Friday, February 27, 2009

Kecelaruan Politik - Pakatan Rakyat.

Salam.

Terima kasih kepada kalian semua kerana sudi menjenguk informasi terkini dari lama ini. Syukur kehadarat Allah swt, Saya dan rombongan kawan umrah selamat sampai ke Negeri Terengganu. Walaupun, saya melakukan umrah hati saya juga tidak lupa akan keadaan politik di tanahair yang sejak kebelankang ini semakin pincang dan celaru disebabkan oleh kedegilan Pakatan Rakyat, tuduhan jahat dan sebagainya.

Terbaru, saya diberitahu Pengerusi DAP mengeluarkan kenyataan yang kurang baik terhadap "Pemuda UMNO" dan menuduh pemuda umno yang pos peluru hidup kepada beliau. Cuba kita fikir, kalau kita pemuda umno atau kalangan umno nak berbuat sedemikian, bukan sekadar menghantar peluru hidup, tetapi menembaknya terus. UMNO bukan ganas seperti anggota Pakatan Rakyat yang menunjuk samseng sejak dari dulu lagi. Saya amat kesal dengan PR, bilamana perkara yang tidak menyebelahinya, semua benda dituduh UMNO yang melakukan. Tetapi, bilanya berpihak kepadanya maka semua itu takdir dan qada Tuhan.

Sebagai contoh, Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Sebelum berlangsungnya pilihanraya pelbagai tomahan, kejian,fitnah dan sebagainya terhadap UMNO, Suruhanjaya Pilihanraya, Pasukan Keselamatan (Polis). Tetapi, bilanya dia menang mereka memuji dan berterima kasih kepada badan2 tersebut. Inilah perangai pakatan rakyat. Hanya berterima kasih dan bersyukur bilamananya sesuatu perkara menyebelahi kepadanya.

Kita semua sedia maklum, Anwar Ibrahim orang yang pertama menyatakan bahawa pada 16 September 2008 akan berlaku peralihan kerajaan. Kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Usaha dan langkah2 yang diambil untuk memujuk wakil rakyat dari BN untuk melompat parti. Sehinggakan rombongan wakil rakyat ke taiwan dalam usaha untuk mempelajari sesuatu di Taiwan telah diekori oleh rombongan Pakatan Rakyat untuk memujuk melompat parti. Tetapi, BN tidak cuak @ takut dengan usaha yang dilakukan. Kita wakil rakyat dari BN telah berjanji akan taat setia kepada parti. Tiada sebab untuk kita melompat seperti katak.

Politik di Perak masih dalam keadaan tidak stabil. Saya ingin bertanya kepada bekas Menteri Besar (PAS). Adakah dia tidak mempercayai qada & qadar?Saya rasa, dia yang mewakili PAS. PAS yang mengakui bahawa dirinya lebih islam daripada orang lain. Tetapi tidak terima apa qada dan qadar Allah swt. Amat malang sekali apa yang berlaku kepada PAS. Sehinggakan titah Tuaku Sultan Azlan diingkari. Tuaku Sultan Azlan bukan calang2. Dia berpengalaman dalam bidang perundangan dan hak baginda untuk memilih siapa sahaja yang menjadi Menteri Besar.

Kita tidak tahu, di mana PAS?Bilamana kes Terengganu dahulu berkaitan dengan isu perlantikan Menteri Besar, PAS membuat demostrasi & berarak menuduh UMNO ingkari titah YDP. Tetapi sekarang, giliran dia punya. Sanggup untuk menyaman Tuanku Sultan.

Fkir-fikirkan lah...wahai rakyat Malaysia.

Thursday, February 19, 2009

Sekadar Makluman - Cuti

Asalamualaikum para sahabat bloggers dan rakan-rakan sekalian.

Saya ingin memaklumkan bahawa, saya tidak akan kemaskini blog ini lebih kurang dua minggu dari sekarang oleh kerana saya akan berangkat menunaikan umrah di Makkah. Sehubungan dengan itu, sahabat bloggers yang ingin memberi komen, cadangan serta idea yang boleh dikongsi, boleh hantar komen seperti biasa.

Sekian, terima kasih.

Sunday, February 15, 2009

Jangan Ulangi Kesilapan Lepas - Pemilihan Calon

Salam.

Negara sekali lagi akan mengadakan Pilihanraya Kecil ekoran kematian penyadang Parlimen Bukit Gantang dan peletakan jawatan adun bebas Bukit Selambau. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon dan tarikh membuang undi. Persoalan yang berlegar-legar disetiap parti samada daripada BN mahupun Pakatan Rakyat (PR) mengenai calon yang sesuai untuk bertanding di kedua-dua kerusi tersebut. Pilihanraya Kecil ini merupakan pilihanraya kali ke 3 selepas PRU 12 tahun lepas dan selepas Pilihanraya Kecil P037 Kuala Terengganu pada 17 Jan 2009.

Persoalan sekarang siapa yang bakal menjadi calon yang sesuai? Saya tertarik dengan kenyataan dan cadangan bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Tajol Rosli Ghazali yang menyatakan bahawa. Kita daripada pihak BN jangan tersilap pilih calon untuk bertanding. Jadikan pengalaman yang lepas-lepas sebagai pengajaran yang berguna kepada kita. UMNO yakin, sekiranya calon yang sesuai untuk menjadi calon. Mustahil kita dapat rampas kembali semua kerusi samada di Peringkat Parlimen mahupun Dun. Kembalilah kepada pucuk pimpinan diakar umbi yang menentukan. Adalah penting untuk kita mendengar daripada kepimpinan bawahan. Bagi cadangan saya, UMNO/BN perlu berubah dari segi pemilihan calon.

Memang diakui, setiap kepimpinan dalam UMNO/BN berminat untuk menawar diri untuk bertanding. Akan tetapi, rakyat yang menentukan. Isu pemilihan calon perlu menjadi agenda penting dalam pilihanraya samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil. Selain itu, cadangan, pandangan dari akar umbi perlu didengari agar ianya menjadi saluran yang tepat. Kepimpinan akar umbi yang tahu, yang mana calon yang sesuai, ciri-cirinya dan pemimpin yang sesuai untuk menjadi wakilnya. UMNO juga jangan pingkirkan mereka-mereka yang layak dari segi pendidikan yang tinggi samada dalam bidang agama, akademik, sosial dan lain. Jangan pilih calon hanya yang pandai bercakap tetapi tidak ada agenda , misi dan visi untuk membantu kawasan yang akan diwakili.

Seluruh jentera UMNO/BN, ayuh kita bantu rakan-rakan seperjuangan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. USah kita bermusuh, memencil diri, kecewa. Kemenangan Calon UMNO/BN, adalah kemenangan parti yang mewakili rakyat.

Insya-allah.

Thursday, February 12, 2009

Zoo Terengganu

Salam Bloggers.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucap tahniah kepada YAB Dato' Ahmad Said diatas perasmian Zoo Terengganu baru-baru yang terletak di Bukit Takal, Kemaman. Ini merupakan salah satu cara untuk mempromosi dan menjadikan Negeri Terengganu sebagai salah satu destinasi pelancongan di Pantai Timur. Kita percaya, selain daripada hasil royalti minyak sebanyak 5% setahun dari Petronas, kita juga mempunyai sumber yang lain untuk dijadikan sumber bagi Kerajaan. Percayalah, kerajaan yang pandai membuat perancangan sahajalah boleh mengurus tadbir sesebuah negeri dan negara menjadi membangun, tersohor dan sebagainya.

Terengganu kaya dengan sumber-sumber semulajadi yang boleh dijadikan salah satu sumber pendapatan serta peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Hanya yang tinggal adalah usaha yang berterusan daripada rakyat serta kerjasama yang sepenuhnya daripada semua pihak. Tiada kesenangan yang datang tanpa usaha gigih.

"Terengganu Boleh"
"Terengganu Impianku"

Monday, February 9, 2009

Pakatan Rakyat - Pecah Belah

Salam.

Sejak kebelakangan ini, politik di Malaysia khasnya di negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat mengalami ketidak seimbangan politik. Bermula selepas DS Anwar Ibrahim yang mempromosi bahawa 16 Sept 2009 kerajaan BN akan tumbang. Namun, pelbagai tektik yang digunakan oleh pembangkang untuk memujuk anggota Parlimen BN untuk melompat parti. Sehinggakan rombongan ahli parlimen BN ke luar negara telah diekori oleh kepimpinan pakatan rakyat untuk memujuk agar melompat parti dan berpaling tadah kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku nahkoda Malaysia. Tetapi, ura-ura kerajaan BN akan tumbang memakan diri sendiri sehinggakan 6 Januari 2009, negeri Perak yang dikuasi oleh pakatan rakyat tumbang kepada BN. Rakyat Perak bersyukur oleh kerajaan yang memerintah 11 bulan lalu tidak membawa kebaikan kepadanya malah tiada kebaikan yang dilakukan.

Sedarlah, pakatan rakyat adalah kerajaan yang rapuh dan gagal untuk mentadbir sesebuah kerajaan. Walaupun mereka bergabung, tetapi ianya tidak seperti Barisan Nasional.

P59 - Bukit Gantang

Salam.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucap salam tahziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak Allahyarham Roslan Shaharum yang meninggal dunia pada tengah hari tadi. Semoga Allahyarham berada disisi orang-orang yang beriman.


Sunday, February 8, 2009

1999 vs 2004

Salam Bloggers.

Masihkah kau ingat dengan peristiwa yang berlaku pada tahun 1999 di Negeri Terengganu?
Masihkah kau ingat dengan peristiwa yang berlaku pada tahun 2004 di Negeri Terengganu?

Tarikh tersebut akan menjadi sejarah yang sangat berharga khasnya kepada rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. Tahun 1999, Kerajaan Barisan Nasional jatuh ke tangan Parti PAS. 90% Dewan Udangan Negeri Terengganu menjadi milik PAS. Hanya yang tinggal, Dun Kemasik, Dun Ajil, Dun Seberang Takir dan Dun Telemong. Pada malam keputusan pilihanraya ke 11, penyokong2 fanatik PAS bertindak diluar kawalan dan perasaan. Mereka tahu, PAS mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan, sanggup bertindak diluar kawalan. Kereta bekas exco BN telah dirampas ditengah jalan, bangunan wisma darul iman diserbu dan sebagainya. Mereka berpesta di jalan2 raya kerana keseronokan. Bagi kepimpinan BN dan ahli BN menerima kekalahan tersebut dengan penuh tanggungjawab dan terbuka.Walaupun kesedihan dan sukar untuk menerima kenyataan tersebut.

Saya amat sedih dengan peristiwa tersebut. PAS tidak menggunakan pendekatan yang lembut dan beradab. Semua aset kerajaan dirampas begitu sahaja, tanpa penyerahan yang baik. Presiden PAS mengumumkan Terengganu cuti walaupun majlis angkat sumpah belum diadakan. Inilah perangai PAS.

Tetapi lain berlaku pada tahun 2004. Kerajaan yang diterajui oleh Hadi Awang tumbang dengan 90% dewan undangan negeri menjadi milik BN. Bermakna BN berjaya membentuk kerajaan. Akan tetapi, kita tidak bertindak diluar kawalan sepertimana yang berlaku pada tahun 1999. Merampas semua aset kerajaan dengan cara tidak beretika. Syabas, Dato' Seri Idris Jusoh dan kepimpinan UMNO/BN yang bertungkus lumus untuk menawan semula hati rakyat. Inilah kematangan politik yang ada pada kepimpinan BN/UMNO. Kita semua tahu, jawatan dalam kerajaan adalah hak rakyat. Rakyat yang menentukan. Saya dengan rendah hati berterima kasih kepada penduduk di kawasan tepuh yang memberi kepercayaan yang sepenuhnya kepada saya selama 2 penggal. Insya-allah, saya akan laksanakan tanggungjawab tersebut dengan amanah,ikhlas dan jujur.

Rakyat Terengganu merupakan rakyat yang bijak menilai. Yang mana intan dan yang mana kaca. Mungkin, kesilapan pada tahun 1999 dalam kepimpinan BN/UMNO leka dengan permasalahan rakyat. Rakyat ingin cuba beralih angin. Ternyata mereka silap. 4 tahun masa berlaku, cukup merugikan kepada kita semua. Tiada pembangunan, tiada perancangan yang baik. Yang ada, ceramah2 menghentam kerajaan, menfitnah dan sebagainya. walaupun dia menj adi kerajaan.PAS hanya juara ceramah. Benda2 yang lain, dia kebelakang.

Saya yakin dengan kepimpinan UMNO/BN samada di peringkat Pusat dan peringkat kepimpinan Negeri Terengganu, Terengganu akan menjadi negeri yang tersohor dan maju dalam segala aspek samada pendidikan, pertanian, pembangunan, perindustrian, pelancongan dan sebagai. Kita bukan pandai bercakap sahaja, tetapi kita buat apa yang mampu kita laksana. Ternyata dalam tempoh 4 tahun pelbagai pembangunan yang telah kita buat. Antaranya yang dapat saya sebut :-

  • Lahirnya Universiti Darul Iman
  • Taman Tamadun Islam (Pulau Wan Man)
  • Taman Taman Ilmu
  • Monsun Cup
  • Program e-siswazah
  • Lebuh Raya Pantai Timur
  • e-zakat
  • e-munakahat

Saya begitu kagum dengan YB Dato'Seri Idris Jusoh sewaktu menjadi Menteri Besar menyatakan "Kita akan membawa Terengganu ke Seluruh Dunia". Terengganu Hebat, Terengganu Maju dan sebagainya. Pembangunan tersebut telah diteruskan oleh YAB Dato Ahmad said. Insya-allah, akan datang banyak lagi perancangan yang akan dibuat.




Saturday, February 7, 2009

16 Septermber 2008 vs 6 Januari 2009

Salam.

Terima kasih kepada kalian yang melayari blog saya ini dan juga yang memberi komen serta cadangan. Insya-allah, dari semasa ke semasa saya akan tingkatkan.

Saya mengambil kesempatan ingin mengucap tahniah kepada sahabat saya di Perak iaitu YAB Dato Dr Zambry Abd Kadir yang dilantik oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah menjadi Menteri Besar yang baru menggantikan YB Mohd Nizar Jamaluddin. Sesungguhnya semua itu berlaku ada hikmat yang besar di sisi Allah swt. Walaupun pada Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu 17 Januari 2008 yang lalu, BN gagal mengekalkan kerusi tersebut. Namun, Negeri Perak Pakatan Rakyat tumbang dalam sekelip mata. Inilah yang dinamakan hikmat dan qada & qadar Allah swt. Allah swt maha mengetahui. Kita semua tahu, penasihat parti keadilan yang juga ketua pembangkang, DS Anwar Ibrahim menyatakan pada 16 Sept 2008 yang lalu, kerajaan BN yang diterajui oleh YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi akan tumbang. Tetapi apa yang berlaku pada 6 Januari 2009, sebaliknya. Kerajaan pakatan rakyat yang tumbang di negeri Perak.

Saya cukup tidak faham dengan pihak pembangkang. Bilamana Adun Bota keluar parti selama 10 hari masuk PKR. Apa yang mereka katakan adalah "itulah demokrasi di Malaysia". Akan tetapi bila 2 adun PKR keluar parti. Mereka menggesa kerajaan mengadakan undang-undang lompat parti. Kepada rakyat Malaysia, buka lah mata. Melihat apa muslihat yang puak2 pembangkang buat. Begitu juga apa yang berlaku di Terengganu semasa Pilihanraya kecil P36 yang lalu. Kementerian Dalam Negeri telah mengerahkan Polis di seluruh negera untuk mengawal keadaan di Kuala Terengganu. Apa yang mereka katakan, kerajaan membazir dan sebagainya. Pelbagai tomahan jahat yang dilakukan ke atas Polis dan Kerajaan BN. Kutukan juga kepada SPR. Apabila mereka menang pada P36 yang lalu, Presiden PAS dalam satu sidang media menyatakan "terima kasih kepada pihak polis yang menjaga keselamatan sepanjang berlangsung kempen pilihanraya dan juga terima kasih kepada SPR kerna menjalankan tugas dengan baik". Itu kerana pilihanraya tersebut menyebelahinya. Kalau kalah, pelbagai tomahan dan fitnah dan sebagainya. Pengundi hantu, toyol, jembalang dan sebagainya dilemparkan kepada BN.

Kepada rakyat Malaysia, saya berharap buka lah mata. Apa yang kita mahu kepada pembangkang terutamanya PAS. Anda mahukan Islam?Sebenarnya, UMNO yang lebih baik daripada PAS dari segi kemajuan dan sebagainya. Islam merupakan dasar yang utama di dalam perjuangan UMNO.UMNO tidak sesekali membelakangi ISlam. Insya-allah, akan datang saya akan ulasan mengenai berkaitan topik yang lain.