Friday, January 30, 2009

UMNO Masih Releven

Salam bloggers dan kalian semua.

Saya mengambil kesempatan untuk mengulas mengenai artikel dari utusan melayu online yang berkaitan dengan kenyataan seperti berikut :-

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam UMNO sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.

Katanya kalau diibaratkan sebatang pokok, UMNO kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.

“UMNO kini tiada daya tarikan atau `graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama Pas,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini hari ini.

UMNO /BN masih parti yang releven dan diterima oleh rakyat. Kekalahan pada pilihanraya kecil P36 yang lalu bukan bermakna rakyat menolak 100%. Majoriti 2000 tidak menunjukkan parti khususnya UMNO adalah parti yang didakwa oleh Nik Aziz sebagai pokok yang mati. Dato Wan Farid mendapat undi 30 000 dan Abd Wahid Endut mendapat 32 000. So bermakna, tiada perbezaan yang sangat ketara. Rakyat Malaysia ada lagi yang masih berterima kasih kepada perjuangan BN/UMNO sejak ditubuhkan.

Sebagai ahli politik, jangan kita sesekali mendabik dada akan kemenangan yang lalu. Mungkin kemenangan yang dinikmati hari ini ada sebagai ujian dan dugaan dariapada Allah swt. UMNO adalah parti yang matang dan dapat menyelesaikan masalah dengan baik. Pengalaman demi pengalaman yang dihadapi, tetapi masalah tetap diselesaikan. Sebagai contoh, krisis tahun 1999. Hampir seluruh negara kepimpinan UMNO dan Ahli UMNO tersentap dengan pelucutan jawatan Anwar Ibrahim. Terengganu jatuh ke tangan PAS disebabkan oleh isu pemecatan dan simpati terhadap tersebut.

PAS adalah ibarat parti keluk klek. Tiada berpendirian dan setiap masa berubah2 mengikut isu-isu semasa. Pada masa lepas, kepimpinan PAS sanggup mengkafirkan UMNO kerana berkerjasama dengan MIC,MCA,GERAKAN dsbnya. Tetapi hari ni, PAS sanggup menerima DAP dan bekerjsama dengannya oleh kerana agenda politik. Ini sikap dan sifat PAS dari dulu sampai sekarang. Saya amat2 sedih dengan misi dan visi PAS saban hari berubah-ubah. Bila mana isu hudud diungkit, puak2 PAs akan menuduh kerajaan BN/UMNO tidak lulus untuk laksanakan hukum. Isu hukum hudud selalu menjadi agenda dan menjadi modal pada ceramah2nya untuk menarik hati rakyat yang sebenarnya dia sendiri tidak mampu untuk laksanakan. Sebagai contoh di Terengganu, rakyat terengganu memberi peluang kepada PAS yang mana dalam manifesto tahun 1999 antara lain ingin melaksanakan hukum hudud. Tetapi, sampai 2004, tiada dilaksanakan. Inilah pembohongan yang nyata. Apa yang PAS buat selama 4 tahun adalah menghapuskan tol di jabatan Sultan Mahmud. Itu sahaja antara manifesto yang ditunaikan.

Saya berharap, rakyat pikirlah semasak2 akan agenda PAS yang menggunakan pelbagai helah dan tipu untuk memancing undi dalam pilihanraya. Usah terpedaya dengan agendannya.


Terima kasih.

Terima kasih kepada kalian yang sudi melayari blog saya ini. Saya mohon maaf kerana kurang kemaskini blog ekoran sibuk dengan tugas dan ke kawasan. Pertama-pertama saya bersyukur kerana kalian sudi menjadikan blog ini salah satu altenatif kepada maklumat yang ingin saya sampaikan.

Saya juga mengalu-alukan, rakyat di kawasan yang saya wakili, Dun tepuh untuk mendapat informasi yang tepat, memberi cadangan dan komen yang membina. Sesungguhnya, saya berterima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Pertama, saya ingin ucap tahniah di atas kemenangan YB En Abd Wahid Endut di atas kemenangan dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang mewakili PAS. Sesungguhnya amanah yang besar perlu dijalankan. Juga, kepada sahabat saya , Ybhg Dato'Wan Farid Wan Salleh. Jangan kecewa, Insya-allah, akan datang kita akan rampas kembali kerusi P36.

Kedua , saya ingin memberi komen berkaitan dengan Adun Bota, Perak yang keluar dari UMNO. Sesungguhnya, boleh dikatakan sepanjang berada di dalam UMNO serta telah menikmati segala nikmat. Saya tidak bersetuju, beliau menggunakan tiket bertanding sebagai YB di kawasan Dun Bota, bila mana menang dan merasakan UMNO mengalami krisis beliau memberi pelbagai alasan keluar dan menyertai PKR. Amat tidak adil bagi rakyat yang mengundi BN bilamana beliau keluar. Saya beranggapan perlu meletak jawatan agar diadakan pilihanraya kecil.


Monday, January 19, 2009

Selamat Datang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah & Penyayang.

Saya dengan rendah diri selaku YB Kawasan Tepuh ingin mengucap selamat melayari blog saya ini. Blog ini sedikit sebanyak adalah untuk memberi peluang kepada rakyat bukan sahaja di kawasan yang saya wakili tetapi seluruh rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. Saya akui, saya adalah "hamba kepada rakyat" dan mempunyai tanggungjawab menjaga kawasan tetapi saya cuba melakukan dengan terbaik dan berdoa kepada Allah swt agar diberi hidayah serta pertunjukkan yang berpanjangan darinya.

Hampir 2 penggal saya mewakili dun Tepuh, pelbagai isu dan permasalah rakyat telah saya utarakan untuk dilaksanakan oleh Kerajaan di bawah Pimpinan YAB Dato'Ahmad Said dan pernah dibawah Mantan Menteri Besar YB Dato'Seri Idris Jusoh.Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada seluruh rakyat di kawasan dun Tepuh kerana memberi kepercayaan kepada saya selaku YB untuk mewakili seluruhnya. Saya akan pikul dengan penuh tanggungjawab dan bantuan daripada jawatankuasa di setiap kampung dan cawangan.

Oleh itu, marilah sama-sama kita berganding bahu dan tenaga demi membangunkan modal insan bukan sahaja dikalangan rakyat tempatan tetapi seluruh rakyat Malaysia. Saya berharap, dengan arus teknologi maklumat ini, saya dapat salurkan maklumat dengan betul dan tepat. Saya juga berharap, rakyat di kawasan yang saya wakili usah mendengar tomahan, khianat serta fitnah yang bukan-bukan terhadap kepimpinan Negeri serta saya sendiri. Oleh itu, selidikilah maklumat agar kita tidak terjerumus dalam kebinasaan serta merugikan.

Akhir kata, saya dengan penuh takzimnya mengucap selamat melayari dan berkongsi pandangan , cadangan serta komen yang membina agar yang kurang dapat ditambah dan yang elok sama-sama kita nikmati. Sekian.


YB Ust Hj Muhammad Ramli B Hj Nuh
Ahli Dewangan Undangan Negeri
Kawasan Dun Tepuh.
Feb 2004- Mac 2008
Mac 2008 - Sekarang