Selepas ana ziarah kubur Tok, Tok Wan dan anak ana pagi semalam, tergerak hati ana nak bersarapan di Warung Abang Man. Dah lama ana tak bersarapan di sana, entah mengapa tiba-tiba ...
semalam, teringin pula ana nak makan pulut sambal udang dan ikan puyu masak cili. Bukan itu saja, tambah menyelerakan bila ana tambah kacang bendi tumis dan kerang berlada. Selalunya ana minum air suam saja... tapi pagi tu ana order holick panas. Bersarapan di warung memang ada nikmat tersendiri, mengimbau zaman silam ana makan pulut dengan ikan kering dan air kopi. Dek kerana asyik bersarapan, ana tak tengokla kiri kanan.
Dah separuh habis, ana pun pandang depan ke halaman warung. Anak nampak 3 ekor anak kucing sedang bergurau senda, menggomol, melompat, mengejar dan menerkam sesamanya. Lama juga ana perhatikan.. 3 anak kucing itu warnanya hampir sama, hitam dan kelabu. Cuma ana musykil melihat 1 ekor kucing lagi warna kuning oren turut bersenda. Menerkam dan menggomol satu persatu anak kucing mengikut giliran. Memang ana yakin itulah ibunya tapi mengapa warnanya jauh berbeza.
Fikir punya fikir... dah habis fikir, ana pun panggillah pekerja abang Man bernama Bob. "Bob, kau tahu tak mana bapa kucing tu?" tanya ana. "Bapa anak kucing tu dah menghilagkan diri. Tak tahu ke mana," jawab Bob. Ana pun berkata, "Senang banyakla bapak kucing tu. tinggalkan anak begitu saja.". Tba-tiba Abang Man pun menyampuk, "Bapak kucing dah tak de, ibu kucing adalah.... tu ha," sambil menunjuk ke arah ibu kucing. Ana pun menolek melihat ibu kucing yang berwarna hitam bertompok putih. Ana bertanya, "Habistu yang kuning oren tu siapa pulak,".
Abang Man pun berceritalah sejarah asal kucing itu, keturunannya dan bagaimana dia menjaganya. Kucing kuning oren tu sebenarnya bujang lagi, tapi masih keluarganya la. Dia berkata, "Kucing kampung ni, kalau dijaga elok-elok, dimandikan, disyampoo dan diberi makan makanan kucing, memang cantik. Bila kita jaga elok, kaki kita pun digomolnya. Berak pun tahu keluar rumah. Tapi sekarang aku dah tak layan macam dulu, sekali sekala je mandikan, makan pun yang biasa je.. bukan apa, kadang-kadang anak sendiri pun mandi sendiri, makan sendiri." . Terkejut ana bila mendengar penjelasan Abang Man itu.
Setelah membayar RM3.30 untuk sarapan, ana pun beredar. Di dalam kereta ana terfikir, kucing pun tahu membalas jasa tuannya. Segera menyahut dan datang apabila dipanggil, bermanja dan menjaga kebersihan rumah tuannya. Tapi sekarang, ana lihat walaupun anak-anak sekarang dijaga, dibelai, diberi makan yang baik dan berkhasiat, mengapa masih berlaku anak derhaka. Tidak hormatkan ibu bapa, bercakap kasar, meninggikan suara, tidak segera menyahut panggilan mereka sehingga ada yang menconteng arang ke muka orang tua. Mengapa? Mungkinkah kerana anak-anak sering ditinggalkan ibu bapa kerana sibuk bekerja. Mungkinkah kerana sumber pendapatan yang tidak halal, tekanan hidup dan keruntuhan rumahtangga? Bersamalah kita berdoa semoga keluarga kita dalam kebahagiaan dan kesejahteraan. Jumpa lagi..
1 ulasan:
Cerita ini amat tertarik bagi saya.. Saya yakin Motivasi5k mesti menyukai haiwan seperti kucing...Saya bersetuju dengan apa yang diceritakan oleh Motivasi 5k kerana sekarang, anak-anak semakin mendurhaka dan tidak ada rasa sedikit hormat pun kepada ibu bapa mereka..Adakah mereka sudah lupa akan ibu mereka yang telah melahirkan dan membesarkan mereka dengan baik?Adakah mereka lupa juga yang bapalah yang telah memberi makan,mendidik dan mengajar erti kehidupan kepada mereka sejak mereka kecil lagi? Saya amat hairan dengan kehidupan sekarang ini...Cerita ini memberi kesedaran kepada saya supaya menghormati ibu dan bapa kita dan menjaga mereka sebelum mereka meninggalkan kita buat selama-lamanya..Semoga orang ramai hormat kepada ibubapa mereka dan mendengar segala nasihat yang diberi oleh mereka..Amin...
Catat Ulasan