Tuesday, July 29, 2014

"U" being cheesy and sometimes mysterious

Don't need to go to mysterious island to be "Mystery"

U told me,u are as famous as Comic's guy,cool, have so many fangirls and I look at U like with this horror Olaf face when he says "he is craeezy "

Yeah like this!!
Normally and so on u are self oriented,never thinking the other people as good nor better than you. But that day,after yesterday night with a full of misunderstanding U connected me to this thing , an awesome one. I take this as a credit for your confession. U must think thrice the power of eleven hundred before tagging me to that beautiful song with full lovey dovey lyrics.

Maybe U and your friend thought that i am the cloudy one,don't ever realise your secret words. But trust me, I am the most curios person, i'm even kill my fat cat to get the answer and when I'm not struggling for the answers mean i'm not interested or I already knew the answer.

I'm just pretending, to hiding the real thing that U and your friend are the Pervets one.

Saturday, July 12, 2014

Surat cinta untuk "U"

Goodbye u!!
Hari ni nak buat keputusan yang sangat complicated dalam hidup. Sebenarnya biasa-biasa je,tapi disebabkan agak mengganggu jiwa sejak dua tiga minggu ni maka penghijrahan perlu dilakukan. Get rid all of the tumor,just like that(petik jari).

Manusia memang dijadikan untuk sebegitu,berperasaan. Mudah lemah bila dikritik dan lagi mudah lemah bila dipuji. Manusia takkan mahu kehidupan kecil-kecilan yang biasa-biasa. yang diantara tidak dipuji dan tidak dikritik. Jadi itu menjadikan 'istilah attention seeker' wujud.

So, u ..i thought u are one of them yang tak mahu kehidupan biasa-biasa. You my 'u' need to achieve something in life,then "I" will not added to your short list.

Perasaan begitulah, mudah datang dan pergi. Bila 'I' tak berapa suka 'u' dulu 'I' tak rasa apa-apa. I cuma anggap 'u' jenis manusia berlagak, annoying dan tak significant langsung. Even time tu 'u' nak terjun bangunan pun 'i' akan tunggu di bawah sambil mendongak dan berdoa dalam hati "kalau dia terjun,gempak masuk paper ni"

Perasaan pun begitu, bila 'I' kenal 'u' sikit-sikit. Mula buat kerja sama-sama. Rasa perasaan looser (sebut:brazil) bersama-sama. Mula buat lawak sikit-sikit dan gelak sama-sama dan nyanyi sama-sama walaupun suara dua-dua tak sedap.

Dan sekarang, "I" mencari "u" dalam setiap zarah oksigen yang "I" sedut.

Apa yang buat "I" rasa mula nak bermusuh dengan "u" time ni..

1) U sangat open bila dengan orang lain but not me
2) U kadang-kadang buat "I" macam alien dari planet nameck dan sentiasa tunjuk mesra dengan makhluk bumi lain.
3) Whatever "U" feel for me..even " U" malu dengan I, it's not a reason "U" buat muka terkejut bila nampak "I".
4) Jangan nak curi-curi pandang "I", kalau dah rasa "I" memang alien di hati "U".

My limit untuk bersangka baik dah habis, maka "U"..i declare psyco war.
Jangan nak stalk wall FB "I"lak pasni,semua akan di hide dari "U". Call??Sori handphone "I"akan dicampak ke selat tebrau pasni.

I banyak lagi benda nak buat untuk kejar syurga ..
Please jangan muncul depan "I" ..
"I" akan mula fulltime memikirkan betapa tak cukup makannya anak-anak,adik,kakak,abang dan ibu ayah "I" kat Syria dan Palestin sana.

So "U"...syoh2 pegi balik reban.

Yang benar,
your-best-alien friend






Saturday, February 1, 2014

Budak comot dan rumah besar tepi tasik part 4

Badannya dihempas di atas katil lembut bercadar satin. Matanya tak lepas dari memandang syiling. Sekejap kemudian matanya terasa berat dan terus layu.

"Tuan Khairi, ibu panggil makan malam " sayup2 suara Auntie Sabrina. Khairi masih mamai.

Perjalanan berbelas jam di dalam kapal terbang membuatkan dia terasa amat letih. Namun peluang untuk bertemu ibu yang sangat dirinduinya tak patut dilepaskan. Bukan senang ibu berada di rumah waktu malam2 begini.

Segera dia bangkit. Mencapai tuala yang masih di dalam bagasi dan  ke bilik mandi.

Saturday, January 11, 2014

Muhammad Taha Al-Junayd Mp3

Beberapa surah dari Al-Quran bacaan adik Muhammad Taha Al-Junayd. Sedikit info adik Muhammad Taha yang digelar 'Beautiful Voice Of Heaven "

Nama Lengkap : Muhammad Salih Ibrahim Taha Al-Junayd.
Tahun lahir: 1994
Asal : Manama, Bahrain (jiran Arab Saudi).
Saat ini masih seorang pelajar dan pengajaran membaca Al-Quran di Kingdom University Bahrain.Turut diupah oleh Pusat upah Abdul Rahman-Bandar Hamad.
Juga diiktiraf sebagai pembaca Al-Quran(Qari) walaupun tidak sepopular Sheikh Mishary Rashid Al-afasy.
Telah mengalunkan banyak surah dan boleh didapati dalam bentuk MP3 dan sebagainya.Sekarang ini telah memiliki 4 album dan 28 audio.

# File dalam pautan 4shared, klik pada link dan akan keluar paparan 4shared.

Juz Amma
Surah Al- Fatihah
Surah Al-Kahf
Surah Al -Ahqaf
Surah An-Najm
Surah Ar-Rahman
Surah Al-Waqiah
Surah Al- Mulk
Surah Al-Jinn
Surah Al- Qiyamah
Surah An-Naba'
Surah Al-Buruj
Surah An-Naas

Thursday, January 2, 2014

Solidariti Bersama Palestin


 "Aku tidak risau tidak dapat membantu, tetapi aku risau jika anak-anak kecil yang dibunuh mengheretku di padang Mahsyar kerana hanya mampu memandang mereka ketika mereka memerlukan aku sbg saudara mereka "



Mereka saudara kita
Anak-anak kecil kita
Ibu-ibu kita
Ayah-ayah kita
Abang dan kakak kita

Tidak malu untuk kita mengaku umat Islam itu bersaudara
Sedangkan kita kenyang malah membazir di sini sedangkan mereka mati kebuluran
Tidak segan kita bersyahadahkan Muhammad itu pesuruh Allah dan kita umat Nabi Muhammad s.a.w
Bilamana kita tidak pedulikan khabar mereka berbanding siapa yang disingkirkan di maharaja lawak
Tidak canggung kita bermegah dengan Islam sebagai agama kita
Sedangkan kita sanggup belanjakan berpuluh malah beratus ringgit untuk kecantikan diri dengan membeli pakaian,tudung bermacam fesyen dan produk kecantikan tetapi sangat lokek untuk menderma sekadar rm20 untuk saudara-saudara di sana


Sampai tiba masanya..
Saudara mana yang akan mengheret kita ke syurga di padang Mahsyar kelak
Yang mana akan menarik kaki kita dari melangkah ke syurga

Kita bersama mereka
Bakal-bakal syuhada
Bakal penghuni syurga
Yang berjuang mempertahankan Al-Aqsa
Yang berjuang mempertahankan Palestina
Demi Allah
Demi Muhammad ya rasulullah
Demi kesinambungan Islam untuk bakal anak-anak kita

Mari menderma





 Gambar disedut dari FB  Aqsa Syarif. Jom like.

lovey dovey