Friday, September 19, 2008

Belajar mengeja

Susah memang susah nak mula. Banyak cabarannya. Bagi mereka yang ada 'kabel' besar pasti lebih senang. Maksudnya kalau ada orang terdekat orang lama dalam amatur radio. Tapi takkan la itu nak dijadikan alasan. Jadi aku lupakan kesusahan tiada 'kabel' walaupun dah agak lama aku termenung tak bergerak kemana2 kerana tak tahu macam mana nak maju. Carilah jalan dimana pun ada.
Aku ada tujuan lain sebenarnya mendalami Morse Code ini. Ya, setelah lama aku cuma mengidam nak main morse code, aku sampai ke tahun akhir pengajian. Ada projek sarjana muda. Jadi aku mempraktikkan "Serampang dua mata" sebagai satu permulaan. Aku memilih untuk buat projek MORSE CODE TRANSLATOR USING PIC. Dengan cara ini, aku dapat mendalami dunia amatur disamping buat projek tahun akhir.
Jadi aku mengeksploitasi fasiliti 'dot net' sebagai jalan paling mudah. Aku bermula dengan mengeja. Mula2 aku fikirkan nak print MORSE TABLE dan tampal kat dinding bilik. Jadi setiap kali aku terlihat table tu, akan terhafal sikit demi sikit character2 morse ke dalam otak. Tapi tak ada printer pulak. Nak print kt stesen lain tak terbuat-buat jugak. Langsung lemau.. MORSE TABLE mudah diperolehi dari internet. Search sahaja. Macam2 keluar. Ia menunjukkan character morse code dari A sampai Z, nombor dan lain2 lagi..
Tapi aku menerima cadangan dari seoran rakan dalam talian untuk cuba belajar cara mendengar, bukan tengok table. Rakan aku tu adalah seorang 'old man' dari australia. Kira otai la dalam radio amatur. Aku cuma menyedut sedikit demi sedikit ilmu daripadanya.
Ni dia link yang dimaksudkan : http://www.planetofnoise.com/midi/morse2mid.php. Totally free.


Hanya masukkan text dan ia akan keluar dalam bentuk bunyi. Sesuai untuk permulaan. Tapi aku rasa banyak lagi site2 sedemikian rupa. Carilah dan belajarlah morse code.
Kita tak tahu bila kita memerlukannya. Mungkin esok lusa kena bencana, mungkin ia berguna. Bukan berdoa supaya ia terjadi, tapi cuma buat persediaan.
"Hope for the best, Prepare for the worst."

Thursday, September 11, 2008

Review

Diambil daripada http://9m2mgl.blogspot.com/2008/08/siapa-9m2-selepas-ini.html

Seorang enthusiast Radio Amatur Malaysia. Dengar apa katanya..

Thursday, August 7, 2008

SIAPA 9M2 SELEPAS INI

Tak ramai yang bertanya
Akan lulus ramai mana
Tak ramai yang tahu
siapa bakal 9m2

Tak ramai yang suka
bunyi da dit da dit sakit kepala
bukan kerana sudah biasa
kerana kurang berikan masa

Tak ramai yang tahu
susah senang lebih suka cakap tak mahu
bukan kerana tak nak cuba dulu
cukuplah dengan 2 meter 10 meter tu

Tak ramai pun 9m2
ramai lagi 9w2
camna nak ramai you!!!
kalau cw nak ambik aku tengok hang..hang tengok aku


Tak ramai nak bantu
ramai lagi yang gitu..gitu..
bukan malas nak gi 9m2
malaslah...nak buang masa dengar cw

Tak ramai yang tahu
9m2 tak meriah serupa dulu
ham seberang dah pajak kat situ
ham kita akan kehilir ke hulu

Tak ramai yang berani
sambut cabaran untuk diri sendiri
Atau mahu maju lebih setapak lagi
terfikir juga siapa 9m2 selepas ini?

bantu aku dapatkannya


Inilah cinta pertama aku. Ya. Aku mahukannya sekarang.

Aku mula2 terlihat menatang ni masa aku baca sinopsis Selangor Fox Hunt 2008. Credits to Jurukaka untuk gambar2nya. Sebelum ini, aku tak mempunyai pendirian tetap tentang pilihan handheld yang bermacam2. Sekarang aku dh memilih. Aku nk jugak yang ni..
Dalam kebanyakan kes, rupa bukan menjadi aspek nombor satu yang dilihat oleh mata aku. Yang penting apa di sebalik rupa tersebut.
Tapi yang ni memang mempunyai jiwa murni tambah pula rupa yang menarik. Terasa gatal tangan nak menggenggamnya di tapak tangan dan memicit-micit butang2nya...
Banyak lagi radio yang menarik sebenarnya. Tapi ada beberapa sebab aku inginkan yang ini.

1. Level pengetahuan yang tak berapa tinggi. Baik belajar yang simple dulu.
2. Kos. Ya.. Bukan ada orang nak bagi sebagai hadiah hari jadi pun. Jadi kena keluar duit sendiri.


ICOM T7H Sport. Handheld FM transceiver yang bakal menemani aku bila tak dapat tidur malam. Iwant it bad, bad bad..

Sedikit info:
dual band UHF/VHF
scan/monitor w memory built in
rugged construction
DTMF Keypad ( 9 memory)

Harap ada orang bantu aku mendapatkannya.

Monday, September 8, 2008

Apa disana?

Apa yang ada disana?
Dh lama, bukan angan2 baru. Tapi keinginan yang dh lama.
Aku risau kalau simpan lama2 nanti jadi pudar. Macam lagu Rossa; Pudar.. Ah! Pegi mampus rossa. Ini tak ada kaitan dengan cinta.
Heh.. . Ia berkaitan Radio amatur. Itulah, aku memang teringin nak kesana.
Nk memulakan langkah pertama ke dunia tanpa sempadan.
Siapa nk membawa aku kesana? Lebih baik lagi kalau belanja aku All-band-All-mode rig. Memang cantik.



Aku pernah cuba tapi keadaan tak mengizinkan. Masa latihan industri kat Shah Alam, aku cuba pergi walaupun x tahu jalan. Peta kan ada.. Apa masalahnye.. Tapi tu la. Cakap x serupa bikin. Sekali salah jalan sampai ke Stadium Shah Alam. Dh sampai sana, layan pasar bonet pulak. Habis masa..

Tunggulah kedatangan aku wahai flea market; aku borong semua..

Ahad pertama setiap bulan.
http://amateur-radio-flea-market.blogspot.com/