Saturday, December 28, 2013

Atasinchi comics-Pottery Class









Atasinchi- Tingkah laku Orang Jepun


New video Atasinchi uploaded..

Khawater -Perbandingan akhlak masyarakat Jepun berbanding Islam



Quote Khawater
"Kami tidak bermaksud untuk mengagumi,tetapi mengambil iktibar dari setiap kebaikan"
Apa yang kita panggil otak Jepun (kalkulator) menjadi gajet wajib bagi setiap pelajar sekolah, kegunaannya sometimes hanya untuk mengira 50 / 50 yang jawapannya = 1. Persoalannya,apa sudah bodoh sangatkah budak kita?

Dalam rancangan khawater yang disiarkan di Al-Hijrah,hos cuba membandingkan pengetahuan anak-anak Jepun berbanding anak-anak Arab. Soalan yang ditanya siapakah Al-Khwarizmi?

Budak Jepun "Pakar matematik"
Budak Arab " Tidak tahu "

Padahal Al-Khwarizmi itu seorang berbangsa Arab.

Akhlak masyarakat Jepun,

1. Sentiasa menepati masa, kesalahan besar jika terlewat dalam sesuatu perkara.
2. Sentiasa melayan pelanggan atau tetamu dengan penuh dedikasi. Contoh apabila hos cuba beredar dari bilik pameran, pekerjanya menghantar hingga keluar pintu dan selagi pelanggan tidak berganjak mereka tidak akan masuk ke dalam.
3. Memanfaatkan segala teknologi yang ada untuk kemudahan rakyat, contoh sistem parking yang canggih serta menjimatkan ruang. Basikal pun mempunyai tempat parkingnya yang tersendiri untuk menggalakkan rakyat berbasikal.

Sebut tentang parking ni, teringat agenda Mat Said menteri besar terengganu tentang sistem parking bergilir yang cuba diperkenalkan di Terengganu,yang pastinya rakyat takkan mendapat "kemudahan" sepatutnya.

Apa masalah kita?? Rasuah.. segala perkara yang diperkenalkan akan dikenakan bayaran tinggi yang melampaui had rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

4, Di Jepun terdapat ladang yang dijadikan seperti Zoo. Kelebihannya berbanding Zoo kita yang kotor dan haiwannya sentiasa kelihatan lapar, kanak-kanak boleh merasai pengalaman bersama haiwan-haiwan ternakan seperti di ladang. Mereka diberi peluang mencuba memerah susu dari lembu dan melihat sendiri bagaimana anjing mengawal kambing biri-biri.

5. Terdapat pusat pameran yang menyediakan banyak permainan interaktif untuk memupuk minda anak-anak meminati sains dan teknologi. (Di Malaysia juga ada Pusat Sains Negara,tetapi alat interaktifnya jarang boleh berfungsi, selalu rosak)

Ini sedikit sebanyak yang ada dalam rancangan khawater. Selalu juga terfikir,kelemahan jepun cuma satu iaitu mereka tidak Islam,jika mereka Islam mereka lebih lengkap dari kita. Semoga Allah memberikan lebih banyak hidayah kepada bangsa Jepun ini.

Jawapan kepada persoalan tadi, bodoh sangatkah anak Melayu ni?
Kita tahu anak2 Melayu tidak bodoh, mereka cuma tidak mahu tahu..kerana tahu sesuatu membuatkan minda sesak. Tengok rancangan yang mendapat rating tinggi pun dah  boleh mengagak betapa malas berfikirnya bangsa Melayu. PLAYBOY ITU SUAMI AKU??drama paling berIQ rendah tapi diminati oleh golongan mak2,kakak2 dan budak2 sekolah menengah.

Bukan mahu menghina, sebagaimana risaunya hos rancangan khawater terhadap bangsa Arab, sama jugalah kerisauan itu pada bangsa Melayu, kerana persamaan kita adalah bangsa penganut Islam yang paling ramai.

Teringat ayat hos itu bila melihat pekerja pusat pameran tetap berdiri di hadapan pintu dan menundukkan kepala apabila hos mahu beredar " ya Allah, akhlak mereka..kurniakan kami seperti itu ".

Jika anda ke Jepun, jangan merasa hairan sekiranya hotel mereka menyediakan Al Quran, sejadah dan kompas solat 
                                                                                        cc to fb  @shamkamikaze




lovey dovey