bagi agenda nasional yang mencakupi kepentingan semua.

4. Sehubungan dengan itu, UMNO-PAS tidak harus mengenakan apa-apa syarat untuk bermuzakarah. Sebaliknya menetapkan tarikh & masa yang sesuai untuk mengadakannya. Selain itu, isi kandungan semasa muzakarah haruslah memberi manfaat bersama demi Islam & melayu. Kita sedar bhawa, selama ini kita sentiasa jauh terpesong daripada landasan yang betul. Sememangnya, dengan kepimpinan baru dalam bagi kedua-dua pihak, ini masa yang sesuai untuk dibahaskan dan dibincangkan.

5. PAS tidak harus berprasangka buruk terhdap keikhlasan & kejujuran UMNO yang paling penting sekali adalah untuk kedua-dua parti mencari titik persamaan mengenai isu-isu nasional seperti ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat. Kita akui, perbezaan fahaman & ideologi parti yang menyebabkan bangsa melayu berpecah belah sehingga dikalangan masyarakat kita saling tidak menghormati satu sama lain. Ingatlah bahawa, Islam melarang keras perbuatan sedemikian & haruslah kembali kepada landasan yang dianjurkan oleh Islam. Kita tidak dilarang sama sekali mempunyai perbezaan pendapat & ideologi, namum perbezaan tersebut tidak menyebabkan umatnya berpecah belah. Ini mendorong kepada musuh-musuh islam untuk mengambil kesempatan diatas kelemahan yang ada.

6. Justeru, demi kebaikan semua pihak, saya berharap pemimpin kedua-dua parti bersetuju untuk bersemuka dan bermuzakarah. Kepada YB Presiden PAS & Timbalan Presiden PAS serta anggota tertinggi PAS sedarkan akan kepentingan muzakarah ini. Gunakanlah keterbukaan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najid & Tan Sri Muhiyidin Yassin.

Monday, June 8, 2009

Facebook-Launching

Salam.

Saya ingin maklum, saya ada membuka akaun facebook sebagai landasan antara saya dengan rakyat, orang perseorangan dan lain-lain untuk berhubung terus dengan saya melalui alam maya ini. Saya berharap, ianya memberi manfaat kepada saya & anda semua. Anda boleh add sy sebagai kawan dengan mencari menggunakan email saya iaitu aduntepuh@gmail.com.

Sekian, terima kasih.

Sunday, June 7, 2009

Daulat Tuanku - YDP Sultan Mizan Zainal Abidin

1. Pertama-tama sekali saya mengambil kesempatan untuk mengucap "Daulat Tuaku" ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDP Tuanku Mizan Zainal & Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah semperna ulang tahun keputeraan baginda pada 6 Jun. Semoga Allah swt sentiasa merahmati baginda berdua.

2. Baginda bertitah agar rakyat Malaysia tidak mengira bangsa & agama supaya menghayati konsep 1Malaysia "RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN" yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najid Tun Razak. Ternyata konsep tersebut menarik perhatian Tuanku agar rakyat Malaysia hidup saling bermuafakat & harmoni diantara satu sama lain.

3. Alhamdulillah, kita bersyukur kerana Malaysia bebas daripada segala sifat & kekacauan seperti mana yang berlaku di negara jiran atau negara-negara yang lain. Ketidakstabilan politik, ekonomi yang menyebabkan sesebuah negara mengalami masalah sedemikian. Akn tetapi, unik di Malaysia kita saling hidup dalam suasana muhibah diantara satu bangsa dengan bangsa yang lain & berlainan agama. Inilah konsep yang sukar utk dilihat selain di Malaysia.

4. Namun, konsep murni yang diperkenalkan oleh PM selalu disalahtafsirkan oleh mereka-meraka yang berkepentingan politik sempit & mencari jalanan untuk mengagalkan konsep tersebut. Kita juga mendengar desas desus yang menyatakan konsep tersebut akan mengadaikan maruah & keistimewaan bangsa melayu. Amat malang sekali, mereka yang cetek pengetahuan akan konsep tersebut membuat apa sahaja demi agenda mereka tercapai. Perdana Menteri telah menegaskan bahawa, beliau tidak akan mengubah perlembagaan & hak keistimewaan orang-orang melayu yang termaktub di dalam perlembagaan.

5. Kita masih ingat, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi setelah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan konsep "Islam Hadari". Pihak-pihak tertentu telah menggunakan istilah tersebut sebagai modal untuk menghentam konsep tersebut. Ada yang menyatakan bekas Perdana Menteri memperkenalkan "islam baru". Walhal konsep tersebut telah banyak diterangkan melalui media massa, elekronik dan sebagainya. Tiada pengubahan di dalam konsep islam hadari. Segala isi kandungan islam tidak diubah sepertimana pihak-pihak yang berkepentingan. Sedarlah kita, bahwa setiap konsep yang diperkenalkan itu telah dikaji & diteliti sebelum ianya dilancarkan.

6. Konsep islam hadari juga mendapat pengiktirafan daripada negara-negara islam yang lain. Ada yang ingin menjadikan Malaysia sebagai "role model" bagi negara meraka. Amat sedih sekali, segelintir rakyat malaysia yang berfikiran politik sempit tidak mengiktiraf konsep tersebut.

7. Saya berharap, rakyat Malaysia amnya & khususnya rakyat negeri Terengganu agar tidak terpengaruh dengan kritikan & propaganda pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan konsep tersebut. Marilah kita sama-sama menghayati konsep tersebut demi kesejahteraan hidup yang bersama.

***YB Ust Muhammad Ramli Hj Nuh***

Tuesday, June 2, 2009

Bogeyman - Dr Khir Toyo

1. Sekalung tahniah buat YB Mansor Othman yang dinobatkan sebagai wakil rakyat yang baru sekaligus menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 tidak beberapa hari lagi. Walaupun,BN tidak meletak calon pada pilihanraya kecil dun penanti. Namun, isu yang dimainkan oleh pihak lawan terutama PR cukup menghairankan. Apa kena dengan PR?

2. Saya bersetuju dengan YB Dato'Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menggunakan istilah PR sebagai "Bogeyman". Istilah tersebut amat sesuai dan tepat bilamana saya sendiri perhalusi definisi disebalik "bogeyman" yang dibuat oleh beliau. Segala kebaikan yang dibuat oleh kerajaan BN semuanya dikatakan salah & tidak betul.

3. Adakah sepanjang negara mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu, BN tidak memberi apa2 manfaat kepada rakyat? adakah segala kemajuan yang dibuat oleh BN tidak mendatangkan faedah kepada rakyat? kita sedar bahawa terdapat segelintir dikalangan kita yang sentiasa mencari kesalahan & kesilapan yang ada pada BN. Akan tetapi, terdapat juga diantara kita yang sentiasa bersyukur kepada Allah swt & berterima kasih kepada BN diatas kemajuan yang dicapai selama ini. Tidak cukup dengan itu, ramai rakyat asing seperti indonesia, pakistan, bangladesh, nepal dsbnya datang ke Malaysia semata-mata sama ada secara betul ataupun secara haram untuk mencari rizki bagi menyara hidup ekoran di negara mereka tidak ada peluang seperti di Malaysia. Adakah kita bersyukur dengan menjadi warganegara Malaysia?sedarlah wahai sekalian, jangan kita menanggis bilamana nikmat yang ada sekarang ditarik balik oleh Allah swt. Nazubillah. Dimana kita mahu pergi?Siapa yang sudi membantu kita?Adakah kita mempunyai pertalian saudara-mara di negara lain?tepuk dada tanya iman.

4. Saya berharap, PR harus sedar akan keamanan yang dikecapi hari ini adalah usaha yang dibuat oleh BN & tidak harus digadai begitu sahaja demi kepentingan politik sempit masing-masing. Selepas PRU 12 yang lalu, ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mengungkit perasaan perkauman dikalangan rakyat Malaysia agar BN dipersalahkan. Tidak adil rasanya Parti Keadilan Rakyat pada pilihanraya kecil penanti yang lalu walaupun BN tidak meletakkan calon namun dalam ceramah yang dibuat ,BN adalah menjadi sasaran utama untuk menyalahkan dalam pelbagai aspek. Sepatutnya, mereka menerangkan kepada rakyat bahawa dasar-dasar meraka yang akan dibuat & bukannya mencari kesalahan orang apabila mereka tidak mampu mentadbir dengan baik negeri yang dikuasai.

5. Kemerosotan undi yang diperolehi oleh YB Mansor Othman daripada PKR menandakan bahawa rakyat di Dun Penanti sudah cukup meluat & menyampah akan agenda yang dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat bagi menyelesaikan masalah pergolakan dalaman mereka. Saya percaya bahawa, tindakan YAB Dato'Seri Mohd Najid & kepimpinan BN membuat ketetapan untuk tidak meletakkan calon dun penanti yang lalu adalah tindakan yang tepat & betul. Memang kedengaran suara-suara yang menyatakan bahawa, BN takut untuk meletakkan calon dan mendakwa akan kalah. Kalah & menang adalah realiti yang harus diterima. Kita sentiasa mengiktiraf SPR menjalankan tugas dengan baik,efisien dsbnya semasa samada pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil. Sebaliknya, PR tidak akan mengiktirafkan kiranya kemenangan tersebut berpihak kepada BN & iktiraf kiranya berpihak kepadanya. Inilah politik yang diamalkan oleh PR. Tidak pernah bersyukur diatas apa kemajuan & kemakmuran yang dibuat oleh BN.

6. Cukup kelakar pilihanraya dun penanti, sebelum ini PR akan menahan bas yang masuk ke kawasan pilihanraya serta mendakwa membawa pengundi hantu. Sebaliknya di dun penanti agak pelik, PR menahan bas untuk tidak keluar dari kawasan pilihanraya yng mendakwa BN menganjur lawatan kepada pengundi di dun penanti untuk mengelak daripada pergi membuang undi. Inilah sikap yang perlu dinilai sendiri oleh rakyat. Sebab itulah, apabila desas desus BN tidak akan meletakkan calon. Kepimpinan PR sudah gelisah & tektik yang dibuatnya tidak menjadi. Inilah gimik & sandiwara politik sempit PR yang hanya menyusahkan rakyat. Makluman semua, SPR terpaksa membelanja sejumlah RM 40,000 untuk mengurus pilihanraya tersebut. Sebab itulah, BN tidak mahu terlibat dalam pembaziran tersebut.Terserahlah kepada rakyat untuk menilainya pada pilihhanraya umum 13 nanti.